Showing posts with label tangkap. Show all posts

HARGA SATU NYAWA DI TANJUNG MALIM & SLIM RIVER HANYA RM10

Betapa rakus & tamaknya manusia di muka bumi Allah ni kan? Setiap inci semua milik mereka sehingga makhluk lain nak menumpang hidup pun susah. Nasib baik Jin tu makhluk yang orang tak nampak, kalau nampak gamaknya ada program membenteras jin pulak.


Alkisah terbaca di post kakimotong tentang pemberitahuan dari Majlis Daerah Tanjung Malim melalui portal rasmi mereka katanya.. rewards akan di beri pada mereka yang menangkap & menyerahkan anjing terbiar kepada mereka akan di bayar RM10 untuk setiap ekor. Depa nak buat apa kumpul anjing terbiar banyak2. Mustahil nak bela @ tempatkan kat satu taman anjing di mana anjing2 itu akan hidup bahagia cukup makan minum.


Program macam ni boleh di salahguna.. tak mustahil anjing dalam jagaan orang pun boleh jadi mangsa sebab semua berebut nak dapat duit. Aku tak tuduh tapi anjing2 yang di tangkap & di serahkan kepada mereka.. Insya Allah PTS la tu. Ya Allah.. terancam sangat ke tanjung malim & slim river dengan anjing liar. Jarang pulak aku dengar tv3 siar berita orang kena serang anjing kat situ. Takde ke cara lain mengatasi masalah anjing liar ni?


Walau anjing tetap bernyawa. Anjing bukan tikus.. Anjing juga ada ceritanya dalam Al Quran. Anjing juga patut di kasihani. Anjing jugak ada fungsi dalam kehidupan manusia. Anjing bukan sampah untuk dilupuskan macam tu sahaja. Carilah solution yang lebih baik.. Jangan merentap perasaan pencinta haiwan dengan program macam ni. Program sentuh anjing kemain garang kita membantah tapi program bunuh anjing siap di bayar.. kita semua diam.

Kita jangan salahkan Budha mymar yang membunuh etnik Rohingya kalau kita sendiri menyokong perbuatan macam ni kat Malaysia. Jadi tak pelik la kecoh pasal penemuan kubur besar & kem tahanan etnik rohingya kat Malaysia. Apa beza kita dengan budha2 mymar yang kejam tu? Kang ada pulak orang cakap.. jangan samakan manusia dengan anjing. Yelah.. tak sama. Anjing tak kejam sampai nak bunuh setiap manusia yang dia jumpa hanya kerana seorang dua yang pernah aniaya atau bunuh spesis dia berbeza dengan manusia. Faham sendiri sudah.  Anjing pun makhluk bernyawa yang ada rasa sakit. Islam tidak kejam & tidak ajar mengejami sesama makhluk.

Moral of the story.. Owner2 anjing sekitar tanjung malim & slim river awasi anjing anda takut jadi mangsa hanya kerana RM10.

P/S : Apa yang berlaku adalah dari perbuatan manusia tapi yang terima akibat & jadi mangsa adalah haiwan. Kita buat silap lepas tu kita jatuhkan hukuman pada mangsa kesilapan kita.


GAMBAR LANGSUIR DI SUMBAT DALAM BOTOL

langsuir ni kiranya kategori hantu yang paling otai jugak sebab dia terkenal sejak dari zaman purbakala lagi & sehingga kini dia masih mampu mempertahankan popularitinya sebagai di antara makhluk yang menyeramkan orang kampung jugak orang bandar. Langsuir ni mempunyai kepakaran bertenggek kat dahan pokok atau terbang dengan gaya bebas.. Langsuir selalu di gambarkan seekor hantu berambut panjang, muka hodoh & sentiasa berjubah putih ala2 baju kelawar skit fesyen dia..

Sumber google sekadar hiasan

Tu serba sedikit pengenalan pasal langsuir ni.. Kalau rasa nak berkenalan lebih rapat boleh la cuba berinteraksi dengan beliau secara in person yer. Lelebih sangat aku tak reti cerita pasal langsuir sebab aku sendiri pun takde hubungan rapat apatah lagi hubungan kekeluargaan dengan langsuir jauh sekali pernah bercouple. hehehehe

Tertengok kat post Pencari Entiti Crew - P.E.C satu gambar yang di kirim oleh peminat hantu.. seekor langsuir yang suka ikut budak balik ngaji berjaya di tangkap seterusnya di botolkan untuk tujuan di pamerkan kepada umum. Kalau tak kurung dalam botol kang.. terlepas bebas langsung orang lain takde change nak tengok kan. Mesti korang pun tak sabar nak tengok.. aku pun rasa tak sabar nak tunjuk jugak. Kalau ada yang histeria lepas tengok tanggung sendiri yer

 Ni mesej dari pengirim gambar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tu dia.. seram tak? Jangan sampai pecah perut tau.. sikit2 sudah. hehehehe



Moral of the story untuk semua langsuir yang ada... kalau tak nak kena kurung dalam botol sila jangan ganggu budak balik ngaji, hokay! kekekekeke


JANGAN BULI ZAMANI SLAM

Tak tau la dalam banyak2 artis yang kantoi sebab dadah ni, Zamani Slam paling aku simpati sangat sangat. Kita semua tahu sejak beliau berkecimpung dalam dunia seni, tak pernah ada apa2 masalah atau kontroversi. Tak pernah dengar dia buat hal apa2.. Cuma tahun ni dia kantoi sebab dadah even dari pengakuan beliau dah menangih sejak 10 tahun dulu.


