Showing posts with label Talak. Show all posts

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA?

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA? Kitak tidak boleh nafikan kewujudan sihir ni. Rasullullah pun pernah di sihir. Walau dunia dah moden tapi masih ramai suka mengamalkan benda benda syirik dan khurafat seperti amalan sihir ni. Dalam Al Quran ada tentang sihir jadi sihir bukan satu mitos atau dongeng rakyat. Nak tak nak kita kena percaya. Percaya ia wujud bukan percaya untuk di amalkan yer.

Tertengok satu konten tiktokers malaysia ni yang pernah jadi kontroversi di ceraikan dengan talak 3 ketika sedang live di tiktok. Saya ada tengok juga.. memang terkejut la sebab si suami tu senang je bagi talak tiga. Macam antara mereka tak pernah ada rasa apa apa. Tenang je dia lafaz talak. Geram juga la masa tu. Sebab yelah si suami tu dah berkahwin lagi satu tanpa keizinan isteri pertama. Lepas tu di ceraikan pulak si isteri pertama dengan talak tiga terus. Kita sebagai wanita ni memang remuk juga la hati, kan.

Tup tup dua tiga hari lalu kat fyp pasangan ni seolah olah dah berbaik semula. Baik atas dasar apa tak pasti cuma sebab dah jatuh talak 3 tu nak rujuk balik bukan senang. Si isteri kena berkahwin dulu dengan orang lain. Selepas berpisah dengan suami tu baru boleh berkahwin semula dengan bekas suami. Cuma tertarik dengan caption pada kontennya yang katanya mereka berpisah angkara sihir pemisah dari orang ketiga. Isunya sekarang adalah sah talak tu jika ia berlaku angkara sihir? Yang tu sebenarnya saya nak tahu. Kisah mereka ni cuma jadi inspirasi je saya nak cari info

Dari apa yang saya baca..

Pendapat ulama tentang talaq di bawah pengaruh disihir

Dalam kitab Fatawa wa ishtisharat al-Islam al-Yaum, juz 11, hal. 358, ditegaskan:

Dan adapun orang yang disihir yang mana sihir tersebut menyebabkan hilang kewarasan dan kesedaran akalnya, sehingga menyebabkan dia mengucapkan apa yang dia tidak mahukan, maka sesungguhnya talaq yang diucapkan ketika itu tidak berlaku berdasarkan hadis Nabi s.a.w. “Tidak jatuh talaq yang dilafazkan dalam keadaan ighlaq”.

Fatwa ini selari dengan pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Mukhtasar Al-Fatawa Al-Misriyyah

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa sekiranya mana-mana suami menjatuhkan talaq dalam keadaan hilang pertimbangan akal akibat disihir, maka hukum talaq tersebut tidak sah.

Tapi bukan semudah mengaku kena sihir kemudian terus mahkamah syariah batalkan talak tu. Ia perlu di buktikan juga.

Persoalannya, adakah isu sihir diterima di Mahkamah Syariah?

Menurut Dr Mahyudin Ismail, ‘kena sihir’ boleh dijadikan pembelaan di Mahkamah Syariah.


Ya, memang benar, ketiadaan undang-undang berkaitan sihir di Mahkamah Syariah menyebabkan tiada punca kuasa kepada hakim untuk memutuskan unsur sihir pemisah dalam rumah tangga.

Namun, ini tidak bermakna isu sihir tidak pernah dibicarakan di hadapan Mahkamah Syariah.

Menurut beliau lagi, bagi kes cerai talak, beban pembuktian oleh pihak yang mendakwa perlu diperincikan iaitu:

a) Seorang suami mendakwa talak dilafazkan dalam keadaan dirinya dipengaruhi sihir; atau,

b) Seorang isteri mendakwa suaminya melafazkan talaq dalam keadaan diri suami tersebut dipengaruhi sihir; maka pihak yang mendakwa perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa:
i) Wujud tanda-tanda dan ’simptom-simptom lazim terkena sihir’ pada diri suami;
ii) Suami mengalami ketidak warasan/ ketidak sempurnaan akal akibat terkena sihir semasa beliau melafazkan talaq;
iii) Ketidakwarasan pemikiran akibat terkena sihir itu menjejaskan kebolehan untuk mempertimbangkan apa yang dilakukannya itu benar atau salah.

Kesimpulannya, dalam membicarakan isu sihir, ada beberapa perkara yang diambil kira oleh Mahkamah iaitu;

1. Pengakuan atau Keterangan Pemohon atau Defendan (Iqrar)
Keterangan dalam bentuk bertulis ataupun berbentuk rakaman audio dan video.

