Tetiba jer nak mengopek isu ni. Bukannya apa.. terilham dari segmen yang Ben Ashaari Anjurkan tadi( Clik untuk membaca segmen BA :
AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !)
So, Sang Lekit dengan ria & tawa ingin mengopek isu ni dari pandangan melekit sendiri. Bagi melekit manusia yang menggunakan identiti Anonymous ni sebenarnya pengecut. Umpama baling batu sorok tangan. Berhujah bukan main lantang & berani macam hebat tapi alahai.. Nak bagitau identiti tak berani pulak. Kenapa??
Antara sebab - sebab kenapa mereka jadi Anonymous
1. Mungkin manusia ni adalah musuh dalam selimut. Mungkin dari kalangan kawan - kawan kita yang tak puas hati dengan kita tapi didepan kita bertopengkan sahabat.
2. Mereka cuma berani mengkritik orang lain tetapi takut di kritik orang lain sebab tu dorang tak berani tampil dengan identiti sendiri. Guna anonymous kan orang tak dapat kesan.
3. Anonymous kebanyakkan hadir untuk memberi komen membunuh.. sedikit sangat la datang dengan komen membina walau masih ada. Niat dorang totally tak baik. Kalau berniat baik tak perlu bersembunyi di sebalik topeng anonymous.
4. Sebab dorang memang penakut la.. Kalau tak, takkan jadi Anonymous.
Tu di antara sebab kenapa Anonymous jadi Cik/En Anon. Apapun blog melekit ni tidak mengharamkan kedatangan Anonymous. Jemput la berkomen sebab lagi banyak spesis korang datang main meriah blog melekit ni dengan golongan penakut & pengecut macam korang.
Tak perlu jadi Anonymous kalau niat tu baik menegur/menasihati/memberi pandangan berguna pada orang lain. Mengkritik tak semestinya memaki hamun.. Kebanyakkan Anonymous ni suka sangat guna perkataan kesat tapi masih ada yang berhemah juga cuma jumlahnya agak sedikit. Ataupun bahasa yang di gunakan amatlah sopan namun sindiran & kutukan tu amatlah berbisa. Itulah Anonymous bagi yang belum berkenalan dengan mereka.
Setakat itu je la kupasan Sang Lekit tentang Anonymous ni. Hope Anonymous terima dengan hati yang terbuka yer.. Kalau berani & lantang bersuara mengkritik, mengutuk & menghina orang lain dengan identiti Anonymous maka kena la berani terima juga bila di kritik.

Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas