Showing posts with label restoran Mat Sup Utara. Show all posts

BIHUN SUP LIPAS

Lega rasanya dapat update entri dari pc tua kesayangan hamba ni. Haritu dia koma masalah power supply, dah di bersihkan power supply dia kembali ceria.. Tup.. tup.. bateri kat motherboard pula hilang kuasanya & kurang bertenaga. Nak bagi minum jus Tok Guru kang arwah pulak.. maka terpaksa la di tukar baterinya. Nasib baik ada sikit ilmu pasal pc ni jadi tak perlu la nak hantar servis kat orang lain. Sang Lekit cuma kesan kerosakkan, yang tukang betulkan (alah tukar bateri je) encik asben kita la. Biasala pc tua.. dah masuk warga emas ni macam2 la penyakit sengal yang datang tapi alhamdulillah dia masih mampu berjasa dengan tuannya. Tua pun tua la selagi kau hidup selagi tu kau kena berkhidmat, kan??

Ni alkisah pasal bihun sup lipas. Korang pernah makan bihun sup lipas?? Mesti ada yang loya2 bila terbayang bihun sup lipas tu kan?? Mana nak dapat bihun sup lipas?? Kisah ni adalah kisah kesinambungan balik dari tesco. Memandangkan dah midnite, kitorang malas dah nak singgah makan. Kalau berdua je takpe la ni ber baby kan lala susah sikit. Asben sang lekit cadangkan order je kat restoran dekat rumah sang lekit ni sebab ada delivery. memang selalu jugak kita order kat situ kalau tengah2 malam rasa nak makan. Tapi kedegilan seorang isteri nak jugak beli siap2 tak payah nak tunggu order sampai balik rumah terus makan je membawa padah.

Mula2 takde niat pun nak makan bihun sup tapi dah asben kita singgah kat restoran yang dia selalu bungkusan bihun sup kegemaran kita tu maka auto rasa nak makan bihun sup ayam. Bihun sup ayam dia bagi sang lekit antara yang tersedap jugak la. Maka di bungkusnya bihun sup ayam, balik la sekeluarga itu. Si suami nak makan frozen food yang di shoppingnya kat tesco, si isteri pula tak sabar2 nak jamah bihun sup yang di beli. Dah siap di mangkuk hayunkan bihun sup tu.. apa lagi sesi suap kemulut sendiri la. Baru dua tiga suapan terperasan ada seekor makhluk yang tak sepatutnya menjadi bahan rencah dalm sup tu terapung2 di permukaan mangkuk. Bila di belek rupanya sekor lipas kanak2 mati lemas dalam sup tu. Loya tokak den di buatnya. Terus di hidangkan dalam tong sampah. Maka itulah kali terakhir daku membeli apa2 makanan pun kat restoran Mat Sup Utara, Damansara damai yang restorannya berdepan dengan balai polis.

Gambar di pinjam kat SINI. sekadar hiasan

Memang hilang kepercayaan daku terhadap tahap kebersihan restoran tu. Mula la ter syak wasangka entah2 sebelum ni dah berekor lipas daku telan masa makan bihun sup tu. Bukan menuduh tapi bila dah jadi macam tu macam2 la hasutan Syaitoon menganggu. Apapun pada pengusaha restoran, tolong la jangan kerana seekor lipas korang hilang pelanggan tetap macam sang lekit ni. Tolongla pastikan tempat memasak, bekas memasak, tempat makan, tandas bagai semua tu bersih tak mengundang makhluk2 seperti tu menjadi rencah dalam masakan anda. Pesanan ni adalah peringatan pada semua yang menjalankan perniagaan makanan terutamanya. Harap maklum.


P/S : Pada yang sudi singgah komen bagai kat blog melekit ni thanks.. Insyaallah pc dah sihat kalau ada kelapangan sang lekit buat lawatan sambil belajar kat blog korang lak yer.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com