Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

BATAL KE TIDAK WUDHUK SELEPAS MENYUSUKAN ANAK?

BATAL KE TIDAK WUDHUK SELEPAS MENYUSUKAN ANAK? Ada sesapa tak tertanya perkara ni? Bagi yang ada baby yang masih menyusu badan ni.. Kita sentiasa berdepan dengan situasi tak di jangka. Kadang kadang dah siap ber wudhuk tetiba anak minta nak menyusu. Anak nombor dua ni memang kerap berlaku benda ni. Elok elok tengah tidur masa kita pergi ambil wudhuk nak solat tetiba bangun nak susu.. Sebelum ni memang selepas bagi susu & tidurkan semula saya ambil wudhuk balik sebab saya kurang jelas samada batal atau tak wudhuk saya selepas susukan anak.



Jadi saya try la google kan.. ye ye tahu. Lebih afdal merujuk kepada ahli nya terus dari mengambil info di internet tapi Insya Allah sumber yang saya rujuk di carian google adalah sumber yang sahih sebab saya refer dari portal rasam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Insya Allah.. Sumber tak di ragui.

Apa yang saya baca adalah tidak batal wudhuk sebab..

Menurut Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dan Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaaf, ada empat perkara yang membatalkan wudhu:

✘Keluar sesuatu dari salah satu saluran qubul dan dubur.

✘Hilangnya akal disebabkan tidur , kecuali tidur yang tetap punggungnya.

✘Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dewasa ajnabi tanpa lapik.

✘Menyentuh qubul anak adam atau lubang duburnya dengan tapak tangan atau jari-jemari bahagian dalam. (Rujuk Al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja, hal. 38 dan Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 100-103)

Turut dijelaskan juga bahawa segala benda yang keluar dari selain dua kemaluan depan dan belakang, jika bukan benda najis, tidak dianggap sebagai hadath (pembatal wudhu) menurut kesepakatan para ulama. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113)

Maka dalam hal ini kita dapati, menyusukan anak tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wudhu’.
Wallahu a’lam.

Sumber : Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Jadi mana mana ibu yang ada baby tu.. Kita sedia maklum masa sangat terhadap. Kadang kadang nak buat sesuatu contoh macam solat pun kita terpaksa tergesa gesa. Setiap minit tu sangat berharga. Ambil wudhuk tak boleh nak berlengah lengah katanya. Walaupun kita cuba manafaat setiap minit tu dengan sebaik mungkin kadang kadang berlaku perkara yang tak di jangka macam dah siap siap wudhuk nak solat tetiba anak meraung nak susu.. Jadi susukan anak dulu lepas tu boleh je terus solat tanpa ber wudhuk semula

Sesungguhnya Islam itu mudah & Indah..

Sekadar perkongsian secubit ilmu buat pembaca blog lekatlekit. Kalau ada tersalah info mohon betulkan di ruang komen yer

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR. Amboi berderet entri pasal amran Fans aku sejak isu breastfeeding ni kan? Almaklum la dok ikuti kontroversi tu.. Macam banyak pulak benda best nak up kat blog. Jadi kalau best harus share katanya. hehehe


Baca status Saiful Nang.. Mukadimah dia macam nak cari gaduh je dengan Amran Fans. Bukan main pedas kritikan dia kat Amran Fans sampai katanya Amran ni spesis takde "Egg" katanya. Mungkin kalau Amran Fans baca dia akan mulakan operasi membenteras Saiful Nang pulak. Tu pun kalau dia baca mukadimah je la..


Tapi kalau dia baca sampai habis mungkin dia tak jadi angkat geng la serang Saiful Nang sebab ada isu tetiba Saiful Nang setuju jugak dengan Amran mungkin depa masih boleh lagi duduk semeja minum teh O Ais. Kebanyakkan ramai yang bersetuju dengan teguran Amran Fans pasal geng Ibu Breastfeeding yang tetiba jadi cetek akal dok upload gambar menetek tu. Yang sebelum ni menyampah dengan Amran yang suka cari pasal tu pun dalam isu ni jadi setuju. Sebab semua orang akui perbuatan tu tak elok pada pandangan mata umum.

