Showing posts with label madu. Show all posts

ISTIMEWANYA MADU HALIA BENTONG YANG PERLU ANDA TAHU

ISTIMEWANYA MADU HALIA BENTONG YANG PERLU ANDA TAHU. Halia & Madu sekarang memang banyak di gunakan dalam produk2 kesihatan & makanan tambahan. Sebab halia & Madu ni memang mempunyai khasiatnya yang tersendiri & di gunakan sejak turun temurun sejak dulu kala. Tapi zaman dulu orang guna direct terus dari herba semulajadi tak di formulasikan dalam bentuk produk yang siap ambil berbanding zaman sekarang.. Banyak telah di formulasikan dalam bentuk produk yang mudah di ambil.


Sedikit pengenalan tentang khasiat Madu & halia Bentong ni..

Halia Bentong ni kalau nama Saintifiknya di panggil Zingiber ooficinale yang hanya boleh di dapati di kawasan tanah tinggi bentong, Janda Baik & Bukit tinggi sebab katanya dia hanya boleh tumbuh subur di kawasan tersebut. Bermakna dia tak sama la macam halia halia biasa yang maybe kita guna dalam masakan seharian kita.

Di sebabkan Halia Bentong ni mempunyai kandungan serat yang tinggi yang tak sama dengan halia biasa secara tak langsung penghasilan Jus dari halia ni lebih banyak

Apapun nak mendapat khasiat dari bahan herba tersebut perlulah mengamalkannya dalam jangka masa yang panjang & paling penting pastikan tiada masalah kesihatan yang boleh memberi tindak balas yang tidak baik untuk mengambil apa2 herba semulajadi sebagai supplement.

Madu pulak semua orang sedia maklum khasiat yang terkandung di dalamnya & madu adalah salah satu makanan sunnah. Madu.. bukan produk madu yer yang menjadi sunnah. Yang dah jadi produk tak sunnah sangat la kan.. Cuma menggunakan bahan bahan dari makanan sunnah sahaja. Yang tu jangan keliru ok & penjual pun jangan mengelirukan pengguna pulak. Yang sunnah madu bukan produk berasaskan madu.

Gabungan Halia Bentong & Madu.. Maka terhasilah satu produk bernama Madu Halia Bentong untuk menampung khasiat dalam keperluan kita seharian. Dia bukan ubat yang menyembuhkan penyakit apa apa yer.. Cuma membantu untuk memberi kita antobodi yang kuat & buat kita rasa lebih sihat bila mengamalkannya. Sebab khasiat dari bahan yang di gunakan tu sedikit sebanyak membantu kita yang mungkin ada masalah masalah kecil dalaman.


Produk ni di bawah produk makanan Bukan ubat atau kosmetik. Jadi Ia bukan untuk menyembuhkan apa apa penyakit. Di keluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. 

Kandungan sebotol Madu Halia Bentong ni adalah 300ml. Harga yang di tawarkan adalah RM59 sahaja. Produk ni telah menjalani ujian makmal untuk ketulenan Madu Halia Bentong mengikut kriteria yang di tetap oleh Department of Standard Malaysia.

Sekiranya berminat nak cuba produk ni atau ingin menjadi stokis boleh hubungi :



8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH

8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH. Sejak dua tiga hari ni memang rasa tidak enak di bahagian gusi dekat gigi geraham bahagian atas sebelah kiri. Tapi biasa la.. Selagi orang kata boleh makan,, dia lenjan la gusi tu sampai bangun pagi ni ambil kau! Macam kena penumbuk sedas. Membukit dah kesan bengkak tu baru terhegeh hegeh nak petua nak melegakan bengkak pada gusi.. Ada jugak tanya kat wall FB tadi.. Masing2 suggest kumur air garam. Yup salah satu cara yang aku baca boleh menyembuhkan bengkak gusi ni.


