8 PERKARA YANG BUAT ORANG RASA MENYESAL MENJELANG USIA 30AN
8 PERKARA YANG BUAT ORANG RASA MENYESAL MENJELANG USIA 30AN. Sapa kat ini umur dah masuk 30an? Jangan memalu nak mengaku.. Insya Allah kalau umur panjang semua orang akan melalui usia 30an. Tapi jangan la tanya umur aku.. Aku baru sweet seventeen katanya. Ni curi masa mentelaah pejalaran jab update blog. Almaklum la tahun ni SPM katanya... Kena study hard sikit. Ok.. ok.. Jangan maki aku di bulan puasa. nanti kurang pahala hangpa. heheheBila dah masuk usia 30an ni serius memang akan ada banyak perkara kita kesal. tak kira la perkara yang kita tak sempat buat atau perkara yang kita dah buat. Contoh macam sebelum 30an.. Kita rasa macam awal sangat la nak bercinta walau ada yang cuba memikat & orang tu pun memenuhi kriteria pasangan idaman kita api sebab rasa muda sangat nak ada serious relationship kita lepaskan peluang tu.. tetiba masuk 30an masih tak jumpa jodoh. Mungkin benda tu akan jadi kesalan sikit la dalam hidup kita. Mesti terdetik jugak keluhan.. " Kalau la aku accept dia dulu.. mungkin sekarang dah main dengan anak anak kat rumah." Biasa la kita manusia.. even jodoh pertemuan tu aturan Allah tapi bohonglah sebagai manusia kita tak pernah rasa menyesal melepaskan sesuatu tu. Betul tak?
Kita manusia ni kadang2 suka rasa masih muda, masih awal sebab tu bila masuk usia 30an banyak perkara kita menyesal. Termasuklah 8 perkara ni yang kebanyakkan menjadi penyesalan pada mereka yang dah melepasi usia 30an. Nak tahu apa perkaranya meh baca kat sini >> 8 perkara yang buat orang menyesal bila masuk usia 30an << Salah satu perkara yang aku sebut tadi. Memang antara penyesalan yang paling popular menjelang usia 30an tak berani memulakan hubungan rapat dengan seseorang yang mereka suka.
Moral of the story.. menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Apapun 30an bukan pengakhiran kita mencapai impian malah mungkin menjadi satu permulaan kita untuk berjaya. Jangan rasa dah masuk umur 30an kita dah tak banyak peluang seterusnya mensia sia kan hidup begitu sahaja.