Showing posts with label pecah. Show all posts

SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU?

SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU? Tu dia.. jarang2 ada kisah seram berkaitan balai polis yang masih beroperasi. Sapa kata walaupun banyak hero2 gagah perkasa yang bekerja kat situ cik Hantu tak berani buat onar.. Dia bukan lut pun kena tembak dengan senjata api kan.. So, ada dia kesah nak sakat abang2 polisi katanya.


Rasanya cerita ni dah jadi viral tapi aku baru terbaca kat harian Metro tadi pasal kes tetiba pintu kaca balai polis bandar hilir yang katanya terbuka sendiri. Sebelah terbuka masuk ke dalam balai. Yang sebelah lagi terbuka kearah luar balai Kemudian salah satu daripadanya pecah tak tahu punca. Kejadian berlaku kira kira pukul 4.21 pagi 6 april.. kejadian dua hari lepas la. Time2 macam tu kalau korang jenis selalu baca kisah2 seram memang antara time kemuncak kalau nak berlaku apa2 gangguan berkaitan makhluk halus ni. Memang selalunya time sebelum subuh. Kang subuh satgi hantu pakat lari balik rumah dah. Kira time2 macam tu time depa dok merayap tak ketahuan hala la jugak. So sapa2 yang jenis kutu rayap tengah malam tu.. Kira geng depa jugak la kan...

Video rakaman cctv semasa kejadian

Memang di sahkan oleh ketua Polis melaka ada kejadian pintu kaca pecah kat balai polis tu cuma dia anggap mungkin di sebabkan angin. Kuat jugak angin boleh tolak pintu kaca macam tu kan.. Dah tu dia tolak dua pintu kaca dalam dua arah berbeza pulak tu. Angin apa gamaknya yer... Angin  kus kus ke angin bayu membawa diriku.. sepintas lalu ku terkenangkan mu.. Ops.. ternyanyi pulak. Asal tulis cerita seram je mesti nak ternyanyi. hahahahaha


Cara dia pecah tu kalau nak salahkan angin.. Memang tak berapa logik. Takkan angin bertiup dalam dua arah berbeza kat satu tempat. Rasanya balai tu kena buat majlis tahlil & bacaan Yasin kot bagi mengelakkan sebarang gangguan yang mungkin boleh menganggu petugas petugas kat situ. Susah jugak kalau asyik kena kacau nak2 lagi yang duty shift malam ni.. Even polis pun.. Bab makhluk halus ni.. berdiri jugak bulu romanya pak! Walau tak sampai terkincit dalam seluar sekalipun. Gangguan makhluk halus ni mana boleh halau & halang dengan senjata api.. kau acah2 pistol dengan gari dia tak heran pun katanya. So, kena ada aktiviti keagamaan jugak la.

Moral of the story.. hope abang abang & kakak kakak polis bertabah la menjalankan tugas. Saja ja tu dia ucap salam perkenalan. Maybe baru sampai nak tumpang tidur dalam lokap kot. hehehehe

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE. Di sebab Mak mertua aku baru je terkena serangan stroke dua hari lepas jadi terfikir juga aku nak tahu punca & apa tanda tanda awal sebelum berlaku serangan stroke ni. Yang dah kena mungkin mencari kaedah merawat tapi bagi kita yang belum terkena of course kena alert dengan tanda tanda awal sebelum berlakunya serangan stroke. 


Sebagai pengenalan.. serangan stroke ni berlaku adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Tu lah yang berlaku kepada ibu mertua ku.. semasa scan di jalankan doktor mendapati ada pendarahan dalam kepala di sebabkan oleh ada salur darah yang pecah & menyebabkan dia terkena serangan stroke ringan (mild stroke). 

Penyakit stroke banyak di hidapi mereka yang dah lanjut usia tapi jangan rasa hangpa muda lagi takkan terkena stroke sebab ada juga orang muda kena serangan stroke ni. Semuanya berpunca dari kerana tidak menjaga kesihatan diri dengan baik.

Penting untuk kita tahu tanda awal serangan stroke ni.. mungkin dengan tahu tanda tanda awal mampu mengurangkan risiko..

Antara tanda tanda awal serangan stroke adalah..

• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:

• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan

Penting selalu menjalani pemeriksaan kesihatan terutama tekanan darah.. Jangan ingat selama ni kita tak pernah ada penyakit kita mustahil menghidapi sebarang penyakit. Macam mak mertua aku ni.. Bila dia mengadu sakit kepala atau pening aku selalu tanya dia.. ada pergi buat check tekanan darah. Sampai sudah dia asyik cakap dia tak ada penyakit darah tinggi atau apa2.. Orang tua bila nak suruh pergi klinik atau hospital memang la susah nak2 lagi yang confident dia tak ada sebarang penyakit ni. lebih2 lagi kalau yang masih boleh bekerja.. berjalan.. & buat apa2 aktiviti ni. Bila sampai terjelopok jatuh macam tu.. Barulah tahu apa yang berlaku di sebalik yang dia rasa dia tak ada penyakit tu. Tekanan darah dia masa kat emergency haritu sangat tinggi sehingga menyebabkan ada salur darah yang pecah dalam kepala. Sampai semalam pun tekanan darah dia masih belum stabil. Cuma hari ni tak sempat nak pergi jenguk lagi.. 

Jadi yang mana masih ada mak ayah tak kira mertua ke mak bapak sendiri.. Sila la bawa mereka buat pemeriksaan kesihatan setiap bulan kerana yang lanjut usia ni memang berisiko terkena serangan stroke. Aku tadi pun siap call mak aku kat kampung & pesan selalu pergi buat pemeriksaan tekanan darah. Nasib baik mak aku kalau ada apa2 dia rasa lain dia senang pergi buat check up. Tak payah nak paksa dia sendiri minta tolong bawakan dia ke klinik.

Selain pemeriksaan kesihatan.. Ni sebenarnya paling penting adalah mengambil makanan yang seimbang. Kebanyakkan penyakit berpunca dari faktor pemakanan yang tidak sihat seperti makanan macam ni >> Penggemar Burger ni Adalah Mereka yang mengamalkan cara pemakan tidak sihat. 2.Am pun masih nak ambil makanan berkolestrol tinggi. << hahahaha << Ingat! Yang sedap memang kebanyakkan adalah makan tidak tidak & tidak boleh di ambil selalu. 

Moral of the story.. Memang ajal maut Allah yang tentukan tapi sebagai manusia bernyawa kita wajib menjaga kesihatan diri.

CAWAN KEVLAR THOR NI PALING SESUAI GUNA SEMASA RAYA

hari raya semua nak guna yang cantik cantik bukan setakat baju langsir sarung kusyen bagai jer nak cantik malah set pinggan mangkuk cawan gelas jugak tak nak kalah. yelah nak hidang kat tetamu takkan nak guna pinggan mangkuk cawan gelas yang sumbing @ berkerak daki kan?? Jatuh la air muka katanya...

Gambar sekadar hiasan

Tapi tu la kan.. Bila ramai saudara mara, rakan taulan, sahabat handal datang berziarah mustahil yang datang semua berkepit laki bini jer.. Confirm la yang ada anak bawak anak anak.. Tu tak kira la lagi budak2 datang beraya. Almaklum la budak budak kan.. Mana tau pegang gelas cawan licin terlepas dari tangan jatuh berkecai... Nangis belakang peti ais tuan rumah. Nak marah tak boleh nak minta ganti rugi lagi la tak tergamak.

Masa tu la kita berharap dapat guna set cawan yang di perbuat daripada kevlar... kena campak kat dinding pun maintain lagi. Macam cawan thor ni... Maybe cawan ni di perbuat dari kevlar kot. Kena campak camtu pun rilex jer... Nak tengok macam mana rupa cawan thor tu meh tengok kat sini >> 15 benda yang kita guna hari hari mungkin di perbuat dari kevlar <<

Moral of the story.. raya2 ni tak payah berkira sangat la kan. Kalau rasa takut pecah bagi jer budak cawan plastik @ melamine.. Ada je yang design lawa lawa. dari ko setiap masa dok pesan jangan pecahkan.. nanti terasa pulak tetamu yang datang.

