BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD
BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD. Sebagai pengenalan, HDD adalah singkatan daripada Hard Disk Drive dan SSD adalah singkatan Solid State Drive. Kedua dua drive ini mempunyai fungsi yang sama , iaitu sebagai media penyimpanan data untuk peranti elektronik seperti komputer dan laptop.
Biarpun kedua kedua pemacu ini mempunyai fungsi yang sama tapi ada beberapa perbezaan yang menjadikan salah satunya kenapa perlu menjadi pilihan pengguna. Sebab itu bagi mereka yang menggunakan laptop atau komputer/desktop penting untuk tahu kenapa SSD lebih baik berbanding HDD.
Bak kata pepatah sama tapi tidak serupa. Jika di lihat perbezaan melalui bentuk fizikal, HDD menggunakan sistem mekanikal , manakala SSD menggunakan sebuah chip elektronik untuk menyimpan dan menghantar data. Ini membuatkan SSD menjadi lapan kali lebih pantas daripada HDD.
Antara perbezaan lain HDD dan SSD
Hard Disk Drive biasanya menjadi media penyimpanan laptop dan komputer . Dari segi saiz HDD lebih besar berbanding SSD kerana hanya menggunakan chip elektronik yang sudah semestinya lebih kecil dan ringan.
Dari segi kelajuan membaca data SSD lebih cepat berbanding HDD. Disamping itu HDD lebih cepat panas berbanding SSD selain HDD akan mengeluar bunyi bising tetapi tidak SSD kerana kerana tidak menggunakan sistem mekanikal.
Dari segi harga sudah tentu yang lebih pratikal & flexibel lebih mahal berbanding yang agak kurang mesra pengguna. Harga SSD lebih mahal sedikit berbanding HDD namun masih ada pilihan pelbagai harga yang boleh di pilih mengikut kemampuan pengguna. Walaupun memilih harga yang murah tetap prestasi kelajuan SSD masih lebih mengatasi HDD.
Jangka hayat SSD lebih tahan lama berbanding HDD. Jadi berbaloi untuk bayar lebih pada sesuatu yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan lebih pantas melaksanakan operasi sistem yang melibatkan komputer dan laptop.
Selain itu dengan size SSD adalah lebih kecil berbanding HDD, mampu menjimatkan ruang kerana SSD menggunakan teknologi flash seperti pendrive yang hanya bersize 2.5". Tapi masih ada pilihan untuk memilih berapa kapasiti yang di inginikan contoh 120 GB, 240 GB, 480 GB.
Secara ringkasnya sekiranya anda inginkan operasi komputer atau laptop booting yang laju samada bermula dari anda membuka windows sehinggalah proses menyalin data, menyimpan data atau menggunakan banyak program dalam satu masa pada komputer atau laptop, sememangnya SSD lebih laju berbanding HDD.
Kelajuan ‘Read/Write’ bagi HDD sekitar 80-160MB/s, manakala SSD (jenis SATA) pula kelajuannya sehingga 560MB/s.
Bagi para online gamers SSD adalah lebih baik daripada HDD kerana semua sedia maklum permainan games online memerlukan kelajuan dan kelanjaran yang baik. Bayangkan jika perlu menunggu loading yang lama untuk sesuatu perlawanan dalam permainan games sudah tentu perkara ini menyebabkan anda mungkin terlepas atau terlambat menyertai sesuatu perlawanan atas talian. Ia mungkin juga boleh menyebabkan kekalahan.
Sekiranya peranti yang anda guna sekarang menggunakan HDD, jangan risau tidak perlu menukar komputer atau laptop baru boleh sahaja upgrade HDD anda ke SSD. Selagi komputer atau laptop anda masih ada port untuk memasang SSD pada motherboard, Insya Allah tiada masalah untuk upgrade HDD kepada SSD.
Jika anda ingin mengguna kedua dua pemacu ini dalam satu peranti (laptop atau komputer) juga masih boleh. Di cadangkan anda untuk guna SSD untuk booting windows dan HDD sebagai storan penyimpan data.
Sekiranya anda memerlukan kepakaran untuk upgrade komputer atau laptop anda ke SSD boleh gunakan perkhidmatan dari Azcom Solution.
Azcom Solution menyediakan perkhidmatan komputer dan rangkaian. Mereka memang berpengalaman dalam membaiki dan menaiktaraf (,upgrade) komputer atau laptop. Selain itu Azcom Solution juga menyediakan perkhidmatan seperti
1. PC repair
2. Laptop Repair
3. Data recovery
4. Software Solution
5. Network Solution
6. Gaming PC
Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang di sediakan Azcom solution boleh layari
Page : https://azcom.my/services/
Blog : https://azcom.my/blog/