CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI
CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI. Ramai orang boleh gerakkan kereta & meluncur megah di jalan raya tapi bukan semua pandai memandu dengan baik. Aku pun pernah bawa kereta & bergerak jugak la kereta tu tapi sesungguhnya aku bukan seorang pemandu kereta apatah lagi pemandu kereta yang memang pandai bawa kereta. Setakat kereta bergerak tu boleh la..walaupun aku kategori yang tak pandai drive tapi aku boleh teka orang yang dah terer drive dengan yang kurang yakin semasa memandu. Nak2 lagi perempuan.. Kalau yang jenis dada melekat kat stereng tu, jauhilah mereka sejauhnya. Satgi ada je la depa dok buat spoil atas jalan. Bukan apa takut di sebabkan kurang cekap memandu, orang lain boleh terlibat dengan masalah yang depa buat. jenis yang dada melekat kat stereng ni orang hon pun dia mengelabah cari signal tak jumpa dah. Silap2 dia melatah tertekan brek tengah kereta kat belakang laju.. Tak ke bercium kat situ. Tapi tu la.. kalau dia tak tekad untuk drive walau dia masih tahap amatur pun sampai bila dia nak cekap bawa kereta, ye dak.
Tapi manusia zaman sekarang ni sebab confident dia tinggi. Asal dia boleh gerakkan kereta pandai tekan padel minyak & pulas stereng dia dah rasa dia memang terer sangat dah drive. Drive sambil whatsapp pun boleh katanya.. tak terer lagi ke? Tu bukan kategori pandai memandu lagi ok! Jangan nak perasan. Sila malu kalau rasa anda mampu buat benda lain sambil drive tu dah cukup hebat.
Kalau hangpa rasa nak tau hangpa ni level expert ke atau amatur meh tengok kat sini >> Sejauh Mana Anda reti Memandu << Bukan apa ada orang walau skill pemanduan dia tahap amatur tapi sebab confident dia tinggi dia rasa macam expert dah. Ada orang walau skill memandu dia memang dah high level tapi sebab dia rasa kurang yakin so dia sentiasa rasa dia masih tak cekap memandu. Korang boleh test kat link aku bagi kalau nak tau samada korang ni expert atau amatur.
Moral of the story.. tak kira kau juara racing kereta ke hapa.. Kat Jalan raya tak payah nak tunjuk skill racing sangat kalau taknak kena lesinggg!!