Bengkak gusi memang akan rasa macam ada ketumbuhan dalam mulut & rasa dia sakit berdenyut2. Paling siksa bila nak kunyah makanan.. Memang sakit bila gigi menekan gusi masa mengunyah makanan. Maka sepanjang sakit gusi makan macam ular sawa je la.. Telan2 gitu katanya. Asal tak lapar. Tu pun syukur masih mampu makan walau telan telan.. Ada orang makan pakai tiub lagi kesian. Jadi walau sakit tetap kena bersyukur.. Kalau kita rasa teruk ada orang lebih teruk dari kita, ye dak.

❤ CARI PRODUK BABY CARE? JOM TENGOK KAT SINI ❤

Jadi sebab aku sedang di landa bengkak gusi ni maka aku nak share la petua2 untuk menyembuhkan bengkak gusi secara semulajadi.. Badan ni kita kadang2 tak boleh di ajar asyik makan ubat je. kalau boleh merawat guna bahan semulajadi kita kena guna kita kena try juga sebab bahan2 yang di gunakan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Antara kaedah secara semulajadi yang boleh kita guna selain kumur air garam adalah...

Minyak Cengkih
Aku pun sebenarnya tak pernah tengok macam mana rupa minyak cengkih ni & macam mana nak dapat minyak cengkih. Atau boleh di buat kat rumah dengan menggunakan minyak masak & bunga cengkih. Tapi bila google memang ada di jual minyak cengkih ni. Cara dia cuma sapukan minyak cengkih di bahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari. Satgi den try hasilkan minyak cengkih sendiri ok! hehehe

Jeruk Nipis
Ni la susah bila rujuk info dari artikel orang indonesia. Jeruk nipis tu apa wei??? Hahaha.. Hasil google rupanya limau nipis. Katanya perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Sebaiknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.

Madu
Sebaiknya madu asli bukan madu yang dok beli kat pasaraya tu. Normally madu yang dah di kilangkan & di packing cantik2 tu tak berapa asli walau dia tulis madu asli. Jangan pulak dok buat lawak kurang bijak.. nak test madu asli ke tidak bawak jumpa bini. Kalau kena hempuk dengan lesung batu bermakna madu asli katanya.. Cukup setakat tu je gurauan berkasih pasal madu asli. Cara merawat gusi bengkak guna madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari Insya Allah bengkak akan berkurangan & sembuh.

Bawang Merah
Ni stok yang sentiasa ada kat rumah kecuali korang memang seumur hidup makan kat luar je. Jangankan gas.. dapur pun tak pernah ada katanya. Cara dia tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam lepas tu sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tu pun kalau tahan dengan rasa & bau bawang boleh la buat. hahaha

Lemon & Air panas
Cara guna lemon ni pun sama macam guna limau nipis tu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas. Seeloknya air suam la sebab takkan nak berkumur dengan air panas pulak kan. Lepas tu kumur la dua kali sehari.

Pijatan Gusi
Tu dia apa kejadahnya pijatan gusi ni. Apa yang aku faham adalah macam kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak tu la. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Pastikan jari tu bersih dulu ok!

Baking soda
Yang suka membaking ni mesti ada stok kan. Yang tak suka baking macam aku pun ada jugak stok. Caranya macam biasa campur dengan air kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun tak apa katanya dapat mencegah pembiakkan bakteria.
Tu dia 8 cara dok ada untuk anda cuba sekiranya mengalami bengkak gusi macam aku sekarang ni. Paling senang kumur air garam la yer.. Tapi kalau tak berkesan boleh try 7 petua yang di sediakan dalam entri ni. Guna kaedah semulajadi ni kita sedia maklum tak bagi kesan sampingan. Jadi kalau boleh merawat guna bahan bahan semulajadi tu try la dulu.. Kalau semakin serius.. mohon dapatkan rawatan di klinik atau hospital.

