Showing posts with label klinik. Show all posts

SIAPA YANG PERLU BAYAR ATAU TIDAK BILA BUAT UJIAN COVID-19 DI HOSPITAL/KLINIK KERAJAAN.

SIAPA YANG PERLU BAYAR ATAU TIDAK BILA BUAT UJIAN COVID-19 DI HOSPITAL/KLINIK KERAJAAN.. Pepagi terbaca posting di facebook Page kementerian kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan bayaran yang di kenakan untuk ujian pengesahan covid-19 di fasiliti kerajaan. Baca komen.. Allahu banyak maknosia yang tak faham. Mula la depa dengan teori harga yahoodi, konspirasi nak kaut untung bla.. bla... etc..

Ada sejenis manusia yang malas baca terus jatuh hukum. Ada manusia dia baca tapi dia tak faham dia buat kesimpulan sendiri. Ada yang baca tapi dia susah nak faham bahasa formal ni.. Pun dia faham dengan cara dia sendiri dan menyebabkan berlakulah salah faham.

Fungsi blog lekatlekit ni adalah menulis semula fakta yang orang maybe tak faham bila di sampaikan dalam bahasa formal/rasmi ni. Memang ada yang mudah faham bila kita menulis santai, bahasa pasar.. So kena ada juga individu yang jadi translator macam den. Kuikuikui..

Bukan semua individu yang nak buat test covid-19 ni di kenakan bayaran. Ada individu atau golongan yang tak perlu bayar pun. 

👉Contoh orang yang dia syaki positif.. Si mat tu nampak ada simptom covid macam demam tinggi, selsema, hilamg deria rasa & bau, sesak nafas.. dia pi klinik nampak ada simptom so petugas kesihatan buat test covid kat dia. Dia tak kena la bayar.

👉Yang kedua.. Bila Si Mat ni di sahkan positif covid.. Orang yang ada kontak rapat dengan si mat contog family yang tinggal serumah, kawan kawan sekerja, atau sesiapa sahaja yang si mat pernah jumpa dalam masa terdekat ni. Depa pun kena buat saringan covid-19 so depa tak di kenakan bayaran.

👉Yang ketiga, mereka yang dalam pemerhatian atau pemantauan penyakit berjangkit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI) golongan ni pun wajib kena buat test covid & tidak di kenakan bayaran.

👉Orang yang baru balik dari luar negara memang wajib kena buat & di kecualikan bayaran. So tak kena bayar.

👉Selain tu kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas rasmi tak kira dalam & luar negara. Depa memang dapat free test covid yer. 

Jadi sapa yang kena bayar kalau nak buat test covid-19 di faksiliti kerajaan ni? Bukan ke free.. gomen tanggung? Tak semua 100% govement tanggung yer.. Yang kena bayar adalah mereka yang rasa nak buat test covid-19 sebab rasa dia dok berjalan merata sangat even dia sendiri tak pasti dia ada kontak rapat dengan orang yang positif atau tak. Kira dia sendiri yang rasa tak sedap hati.. So dia pi la klinik atau hospital kerajaan serah diri minta di buat pengesahan covid-19. Yang ni memang kena bayar la. Tengok jadual bayaran di bawah untuk semakan

Semoga hangpa semua jelas siapa yang perlu bayar & tak perlu bayar bila buat test covid tu. Kalau yang hangpa tengok yang di arahkan pi buat test covid beramai ramai tu bukan kena bayar. Yang kena arah buat ujian covid of course la tiada bayaran dia kenakan. Kalau kau paksa bayar.. Kau rasa semua mampu bayar ke atau nak bayar ke? Bukan semua orang suka kena jolok tekak.. jolok lubang hidung. 

Moral of the story.. tak tahu, tak faham & tak reti sila bertanya. Jangan main buat spekulasi sendiri. Mungkin boleh menyebabkan salah faham orang lain yang membaca seolah olah KKM ni agen yahoodi sangat nak pow duit orang awam.


CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM. Sekarang ni banyak doktor mula membuka klinik sendiri. Lambakkan klinik persendirian/swasta membuatkan kadang kadang kita tak tahu samada klinik @ doktor tersebut berdaftar dengan KKM atau tak. Risiko tau kalau klinik tu tidak berdaftar dengan KKM sebab kalau berlaku apa apa susah la korang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Dari perkongsian Laman Facebook Dr Imelda Balchin dia bagi tutorial cara nak semak samada klinik tu sah atau tak. Siap tutorial bergambar. Boleh rujuk di bawah. Jika anda mempunyai account facebook boleh masuk terus ke posting dr Imelda.

Kalau hangpa nak check sendiri, doktor yang bukak klinik sendiri ni doktor tipu kaa doktor betoi, sila ke link ini.


Type nama doktor saja pun cukup.
Lepas tu click go.
Lihat senarai yang keluar.

Saya type Imelda saja. Keluar senarai tujuh orang doktor Imelda yang berdaftar dengan MMC. Saya yang ketujuh dalam senarai tu.