Semua manusia takkan lepas melakukan kesilapan.. Zamani pun manusia. Mungkin dari sudut lain dia artis yang baik cuma tersilap langkah & terjebak dengan dadah. Sejak pagi tadi kat laman2 sosial orang mula memviralkan video zamani di gari & di paksa menyanyi oleh anggota polis.. Serius aku tengok sekejab video yang di share kat Wall penyanyi Ayu OIAM. tengok tak habis pun.. Rasa kesian sangat. Kenapa buli dia macam tu? Dia bukan orang jahat.. Dia cuma penangih dadah yang masih ada harapan untuk di pulihkan. Dia tak ada rekod jenayah.. Jangan buli Zamani!

Kesilapan terbesar anggota polis tu cuba menyebar video tersebut & sekarang mendapat kecaman dari banyak pihak. Tak kira siapapun mereka, Anggota polis laksanakan tugas ikut etika la. Jangan nak seronok sangat. Silap langkah.. dapat padah. Apapun untuk zamani.. Moga apa yang berlaku di jadikan pengajaran. Ramai yang masih menyokong zamani.. gunakan kesempatan ni untuk berubah kearah yang lebih baik. Moga Zamani pulih dari dadah & hidup dengan lebih sihat. #SupportZamani.


EZAD LAZIM @ EXIST TERANIAYA??

Semua orang tau semalam kecoh pasal ezad lazim @ ezad exist yang di tahan sebab dadah.. Tadi ternampak sekeping gambar yang di share kakak kepada ezad yang depa sekeluarga nampak ceria makan tengahari bersama hari ni.

Aku pun sibuk2 jugak baca komen2 yang ada nak tau apa sebenarnya yang berlaku. Dari komen2 yang aku baca kes ezad kena tahan tu.. maybe sebab kawan. Samada kena khianat dengan kawan atau dia bersama orang yang bawak syabu tu tak sure yang mana betul tapi dari komen aku baca tu.. Gitulah katanya sebab kawan. Sebab ikut kawan ka hapa, serius aku pun tak tahu..

 Sumber gambar Eta Lazim

Kalau betul bukan salah ezad.. Kesian kan? 1 Malaysia kecoh.. ada yang kaitkan dia kurus sebab ambil dadah la.. Bukan setakat spekulasi.. segala kutuk maki orang ucapkan kat dia padahal baru di tahan tak terbukti apa2 pun lagi. Bila dah di aibkan macam tu.. Bukan senang nak membetulkan keadaan.. Kadang2 terpaksa biarkan je sehingga benda tu di lupai.

Apapun semoga Ezad & seluruh ahli keluarga terutama isteri.. kuat hadapi ujian ni. Bukan mudah nak hadapi perkara macam ni nak2 lagi artis ni.. Kemana jer orang kenal. Tapi kalau kita berada di tempat yang benar, Insya Allah kebenaran takkan pernah berubah & Allah bersama orang2 yang benar.

P/S : berderet entri pasal retis lepas ni kembali ke pangkal jalan. Kembali mengupas ngopek ngongek isu2 semasa pulak.. ekekekeke.. 


MAK BAPAK DIA TAK KISAH PUN DIA NAK ROMEN DENGAN AWEK MALAM VALENTINE

Tak habis lagi cerita Valentine ni. Setakat kena tangkap khalwat malam Valentine kat hotel budget rasanya bukan benda baru atau benda pelik berlaku setiap tahun. Walau setiap tahun ada je operasi menangkap pasangan beromen kat hotel budget tapi tetap takde penyelesaian pun. Setiap tahun ada je yang kena tangkap.


Tapi tu berita yang bukan luar biasa.. Tapi ada satu cerita yang sebenarnya bukan cerita luar biasa tapi pengakuan dia tu yang ada tarikkan den nak share kat sini. Antara pasangan yang di tangkap malam Valentine yang satu ni statement dia bukan je membuka aib sendiri malah membuka aib mak bapak dia jugak. Dah la kena tangkap beromen dalam bilik hotel dengan awek.. siap bagitau mak bapak dia tak kisah pun dia bersekedudukkan dengan awek dia & depa kena tangkap ni pun mak bapak dia tak kisah.

Berita penuh baca kat Sinar Harian

Kemain kau yer... Western sangat keluarga kau. Selalunya yang kita dengar atau baca pasangan yang di tangkap takut sangat la perbuatan depa tu family tahu. Ada menangis, meraung, merayu bagai nak di lepaskan supaya family tak dapat tahu. Yang ni tak.. Rilex je. Apa nak kisah mak bapak pun tak rasa benda tu mengaibkan so tak payah takut balik rumah kena marah bagai.

Tapi tak tau la.. Dia kata bukan mak bapak dia kata. Entah2 ego tinggi nak berlagak macam urban & western sangat hidup dia, dia buat la cerita dogeng yang mak bapak dia tak kisah dia bersekedudukan dengan awek. Kalau tak kisah korang check in kat rumah sendiri sudah. Romen puas2.. free pun free & takde sapa nak kacau. Ye dak?? Tapi tak mustahil jugak ada spesis mak bapak camni.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com