2. Bukti
Bukti yang menunjukkan perubahan drastik kepada karakter suami ketika atau beberapa hari sebelum melafazkan talak.

3. Pendapat pakar
Pakar yang dimaksudkan termasuklah pengamal perubatan Islam yang bertauliah dan mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam dan Pejabat Mufti. Rawatan yang dijalankan perlu berlandaskan Akidah Islamiyyah.

4. Sumpah Pemohon
Pemohon bersumpah bahawa lafaz talak yang dilafazkan adalah tanpa sedar dan di bawah pengaruh sihir. Sekiranya pemohon bercakap bohong, laknat Allah akan menimpa.
Setelah berpuas hati dengan semua perkara di atas, mahkamah akan memutuskan lafaz talak sabit atau tidak sabit.

Namun, ia bergantung kepada hakim yang mengadili perceraian akibat sihir dengan melihat unsur-unsur pembuktian dan pembelaan sihir.

Walaupun mahkamah tidak menolak unsur sihir dalam penceraian tapi jangan ada yang cuba cuba pula guna alasan konon di sihir sehingga bercerai selepas menyesal menceraikan pasangan dengan talak tiga. Walau sihir tetap perlu di buktikan. Ada pakar dalam perkara tersebut akan di gunakan bagi mengesan samada berlakunya sihir atau tak.

Moral of the story.. talak bukan sesuatu yang boleh di buat main atau bergurau. Jadi hati hati dengannya.

JATUH TALAK TAK PAKAI CINCIN NIKAH

Tu dia... ajaran mana pun ni. Jatuh talak tak pakai cincin nikah. Kalau orang kawen takde jari dia nak pakai cincin nikah kat mana? kat jari kaki ke?

 Sumber google

Sibuk sangat la orang tak pakai cincin kawen/nikah. Macam isu besar sangat kalau tak pakai. Tapi tu la cuba blogger yang up pasal tu melambung kutukkan. kebot warrior bagai.. Depa punya dok hentam.. Ni isu di timbulkan wartawan bertauliah sendiri. Isu sampah sangat nak buat kontroversi. Dah kalah dengan blogger gamaknya wartawan bertauliah ni.

Semalam tertengok melodi.. Aku ni even macam consistent jer tengok meloadi tiap2 minggu tapi lebih kepada macam dengar je tengok tu tak sangat. Kadang2 aku sibuk buat hal lain jugak. Takde la tumpu sangat cerita dalam melodi tu. Sempat la tertengok isu penyanyi Aliyah tak pakai cincin kawen. Tadi ternampak post dari Beautifulnara pun up story ni. Watdehek punya isu. Aku pun tak pakai cincin nikah.. rasanya lepas nikah aku pakai sat ja kot lepas tu aku tak pakai2 dah sampai sekarang. Sebab aku memang tak selesa pakai cincin sangat. Adakah bermakna rumahtangga aku bermasalah?

Hello.. Talak tu jatuh kalau tak pakai cincin nikah/kawen ke? Kalau tak pakai auto jatuh talak ok la jugak nak jadikan isu. Kadang2 benda takde apa2 sebab terlampau di isukan wartawan buat hubungan orang jadi bermasalah. Maybe rumahtangga dorang ada masalah kecil jer.. biasa la laki bini. Perempuan ni kalau marah @ merajuk sikit buang habis semua.. satgi dia ok, dia kutip la balik. Tak payah la nak panaskan line sangat.

Tapi tu la.. kalau dah pilih jadi orang di kenali popular ni kau hadap la benda2 camni. Nak yang puja puji ke langit ke tujuh tu manjang memang tak dapat la. Setiap gerak langkah, perbuatan & kata2 kau memang orang alert sangat. Kita mungkin tak sedar atau terlupa apa pernah kita buat atau cakap.. tapi orang ramai yang lihat & tengok selalu tak lupa. So, kalau rasa nak jadi orang popular tak payah nak touching sampai ke tulang sumsum kalau kena kutuk. Kau pilih menjadi manusia yang beri perhatian.. macam2 cara kau buat termasuk canang kisah peribadi kau kat umum.. maka kau kena sedia terima buruk & baiknya.


JATUH TALAK SATU KALAU HISAP ROKOK

Mesti perokok2 yang dah kawen tertelan puting rokok baca tajuk entri ni kan?? Kalau betul la hisap rokok boleh jatuh talak satu bayangkan berapa ratus juta talak dah jatuh sejak korang kawen tapi korang tak pernah tau? Mesti yang panik tahap lipas kena sembur ridset kan?? Aku pun tergamam jugak baca pasal jatuh talak satu kalau hisap rokok tak kira secara terang terangan depan pasangan atau secara sembunyi sembunyi.