Kalau tau nombor registration MMC lagi bagus. Tak payah laa cari nama kat dalam senarai yang mana satu. Boleh search guna nombor saja.

Kalau doktor tu tak ada di dalam senarai dengan tempat pekerjaannya sekali untuk tahun ini, pi laaa cari doktor lain.

Anda juga boleh buat aduan di laman mmc.gov.my jika anda terjumpa doktor tipu.

Semoga Tutorial dari Dr Imelda ni membantu anda membuat semakan sebelum menggunakan khidmat @ rawatan klinik/hospital persendirian/swasta. Bukan apa zaman sekarang banyak orang pakai title Doktor tapi title tu tidak di iktiraf, tidak bertauliah & senang cakap doktor pelesu jer. Bahaya tau berurusan dengan doktor pelesu ni.. Kang sihat jadi lesu tak tau la hangpa.

Saya kongsikan di blog supaya pembaca blog ni yang belum mengikuti Dr Imelda di Facebook atau yang atak ada acc facebook dapat juga infonya. Apa yang bermanafaat tak salah kita kongsikan.

AJAL MEMANG KERJA TUHAN TAPI KECUAIAN KERJA MANUSIA

Bila berlaku kematian yang melibatkan kecuaian manusia.. Ramai yang suka nak lepas diri dengan statement.. "memang dah sampai ajal dia... Tak boleh buat apa. Apa yang berlaku cuma penyebab untuk dia mati saja tapi sejak azali Ajal dia memang dah tertulis, bila & bagaimana?"

Betul.. tak salah. Memang ajal kita dah tertulis sejak kita dari dalam kandungan ibu lagi.. Tapi dalam  kehidupan ni kita tak boleh manjang nak letakkan kesalahan pada takdir. Kalau macam tu senang je la hidup dalam dunia ni.. Semua dah di takdirkan. Tak perlu buat apa2.. goyang kaki, makan, tidur sampai masa mati.

Macam tu jugak dengan kes kecuaian manusia yang menyebabkan musibah, bencana, kemalangan atau kematian orang lain. Kalau kita letak semua pada takdir rasanya tak perlu mahkamah dalam dunia ni untuk menjatuhkan hukuman atau memberi keadilan la.. Yelah.. semua dah di takdirkan. Kot mana pun jadi jugak.


Ada perkara yang kita perlu tegakkan keadilan & kebenaran bukan semata2 terima sebagai takdir.. contoh macam kes dalam akhbar hari ni pasangan guru yang nak ambil tindakkan undang2 pada pusat kesihatan yang di dakwa cuai dalam merawat anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun sehingga menyebabkan kematian. Ajal memang tetap ajal.. takkan lewat atau tercepat walau sesaat.. itu kerja Tuhan yang kita tak boleh pertikaikan tapi kecuaian adalah kerja manusia yang tak boleh kita biarkan. Sebab kalau di biarkan tak mustahil manusia2 tu akan terus buat kecuaian & kesilapan yang sama berulang kali sebab dorang tahu hidup mati cacat cela pesakit yang datang mendapat rawatan.. takkan bagi effect apa2 pun pada dorang. Senang banyak la macam tu. Kau kerja sambil gentel taik hidung pun boleh... Asal buat & asal siap jer.

Sumber Sinar Harian

Jadi ubahlah mentaliti.. Yang suka hidup bergantung pada takdir & suka meletakkan kesalahan pada takdir  tanpa ada usaha untuk mengubah atau mengelakkan sesuatu yang buruk. Kalau kita dah tau terjun sungai yang dalam dalam keadaan kita tak pandai berenang boleh lemas & tak mustahil boleh mati.. takkan kita tetap nak terjun dengan alasan.. kalau ajal belum sampai, Insya Allah tak mati. Kalau macam tu kau tak payah makan la bila lapar.. selagi belum sampai ajal Insya Allah kau takkan mati. Boleh kau tahan lapar sepanjang hidup kau?? Tak boleh kan?? Dalam al quran pun ada menyebut.. terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... artinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

 Jadi bila berlaku kemalangan atau kecelakaan yang melibatkan kecuaian manusia bukan salah takdir biarpun sudah tertulis ajalnya macam tu. Itu kesalahan & kesilapan manusia yang patut kita jadikan pengajaran atau kita patut bagi dia pengajaran supaya tak berulang lagi.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

HASIL PEMERIKSAAN HARI NI

Tak jadi ke Yu Nam Hair Care. Tetiba berubah fikiran & tak minat lak. Mungkin sebab terlampau lama kat klinik, mata pun ala - ala manja je nak buka walau sampai rumah dia kembali segar bugar. Seperti yang sang lekit cakap entri semalam.. Dah hadap 2 ekor drakula (jarum suntikan) jadi untuk 2 minggu akan datang tak perlu lagi drakula itu.

