Showing posts with label instant shawl. Show all posts

MILENIA INSTANT SHAWL BOLEH PAKAI UNTUK SOLAT

MILENIA INSTANT SHAWL BOLEH PAKAI UNTUK SOLAT. Shawl antara fesyen hijab yang tengah In trend sekarang. Macam - macam jenis shawl ada kat pasaran. Tapi nak mudah pakai yang instant la.. Nak2 lagi yang jenis ada masalah beli la selori pin tudung sekalipun tetap hilang. Elok la guna yang jenis Instant tak perlu nak pin atau mungkin guna 1 pin je untuk ketatkan bahagian muka.


Saya antara perempuan yang suka jenis instant ni. Al maklum la nak cepat, mudah & cantik. Bukan senang ok nak bersiap bila nak keluar ni. Nak makeup la.. Nak iron baju bagai.. Nak belit2 shawl pun makan masa. Jadi guna yang instant ni sarung jer.. adjust sikit sikit dah siap. Bukan setakat cepat siap.. Tapi tak kurang jugak cantik bila di gayakan. Sebab sekarang macam2 design instant shawl yang ada kat pasaran so.. Tak payah risau.

Tapi bukan semua shawl boleh di bawa solat. Ada yang mungkin singkat tu memang tak sesuai atau tak menepati syarat sah solat sangat. Kena bawa telekung.. Bukan apa kalau nak guna telekung yang di wakafkan kat surau2 atau masjid kadang2 bila dah ramai guna ni.. Bau asyeeemmmmmmmm tu maybe buat kita tak kusyuk nak solat. Lagipun nak mengadap Allah ni cecantik & wewangi la sikit kan. Nak jumpa boipren kemain kau touch up dari hujung kepala sampai hujung kaki.. Nak mengadap Tuhan kau buat ala boleh je. Tak aci la macam tu kan..

Tapi Milenia Instant Shawl Series ni hangpa tak perlu risau. Kalau keluar kemana mana terlupa bawa telekung solat boleh jer bawa solat sebab menepati syariat. Pakaian yang menutup aurat termasuk tudung ni.. adalah pakaian yang boleh di bawa solat. Kalau yang tak boleh di bawa solat tu bermakna tak cukup tutup lagi la kan.. hehehehe

Material yang di gunakan untuk Milenia Instant Shawl ni adalah Flamingo Chiffon (body) & Lycra Cotton (Bahagian Awning).  Siap dengan hiasan Crystal Stone & Pearl. Bukan je cantik malah selesa untuk di pakai. dengan konsep design Instant Shawl Double Loop EASY TO WEAR. Yang bernama Instant ni memang untuk memudahkan si pemakai. Konsep dia sarung & cantik katanya.. hehehehe

Ukuran untuk Milenia Instant Shawl ni adalah seperti berikut

*Ukuran : Bidang 60
*labuh depan Belakang (2.0m x 0.75m) Size L (2.2m x 0.75m) Size XL .
*Inner dalam LABUH menutupi leher.

Didatangkan dengan 10 pilihan warna yang menarik & mengikut warna yang menjadi trend terkini (TRENDY PASTEL COLOUR) ✴Exclusive Crystal Stone LOGO LEEZ EMPIRE{LE}











Kelebihan Milenia Instant Shawl ni adalah

⇏Instant Double Loop Printed with inner
⇏Lebih kemas
⇏Terletak cantik
⇏Terbentuk elok
⇏Jahitan kebanyakan shawl branded
⇏Breastfeeding friendly
⇏Solat Ready
⇏Tak Jarang
⇏Minima Iron
⇏Flowy & sejuk

Milenia Instant Shawl Siries by Leez Empire ni memang sangat sangat sesuai untuk di pakai terutama kalau nak travel keluar negara. Almaklum la bukan je senang untuk di pakai malah boleh di bawa solat. So memudahkan kita untuk solat jer kat mana mana tanpa perlu risau kalau terlupa bawa telekung solat.

Harga untuk Milenia Instant Shawl ni pun tak mahal kalau nak di bandingkan dengan material & hiasan yang di gunakan tu.. Nak2 lagi dia menepati syariat kan.. 

Untuk size L RM65
Untuk size XL RM75
* Harga tidak termasuk postage. Untuk postage RM8 (semenanjung Malaysia) & RM11 (sabah & Sarawak)

Kalau berminat nak beli boleh hubungi
whatsapp : 0172429610

SHAWL UNTUK PEREMPUAN MALAS

Ha! Ambil kau! Pemalas tahap kronik katanya.. nak pakai tudung & shawl pun kalau boleh duduk depan cermin kelip mata sekali dua siap. Tak kuasa katanya nak belek2, adjust2, gulung2, pintal2, belit, silang tiga empat pusingan. Nak pin kan tudung pun kalau boleh tak nak. Tapi tetap nak hasil yang cantik & gojes gitu.

wanita berselubung hitam katanya.. kekonon nak misteri la sangat

Tapi tak nak pulak tudung sarung. Katanya tak up to date sangat dah.. Nak shawls jugak nampak trendy. Ok ok.. pemalas tapi nak trendy, nak cantik, nak selesa, nak simple, nak senang, pakai, nak yang tak payah letak pin pin dah. Jangan risau.. Yang takde jual dalam dunia ni mak bapak jer.. lain2 Insya Allah ada. Nak shawls macam tu pun ada... Meh tengok sini


Ni la di namakan Instant Shawl yang simple tapi menawan. Untuk mereka yang bz, maybe anak ramai, anak kecik, yang sentiasa tak cukup masa nak berdandan lama2 depan cermin boleh try Instant shawl ni. Nak pakai senang sangat, tak payah nak pin pin bagai.. sarung kemudian pusing atau belit naik keatas macam orang pakai shawls biasa dah siap. Tak payah nak iron. Basuh, kering terus pakai.

Model ni memang gedik konon tak mau tunjuk muka takut orang histeria katanya. hahahhaa, so maafkan la dia

Jangan risau material kain dia tebal tapi sejuk bila pakai. Tak ringan sampai terbang di tiup angin sebab dia berat tapi takde la sampai macam bawak beban berkilo kilo. Berat dia just seimbang melekat kat kepala jer la. Kalau ringan sangat dah la tak pin, sekali kena angin terbogel pulak kepala. Ye dak.


Minat boleh order dengan Cik Nor hidayah. SMS/CALL/Whatsapp : 012 429 4014. Nak tanya pasal warna ke hapa refer terus dengan dia yer. Harga tak mahal sepasang RM30.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com