Kita walaupun tak minat atau tak suka dengan seseorang jadilah seorang yang berfikiran bebas. Maksudnya kalau kita tak suka dalam certain2 perkara dia buat tak semestinya apa perkara yang betul dia buat pun kita tetap tak sokong. Macam aku.. macam ni la. Kau suka ke tak suka ke aku tetap la aku. Kalau aku tak setuju aku direct je la.. Kalau aku sependapat aku aku 'thumb's up'. Takde kata kalau orang tu aku memang benci sampai bumbung rumah dia yang cantik pun aku keji tahap neraka. Insya Allah, aku sentiasa cuba didik hati aku supaya tak obses membenci atau suka pada apa atau sesiapa pun supaya aku tak jadi kaki bodek atau haters sesiapa.. Setiap hari aku cuba jadi seorang pengkritik & pengulas yang adil katanya.. hahahaha walaupun aku jugak tak sempurna untuk menjadi manusia yang adil.

Apapun aku kadang2 pun tak suka dengan Saiful Nang ni.. Tapi ada perkara aku masih bersetuju dengan dia. Dato Vida pun sama.. Memang banyak perkara tentang Dato Vida aku rasa sangat Annoying tapi ada perkara yang aku masih sokong apa yang dia buat. Macam buka pusat Tahfiz.. Buat banglo besar tanpa perabot untuk memudahkan aktiviti anak2 yatim & tahfiz  kat rumah dia. Sebab benda tu benda yang baik bagi manafaat.. Kenapa aku nak kritik walaupun aku menyampah giler tengok dia yang over kalau depan camera. Mengalahkan budak2 baru akil baligh dapat jadi retis dia punya gedik.

Contoh macam benda benda ni.. Memang kalau ikutkan di kategorikan benda haram kat Malaysia ni tapi sebab kos sara hidup meningkat mungkin benda haram ni jadi pilihan sesetengah orang. tapi kalau ikutkan semua senarai barang ni ada yang tak patut di kategorikan sebagai haram pun. Kerajaan je lebih2 >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Sebab yang di gembar gemburkan buruk tu kadang2 tak buruk mana pun sebab dia saingan pada sesuatu perkara lain maka strategi memburukkan tu di kempen secara berleluasa la. Pada yang taksub mungkin akan terima apa yang datang dari kerajaan tu semua betul tapi pada yang atas pagar macam aku.. Mungkin tidak la kot. Aku terima apa yang aku rasa betul tak kira datang dari sebelah pihak manapun. Apa ingat pembangkang tu sentiasa betul sangat walaupun kerajaan sentiasa buat pilihan yang salah untuk rakyat. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kita nak sokong atau bangkang sesiapa tapi jangan jadi buta,tuli & pekak dalam membuat penilaian. Tak semestinya orang kita sokong atau suka tu sentiasa betul.. Sebab kita semua manusia biasa mustahil mampu jadi macam malaikat yang tiada dosa. Jadi jangan merosakkan orang yang kita suka dengan sokongan membabi buta sampai apa dia buat kita angguk2 sehingga dia rasa macam dia sentiasa betul. Sesekali kita kena membetulkan jugak orang yang kita sokong. Baru namanya penyokong setia, ye dak? hehehe

ISU BREASTFEEDING, LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP AMRAN FANS

ISU BREASTFEEDING, LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP AMRAN FANS. Wah nampaknya seorang individu yang gambar dia di viralkan oleh Amran Fans dah tampil buat police report. Ingat kan nak settle tepi tepi jer macam salah seorang yang gambar breastfeeding dia jadi viral tu. PM & minta maaf dengan Amran then Amran pun delete la gambar ni dia tapi yang ni tetap nak menuntut keadilan katanya setelah di aibkan.


Aku tak salahkan dia la.. Memang la bila jadi viral benda tu akan mengaibkan. Dia nak buat report polis tu hak dia la kan. Tapi tu la yang memalukan ada pulak bila isu gambar breastfeeding di kalangan ibu2 melayu Islam bertudung litup ni jadi kontroversi, ada yang rasa tercabar nak buat pulak. Dari tak pernah upload gambar dia menenen anak dia tapi di sebabkan Amran terus dia buat benda tu. Mungkin dia harap dia pun jadi viral seterusnya rating & friendlist dia bertambah. Nanti senang boleh buat bisnes pump susu ke... baju baby ker.. hapa kan?hehehee


Kan PU Rahmat dah tegur perbuatan macam tu salah. Boleh baca kat sini >> HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT << Kenapa mesti nak cabar jugak apa yang tak boleh. Simpan sikit kemaluan tu di dalam jangan di tunjuk sangat pada umum.