Dalam masa 2 minggu berat dah naik sebanyak 2 kilo. Takde lagi pen merah tercatat dalam buku rawatan tu sebabnya masalah kurang darah dah berjaya di atasi setelah 2 bulan lepas asyik kurang darah jer cuma cik misi cakap darah masih cair & harus terus ambil iron tablet tu. Tapi tekanan darah pula naik. Baby sihat jer.. Cuma kena bebel sikit la sebab catatan pergerakkan bayi tu kadang - kadang sampai malam baru cukup 10 gerakkan. Sepatutnya kata cik misi kalau pergerakkan baby kurang dari 10 gerakkan selepas pukul 9.00 pm kena pergi hospital. Bukan taknak baby banyak gerak waktu malam & kadang - kadang sang lekit yang lupa nak tanda lepas tu lupa. Tu yang jadi lambat nak cukupkan kuota 10 sebelum pukul 9 malam tu.

Apa yang sang lekit perasan untuk check up kali ni tulisan cik misi Intan Syafina cantik & senang di baca. Bulat - bulat je tulisan tangan dia. Sebijik2 dia tulis berbanding yang sebelum2 ni. Bersambung sambung ala2 cakar ayam gitu. Memang setiap kali check up balik rumah sang lekit akan check balik & bandingkan dengan catatan pemeriksaan yang lepas. Tapi tetap tak puas hati masa kena suntikan.. punya la kasar cik misi tu suntik. Kalau sebelum ni, makcik misi mulakan dengan bismilillah & menyuntik dengan penuh kasih sayang tapi untuk suntikan kedua ni takde bismilillah bagai dah. sapu ubat suntik terus press ubat & siap. Menyeramkan jugak tengok cara dia menyuntik macam tu. Agaknya dia tak tahan nak berak kot.. kekekeke.

Apapun baby sangat baik sampai ke hari ni. Tak banyak ragam atau masalah. Semoga baby terus baik sehingga lahir & membesar bagai juara.

HARI ENJIT2 SEMUT.. 28 MINGGU KINI

Hari ni hari mari meng 'enjit'. Bulan lepas skip sebab malas nak pergi klinik. Sang Lekit memang tak serasi dengan klinik. So, dah skip bulan lepas, bulan ni harus merajinkan diri pergi check up. Alhamdulillah 28 Minggu berlalu dengan selamat. Cuma bulan ni macam 2 bulan lepas, kurang darah juga. Aduhai.. nak sedut darah sapa la nak cukupkan kuota darah dalam badan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Macam biasa temujanji pukul 9 am tapi sang lekit sampai klinik lebih kurang 9.30am. Kuanter pertama masa buat ujian tekanan darah jumpa dengan nurse yang baik 2 bulan lepas yang buat pemeriksaan kandungan, Misi Mazlinda. Tapi masa nak ambil darah bertemu dengan Misi yang suka bebel Misi Azimah. Memandangkan takde apa yang dia nak bebel dalam bilik ambil darah jadi takde la dia membebel macam kali pertama sang lekit pergi check up dulu. Masa tu dia tugas kat bilik pemeriksaan. Kat bilik pemeriksaan kandungan tu nasib baik misi ni tak banyak songeh. Dia cuma buat pemeriksaan macam biasa (ultrasound untuk dengar denyutan jantung bayi) kemudian dia bagi tutorial untuk periksa pergerakkan bayi. Yelah.. kandungan dah masuk 7 bulan kan. Setiap hari sang lekit kena rekod sendiri gerakkan bayi dari 9.00 am - 9.00pm kat buku rawatan tu. Tak boleh kurang dari sepuluh gerakkan dalam masa 9.00am - 9.00pm. Kalau kurang kena pergi check up kat hospital/klinik. Tapi Sebelum ni rasanya baby dalam perut ni gerak lebih dari 10 kali tiap2 hari. Harap baby sentiasa gerak la. Mummy tak suka pergi klinik atau hospital jadi bantulah ibu mu yer nak. kekekekeke

Yang tak best  hari ni kena ambil suntikan kancing gigi. Masa kat bilik suntikkan tu ada la beberapa misi pelatih bersama seorang senior dok mengajar dorang. Nak masukkan ubat pun sang lekit tengok dia terketar - ketar lepas senior dia suruh suntik sang lekit. Apa lagi sang lekit terus la menyuarakan rayuan supaya senior dia buat. Dah la sang lekit fobia dengan jarum, tengok pula misi pelatih tu yang memang amatur tahap gaban, huhuhuhu.. tak keruan nak hulur bahu bagi dia suntik. Nasib baik la dorang tak kisah & senior dia yang buat. Kalau tak.. rasanya nak mengucap siap - siap. kekekekekekeke

Kesan dari suntikan tu memang rasa sakit lepas tu sengal2 & lenguh. Lepas ni apa lagi pun tak tau. Menunggu dengan penuh debaran untuk bulan depan punya check up. Dah masuk 7 bulan tarikh temunjanji pun nampaknya bukan sebulan sekali. 2 minggu lagi dah kena pergi check up lagi.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com