Showing posts with label kurang tumpuan. Show all posts

5 TAHUN TIDAK PERNAH DI CIUM ANAK, SELEPAS SEBULAN GUNA ESSENTIAL OIL SEGALANYA BERUBAH

5 TAHUN TIDAK PERNAH DI CIUM ANAK, SELEPAS SEBULAN GUNA ESSENTIAL OIL SEGALANYA BERUBAH. Tajuk entri tak menahan sangat ok! Memang betul2 drama sangat. Walau tajuk dia penuh drama tapi drama ni bukan adaptasi dari novel2 cinta yang nak muntah kita nak hadap. Drama ni adaptasi dari kisah benar seorang ibu yang sangat bersabar menanti perubahan keatas anaknya yang terpilih untuk tergolongan dalam golongan kanak kanak yang ada masalah kelewatan dalam perkembangan.


Mukadimah tu hope takde yang menangis berbaldi baldi sebab tu tak berapa sedih sangat ada kisah lebih terharu bakal anda baca nanti. hehehehe.. Alkisah budak shahila ni. Seperti yang mereka2 selalu ikuti perkembangan shahila ni.. Sedia maklum dengan masalah speech delay & low attention dia.. Disebalik apa yang orang tak pernah tahu sebenarnya shahila memang tak suka mencium sesiapa termasuk aku & bapak dia sendiri. Aku agak tu salah satu masalah sensory jugak.. Tapi dia memang selalu kena cium. Kena cium dia ok jer.. Tapi jangan melampau sangat sampai dia rimas. Aku tak anggap benda tu satu masalah besar pun.. dia cuma tak suka cium orang kat bahagian muka macam pipi & dahi je tapi kalau bersalaman dia akan cium tangan. Ok la tu..  Nampak terdidik la jugak. hahaha. Tapi shahila budak yang sangat manja. Asyik nak di peluk je nak2 lagi dia rasa diri dia dalam kesedihan atau nak tidur.

Tapi aku perasan lepas aku amalkan produk young living essential Oil, focus blend untuk improve speech & attention dia.. Nampak perubahan dari sosial dia jugak. Dia dah mula suka cium pipi & dahi aku. Bila aku minta dia buat pun.. dia nak buat. Siap dengan sound effect lagi.. muah.. muah gitu. 5 tahun kot aku bela dia.. tahun ke 5 baru merasa di cium anak kandung. Rasa nak lompat bintang sampai kurus ok!! Punya la seronok sampai tulis entri ni.


Selain sosial tu.. sejak sebulan consistent meneyeh essential oil focus blend tu memang nampak banyak perkembangan positif dari semua sudut. komunikasi pun semakin improve, attention pun boleh nampak ada peningkatan.. Yang penting masalah behavior yang suka menjerit bila protes tak dapat sesuatu pun dah semakin kurang sangat. Dah mula boleh accept bila permintaan kena reject & dah pandai guna helah (trick) bila nakkan sesuatu. Kalau dulu dia hanya reti protes dengan mengamuk je tapi sekarang dah mula tunjuk skill dia menggunakan helah & alasan. Sel sel otak semakin berhubung katanya! Kat situ aku nampak perkembangan otak dia semakin laju.

dari sudut pelajaran.. Kalau dulu buku dia penuh contengan bila dah dah bosan buat latihan sekarang buku dia pun semakin bersih dari contengan. Kalau dulu dia suka menulis huruf jer walau dia boleh mengeja & membaca simple words.. sekarang dah boleh menulis perkataan. Dulu sebab masalah low attention (tumpuan) buat dia cepat rasa boring & dia taknak menulis perkataan yang panjang2. Aku agak mungkin dia rasa nak habiskan satu perkataan tu bagi dia perlukan masa yang panjang berbanding 1 huruf. Tu sebab dia tak nak buat walau dia tahu buat. Apapun semua tu sebab masalah low attention yang memang effect behavior seorang kanak kanak. Tapi alhamdulillah.. selepas guna essential oil boleh nampak perubahan yang banyak. Semua berlaku dengan izin Allah.. yang penting usaha, ikhtiar, tawakal & doa jer..