 Set melamine


INILAH 15 BENDA KEBAL KITA GUNA HARI HARI

Bila baca artikel pasal 15 benda Kevlar ni aku rasa nak tergelak pun ada. Bukan apa benda ni kadang2 ada di sekeliling kita yang kita tak perasan selama ni. Kadang2 benda tu kita guna hari hari.. kita belasah hari hari.. kita campak hari hari.. Kita jadikan tempat lepas geram bagai.. Tapi tetap jugak berada dalam keadaan baik & sihat walafiat. Memang kebal sungguh.


Bagi yang tak tahu apa tu kevlar.. kevlar adalah satu jenis benda yang di gunakan untuk buat perisai melindungi sesuatu dari rosak atau tercedera. Macam baju kalis peluru tu.. Tu salah satu jenis benda yang menggunakan kevlar la. Tapi kalau korang nak tahu apa benda yang mungkin di perbuat dari kevlar yang kita guna hari hari meh tengok kat sini. Amaran! artikel ni maybe buat korang kata.. "yelah.. dia di perbuat dari kevlar sebab tahan lasak" >> 15 BENDA YANG KITA GUNA HARI HARI YANG MUNGKIN DI PERBUAT DARI KEYLAR <<

Paling penting contoh dia yang dia bagi handphone 3310 memang lagend. 3310 memang terkenal dengan handphone baling anjing yang kebal. Susah nak rosak. Kalau la smartphone sekarang boleh menandingi kekebalan yang di miliki 3310 kan best... hahahaha

Moral of the story.. Apa benda pun yang kebal tapi dapat kat orang yang tengah emosi tak stabil hancur jugak di kerjakannya. Tak caya try buat bini korang mengamuk... hahaha tapi bukan aku. Aku bini yang tak tantrum. hahahaha


KOMUNITI MEMECAH BELAHKAN BLOGGER

Entri adalah rasa hati & pandangan aku dari apa yang berlaku pada aku, pada orang lain dalam dunia blog. Bukan berniat mengaibkan sesiapa.. Tapi semua pembaca blog ni sudah sedia maklum dengan penulisan di blog aku yang menulis pendapat aku terhadap apa saja isu. Sekiranya anda berfikiran bukan seperti penduduk hutan amazon.. anda layak membaca. Perbezaan pendapat tak menjadi masalah..

Sumber google

Sebelum ni rasanya ramai yang tahu tapi ada yang tak tahu adalah seorang ahli dari sebuah kelab blogger yang di kenali kat alam maya ni.. Nak2 lagi blogger memang tahu kelab blogger tu. Walau aku telah di keluarkan dari kelab blogger tu dengan alasan 'Stalker' even tak logik pun tapi sebenarnya aku di keluarkan sebab ada perselisihan pendapat dengan pengasas kelab blogger tu dalam satu isu semasa yang tak melibatkan kelab tu pun.. Pun macam tu aku tak nafikan faedah yang kita dapat bila menyertai kelab tu. Sebab banyak job2 untuk blog, event2 luar & boleh pergi holiday secara percuma tapi sebagai blogger 'dalam gua' katanya aku ada keterbatasan pergerakkan. So, aku cuma boleh ambil job2 review yang pihak mereka rasa bersesuaian dengan aku. ada la sumbangan untuk itu kepada aku walau bukan semua job review yang pernah aku buat datangnya dari kelab blogger tu tapi kelab blogger tu antara penyumbang rezeki2 yang pernah aku dapat dari blog ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan aku. Aku tak lupa budi dia & mereka.

Cuma bila berlaku sesuatu macam berlaku pada aku sekarang.. perselisihan pendapat yang menyebabkan aku terkeluar dari kumpulan mereka. Mula - mula aku rasa perselisihan tu antara aku dengan pengasas dia jer.. Rupanya tidak. Turut melibatkan segelintir ahli di dalam tu yang dulunya 'friends' kini 'unfriends & block'. dari situ aku melihat... komuniti blogger bukan sesuatu yang menyatu blogger tapi menyebabkan blogger jadi berpuak & berpecah belah. Selepas apa yang berlaku ramai yang pm di fb aku bercerita pengalaman mereka dengan sipolan.. dengan group sipolan..  Rupanya masalah yang aku lihat berlaku dalam kelab blogger tu dulu sememangnya memberi persepsi negatif yang sama pada orang lain selama ni. Dulu aku terikat dengan rules kelab blogger tu sampai aku tak boleh bercakap isu berpuak ni tapi sekarang aku 'independence blogger' so aku berhak memberi pendapat aku dari apa yang aku nampak sepanjang penglibatan dalam dunia blog.

