Showing posts with label korea selatan. Show all posts

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA. Sedikit info pasal korea. Korea ni ada 4 musim tau.Ada musim bunga, musim luruh, musim sejuk & musim panas. Tapi kat korea takde musim durian hokay! Sebab tu korea tak special macam Malaysia. Tak tau la akhir zaman ni tetiba korea ada musim durian pulak kan.. Semua tu kuasa Allah.. tapi setakat ni rasanya orang tak jumpa lagi la pokok durian kat korea kan.. Macam mana tetiba nak ada musim durian kat sana. hahahaha


Contoh Musim bunga.. kebiasaanya berlaku akhir bulan mac sehingga awal bulan Mei. Time ni la kalau sapa2 nak menari tarian para para sakura boleh berbuat demikian kat korea sebab musim bunga la.. bunga sakura akan berkembang mekar bagai dara sunti yang sedang elok di pinang. Nama pun musim bunga kan.. tetiba sakura berkembang masa musim sejuk pun pelik jugak. Elok2 ada musim dia.. nak jugak tumpang musim orang. hahahaha...

Tapi ada satu musim katanya sesuai untuk kita melawat korea.. sebab bukan semua musim best kalau pergi korea. Musim ni di katakan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. So boleh la melaram. Tak payah pakai baju tebal atau baju terlalu nipis. Nak berjalan jalan pun rasa best jer. yang kaki selfie pun mesti suka musim ni sebab permandangan dia pun cantik sangat bila tiba musim ni.

Pada musim ni jugak korang boleh jumpa sayur sayuran yang fresh sangat. Musim ni jugak strawberry akan jadi merah & rasa manis sangat. Wah.. celup2 coklat ni confirm balik Malaysia badan lagi besar dari bagasi hahaha. Tapi yang ni paling menitik air liur.. Katanya musim ni la korang boleh makan makanan laut yang fresh.. Bukan seafood jer.. Malah musim ni juga terdapat belangkas yang fresh. Peminat makanan eksotik mesti berjujuran air liur dengar berita ni. Sabar yer...

Tapi mesti korang tertanya tanya.. Musim apakah yang ada semua nikmat dunia tu kat korea. Nak tahu musim apa paling ramai pelancong di korea meh baca kat sini >>  Inilah Musim Paling Sesuai Melawat Korea <<

Jadi pada yang merancang percutian ke korea jangan salah pilih musim yer.. Pastikan musim tu sesuai dengan kita yang beriklim panas ni. Bukan apa kalau pergi pada musim yang sejuk sangat mungkin badan kita kena kejutan budaya sikit terus jatuh sakit dah tak best nak jenjalan. Dah la jauh pergi korea tu.. Bukan tiap2 bulan boleh travel ke sana.. Rugi la kalau pergi tetiba jatuh sakit sebab tak serasi dengan cuaca.

BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA

BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA. Mentang mentang la Air Asia tengah offer tiket penerbangan ke korea dengan harga tak masuk akal sekarang ni tetiba je malam ni segmen seram serik lekat lekit yang dah lama tak bersiaran secara live di kaca skrin hangpa  terbang pi sana memburu tempat berhantu katanya. Yelah.. time macam ni la nak pi korea sebab tiket kapal terbang tengah murah tahap tak masuk akal macam ni >> Biar Betul Tiket Flight Ke Korea semurah ni << Jadi mana2 yang berhajat nak ber kpop ke ber popcorn ke atau ber ice pop di korea elok la intai2 tiket murah yang tengah offer bagai nak rak tu.


Tapi memburu hantu tak payah naik flight.. guna ilmu google je maka sampai la ke destinasi berhantu seluruh dunia. Maka destinasi berhantu malam ni adalah korea.. Jadi tak payah mukadimah panjang lebar sangat la. Orang pun sebenarnya meluat nak baca mukadimah panjang panjang. Hahahaha

Alkisah ada satu tempat ni memang terkenal dengan kisah mistik & aktiviti paranormal di korea. Ia terletak di korea selatan. Ada sebuah rumah bernama Yeongdeok yang katanya selalu berlaku perkara2 mistik yang melibatkan makhluk ghaib ni. Dah nama pun mistik.. Takkan melibatkan ahli sains pulak kan? Mesti la berkaitan makhluk ghaib sebab memang kepakaran depa la kalau nak buat benda menyeramkan ni. Keadaan rumah tu pun memang kalau tak ada hantu pun memang dah nampak macam rumah hantu. Memang usang & buruk la.. Almaklum la geng2 hantu memang suka tempat2 nampak klasik & antik ni.

Tempat tersebut pada asalnya dibina dan di jadikan sebagai restoran oleh salah satu keluarga sekitar tahun 1980an. Lepas depa jatuh bankrup silih berganti la pemilik bangunan tu. Semua yang beli tempat tu memang tak mampu nak majukan tempat tu. Semua berakhir dengan kegagalan. Padahal rumah Yeongdeok berada di lokasi strategik. Berada di atas bukit, para pengunjung boleh menikmati pemandangan pantai timur Korea Selatan yang indah. Aktiviti para nelayan di tepi pantai juga menambah keindahan pemandangan bagi para pengunjung sambil menikmati makanan. tetap tak mampu untuk menjadikan tempat tu tempat menjadi pilihan pengunjung.