Salah satu perubahan yang nampak selepas sebulan amalkan essential oil focus blend. Dah boleh tulis watak watak dalam upin ipin walau 3 watak jer.
Dah takde contengan atau lukisan watak2 dalam imaginasi dalam buku latihan. Dah boleh tulis perkataan yang panjang sebanyak 6 perkataan untuk 6 mukasurat. Tulisan budak 5 tahun memang tak berapa perfect sangat la kan

dari segi speech.. Dah banyak ayat yang dia sebut. echolalia tu masih ada tapi at least dah banyak ayat dia tahu guna di situasi yang betul walaupun nak bercerita tu masih belum mampu. Kalau dia cerita bahasa dia berterabur & bercampur. Yang betul dengan jargon tu semua boleh dengar. Alih2 aku ye ye jer apa dia cakap. Erkk.. jangan tak tau.. walaupun kadang2 kita tak faham apa yang anak kita cerita sebab dia baru belajar nak bercakap tapi dengan kita respond macam tu boleh boleh merangsang dia bercakap & memberi motivasi untuk dia berusaha belajar bercakap dengan betul. Kita pun suka bila apa kita buat orang bagi perhatian apatah lagi kanak kanak. So, kena rajin melayan anak anak kita bercakap walau masih banyak jargon atau dalam bahasa pasar kita sebut sebagai bahasa german walaupun orang german pun tak faham apa yang budak2 tu cakap. hahahaha

Sejak baru boleh cakap sikit2 ni.. shahila nampak menunjukkan ciri2 bermulut manis walau tak pandai buat pickup line tapi dah pandai memuji... tengok budak kecik dia akan puji comelnya.. nampak something walau kita rasa tak cantik dia akan puji cantiknya tet.. tu.. comelnya baby ni.. atau makanan atau minuman walau dia tak minum atau makan dia akan cakap jugak sedapnya.. makan/minum ni.. semakin memahami arahan & boleh la dengar kata sikit. Almaklum la mak dia garang. Dah mula tunjuk ciri kegadisan katanya bila suka sangat melaram dengan barang2 mak dia terutama make up. Tu cerita dari meja solek tak cerita dari dapur lagi. Semua dia nak buat.. kita hiris bawang dia pun nak buat. Dari situ boleh nampak perubahan behavior dia dah semakin baik. Dah nampak ciri2 tipikal kanak kanak walau agak lambat berbanding usia dia sekarang. Biar lambat asalkan ada ye dak..

Sebagai seorang ibu paling terharu.. Shahila banyak menyebut Ya Allah.. Masya Allah.. Astafirrullahhal'azim (walau tak berapa betul) bila dia rasa perlu menyebutnya. Contoh bila dia rasa berlaku satu musibah walau pensil warna dia patah je pun dia akan sebut Ya Allah atau Masya Allah. Kadang2 nak berak pun dia cakap.. Ya Allah nak berak. Almaklum la berada saat getir kan. hehehehe. Alhamdulillah...

Kalau kat luar tu.. Perubahan dia boleh nampak jugak. Dia takde la kesana sini tak tentu arah walau kadang2 dia hilang kawalan bila ada sesuatu yang attract dia at least kalau pergi makan tu dah boleh kunyah berbanding dulu rasa makan macam menelan jer. Shahila tak ada hyperactive jangan salah sangka tapi ia effect dari masalah low attention yang buat dia tak boleh duduk statik 1 tempat lama2 atau buat sesatu perkara tu dalam tempoh masa yang panjang macam budak2 lain. Dia sentiasa nak berubah paksi & aktiviti. Tapi benda tu sekarang dah nampak perubahan jugak. So tak stress sangat la bawa dia keluar sekarang ni. hehehe.