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED

INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED. Apa benda yang dah expired korang selalu makan? Kalau aku roti la.. Selagi tak tumbuh cendawan lepas tarikh luput sehari dua tu aku belasah je lagi. Setakat ni takde la cirit birit atau keracunan makanan ke hapa. Roti ni salah satu sebab expired dia pendek adalah kerana dia jenis tak tahan lama. Tapi selagi dia masih dalam keadaan baik,rasa pun masih sama.. Memang masih boleh di makan.


Tapi kalau darurat rasanya bercendawan pun orang makan jugak. Nama pun darurat kan.. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh makan walau dah lepas tarikh luput @ expired date. Kena tulis jugak dalam bahasa omputih sebab almaklum la.. Kadang2 ada orang certain2 benda dia memang tak faham bila tulis bahasa melayu walau first language dia melayu je. Dah biasa sebut expired date tetiba orang cakap tarikh luput.. Ting tong kejab dia jadinya. Jadi untuk bagi semua orang faham maka aku kawen campurkan bahasa dalam blog ni macam sembang santai kat cafe. hahaha

Alamak.. terkonar baring pulak. Berbalik kepada kisah benda yang masih boleh di makan walau dah expired yang selama ni kita tak tahu & mungkin kita terkejut sebab selama ni tak pernah tahu benda2 ni still boleh makan kalau masih dalam keadaan baik even expired date dia dah lepas. Mesti rasa nyesal giler kan kalau pernah terbuang benda2 ni bila check dah expired.. Takpe barang yang lepas jangan di kenang nak nak lagi yang dah kena buang. Tak payah nak kutip balik. hahahaha

Untuk tidak buat korang sakit hati dengan lebih lanjut baca blog lekatlekit.com ni.. Yang Mukadimah dia pun dah boleh cerpen sementara nak sampai ke point penting. Jadi marilah den bongkarkan apa benda yang masih boleh makan walau melepasi tarikh luput.. sila la baca senarainya kat sini >> 11 Benda Ni Masih Boleh di Makan Walau Dah Melepasi Tarikh Luput. So Jangan Buang <<

Nampaknya benda2 yang di senaraikan ni kebanyakkan ada stok dalam rumah aku. So, boleh la buat rilex2 kalau masih elok. Tak payah la terkebil2 setiap kali nak makan kena check expired date. Dah la kadang2 susah nak cari kat packaging dia. Almaklum la.. makin tua penglihatan pun semakin mengecil katanya. Kembang kuncup biji mata nak baca tarikh luput.

Moral of the story.. Bagus info info macam ni kita sebarkan untuk di kongsikan dengan mereka yang tak tahu. Jadi kalau korang rasa artikel ni menarik sila share. hehehehe

CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA

CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA. Amboi... Tajuk tak menahan tu. Mula la sel2 otak jadi warna kuning. Masing2 mula membayangkan upcara dalam selimut sedang berlangsung. Hangpa ni kan.. kalau sebut teruna & dara tu ja hangpa bayangkan. Hello.. Walau aktiviti tu tak berlaku pun tapi bila masuk satu alam ni memang akan hilang teruna & dara dia walau belum di sentuh pun. Nak tahu alam apa.. alam ghaib ke.. alam maya ke hapa meh baca dulu.


Cuti2 sekolah ni memang ramai orang bertemu jodoh.. Sana sini orang dok cerita pasal jemputan perkahwinan. Maka cuti sekolah sejak dulu lagi sinonim dengan orang akan hilang dara & terunanya... Hahahha. yelah.. dah kahwin tak ada orang nak panggil anak dara & anak teruna lagi. Dah jadi bini & laki orang confirm la hilang title teruna & dara tu, ye dak? Maka hilanglah teruna & dara dalam hidup pasangan yang dah berkahwin sejak dari lepas akad nikah. Kau sentuh menyentuh ke tidak.. Lepas je kau dah sah jadi laki bini takde orang nak panggil kau anak dara & anak teruna dah. hahahaha