Dari hasil siasatan, terbongkar satu rahsia rupanya rumah Yengdeok merupakan lokasi pengebumian ratusan pelajar tentera. Mereka di bunuh oleh tentera sekutu yang berusaha mengalihkan perhatian pasukan lawan mereka, Korea Utara. Upacara pengebumian mereka pun katanya asal tanam jer.. Tak buat betul betul ikut ritual yang sepatutnya. Tapi sekarang katanya jasad2 mereka dah di pindahkan ke makam pahlawan.

Katanya yang jadi punca tempat tu orang tak suka datang sehingga menyebabkan pemilik dia mengalami kerugian ada kaitan dengan roh2 tentera pelajar tersebut. Kononnya roh depa ni tak tenang & sering muncul menampakkan diri mereka pada orang. Mengikut cerita pengalaman seorang aktivis paranormal kat sana, dia pun pernah nampak hantu berpakaian tentera masa melakukan aktiviti paranormal kat situ.

Tempat orang mati di bunuh memang la jadi pusat jin lepak2 buat komuniti katanya jadi tak mustahil tempat tu jadi berhantu. Cuma tu la kesian orang yang pernah mati kat situ.. tak pasal2 kena tuduh jadi hantu menakutkan orang seterusnya menyebabkan orang lain mengalami kerugian besar. Mesti sampai kiamat depa touching dengan fitnah tu. hehehe

Tapi kalau nak pergi tempat bebas hantu kat korea korang boleh pergi kat sini >> Busan di jamin Tak Bosan << Bukan je tak ada hantu malah tempat2 kat sana cantik & banyak makanan sedap sedap.

WAJIB TAHU JIKA ANDA KE KOREA PADA MUSIM SEJUK

WAJIB TAHU JIKA ANDA KE KOREA PADA MUSIM SEJUK. Almaklum la kita kat Malaysia ni masa ada musim sejuk bersajli. Musim sejuk kita ada air hujan je la katanya.. Jadi elok siapa siapa yang merancang nak ke korea waktu musim sejuk ambil tahu perkara ni supaya boleh buat persediaan awal sebab katanya musim sejuk kat korea ni akan berlaku sekitar disember hingga febuari. So, kalau korang dah buat plan ke korea dalam bulan tersebut wajib baca entri ni.


Katanya pada musim sejuk dia korea bukan sejuk sikit sikit memang sejuk giler, berangin & kering. Jadi jangan skip baju panas.. kena pakai banyak lapis sikit. Sarung tangan & penutup telinga pun wajib pakai. Jangan anggap benda tu fesyen pulak. Tak pakai pun tak memudaratkan. Wajib pakai, hokay.

Tu antara persediaan asas yang korang mesti buat sebelum pergi ke korea pada musim sejuk. Jangan nanti orang built snow man korang membeku jadi snow man pulak sebab pakaian tak cukup tebal & tak memakai kelengkapan sepatutnya di musim sejuk.

Almaklum la Malaysia ni takde sajli kan.. Bila pergi ke tempat salji mesti la ramai excited nak main salji, sukan ais bagai.. Setiap negara ada permainan ais dia tersendiri.. Kat korea ni ada satu suka ais tradisional yang unik & kelakar. selain tu setiap tahun ada pertandingan memancing dalam ais. Memang menarik sangat. Semua info tu korang boleh baca kat sini >> Sukan ais tradisional orang korea <<

Jadi kalau korang rasa nak mencuba aktiviti musim sejuk korea boleh la try melancong ke korea selatan pada sekitar bulan disember hinggan febuari. Mesti memberi pengalaman baru yang menarik.

BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA

BANDAR PELIK & BERWARNA WARNI DI KOREA. Sebut pasal korea semua orang fikir artis kpop yang muka comel2 & anti aging katanya.mana tak anti aging kalau dah plastik. Jangankan berkedut ruam pun tak sudi singgah.atas plastik mana subur,ye dak? Hahahaha. Kang ada pulak peminat kpop serang kotak komen aku.



Aku bukan la nak cerita pasal kpop.retis korea yang aku ingat nama pun sorang je Jang nara tu pun pasal dulu aku suka tengok drama my love pazzi. Tapi nak cerita pasal tempat menarik & unik di korea.

Kat korea ada satu bandar yang macam berkonsepkan imaginasi. Bangunan2 kat situ selain dari berwarna warni,design dia pun unik. Jugak terdapat satu perkampungan di kawasan bukit yang pernah menjadi tempat pelarian mendapat perlindungan telah mengalami transformasi & kawasan perkampungan tersebut menjadi tarikan pelancong. Gila kau rak tertarik kalau kampung dah macam dalam kartun disney. Rasa macam di alam fantasi jer. Memang kreatif kementerian kebudayaan,sukan & perlancongan korea ni. Depa ni otak maybe comel2 je hahaha. Yang best ni nama bandar ni ada macam2 gelaran. Ada yang panggil Santorini korea,Machu Piccu korea & Lego Village. Mungkin konsep dia ala2 macam legoland la kot.

Bandar berwarna warni ni terletak di Daerah Busan yang terkenal sebagai bandar kedua terbesar di korea Selatan. Selain bandar unik ni,Busan jugak terkenal dengan pantai,kuil,gunung ganang yang cantik juga makanan laut yang sedap.

Jadi yang ada perancangan nak ke korea tu bolehlah senaraikan Busan sebagai salah satu tempat untuk di kunjungi. Alang alang dah sampai redah je la kesana, ye dak?

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com