Showing posts with label rasuah. Show all posts

LUAHAN HATI ARTIS VETERAN, BERTAHUN MOHON RUMAH PPR TAK DAPAT

LUAHAN HATI ARTIS VETERAN, BERTAHUN MOHON RUMAH PPR TAK DAPAT. Kita membayangkan kehidupan seorang artis ni tak kaya pun hidup senang lenang la. Sekali dapat job berlakon, berpuluh ribu income tapi bukan semua artis hidup senang dengan kerjaya sebagai penghibur ni. Nak nak lagi artis lama.. Zaman kegemilangan mereka masa muda dulu bayaran berlakon tidak setinggi pelakon sekarang. Di sebabkan tu kadang2 mereka tak mampu membeli aset macam rumah..


Terbaca luahan hati seorang pelakon veteran yang masih aktif berlakon sampai sekarang iatu Mama Norlia Ghani.. Katanya bertahun tahun mohon rumah PPR tapi tak dapat dapat. Pelik juga dia ada yang memiliki rumah tapi mohon PPR dapat pulak. Lepas tu sewakan.. Yer isu tu bukan isu baru. Ramai yang mohon rumah PPR untuk di jadikan rumah sewa.


Tak rasa bersalah ke ambil hak orang miskin untuk meraih keuntungan macam tu. Malu la sikit.. Biar miskin harta jangan miskin maruah diri. Tak malu sesama manusia, malu la dengan Tuhan beb! Kau tak layak untuk rumah PPR tapi tetap kau gigih nak rampas hak orang miskin mohon celup muka dalam mangkuk jamban sikit.

Tak kira la sesiapun yang mohon, artis ke orang awam.. Asalkan mereka memang layak & berhak untuk rumah PPR.. maka ia menjadi hak mereka yang kerajaan sediakan. Kalau PPR pun orang kaya nak sapu.. Yang miskin tak lama lagi bergelandangan je kat bandar ni.


Hope pihak sepatutnya ambil tindakkan lebih tegas isu rumah PPR yang di jadikan rumah sewa sesetengah pemilik. Pantau sikit kakitangan kot kot ada yang ambil duit kopi bawah meja tu untuk luluskan permohonan rumah PPR. Buat kakitangan awam yang ada buat kerja macam tu mohon Ingat syurga & neraka sikit la. Nak suap anak/bini/laki makan tu biarlah dari rezeki yang halal lagi berkat.

Moral of the story.. Korupsi ni kalau masih ada memang kat mana2 pun akan berlaku penyelewengan. Benda ni atas diri sendiri juga. Manusia mana takut undang2.. Jadi moga kaki makan rasuah mendapat petunjuk & hidayah Allah.

INI BUKTI RUMAH PPR SEBENARNYA UNTUK ORANG KAYA

INI BUKTI RUMAH PPR SEBENARNYA UNTUK ORANG KAYA. Zaman sekarang semua nak kena pakai kabel.. semua nak kena suap2.. kau ada duit maka kau dapat. Termasuk la rumah PPR.. benda ni sebenarnya dah lama berlaku tapi mungkin sebelum zaman media sosial tak ada tempat untuk di ketengahkan agar isu ni di pandang serius oleh pihak pihak yang bertanggungjawab.

Kalau dah sewa sampai macam ni punya mahal memang golongan miskin tak mampu la nak menyewa dengan penyewa rumah PPR. Nak mohon terus dengan DBKL bukan senang nak dapat

Sekarang zaman viral.. bersiap sedia la wahai pihak pihak bertanggungjawab itu. Sebab perkara ni pernah di pandang hujung mata hadap la kecaman rakyat bila ia menjadi Viral. Isu Rumah PPR.. ye bukan tak ada orang yang betul2 layak dapat tapi macam kita boleh tengok sekarang orang yang tak layak pun dapat maka berlakulah apa yang berlaku.

Rumah PPR yang di sewa kepada golongan tidak berkemampuan oleh DBKL tapi bila rumah tu dapat pada mereka yang mungkin memang dah miliki rumah & berkemampuan beli rumah sendiri maka rumah tu di sewa dengan harga tak masuk akal ikut rate sewa kawasan bandar. Dia bayar kat DBKL sebulan RM140++ something je.. Tapi ada yang sewakan balik sampai cecah RM1K sebulan. Atas angin je dia dapat untung. Tak payah penat2 beli rumah.. sewa je PPR kemudian sewakan balik dengan harga tinggi.

Sewa rumah PPR sampai RM1k mahal lagi dari sewa rumah aku ni

Suami aku pernah cerita ada seorang perempuan ni. Dari cerita nampak macam golongan yang berkerjaya & berpendapatan tinggi. Dia cakap nak apply banyak2 rumah PPR (maybe guna kabel ke hapa tak tau la.. kemudian nak sewakan). Dia punya planning memang baik punya tapi dengan niat yang kategori Syaiton Nirrojim jugak la. Asben aku sound je.. Rumah tu sepatutnya di beri pada golongan tak berkemampuan.. Tak kesian ke kat orang2 susah yang tak mampu nak bayar sewa rumah kat bandar ni. Ada yang bergelandangan. Buat macam tu seolah2 merampas hak mereka. Diam terus pompuan tu.

