JJCM JANGAN PERMAINKAN TEKAK KAMI!!
Aku memang tak paham sangat dengan rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN. Bila dah terkena masuk kali ke 3 dengan restoran yang keluar dalam rancangan Jalan Jalan cari makan di tambah dengan baca entri kak senduk yang juga baru2 ni makan kat restoran yang keluar dalam JJCM, ketidakfahaman motif rancangan jalan - jalan cari makan tu semakin menjadi jadi & membuak buak dalam dada. (Nak baca entri puaka kak senduk kat sini >> Jalan Jalan Cari Nahas <<Ahad lepas Anniversary daku & asben yang ke 3 jadi Lala dapat hadiah sebab kitorang bawak dia pegi makan kat restoran Upin Ipin. Sebab aku tengok rancangan Ulangan rancangan JJCM ada tayang makan2 kat restoran Upin Ipin tu. Memandangkan anak daku ni peminat tegar Upin Ipin maka nak bawak jugak dia pergi tempat yang di kelilingi Upin Ipin even dia bukan makan pun. Dia hanya reti minum susu je sejak dua menjak ni. Semua makanan dia tolak.
Lala jumpa Upin Ipin Senyum lebar la dia. Sedap ke tak sedap ke.. lalat ke tak lalat ke dia peduli hapa kan?? hahahaha
gitu je dia serve. tak berapa menarik di pandang
Kesimpulannya.. JJCM ni sebenarnya motip dia nak promot makanan sedap kat penonton atau nak promot restoran yang ada kat Malaysia ni jer?? Jawab ko JJCM?? Apsal restoran ko pilih even dari cadangan penonton sekalipun setakat ni yang aku cuba & baca dari pengalaman orang lain banyak yang hampeh2 belaka. Tolong la JJCM.. jangan terus mempermainkan tekak kami, Hokay!!
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <