Showing posts with label andi bernadee. Show all posts

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA?

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA? Lagu yang tengah viral sekarang.. Lagu yang di nyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia yang berketurunan minang. Orang minang ni bahasa indonesia dia tak berapa pekat.. Banyak juga unsur2 melayu kat malaysia ni jadi tak susah sangat nak paham. Berbanding indonesia yang pure.. perasan tak?

Upiak Isil

Ramai yang mula kenal dengan penyanyi lagi Tak tun Tuang yang bernama Upiak Isil ni. Kalau kita kat Malaysia ni dengar nama Upiak Isil ni macam pelik sikit kan tapi bagi orang minang mungkin nama untuk mengambarkan identiti minang kot. Nama sebenarnya Supiah ke hapa.. lebih kurang macam tu la nama dia.

Pagi tadi di sebabkan budak shahila (anak den) bangun awal minta buka TV so sempat la tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) kat tv3. Ada jemput penyanyi Tak tun Tuang si Upiak Isil ni.. So, tahu la serba sedikit tentang sejarah lagu tak tun tuang ni.

Menurut cerita si Upiak Isil.. Lagu Tak Tun Tuang ni sebelum ni pernah di nyanyikan oleh seorang penyanyi lelaki minang jugak.. Tapi dia ambil lagu ni buat renovation sikit dari segi liriknya & nyanyikan dengan cara dia tersendiri. So bermakna penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang ni bukan si Upiak Isil la.. cuma di ambil & di olah semula. Pencipta lagu ni seorang lelaki yang tak tau la sapa.. Takde pulak di sebut nama tadi.

bagi yang tak pernah dengar lagu Tak Tun Tuang boleh tengok video ni

Mesti ada yang nak tanya apa maksud Tak Tun Tuang? Bukan aku sayang Yahudi ok.. Hangpa kan.. kalau dengar perkataan pelik sikit semua nak translate aku suka yahudi bagai kan. Dia tak ada maksud apa2 cuma perkataan Tak Tun Tuang tu cuma mengambar kesan bunyi gendang kata si Upiak Isil. Alah.. lebih kurang macam rappers dok buat bunyi ala2 alat muzik tu juga la. Jangan ingat Tak Tun Tuang ni mentera2 yang menyeru jin & syaitan pulak bila tengok penyanyi dia macam ting tong je bila nyanyi lagu ni. hehehehe

Si Upiak Isil ni bukan la baru dalam industri seni indonesia.. Cuma dia mungkin tak di kenali macam penyanyi penyanyi popular di Indonesia. Upiak Isil telah menghasilkan 19 album tapi hanya satu lagu je yang laku, Tak tun tuang.. Tak silap lagu2 minang la. Cuma Tak Tun Tuang ni yang menaikkan nama dia sekaligus menjadikan dia seorang yang di kenali di Indonesia & malaysia. Dah rezeki dia..

Senang si Upiak isil ni dia tak payah fikir pakai baju cecantik nak datang buat persembahan.. tadi kat MHI pun dia pakai baju macam blaus, kain batik & selipar jer. Memang konsep untuk bawa lagu tu santai macam orang tak mandi gamaknya.

Orang ni spesis bantut macam den juga.. Apa yang menarik pasal di Upiak Isil ni dia nampak mempunyai confident level yang agak tinggi, orangnya nampak kelakar. Dulu aku ingat dia memang jenis suara sumbang tak boleh nyanyi tapi sebenarnya suara dia tu ada.. Cuma untuk bawa lagu ni mungkin dia membawa dengan cara yang macam ada sumbang2 sikit sebab tu lagu ni nampak unik bila Si Upiak isil ni nyanyi.

Haritu ada baca keratan akhbar yang Upiak isil tak berapa puas hati bila Andi Bernadee seorang penyanyi baru cover lagu & menjadi viral di media sosial. Dia kata Andi Bernadee mengaku itu lagu dia padahal budak tu takde keluar statement kat mana2 pun kata lagu dia. Upiak isil kena ucap terima kasih tau sebab Andi Bernadee mempopularkan lagu tu di kalangan pendengar malaysia. Dah tak yah gaduh2.. den cadangkan hangpa berdua berduet je confirm meletop macam popcorn. hehehee


Itulah serba sedikit tentang lagu Tak Tun Tuang.. So bagi yang tertanya tanya apa maksud tak tun tuang tu tak di selubungi misteri lagi lah yer..

VIDEO! DAHSYAT ARTIS BARU ANDI BERNADEE SAMPAI PENGSAN PEMINAT DI BUATNYA

VIDEO! DAHSYAT ARTIS BARU ANDI BERNADEE SAMPAI PENGSAN PEMINAT DI BUATNYA. ha.. ha.. tak tahu sapa buat! Tu dia.. dia buat apa sampai pengsan anak dara orang ni? Amboi baru jadi retis dah buat anak dara orang pengsan ni, apa kes andi bernadee Ooi.. Report mama kamu baru tau..


Apa kes sampai pengsan ni? Mesti ramai nak tau kan..Tapi siapa andi bernadee? Mesti ada yang masih tanya soalan tu. Almkalum la retis baru.. Even ramai dah kenal dengan andi bernadee ni mungkin sorang dua yang belum kenal meh la ahkak kenalkan pada korang semua yer..

Andi bernade seorang penyanyi baru.. anak kelahiran sabah yang permulaannya di kenali melalui aplikasi smule bila dia banyak cover lagu2 artis lain. Mempunyai suara yang besar walaupun orang dia so .. so.. je tinggi hahahaha. Bakat & rupa memang seimbang. Cukup pakej untuk jadi artis yang gemilang, terbilang & cemerlang di persada seni tempatan & moga boleh bawa bakat dia sehingga ke luar negara.

