Showing posts with label rapat. Show all posts

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA. Setiap tahun menjelang raya mesti isu pasal Nora Danish beraya dengan bekas mertua mesti jadi kontroversi. Maka akan muncul macam2 komen & pendapat. Ada yang jadi pengkritik & ada yang berlagak ustazah & ustaz berhujah menggunakan agama. Apapun pendapat atau pandangan nak2 lagi yang guna agama tu biarlah jelas & tak mengelirukan.


Ni tak majoriti yang aku baca komen katanya hubungan mertua & menantu takkan putus walaupun pasangan tu bercerai selalu je muncul kat isu pasal Nora Danish dengan bekas mertua dia. Aku sebenarnya dah lama nak cari jawapan pasal ni sebab aku agak keliru dengan statement macam tu. Seolah olah mengambarkan walaupun bercerai menantu tu masih ada tanggungjawab kepada bekas mertua. Yelah.. bila orang pertikai perlu ke kau nak tiap kali raya berkepit dengan family bekas mertua seolah2 kau tak ada keluarga sendiri mesti muncul komen yang mengatakan hubungan bekas menantu & mertua tu kekal sampai bila2 walaupun pasangan tu bercerai seolah olah nak bagitau orang kau wajib jaga bekas mertua kau sama macam kau jaga mak bapak kandung kau.

Ni la statement setazah2 yang tak berapa lengkap & jelas yang selalu buat aku jadi keliru. Alang2 nak jadi setazah online ni better la bagi penjelasan yang lengkap supaya tak berlaku salah faham. Isunya perlu ke Nora Nak beraya dengan bekas mertua setiap kali hari raya tapi yang komen dok mention pasal hubungan antara bekas mertua & menantu. 

Kalau ambil rujukan dari Google je nanti ada la datang mempertikai & menyindir konon jangan mengaji dengan google je perlu guru jadi aku merujuk la kepada seseorang yang bergelar ustaz & juga penceramahan motivasi yang aku kenal untuk mendapat jawapan pasal hubungan antara menantu & mertua selepas pasangan suami isteri tu bercerai.

Dari rujukan aku tu.. Yer betul.. hubungan mertua & menantu tu kekal walau pasangan tu bercerai tapi cuma hubungan Mahram. Hubungan mahram di mana bekas menantu haram berkahwin dengan bekas mertua. Sekadar itu sahaja tapi bekas menantu tu dah tak ada tanggungjawab terhadap bekas mertua seperti mana semasa dia masih menjadi menantu mereka sebelum bercerai. Bermakna tanggungjawab nak ziarah nak jaga keperluan bekas mertua tu dah tak ada macam tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kandung sendiri tapi tak bermakna tak boleh buat. Boleh je buat atas perikemanusiaan.. nak ziarah & still berbaik dengan bekas mertua selagi perkara tu tak mendatangkan fitnah. Tapi dalam kes Nora Danish ni memang mendatangkan fitnah pun.Dari sebelum fasha sandha bercerai lagi Nora Danish sering di kaitkan dengan masalah yang berlaku dalam rumahtangga fasha & jejai. So, rasanya kalau dia nak still melekat dengan mertua tu tak payah show off sangat la kan. Mengundang persepsi negatif orang je.

Jadi pasa setazah yang selalu muncul bila isu Nora Danish beraya dengan keluarga mertua tu kalau rasa nak berhujah guna hukum agama biar jelas supaya orang2 yang baru nak belajar macam aku ni tak keliru dengan statement hangpa. Sebelum ni memang aku ingat bekas menantu tu masih ada tanggungjawab terhadap bekas mertua & aku terbayang macam mana kalau 10 kali orang tu kawen cerai.. jenuh nak jaga kebajikan 10 bekas mertua dia. Sebab depa asyik mention hubungan bekas mertua & menantu tu kekal seolah2 kau kena utamakan dia macam mak bapak kandung kau jugak walau dah bercerai.

Selepas penjelasan tu sekarang aku dah faham.. Jadi aku kongsikan la dengan orang lain yang mungkin pernah berada dalam situasi macam aku jadi confuse hubungan antara menantu & bekas mertua tu.

Moral of the story.. aku bukan pandai tapi cuma nak kita sama2 belajar je. Supaya apa yang pernah mengelirukan aku tidak mengelirukan orang lain. Pada yang nak berhujah guna agama tu make sure la benda tu jelas & tak buat orang salah faham. Jangan ambil apa yang kita nak jer.. Perlu bagitau apa yang sepatutnya,

BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT

BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT. Yelah.. dah nama pun berpisah maka hilang la title mertua & menantu yang ada cuma bekas mertua & bekas menantu je. Bila dah jadi bekas ni bukan kata kena isytihar musuh terus.. Boleh jer kita ada hubungan baik dengan bekas keluarga mertua. Mungkin sebab antara anak & bekas mertua masih ada pertalian darah jadi sekaligus melibatkan bekas menantu jugak la untuk kekalkan hubungan antara nenek/datuk & cucu.

Gambar sekadar hiasan.. hik hik hik.. Kalau cerita ada kena mengena sekadar kebetulan.hahaha

Tapi berpada pada la kan.. Terus berbaik tu tak salah cuma mungkin kalau terlalu akrab menyebabkan keluarga bekas pasangan tu jadi mudarat pulak. Soal ex ni memang sensitif, hokay! Ada orang memang tak suka dah nak dengar cerita pasal ex pasangan dia apatah lagi tiap kali ada apa2 acara atau majlis atau takde apa2 keraian pun muka bekas ex pasangan tu ada je kat situ. Seolah2 macam tak reti nak bina life sendiri.. tetap nak berkepit dengan bekas keluarga mertua. Sedangkan yang menantu baru ni.. sedikit tersisih & di sisihkan.

Kadang2 penceraian antara bekas pasangan tu berlaku akibat kecurangan & orang ketiga. Jadi mertua ni mungkin permulaannya rasa tak suka la dengan menantu baru. Tapi kalau di beri peluang untuk buktikan dia mampu jadi menantu yang baik setanding bekas menantu dulu.. Insya Allah hubungan tu akan jadi baik jugak. tapi kalau dah bekas menantu tetap nak terus bertakhta di hati bekas mertua sebagai menantu terbaik walau dah jadi ex sampai tak bagi laluan pada menantu baru untuk cipta hubungan baik dengan mertua pun susah jugak. dah bekas tu buat la cara bekas.. Nak menyendeng sangat dengan mak mertua orang sampai macam takde life tu sapa suruh. Kadang2 walau sayang pun kita perlu bataskan tindakkan tu untuk tidak menyebabkan hubungan orang lain jadi bermasalah. 

Moral of the story.. Islam tak galakkan kita putuskan silaturrahim tapi Islam jugak tak suruh kita berbaik dengan seseorang untuk hancurkan hubungan orang lain. Pada mereka yang sedang di landa masalah yang melibatkan ex pasangan yang melekat dengan mertua macam kembar siam tu bertabahlah.. Berdoalah semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan hubungan keruh tu meretakkan hubungan kekeluargaan antara keluarga mertua jugak memberi kesan pada rumahtangga.

PETUA ELAK NYANYUK MAKAN OTAK SAUDARA RAPAT

Sapa la pencetus petua macam ni. Confirm takut orang nak rapat dengan mana2 saudara takut otak dia di makan oleh sedara terapat dia sendiri untuk elak jadi nyanyuk. Ni di namakan sedara makan sedara. Memang betul2 dia makan bukan sekadar perumpamaan.hahahaha


Tapi mujur la petua ni takde dalam amalan kita orang Melayu atau orang Malaysia. Cuma petua kuno ni di amalkan oleh orang papua new guinea. Petua ni di dedahkan orang para saintis. Katanya depa dah lama amalkan makan otak sedara rapat yang telah meninggal dunia bagi mengelakkan penyakit berbahaya Kuru Prion selain mengelakkan nyanyok.