Walau bukan semua mereka yang berada di bawah kelab blogger tu suka berpuak & taksub sehingga tak boleh di jentik langsung ketua mereka tapi yang segelintir itulah memberi gambaran buruk terhadap komuniti blogger yang ada. Even bukan semua komuniti blogger ada 'rules' macam kelab blogger tu tapi serius aku sekarang rasa serik untuk join mana2 komuniti blogger lagi sebab aku takut perbezaan pendapat dengan seorang buat aku di musuhi dengan ramai orang kerana ketaksuban mereka. Kalau orang tanya pasal menyesal.. sememangnya menyesal tapi pengalaman tu sebenarnya jadi guru kita di masa akan datang. Melihat independence blogger yang boleh bergaul dengan semua tak kira dari komuniti blogger mana tanpa ada masalah untuk bercakap tentang apa2 yang mereka rasa nak cakap.. Yup! aku nampak itu yang terbaik untuk aku. Sebab aku bukan jenis yang suka hidup di hujung telunjuk orang kecuali mereka2 yang di wajibkan aku taat.. dan alasan paling logik aku tak reti membodek melampau lampau. So, adalah satu kesilapan besar aku menyertai kelab blogger tu dulu. Dan sememangnya silap tu silap aku..

Pada mereka yang aktif dalam kumpulan blogger masing2.. aku tak kata tak bagus terpulang pada diri kita samada kita mampu atau tak untuk berada di situ dengan rules2 yang di tetapkan. Kalau mampu teruskan.. mungkin ada seribu kebaikkan untuk anda.. Cuma tu la bagi aku bersama kelab tu kebebasan bersuara aku sedikit terkongkong sampai buat entri nak post pun kena bagi baca dulu draft kalau berkenaan kelab mereka. Tak boleh ada unsur kritikkan langsung.. Susah jugak bagi aku yang Outspoken ni. Rasa macam bernafas tak lepas bila ada kongkongan macam tu. Jika anda pernah rasa macam aku terkongkong, jangan biar sampai ia menjadi masalah besar. Undur diri sebelum masalah muncul. sebab setiap orang ada cara tersendiri. Baik atau buruk.. tak sama penerimaannya sebab kita semua berbeza. Baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain, buruk pada orang lain tak semestinya buruk pada pandangan kita.

Moral of the story jangan lawan ketua darjah sebab dalam kehidupan kita penuh politik. kekekeke.

P/S : Pendapat aku mungkin berubah di masa akan datang.. mungkin situasi, masa & cara yang mengubahnya.. jadi pendapat ini hanya valid untuk keadaan sekarang. Kalau berubah di masa akan datang tu perkara biasa. Lumrah manusia boleh berubah ubah.

*bila ramai memperkatakan tentang kelemahan yang ada dalam satu komuniti tu harap di kaji semula la.. Bukan untuk menjatuhkan tapi mungkin dengan membaikpulih kelemahan yang ada mungkin memberi kejayaan lebih besar di masa akan datang. So, tak semua kritikkan itu membunuh

Psttttttt : mesti ada yang nak kondem aku hari cuti pun bz dengan blog.. takde life.. blogger kena kongkong dengan laki tak boleh bersosial.. tak keluar rumah.. tak bergaul.. Aku kalau nak kemana2 dengan laki aku lepas update blog kejab lagi pun tup tup tetiba ada kat singapore ke kedah ke.. paling tak merayap kat KL. Planning2 ni memang takde la.. Itulah life aku.. seminit ni korang tengok aku online setengah jam lagi tetiba aku ada kat highway dah sapa tahu... Tapi bukan jenis aku update setiap minit aktiviti aku. Kadang2 aku tak cerita pun aku kemana mana.. life aku privacy aku.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com