Pada ibu ibu yang breastfeeding yang rasa macam teraniaya sangat padahal takde orang point semua ibu2 breastfeeding pun.. Yang takde kena mengena tu pulak tacing sampai ke titisan susu terakhir katanya.. Kalau kita tak buat tak payah nak tacing2 sangat la. Tak payah lebih sudu dari kuah. Pada yang melakukan pulak tak payah rasa nak berlawan sangat kalau dah tak perbuatan macam tu pun agama larang sebab ia membawa kemudaratan. Breastfeeding ni asalnya menjadi pahala kepada ibu ibu tapi di sebabkan terlampau nak menunjuk pada dunia yang dia ada susu readymade tak payah nak bancuh dengan air panas dah jadi satu benda yang mungkin menjadi saham dosa pulak.

Moral of the story.. Takkan jadi berita kalau tak ada cerita. Tu baru Amran Fans yang viralkan bayangkan makcik2 kat kampung hangpa yang masih old school tengok hangpa dok tayang gambar menenen kat media sosial. Nak2 lagi makcik2 yang perangai macam ni >> 15 Jenis Perangai Golongan Makcik Yang Kadang2 Annoying & kadang2 Menghiburkan << Bukan je kat alam maya jer hangpa popular mungkin melarat satu kampung depa cerita perangai hangpa tau! So, berhati hati.. Orang kampung sekarang pun golongan cerdik IT contoh macam aku. aku pun orang kampung jugak.. hehehehe

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT. Elok jugak la artikel2 macam ni di tulis semasa kontroversi Amran Fans & Geng Breastfeeding tengah panas meletap letop katanya. Supaya yang mempertikaikan perkara tu tahu hukum kita mengupload gambar tengah menenenkan anak di laman sosial untuk tontonan Umum.


Bukan apa ramai yang masih merasakan benda tu cuma benda kecil. Alah.. bukan nampak 'Buah Betik' pun katanya. Benda tu pun nak kecoh. Sebab tu sebelum ada yang sampai berani tunjuk 'Buah Betik' yang ranum macam minah2 saleh buat kita perlu tegah dari sekarang. Permulaan dia memang tunjuk sipi sipi jer.. Kalau di biarkan tak mustahil masing2 berlumba lumba nak tunjuk nenen sapa paling bengkak penuh susu.

Jadi penting untuk kita tahu samada perbuatan tu di bolehkan atau tidak menurut pandangan Islam supaya kita tak buat pertikaian bodoh yang mungkin kita pulak jadi mangsa untuk di viralkan. Aku ni pun jahil segala sudut jadi marilah kita sama sama belajar yer..

Sumber Astro Awani

Bila dah tahu hukum dia maka terpulang pada pada yang masih nak pertahankan hak mengupload gambar anak tengah menenen di media sosial. Kalau rasa dengan cara tu je boleh membuatkan susu anda tak kering maka buat la.. Manalah tau bila dia tak selfie terus kemarau nenen dia tak bersusu pulak. Kan memudaratkan anak dia pun jadi tak elok jugak. Tapi kalau tak selfie & upload susu meriah macam hujan di musim tengkujuh maka tak payah la nak buat.

Banyak cara kita boleh buat untuk memberi kesedaran pada ibu ibu untuk terus breastfeeding anak selain mengupload gambar. Bukan apa bila makcik2 spesis macam ni >> Inilah Perangai Makcik Makcik Bila Berkumpul <<  tertengok gambar tu bukan takut kecoh kat alam maya jer.. Takut kecoh sekampung halaman pulak lagi haru biru unggu kelabu.

Moral of the story.. Kita tak mampu nak membentuk orang lain jadi baik & berfikiran positif sentiasa tapi kita mampu elakkan diri kita di aibkan. Jadi pilih elak dari jadi mangsa di aibkan. Peace Yo!