Nasib otak sedara yang dah meninggal dunia.. Kalau dia yang hidup memang jadi arwah jugak la kan. Ada ke manusia hidup takde otak?? Tapi ramai jer manusia hidup ada otak tapi takde akal hahahaha...

Tapi katanya,  Dengan 'petua' lama ni, saintis beranggapan dapat menemui vaksin baru untuk merawat dapat menyembuhkan menderita penyakit Kuru Prion dan nyanyok.  Erkk.. effective jugak ke petua kuno depa ni cuma rasa macam seram pulak kan?? patut entri ni kena label segmen seram serik lekat lekit. hahahaha

Moral of the story.. itulah kejahilan mereka yang bukan Islam sedangkan dalam Al Quran ada bermacam kaedah & cara menyembuhkan penyakit. Yang pasti takde amalan makan otak sedara terdekat. Tu bezanya kita dengan mereka.

TESTIMONI 18SX TERLAMPAU!! SEMPIT DAN KETAT KATA LAKI DIA

Memang ramai sangat pengedar2 & penjual2 jamu.. produk kesihatan.. produk kekuatan zahir batin secara online. Tak kisah la.. mereka berhak mempromosi & mengedar produk mereka dengan apa cara sekalipun. Tapi amatlah menyedihkan bila produk2 berasaskan Jamu/herba/produk kesihatan dalaman ni berkongsi testimoni dari pengguna mereka. Rasa agak memalukan..

Pengedar & pengjual ni dah tau.. Selagi ada point nak lariskan produk depa depa tak lepas nak menayang la sebagai testimoni. Yang kongsi testimoni dari pengalaman sendiri tu pun tak mau kalah. Selagi boleh cerita sampai ke dalm **tut** tu selagi tu nak cerita. Ya Allah kadang2 kita yang membaca tumpang malu untuk golongan macam ni.

Kalau cakap.. Bagus la produk ni. Baru 3 kali je ambil dah nampak kesan yang drastik & positif. Husband saya pun nampak bahagia setiap kali bersama dengan saya. Atau.. husband saya puji.. saya boleh layan dia macam malam pertama dulu. Cukup la.. tak perlu la kau cerita sampai camni.. (rujuk gambar di bawah)

Walaupun orang tak tau identiti yang share testimoni ni tapi ko tak rasa malu ke tulis macam tu untuk bagitau orang. Kalau aku la.. nak taip camtu pun aku malu apatah lagi nak share bagi orang baca

Betul.. banyak persaingan & kita nak produk kita lebih menonjol & menyerlah tapi jangan sampai hilang rasa malu & semua rahsia atas katil dengan suami di jadikan testimoni untuk semua orang baca & bayangkan keadaan kita semasa bersama suami. Berpada padalah.. Jangan nak jual produk yang setakat boleh beli baju selai dua... kita nampak macam tak bermaruah sangat.

daku pun pernah buat review untuk produk kesihatan dalaman ni.. Setakat perkataan ketat, rapat & tegang tu bagi den tak melampau sangat tapi sampai semua yang berlaku atas katil nak share buat testimoni ada lagi bagus kau snap gambar kemudian upload buat testimoni. Baru senang orang tengok takat mana punya sempit tu! Confirm meletup produk tu sampai tak cukup stok orang beli. Alang2 dah takde rasa malu kan...

So, nasihat pada peniaga2 produk kesihatan tak kira berasaskan jamu/herba atau cara moden sekalipun.. Jangan melampau sangat nak share testimoni. Kalau korang tak rasa malu.. hormatilah kami yang termalu bila terbaca ni. Kalau korang tak malu tak semestinya orang lain pun tak reti malu macam korang.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com