Showing posts with label mengejek. Show all posts

BUDAK 3 TAHUN DI BUNUH SEBAB SUKA MENGEJEK

Ini bukan berlaku di luar negara tapi dalam Malaysia. Sebab suka ejek orang budak 3 tahun ni di bunuh dengan kejam even dia hanya budak 3 tahun & pembunuh dia berusia 30 tahun. Zaman sekarang ni.. manusia semakin hilang perikemanusiaan.

Lokasi mayat kanak kanak di temui

Terbaca kat harian metro tadi kes seorang kanak2 yang di tampat sehingga pengsan kemudian di campakkan dalam sungai sebab suka mengejek sorang mamat ni. Maybe mamat ni mental kot sebab orang yang waras rasanya tak bertindak sampai macam tu sekali kat budak 3 tahun. Walau sakit hati sangat pun kalau kita orang yang waras... Kita still nampak dia seorang budak yang tak tahu apa2 lagi. Tapi sebagai mak bapak kita kena ambil sebagai pengajaran jugak. Jangan ingat anak kita tu kecik takde orang nak ambil hati apa yang keluar dari mulut dia.

Sumber Harian Metro
Kadang2 mak bapak ni bila anak mengejek.. mengata pasal orang.. depa rasa lucu sebab budak kan? Patutnya dari awal kot kena didik.. benda tu salah. Sebab time tu depa sedang belajar mengenal yang betul & salah. Jangan bila anak buat kita gelak je.. Benda tu macam menyokong perbuatan budak2 tu. Nak2 lagi zaman sekarang ramai orang gila yang kita nampak macam tak gila. So, mendidik & menjaga anak jadi semakin mencabar.

Apapun semoga keluarga kanak kanak ni tabah menerima dugaan berat. Aku pun terasa jugak.. 3 tahun sebaya anak aku kot. Cuma anak aku tak petah bercakap je lagi. Dunia sekarang semakin menakutkan. Moga Allah melindungi kita semua dari sebarang malapetaka & kejahatan manusia, jin & syaitan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com