Musim cuti sekolah banyak orang kahwin so musim cuti sekolah la orang banyak hilang teruna & dara so takde salah la tajuk entri tu, kan??.. hahahaha. Bila dah kawen mesti la nak honeymoon bagai bagi yang memang dah sediakan budget honeymoon. Kalau yang ada budget tak tau nak pergi mana ber honeymoon inilah masa yang paling sesuai anda ke Boracay atau Cebu. Kenapa time ni paling sesuai korang ke sana. Ini sebabnya >> Ini sebab Kenapa Anda Perlu Ke Cebu atau Boracay sekarang. Kalau lain kali tak jamin benda ni ada lagi <<

Pada semua pengantin baru & bakal pengantin baru di musim cuti sekolah ni.. Selamat pengantin baru & selamat menempuhi detik2 anda bakal kehilangan teruna & dara. Semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan hingga ke akhir hayat & bertemu semula di syurga.

TANPA PEKERJA TABUNG PENGANTI JURUWANG

Hanya orang yang betul confident je boleh buat camni. Jimat pekerja tak payah bayar gaji untuk jaga barang jualan. Tapi berani ke hangpa buat lagu tu? letak satu meja dengan barang jualan beserta senarai harga bersama 1 tabung untuk untuk tempat pelanggan buat bayaran?

Kat Malaysia susah la nak jumpa sistem perniagaan macam tu malah aku tak pernah jumpa pun kat mana2 kecuali satu tempat ni. Yer betul kat darussyifa bangi. Yelah.. yelah.. kang orang kata kat situ tempat pusat rawatan alternatif Islam apa nak takut orang curi ke hapa. Takde sapa tergamak nak mencuri kat situ. Hello... Masjid pun orang boleh mencuri inikan tempat rawatan Islam macam tu.

Ni gambar aku snap semalam setelah berkali2 kesini.

Tapi benda tu bila aku tengok buat aku belajar sesuatu. Bila kita percaya rezeki tu datangnya dari Allah, takde apa yang perlu kita risau setelah kita usaha & berdoa. Bila aku selalu cakap macam tu ada orang bidas even rezeki dari Allah di datangkan dari pelbagai asbab (sumber) so tak boleh nak berlagak jugak tanpa bantuan orang lain kita mampu dapat rezeki. Biarpun di datangkan dalam pelbagai sumber yang mungkin sumber itu dari orang lain tetap ianya milik Allah. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. Bila kita usaha ada rezeki Allah kirimkan untuk kita. Pokok pangkal.. rezeki tu bukan datang dari manusia tapi dari Allah.

Sumber google

So, jangan takut kalau sumber rezeki kita sebelum ni di tarik balik oleh Allah, mungkin Allah nak gantikan sumber rezeki yang lebih baik dari sebelum ni. Apa yang penting terus usaha & doa. Semoga rezeki yang kita dapat walau sikit atau banyak ada keberkatan & mencukupi. Banyak duit & harta pun kadang2 Allah datangkan kesulitan buat kita sentiasa rasa tak cukup.. So, apa yang lebih baik adalah kita doa rezeki yang datang untuk kita sentiasa cukup untuk keperluan kita.


ISTERI JENIS TAK MALU KALAU RASA SUAMI TU HAK DIA

Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni.. Dah banyak aku komen kat Wall orang pada isu ni. Aku rasa sangat2 Annoying bila ada segelintir para isteri yang post benda ni.. Bukan sebab tak betul tapi sebenarnya tak lengkap. Bila tak lengkap jadi tak berapa tepat. Bila tak berapa tepat.. menjurus kepada berat sebelah & jadi tak adil pulak pada para2 isteri macam aku ni.

Sumber google

Sebelum aku membebel dalam version melekat lekit ni.. Meh la kita apa baca yang aku rasa Annoying sangat selama ni..