JANGAN FITNAH AMRAN FANS WAHAI GENG BREASTFEEDING

JANGAN FITNAH AMRAN FANS WAHAI GENG BREASTFEEDING. Tu dia nampak sangat backup si meran tak cukup suku tu kan? Bukan backing tapi kita menilai biarlah adil. Jangan kita tak suka apa yang datang dari dia kita anggap semua negatif & apa yang kita suka kita anggap semua betul sampai yang salah pun kita nak betulkan. Yang betul tu betul la.. Yang salah tu takkan jadi betul pun walau kau cuba nak bagi nampak betul.


Kes pergaduhan Amran fans & satu group yang memperjuangkan Breastfeeding.. Walaupun depa dok perang report page aku memang tak terlibat report mana2 page samada Amran Fans atau group yang breastfeeding tu. Bukan salah page tu pun.. Dorang cuma nak bagi kesedaran tentang kebaikan susu ibu pada anak tapi sebab ada spesis yang tak tau maksud berkongsi dengan menunjuk tu yang berlaku benda benda macam ni.

Setakat nak tunjuk gambar tengah menyusu anak tanpa motif.. kau simpan tunjuk dengan laki kau sudah. Tak perlu nak upload kat media sosial dengan muka bangga seolah2 kau sorang je ada susu ibu. Ni zaman media sosial kau kena ingat. Kau nak suruh semua orang jadi baik memang tak mungkin. Ada yang spesis meran yang suka tegur secara extreme macam tu. Bukan kata cara Amran tu betul.. dia pun ada bahagian salah dia. Mungkin cara dia mengaibkan orang lain tapi punca keaiban tu berlaku adalah dari pencetusnya sendiri iatu orang yang mengupload gambar tu. So masing masing ada bahagian salah.

Tapi aku paling tak setuju bila ada yang breastfeeding mommy dok kias kias konon macam tuduh si meran ni anti breastfeeding mommy, Gelar semua geng breastfeeding mommy ni hantu tetek & anggap semua breastfeeding mommy miskin tak mampu beli susu.. Please jangan nak raih simpati sampai memanipulasikan kenyataan Amran. Dia hanya point pada mommy2 yang cetek akal dok upload gambar selfie sambil breastfeeding jer dia tak point semua pun. Apa ingat semua ibu2 yang menyusu anak dengan susu badan ni spesis yang terlebih excited sampai kena selfie & upload kat media sosial ke? Aku pun pernah breastfeeding anak jugak kot.. Takde la pulak kalau tak ambil gambar & upload terus susu jadi kering.

Benda yang tak perlu tak payah la nak buat.. Nak2 yang boleh jadi viral kat laman sosial. Kempen penyusuan ibu tu bagus untuk bagi kesedaran betapa penting kita breastfeeding anak tapi tak perlu kot nak upload gambar. Biarpun tak nampak 'Buah Betik' kau tu.. sebab yang melihat ni ramai. Imaginasi manusia ni liar. Sebab tu benda2 macam ni boleh berlaku. bila jadi viral kita boleh nampak komen2 berunsur lucah akan muncul.  Mungkin bila tengok gambar macam tu.. imaginasi mereka mungkin kearah seksual. Sebab tu la tak di galakkan kita upload gambar2 macam tu walau tak nampak isi dalam pun.

Banyak benda kot kita boleh ambil gambar & berkongsi dengan orang lain selain ambil gambar breastfeeding.. Kalau kau rasa takde apa yang best sangat yang boleh menarik perhatian orang like & share gambar kau try la masak resepi pelik ni & upload confirm ramai yang share sebab agak rare >> Inilah 9 resepi yang mungkin pelik menggunakan laici <<

Moral of the story.. Aku cuma harap Admin group breastfeeding tu & Amran Fans boleh berbincang secara tertutup untuk mengakhiri perbalahan ni. Masing2 pun ada salah masing2. Apapun jangan terlebih bersosial di media sosial sebab media sosial ni impak dia pun tak kurang hebat jugak.

SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU

SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU. Kecoh la bila satu keratan akhbar tersebar kes seorang ibu yang baru bersalin.. Katanya tertekan sebab tak mampu susukan anak terus terjun dari tingkat 26 rumah dia. Maka jadilah pendebatan hangat antara ibu yang obses dengan breastfeeding & ibu yang tak ada rezeki susukan anak dengan susu badan. Kes wanita tersebut mungkin bukan sebab tak mampu menyusukan anak jer.. Mungkin banyak sebab lain tapi tak mustahil itu jugak jadi salah satu faktor yang menyebabkan dia jadi tekanan.