Sumber google

Al kisah semalam terbaca satu keratan taklik yang di share kat page Pen Merah dot com yang terdapat taklik yang tertulis Kalau hisap rokok secara terang terangan atau secara sembunyi jatuh talak satu. Mak Aih... sapa nak kawen dengan keluarga sipolan tu 2 tahun sebelum kawen sila belajar berhenti merokok la. Mau nya tak tahan nafsu nak berasap.. tak pepasal la jatuh talak tanpa rela.


Niat keluarga sipolan tu mungkin bagus.. Nak anak menantu hidup sihat & tak membazir beli rokok tapi taklik tu macam... bahaya jugak. Buatnya ter isap walau satu sedutan jer pun, maka jatuh la talak. Bukan kata salah.. tapi rasanya tak perlu kot lafaz taklik camtu. Kalau perokok ni perlu ambil masa jugak nak berhenti merokok. Bukan boleh on the spot. Kalau tetiba jer berhenti pun boleh memudaratkan diri perokok tu. So, kena bagi masa jugak.

Kalau isap paip di kira isap rokok jugak ke? hahahaha

Apapun setiap tindakkan biarlah berlandaskan akal. Sebelum buat sesuatu ambil masa panjang sikit berfikir. Pada yang dah lafaz taklik camtu moga ia jadi pendorong anda tidak akan kembali hisap rokok. Ingat rokok.. Ingat bini anda. Kalau pilih rokok, bini hilang. kekekeke Peace!


JATUH TALAK LELAKI DAH KAWEN MENGAKU BUJANG??

Masa dok round2 kat wall FB orang den ada jumpa satu statement yang nampak macam di snap dari page atau kertas tentang HUKUM seorang suami yang mengaku bujang? Terkejut jugak la sebab selama ni tak pernah pulak dengar jatuh talak kalau seorang lelaki yang dah kahwin mengaku bujang. Jangan buat main2 dengan talak ni... Talak bukan sesuatu yang boleh di jadikan bahan gurauan.


 Katanya info dia dapat dari ceramah Ustaz Kazim Elias.. tapi tak tau la betul ke tidak, kan??


Macam biasa den tak terima benda tu betul tanpa ber google dulu. Yelah.. sekarang senang info hujung jari je tapi bukan semua info boleh pakai. Kena tengok jugak dari page mana kita nak cedok info tu. Maka hasil carian google dapat la jawapannya..

Sumber e-fatwa

Moral of the story benda ni bukan perkara yang boleh di buat gurau.. Sebelum kita nak sebarkan siasat dulu kesahihan & kebenarannya. Jangan kita menyebar sesuatu yang boleh memesongkan akidah orang lain. Memang kita tak berniat nak sebarkan info yang salah tapi elok la kalau tak pasti jangan sebar. Peringatan ni untuk diri sendiri & semua.

JATUH TALAK WALAU LAFAZ SUKA2 & SEORANG DIRI TANPA SAKSI

Perkara yang melibatkan lafaz cerai ni sangat serius walau di lakukan dengan niat bergurau... suka2.. atau saja2 nak test sebut. Bukan takde manusia @ suami yang macam ni. Walaupun bukan dengan niat tapi jangan la suka sangat bermain dengan perkataan cerai.

Sang lekit sempat jenguk ruangan Soal Jawab Agama kat Harian Metro Online. Ada la sipolan tu bertanya tentang lafaz cerai. ADAKAH jatuh talak terhadap isteri jika saya melafazkan cerai secara jelas, tetapi ketika itu saya berseorangan (tiada saksi) dan dibuat hanya untuk suka-suka? Lebih kurang dia macam saja2 je nak test sebut lafaz cerai tu tanpa ada niat pun nak menceraikan bini dia. Dia lafazkan cerai pun sorang diri maybe dalam bilik masa bini @ saksi tak ada. Talak jatuh dengan sebab kata-kata berkenaan walaupun ia hanya main-main dan berseorangan tanpa saksi. hubungan seksual suami isteri menjadi haram. Sebab itu, talak tidak boleh dipandang remeh.

Jadi para suami janganlah suka bermain dengan Talak. Walaupun nak test macam mana rasa sebut lafaz cerai.. Tetap talak itu sah. Info ni sekadar berkongsi.. manalah tau ada jenis suami yang rasa kalau dia saja2 berlakon cakap dengan bantal tapi membayangkan isteri dia konon2 nak berdrama sendirian dalam bilik.. kan?? Perkara melibatkan talak @ Lafaz cerai ni usahlah di buat main2. Nanti takut kita tak tau hukum & fikir benda tu tak sah sepanjang hayat kita bersama isteri dalam keadaan haram pulak, kan??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com