Screenshoot yang ramai orang share termasuk perempuan. Bagi aku statement tak lengkap macam ni sangat berat sebelah. Memang la tak luak tapi tengok la kemampuan laki sendiri nak bagi pun. Hanya isteri je lebih tahu kemampuan seorang suami

Betul la apa dia kata.. Bukan jer suami malah apa saja yang kita miliki dalam dunia ni semua pinjaman termasuk la anak anak kita. Tapi kalau orang nak ambil apa yang Allah bagi kita pinjam tu tanpa cukup syarat.. Kau rasa macam mana? Nak bagi ke tidak??  Setakat laki kau nak poligami tapi kawen senyap2 belakang bini pertama.. Kau rasa lelaki macam tu layak ke berpoligami? Kalau kata bini dia tak malu pada Allah tak bagi laki dia poligami.. Laki macam tu malu sangat ke pada Allah, nak kawen tapi tak berani tanggung & jawab. Tak berani berterus terang.. Nak ikut sunnah tapi tak layak. Didik sorang bini pun tak mampu.. ada hati nak didik lebih ramai bini? So layakkah dia berpoligami?

Tu baru bab nak kawen.. Dah kawen sebab kawen tanpa persetujuan bini pertama.. Bini kedua terabai. Ko rasa macam mana? Dia mampu ke? atau kalau dapat izin pun, bak kata orang dapat yang muda yang tua tidak berguna lagi. Tang bab adil pun dah gagal.. Apa alasan yang kata dia layak berpoligami? Semua orang fikir.. Dia mampu bagi makan pakai.. kira dah mampu untuk berpoligami tanpa meniliti atau menilai dari perkara lain.. Senang macam ni, kalau laki tu setakat ajak kawen senyap2.. Kat situ dah nampak dia gagal. Jadi kalau rasa nak terima jugak, bersedialah hadapi kemungkinan hidup yang lebih mencabar selepas itu. Jangan nak merungut kalau nak jumpa 2nd wife macam nak buat jenayah.. kena senyap2.. seludup2.

kalau nak share sangat share ni. lelaki yang nak poligami atau mana2 gegadis yang sedang bercinta dengan laki orang.. elok la baca. Kalau cukup syarat... teruskan Insya Allah bahagia dunia akhirat.
Sumber Sinar Harian

Betul.. Semua yang kita miliki termasuk suami hanya pinjaman dari Allah. Tapi Allah tu maha bijaksana.. Dia bagi Amanah & tanggungjawab pun ikut kemampuan seorang manusia.. Di boleh lelaki berkahwin lebih dari satu pun ada syarat. Kalau yang tak cukup syarat.. tetap nak buat maka dia patut malu la dengan Allah. Terang2 dia gagal mendidik bini dia, so siapa yang patut malu??? Kalau seorang lelaki benar benar layak mengamalkan poligami bagi aku macam Ustaz Azhar Idrus.. Tiada pertikaian.. bantahan atau tentangan dari isteri2 dia. Kat situ kita nampak dia mampu mendidik para isteri dia. Kalau setakat kawen pun senyap2.. Tepuk dada tanya selera.

P/S : Kalau orang nak ambil anak kau suka suka hati.. Kau rasa nak bagi ke? sebab anak pun salah satu bentuk pinjaman dari Allah. Ada orang bagi anak pada orang tapi ada sebab.. Takde orang suka2 nak bagi anak dia kat orang tanpa sebab macam tu jugak suami. Nak share dengan orang lain pun mesti ada syarat & sebab. Kalau tak cukup syarat mungkin sebab membolehkan  seseorang berkongsi suami.
P/S : Entri ni tidak merujuk pada mana2 individu.. aku cuma menulis pendapat & luahan hati aku jer.. Hope tak ada orang yang touching..