Kalau buat status kat FB ramai yang akan salah faham dengan statement aku. Terus terang aku seorang ibu yang di berikan rezeki menyusu badan anak aku. Masa anak aku lahir susu aku melimpah ruah tanpa milk booster pun. Sampai kena pump keluar jugak sebab jadi bengkak susu. Tapi boleh cari mana2 post aku.. Insya Allah tak ada aku post gambar hasil memerah aku tu. Sebab aku rasa tak perlu kot aku nak tunjuk hasil perahan dengan alasan nak berkongsi ilmu & info tentang kebaikkan susu ibu. Tu cara aku.. Aku dulu nak breastfeeding anak aku pun kalau kat luar aku sedaya upaya cari tempat paling privacy kalau takde pilihan baru la aku menyusu anak aku tempat awam. Bukan cara aku nak rasa bangga tak tentu pasal sebab aku mampu bagi anak aku susu badan. Patut aku lebih rasa bangga dalam tubuh kenit, kecik yang orang selalu fikir tak mampu beranak bagai.. mampu menyusukan anak dengan susu Anugerah Allah yang bukan semua orang dapat. Tapi itu bukan cara aku nak berlagak tak tentu pasal. Aku tetap rasa segan walau di beri kelebihan ini.

Semua wanita ada payudara tapi bukan semua perempuan mampu memiliki susu setelah melahirkan anak. Jadi susu ibu bukan pilihan tapi ia berkaitan dengan rezeki jugak. Ada orang memang tak ada rezeki susu ibu & ada orang tak ada rezeki nak menyusu anak dia sebab masalah kesihatan & sebagainya. Aku bukan anti ibu2 yang breastfeeding malah aku sokong mereka yang berusaha menyampaikan info tentang kelebihan & kebaikkan susu ibu tapi ingat cara kita tu jangan sampai jadi riak & bongkak. Merendah rendahkan orang yang tak mampu. Jangan over show off yang kalau boleh tetek kau yang bengkak susu pun kau nak tunjuk. Setakat ni tak jumpa lagi la macam tu tapi kalau tak di beri peringatan awal tak mustahil akan datang ibu2 breastfeeding ni jadi terbuka sampai semua dia buka. Yelah.. alasan dia nak mengalakkan penyusuan ibu katanya. Apa yang tak perlu.. tak payah share kat media sosial. Kecuali la perkara tu perlu untuk memudahkan orang lain faham ilmu yang nak kita kongsikan.

Moral of the story.. Ada orang rasa macam urban sangat bila dapat menyusu anak dia kat tempat awam atau tempat terbuka sebab tu dia paling excited kalau ada aktiviti2 menyusu anak beramai ramai kat tempat awam. Baru trendy katanya.. Sorry belum cukup trendy & stylo ok.

PUASA BAGI IBU YANG MENYUSU BAYI

Tak lama lagi dah nak puasa. Jadi sebagai pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang ibu yang menyusu bayi (erkk.. lala lahir kan bulan puasa tahun lepas jadi tahun kedua la kan??) sang lekit pun mula google meng 'google' isu ni untuk di jadikan panduan.

Seperti ibu2 lain yang kali pertama berdepan dengan perkara macam ni tentu la timbul macam2 andaian tanpa fakta sahih pasal menyusu bayi sambil berpuasa. Takut bila puasa susu jadi kurang.. susu kurang berzat.. susu akan jadi kering. Yelah.. berpuasa di siang hari sedangkan baby kita kena jugak di beri susu walaupun kita berpuasa. Takkan nak suruh baby pun puasa jugak, kan?? Tu kejam namanya..

Hasil google sang lekit.. (malas nak taip sebab takut salah faham jadi copy paste jer untuk kita sama2 berkongsi info)


Carian Google
JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekaliIni kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan.banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan.Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. (Rujukan & artikel penuh clik DISINI )

Jadi pada ibu2 yang masih menyusukan bayi (susu badan yer bukan susu formula) tak perlu risau untuk berpuasa & meneruskan penyusuan pada bayi. Puasa tidak menjejaskan pengeluaran susu.. cuma masa sahur & berbuka amalkan pemakanan sihat je untuk memastikan susu ibu mencukupi & cukup zat untuk baby kita.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com