Andi bernadee dah ada single sendiri berjudul Tiada lagi maaf & sekarang giat mempromosikan singlenya. Baru2 ni dia menjadi viral bila cover lagu lagu tak tun tuang.. Katanya penyanyi asal tu marah dia konon mengaku sebagai penyanyi asal lagu tu. Bila masa pulak budak andi buat statement cakap lagu Tak Tun Tuang tu lagu dia.. Memang dari dulu dia suka cover lagu penyanyi lain kat smule tu cik akak Ooi.. Jeles la tu Andi lagi popular dari dia bila nyanyi lagu Tak Tun Tuang. hehehehe

Baru baru ni Andi bernadee ada membuat persembahan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), bersama-sama artis Warner Music Malaysia yang lain. Masa dia tengah menyanyikan lagi dari kumpulan Armada, Asal kau bahagia.. dia mendekati seorang peminat perempuan.. tetiba pengsan kau budak tu! Tu dia hang buat apa Andi dengan dia? hahahaha...

* Saya mendapat email dari gadis yang pengsan tu katanya dia ada masalah kesihatan. Mungkin faktor cuaca & bersesak yang menyebabkan dia pengsan.

Dahsyat juga budak Andi ni kan.. Nasib baik Ahkak bertentang mata tak pengsan dengan Andi ni. Kalau tak jenuh mak si Andi nak renjis renjis muka ahkak katanya. Takut mak dia tak renjis.. di pijak pijak pulak kan. Yelah ngada2 nak pengsan tengok andi kau dah kenapa? hahahahaha

Sumber Utusan Malaysia

 Apapun Ahkak Awak doakan semoga awak berjaya sebagai seorang artis di Malaysia & luar negara juga Insya Allah.. Jangan lupa diri.. Jangan lupa jemput kalau masak soto lagi yer Andi.. hehehehe

Bagi peminat Andi Bernadee jom support Andi dengan mengundi beliau sebagai artis paling Hot 2017..

Cara mengundi adalah..

1. Klik https://www.hotfm.com.my/top-hot-2017/?v=1

2.  Pada ruangan Artis Paling Hot Radio & Digital (Penyanyi Lelaki Hot 2017) & (Penyanyi Baru Hot 2017) Cari nama Andi Bernadee.. Tick pada column & clik undi.
Rujuk tutorial di sini >> Cara Mengundi Andi Bernadee <

Boleh Follow Andi Bernadee Di Page Beliau
Fanpage : Andi Barnadee

ARTIS BARU YANG KACAK TERPACAK TAPI MASIH SINGLE, ANDI BERNADEE

ARTIS BARU YANG KACAK TERPACAK TAPI MASIH SINGLE, ANDI BERNADEE. Lama tak gosip2 pasal retis kat blog lekatlekit ni kan.. Sesekali men'Jemah' kan diri apa salahnya. hahahaha... Sekarang banyak artis baru yang lahir dari media sosial. tak kurang juga jutawan2 produk yang nak jadi retis.. walau bakat tu.. ehem hem.. je tapi sebab depa berduit kan. Setakat nak keluarkan single & buat promo guna modal sendiri.. celah gigi je. Tapi yang ehem hem. tu kita tak payah la nak bagi promosi free.. depa mampu dah buat marketing dengan modal jutaria katanya.

Andi Bernadee

Meh kita highligt sikit retis baru yang berbakat besar even berbadan kecil macam Andi bernadee. Mungkin ada yang kenal dengan bintang baru kelahiran Smule ni. Dia ni memang mula2 di kenali dari smule kemudian rezeki dapat jadi artis rakaman & dah ada single terbaru.

tak semua bakat dari applikasi social media macam ni so so aje.. Macam Andi Bernadee ni.. dia mempunyai vokal yang memang mantap & bonus sebab dia mempunyai rupa jugak. So pakej dia agak lengkap cuma perlukan Tuah & promosi untuk di kenali supaya boleh pergi jauh.

Tak tau la apa tema posse ni dengan penyapu hahaha.. Andi Bernadee

Actually tak nak la tipu.. Memang saya kenal budak Andi Bernadee.. Last jumpa budak ni raya haji lepas sempat la bertandang kat rumah dia. Tapi bukan sebab tu saya puja puji dia.. Dari pandangan peribadi yang melekat lekit ni.. Dia memang ada talent untuk jadi seorang penyanyi. Maybe sebab mak dia pun suka & pandai menyanyi walau bukan penyanyi. hehehehe

Bagi yang baru nak kenal dengan penyanyi baru kacak terpacak Andi Bernadee ni boleh follow dia di

Fanpage : Andi Barnadee

Atau nak tengok video single Andi Bernadee boleh tonton di youtube

Atau nak tengok video terbaru dia nyanyi lagu Tak Tun Tuang yang viral baru baru ni.. Boleh tonton kat sini

Dia antara pelapis baru yang harus di beri peluang untuk menyerlah dalam industri seni. So kat sini saya nak mohon sokongan dari semua untuk mengundi Andi Bernadee.. Untuk Artis Hot Radio & Digital Untuk Hotfm Top Hot 2017.


Cara mengundi adalah..

1. Klik https://www.hotfm.com.my/top-hot-2017/?v=1

2.  Pada ruangan Artis Paling Hot Radio & Digital (Penyanyi Lelaki Hot 2017) & (Penyanyi Baru Hot 2017) Cari nama Andi Bernadee.. Tick pada column & clik undi. Rujuk tutorial gambar di bawah


Hope semua dapat support & undi Andi Bernadee ok.. Apapun dia masih single. Jangan ada gegadis yang meletop ovari pulak yer hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com