TIADA GANJARAN PAYUNG EMAS UNTUK ISTERI RELA DIMADUKAN

Bila sebut pasal pengorbanan seorang isteri yang rela mengizinkan suaminya untuk kahwin lagi mesti ada yang kata.. wah dapat Payung emas la kat akhirat nanti.. Itulah yang selalu orang sebut untuk para2 Isteri yang rela di madukan & redha hidup berpoligami. Kononnya itulah ganjaran dari Allah untuk para isteri yang sanggup hidup berkongsi suami.

 Sumber carian google

Rasanya ada yang dah tahu & masih ramai yang tak tahu yang sebenarnya tiada ganjaran payung emas itu wanita2 yang mengizinkan suami menikahi wanita lain dalam Islam. Cakap jer sapapun boleh jom tengok sumber rujukan ni.

Sebenar tiada dalam mana2 hadis yang mengatakan ganjaran payung emas untuk isteri2 yang redha & rela di madukan tapi setiap perbuatan baik tu memang dah di janjikan ganjaran yang baik jugak di akhirat nanti cuma kat sini kita tak payah pesongkan kepercayaan & pemahaman orang lain dengan mengada ngadakan cerita payung emas bagai untuk ganjaran isteri yang rela berpoligami.

Sumber rujukan IBNU MUSLIM

Apapun memang tak semua wanita rela berkongsi suami.. Tapi ketahuilah lelaki yang layak hidup berpoligami adalah lelaki yang berjaya mendidik isterinya sehingga dia redha sekiranya suami dia nak kawen lagi. Contoh publick figure yang mampu kawen sampai 4 tanpa melalui amukkan para isteri salih Yaakob & Ustaz Azhar Idrus. Dari situ kita boleh menilai secara kasar mereka berkelayakkan untuk memiliki lebih dari seorang isteri bukan takat nikah senyap2 kat Thailand..

Moral of the poligami story..  jangan rasa harta banyak jer dah rasa diri cukup layak nak kawen lebih dari satu alih2 jadi macam cerita madu 3.. Bila kantoi kena kejar dengan bini. Nasib baik air sungai cetek kalau tak mati lemas dalam sungai. kekekeekkee


DAYANA & WAN SAKINAH SUDAH BOLEH KELUAR BERSAMA

Kalau betul Alhamdulillah la kan.. Nak bermasam muka pun dah termadu & bermadu. Jadi apa jalan yang ada selain berbaik. Tapi statement tu bukan dari dayana mahupun wan sakinah tapi dari suami mereka Ashraf Muslim.
Ashraf menegaskan bahawa Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan malah dia juga sayangkan kedua isteri dan keluarga mereka.
Ketika ditanya tentang hubungan isteri-isterinya Ashraf menjawab, "Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok." (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama). (Artikel penuh boleh baca kat sini >> "Dayana & Wan Sakinah Sudah Berbaik" - Ashraf Muslim
Dah boleh keluar bersama tu nampaknya dayana cuba terima la madu dia antara dia & suaminya. Memang susah tapi sebagai wanita yang baik macam dayana tu nampak dia ada usaha untuk menjernihkan keadaan & menerima wan sakinah.

Sebagai seorang perempuan & isteri.. Kita mesti dapat rasa perasaan dayana. Perasaan sakinah tak sesakit dayana jadi kita lebih tertumpu pada perasaan dayana la kan?? Mungkin bibir mampu ucap kata maaf tapi dalam hati bukan mudah nak terima apapun percubaan untuk terima apa yang terjadi adalah bermula dari ucapan maaf dari bibir. Kalau kita ucap selalu mungkin jadi satu doa yang termakbul & akhirnya kemaafan tu menjadi ikhlas.

Semoga mereka menjadi satu keluarga yang bahagia. Siapapun salah & siapapun yang betul.. Bukan jadi persoalan. Bila perkara tu dah berlaku nak tak nak terpaksa juga cari jalan yang terbaik agar apa yang dah berlaku tu di layari dengan kebaikan.

