Showing posts with label Komen orang indonesia. Show all posts

ORANG INDONESIA TANYA KENAPA MALAYSIA SUKA BELI SINETRON SAMPAH?

Dah macam entri berepisod la rasanya. Bermula dari entri ni >> JANGAN KUTIP LAGI ARTIS INDON NI KE MALAYSIA << dapat satu komen yang membuatkan sang lekit nak bangkitkan isu dalam entri ni >> STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERHINA<< kemudian terciptalah entri ni. Semuanya sebab komen2 yang membina idea untuk daku berkata kata terus pasal benda berkait kait ni.

Sang Lekit dapat lagi satu komen dari entri STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERHINA yang cuba membela rakan senegara dorang iatu Jupe @ Julia Perez walaupun dia kata bukan la nak bela kawan senegara dia tapi bunyinya lebih kurang macam tu la. Sebelum isu ni sang lekit kopek sampai ke urat saraf terhalus.. elok la korang baca dulu komen dia untuk menaikkan mood membaca perenggan seterusnya..

Rujukan Dari Entri STESEN TV,RADIO, PENGARAH,PENERBIT & ARTIS MALAYSIA HARUS RASA TERHINA
Sepele tu sang lekit tak sure sangat maksudnya apa'in sih.. Tapi dari hasil berkamus dengan en google artinya seakan merujuk kepada maksud 'Siapa' jer. Jadi maksudnya dia tanya masalah siapa.. hurmm.. Tapi bila dia suruh kaji balik isu twitter si Jupe tu, cari punca isu ni jadi hot rasanya macam dia nak kata si Zed Zaidi yang besarkan isu ni je. Mungkin sebab Zed Zaidi tacing dengan statement puaka di Jupe ni membawa kepada Jupe di dapati bersalah sebab datang berkerja (berlakon) kat Malaysia tanpa permit jadi bukan salah Zed Zaidi dah.. Memang salah si Jupe juga akibat dari mulut puaka dia menerima balasan dari benda yang salah dia buat. Settle satu bab tu..  Bab kata sebab si Jupe ni den macam nak boikot semua produk indon tu tak jugak. Kalau dia baca betul2 entri yang dia komen tu sang lekit cuma bangkitkan isu yang stesen tv, radio terlampau agungkan sangat produk luar (Indonesia) sampai orang sana (Indonesia) anggap macam kat tempat kita dah takde produk berkualiti (berpandukan komen dari warga seberang yer entri tu di bangkitkan). Bab kata nak muntah tengok sinetron indon siang malam pagi petang kat tv.. memang yer.. sebab ceritanya balik2 isu yang sama.. masalah yang sama & jalan cerita yang lebih kurang sama tapi kalau si pengomen yang dari indonesia tu sendiri akui drama2 sinetron yang Malaysia beli tu semua produk sampah & tak berkualiti.. memang ye la kot. Jadi Malaysia harus alert sikit. Jangan jadikan stesen TV kita macam tempat pembuangan sampah, ok!

Bab dia kata.. soal negara & bangsa tu hak dorang nak cakap apapun.. Betul. Kami orang Malaysia pun ada hak juga bersuara. Jadi bersuaralah. Sapa nak marah. Kami bersuara untuk menegakkan hak kami jugak. Takkan nak biar orang senang2 masuk Malaysia cari duit kat sini kemudian tinggal taik lak macam si Jupe buat. Bukan tak boleh terima pandangan atau kritikkan tapi kalau kamu rasa tidak adil kerana Jupe orang memboikot Indonesia (walaupun dalam entri sang lekit tak kata pun boikot semua produk indon).. Kami juga rasa tidak adil jika satu drama yang Jupe tonton tapi dia keluar statement macam semua drama kat malaysia dia dah tonton & memang takde kualiti langsung. Katak di bawah tempurung mengambarkan orang yang tidak boleh menerima kemajuan & mundur.. tapi buktinya jelas kok yang Malaysia jauh lebih maju, aman & bahagia dari indonesia. Buktinya warga kamu lebih enak kok kerja & tinggal di sini.. Ngapa'in sendiri pikirin ya ibuk & bapak2 sekalian. Bukan orang Malaysia tak boleh terima artis luar.. Malah, banyak pun artis luar yang masuk Malaysia termasuk indonesia. Bak kata orang tua.. Masuk tempat orang pandai2 la jaga budi bahasa & adap sopan. memang ada artis Malaysia yang berjaya kat indonesia tapi takde lagi kan yang agak biadap macam si Jupe. Dan sang lekit takde katapun bahawa semua artis Indonesia macam Jupe..

Kesimpulannya masalah ni bukan berpunca dari Zed Zaidi yang membangkitkan isu permit kerja Si Jupe & entri berkesinambungan dari pasal mulut celupar Si Jupe tu bukan bertujuan minta Orang Malaysia boikot hasil seni dari Indonesia cuma kawal sikit kemasukkan sebab kadang2 rasa macam duduk kat Indonesia pula bila on radio lagu indon, on tv sinetron indon.. yang produk2 tempatan ni macam selit2 jer. Pendek kata cintailah barangan buatan Malaysia bukan beerti menolak produk luar tapi mengutamakan produk sendiri dulu barulah orang akan nampak kelebihan produk kita. Tapi kalau kita sendiri menganaktirikan produk kita, apatah lagi orang luar. Jadi apa nak heran kalau orang menapak kakikan produk kita, kan??

P/S : Selit2 slang indon tu bukan pasal nak agungkan bahasa indonesia yer... saja jer nak letak mood kat situ. Peace!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com