INILAH BLOGGER PENGIDAP HIV POSITIF
Dah lama aku nak tulis entri pasal blogger ni tapi risau jugak la takut melanggar privacy orang lain atau menganggu sensitiviti beliau. Sebagai seorang pengidap HIV kita sedia maklum orang pandang macam pesalah sangat padahal tak semua pengidap HIV tu adalah seorang yang bermasalah moral. Allah nak uji hambaNya dengan bermacam macam cara termasuk dengan HIV..
Sumber google
Alkisah seorang blogger pengidap HIV ni.. Dia bukan di jangkiti HIV kerana masalah moral. Tapi tak payah la aku cerita kenapa maybe akan jadi pertikaian & melibatkan banyak pihak. Yang penting apa yang berlaku bukanlah dari kesilapan beliau. Tapi aku kagum dengan blogger ni dia terima dengan positif apa yang berlaku. Menerima semua sebagai satu Anugerah Allah & tidak meletakkan kesalahan kepada sesiapa. Memang patut kita kagumi. Kita kena gastrik pun kadang2 mengeluh macam kena kanser... Punya doa macam tak puas hati dengan Allah.. Ya Allah kenapalah kau bagi aku gastrik ni. Dah takde orang lain ke kat dunia ni kau nak bagi gastrik. Sampai macam tu sekali gamaknya kalau kita terpilih untuk jadi pengidap HIVmacam mana lah yer.
Bukan setakat abang blogger ni positif dengan penyakit HIV malah dia aktif dengan aktiviti berkaitan penyakit HIV. Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang HIV sebab biasa la manusia kebanyakkan dengar HIV terbayang penyakit berjangkit. Dia punya panik mengalahkan jumpa zombie yang kalau kena gigit orang tu pun jadi zombie jugak sedangkan HIV bukanlah semudah tu berjangkit yang kebanyakkan masyarakat kita anggap.
Tak kira la macam mana pun seseorang tu di jangkiti HIV tapi kita tak perlu menjadi penghukum. Kadang2 persepsi kita yang membuatkan mereka putus harapan sedangkan setiap manusia masih ada peluang untuk menjadi lebih baik atau hidup dengan bahagia selagi bernyawa. HIV bukan sebuah pengakhiran tapi satu permulaan. HIV bukan satu dosa tapi satu hidayah Allah untuk pengidapnya.
Kalau korang nak memahami tentang HIV & melihat bagaimana positifnya seorang pengidap HIV meneruskan kehidupannya macam manusia lain, ada keluarga, isteri & anak.. Menjalani kehidupan seorang suami & ayah seperti orang lain korang boleh terjah blog AKU HIV POSITIF atau boleh friend di FB beliau Ahp Pie
Sapa kata pengidap HIV mesti berkudis bagai. Kalau hidup secara sihat Insya Allah kekal hensem bergaya macam abang Pie ni.
P/S : Tak perlu nak komen berbentuk pertikaian.. sebab entri ni ditulis dengan keizinan Abang Pie. Aku pun tahu batas batas nak menulis so aku terlebih dulu minta izin beliau.