LEBIH BAIK JANDA DARI MADU

Setiap pasangan yang berkahwin, tak merancang untuk jodoh yang separuh jalan. Tapi kalau sudah tertulis perjalanannya macam tu, tiada kuasa yang mampu melawan. Kat sini sang lekit nak kupas kupis kenapa perempuan lebih suka bergelar janda dari di madukan. Ini cuma pendapat peribadi bukan kajian dari pihak yang profesional yer...

antara sebabnya.. Memang tak boleh terima hakikat berkongsi takhta dengan perempuan lain. Rasa tercabar, rasa macam loser.. & rasa macam bodoh pun ada jugak. Setiap manusia tak banyak pun sikit mesti ada ego dalam diri tu, kan?? Nak2 lagi bab kongsi suami dengan perempuan lain... Yang takde ego pun boleh naik temperature ego dia secara mendadak.

Tak boleh terima kena kongsi suami & segala milik suami dengan perempuan lain yang dah sama level dengan dia. Nak marah tak boleh.. nak halang pun dah tak boleh.. sebab apa yang halal suami dengan dia.. menjadi halal juga dengan perempuan kedua yang muncul dalam hidup suami dia. Rasa keistimewaan tu dah takde untuk dia.

Masa! Masa dengan dia dah semakin kurang.. Fulltime dulu dah jadi part time tak mustahil boleh jadi tunggu free time baru ada dengan dia. Kalau dulu habis kerja suami terus balik rumah, tapi kalau dah ada orang kedua ni.. takde lagi istilah hari2 balik rumah, kan??

Soal Hati.. Memang kagum la dengan wanita2 yang ikhlas di madukan tanpa ada rasa sedikit pun perasaan terluka & kecewa dengan keputusan suami untuk beristeri lagi sebabnya kurang sangat wanita2 yang boleh redha & ikhlas macam tu.. Mungkin ramai yang terpaksa bermadu dari yang ikhlas di madukan, betul tak?? Untuk mendesak hati rela & redha pada madu ni.. aduhai, rasa telan bara api pun lagi mudah dari telan kenyataan bermadu ni.Kalau tanya hati memang jawapanya tak rela.

Taknak seksa diri sendiri & jadi orang yang hipokrit.. Konon tak kisah, konon redha.. konon boleh terima dalam dalam hati membuak2 macam kawah gunung berapi, nak meletup tak boleh. Akhirnya derita dalam ketawa.. Lepas tu admit wad gila. Orang pun tak tau punca.. dok tengok elok ja.. bahagia ja.. padahal makan dalam. Benda yang makan dalam ni memang orang tak nampak kat luar tapi sampai masa akan timbul juga kesannya. Jadi, untuk seksa diri sendiri demi kebahagian orang lain.. ada lagi baik masing2 cari kebahagian sendiri. ye tak??

Pada pendapat peribadi sang lekit berdasarkan isi hati seorang isteri (diri sendiri ler) atas sebab2 tu sang lekit tak mampu untuk terima kenyataan di madukan & kalau di hadapkan dengan benda tersebut rasanya daku rela bergelar Miss J dari bermadu kot. Sakit sekali.. lepas tu pelan2 ok.. dari sakit dok mengadap hari2 sepanjang hidup. Oh... tidak.

Macam filem madu tiga ni.. ketiga2 isteri dia sebenarnya bukan nak di madukan tapi tak tahu pun di madukan.. Semuanya kerana terpaksa sebab tertipu. Kebanyakkan realiti yang berlaku kat luar sana pun macam tu. Dari tertipu terpaksa redha.

P/s : Madu lebah memang manis & boleh jadi penawar berbanding dengan hidup bermadu.. Jadi jangan nak gunakan alasan bermadu itu manis..sebab ada perkataan MADU, ok!!

P/S : Semoga bahtera rumahtangga kita semua di lindungi dari munculnya insan kedua.. bukan kedekut tak bagi tumpang kasih tapi bab tumpang suami yang pemurah pun boleh jadi bakhil. 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com