Benda ni dah lama sangat berlaku tapi tengok macam tak ada sebarang tindakkan tegas di ambil. Mungkin ada la satu dua yang di tarik balik rumah tu.. Tapi masih ramai yang makan untung atas angin macam tu. Tak malu ke ambil hak orang miskin? Golongan macam ni lebih hina dari orang yang mengemis. At least pengemis dia meminta tapi tak merampas hak orang. Kalau anda yang baca entri ni tergolong dalam golongan macam tu sila pam muka masing2 dalam mangkuk jamban.

Satu lagi kena ada kabel.. Takpe la kalau yang dapat tu layak. Guna kabel ke guna wire ke hapa no problem. dia memang layak cuma tolong mudahkan dia dapat apa yang dia berhak je. Tapi yang tak best bila ada yang sebenarnya tak cukup kelayakkan tapi boleh dapat sebab ada 'kabel dalam' katanya.

Yang seterusnya.. suap! Malaysia memang tak boleh membasmi budaya 'suap' ni. Asal kau 'suap' kau la dapat tak kira la kau ada rumah tiga empat biji kat KL ni. Suap macam mana pepaham je la.

Kos sara hidup kat bandar ni memang mahal termasuk kos sewa rumah. Kalau yang berpendapatan rendah RM3K kebawah tu dapat rumah PPR ringan la sikit beban. Tapi kalau dah orang kaya sapu semua rumah PPR jangan terkejut ada yang upgrade kereta buat rumah. Nak jimat kos katanya. Tapi tak pelik sangat dah zaman sekarang dengar orang berumah dalam kereta. Memang ada berlaku pun. Salah satu punca mungkin tak dapat rumah yang mampu bayar macam rumah PPR. So, nak teruskan hidup terpaksa juga la berumah dalam kereta.

Moral of the story.. Jangan merampas hak orang miskin & ingat doa2 orang teraniaya Insya Allah termakbul. Pada pihak yang bertanggungjawab.. Sila buat pemantau. Pada mereka yang di amanahkan menjaga hak2 orang miskin ni jalankan kewajiban anda dengan jujur. Tak payah bersuap sangat la.. Cukup la makan bersuap masa bersanding dulu. Sekian terima kasih!

BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP

BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP. Ingatkan dah habis isu rokok seludup rupanya masih ada lagi kempen #taknakSeludup ni. Ingatkan lepas rokok seludup kempen hapuskan vape. yelah.. Vape pun membahayakan kesihatan jugak. Yang bahaya kat Malaysia ni rokok yang masuk secara sah & di kenakan cukai oleh kerajaan je. Rokok tu boleh hisap macam makan jajan je katanya. hahahaha


Sebab dok kecoh balik cerita pasal rokok seludup ni.. Aku pun baca la artikel apa pulak depa nak tulis pasal rokok seludup. Tertarik isu rasuah yang di kaitkan dengan rokok seludup ni.. Yup rokok seludup nak masuk salah satunya dengan cara merasuah pihak berkuasa. Tanpa rasuah memang rokok seludup atau apa2 barang seludup mustahil dapat di pasarkan secara berleluasa di Negara ni. Perkara ni aku tak salahkan pengguna kalau masih menyokong produk yang masuk secara seludup ni sebab sebagai pengguna depa pilih yang murah. Nak2 lagi kat malaysia ni semua dah mahal.. Jadi perokok beralih kepada rokok seludup untuk berjimat. Siapa salah.. semua ada bahagian salah masing2. Dari pihak kerajaan sampailah kepada pengguna. Sapa suruh naik harga melampau2. Konon nak mengurangkan jumlah perokok padahal nampak macam nak mengepow duit orang awam je.

Yang tu tak best lagi.. dalam artikel aku baca pasal rokok seludup ni ada satu gambar budak sekolah tengok macam budak sekolah rendah je uniform dia sedap je dok hisap rokok. Gambar dia pulak di jadikan contoh. Anak sapa gamaknya ni, kan? Sewenangnya gambar dia jadi icon rokok seludup. Bila rokok murah ni budak sekolah pun mampu beli. Tu antara keburukkan dia la. Korang nak tengok gambar budak tu boleh tengok kat sini >> [TERBONGKAR] 6 Perkara Yang Korang Tak Tahu Sedang Perlahan-lahan Melumpuhkan Tanah Air Kita << Manalah tau tetiba muka anak sendiri ke?

Moral of the story.. Rokok apapun takde yang baik untuk kesihatan. Membenteras rokok seludup je tak menjadikan rakyat Malaysia rakyat yang sihat. So, renung renungkan. Selamat merokok. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com