Dalam sebulan consistent fokus blend ni serius boleh nampak banyak progress yang baik dalam perkembangan shahila. Sebab tu aku tetap nak share pengalaman & produk young living, essential oil ni. Sebab aku tahu ramai yang memerlukan untuk membantu perkembangan anak anak mereka. Ia bukan hanya untuk kanak kanak keperluan khas yang mempunyai masalah autisme, disleksia, hyperactive, slow leaner malah ia salah satu minyak pati berasaskan tumbuh tumbuhan untuk semua. Untuk tingkatkan kenyakinan & kecergasan anak - anak kita pun boleh guna. Mungkin membantu anak kita berkembang lebih baik & menyerlah dalam pelajaran atau apa2 yang dia suka. Ia bukan ubat untuk merawat tapi sekadar booster atau pelincir membantu merangsang perkembangan. Selebihnya tetap kena usaha.. bukan hanya sapu2 kemudian tak buat apa - apa. Ia selamat untuk semua peringkat umur kerana minyak pati tumbuh tumbuhan ni bebas bahan kimia, Jadi tak perlu risau kerana tiada kesan sampingan.

Sebab nampak perubahan yang banyak selepas amalkan focus blend bulan ni up lagi satu focus booster sebab masalah utama shahila adalah tumpuan (attention) so kena selesaikan masalah tumpuan dia dulu. Aku beli dalam bentuk yang dah siap blend sebab murah sikit dari harga satu2 botol tu. Sebab focus blend kena guna 3 flavor yang harga untuk 3 botol tu dekat RM300. So nak jimat beli dalam botol roll on yang dah siap blend RM50 tahan la sebulan.

Apapun semoga dengan perkongsian yang kecil ini dapat membantu orang lain yang memerlukan. Ingat.. Jika kita di anugerahkan anak istimewa jangan bersedih.. Tapi bantulah mereka untuk dapat kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Sentiasa yakin & percaya anak kita juga punya potensi untuk berjaya dengan kelebihanya yang tersendiri sebab setiap manusia di lahirkan bersama kekurangan & kelebihannya mereka. Jadi jangan putus asa.. terus membantu selagi berdaya. Apa yang kita buat hari ini untuk anak anak kita adalah penentu siapa & bagaimana mereka di masa depan.

Jadi jika ada yang berminat nak mencuba produk young living Essential Oil ni boleh hubungi :

Puan Shareena Shaifudeen : 013-3993407
Facebook : Shareena Shaifudeen

SHASHA & RASHIDAH GOLONGAN ATTENTION SEEKER CIPLAK

SHASHA & RASHIDAH GOLONGAN ATTENTION SEEKER CIPLAK. Belum berakhir fenomena Rashid muncul pulak watak shasha  & Rashidah yang guna konsep yang sama menyampaikan mesej dalam bentuk sarcasm @ sindiran. Bagi aku depa ni semua golongan Attention seeker je tapi tak kreatif. kerja depa curi perhatian orang ramai dengan menciplak idea orang lain. Nampak murahan sangat tau.


Serius.. muak pulak aku jenis golongan macam ni. Tak ada identiti.. Apa dia buat sebab dia tengok orang lain buat & dapat sambutan maka dia buat buat benda yang sama cuma tukar nama je lain. Macam produk tiruan cina.. Dia tukar jenama jer. Bunyi nak sama tapi tak sama tapi barang yang di buat memang meniru produk lain cuma kualiti je la berbeza. reka bentuk, fungsi semua lebih kurang sama. Tiru design orang kemudian letak jenama sendiri. Macam tu la dengan watak shasha & rashidah ni..


Zaman media sosial memang ramai yang nak jadi popular.. Maka jadilah attention seeker. Ada attention seeker yang bijak so kehadiran mereka dapat sambutan, ada jugak attention seeker yang bodoh kemunculan depa lebih di kenali sebab kena kena kutuk je. Tak salah nak jadi attention seeker tapi jadilah attention seeker yang kreatif dengan cara tersendiri yang mampu mencetuskan satu fenomena baru di alam maya bukan hanya tau ciplak jer.

Please la ada rasa ego dalam diri tu sikit.. Ego ni perlu jugak untuk kita tidak sentiasa asyik nak meniru je apa yang orang lain buat sampai kita jadi manusia yang tak ada identiti. Jangan ego hanya tak suka mengalah & mengaku salah je bila buat silap. Ego macam tu ego sampah.. sebab tak bagi manafaat. Cuba cipta satu ego di mana kita nak menyerlah dengan cara tersendiri tanpa di bayangi identiti orang lain.. Kan bagus. At least kurang sikit makhluk copy paste di alam maya.

Moral of the story.. sebab tu penting ambil sarapan pagi bagi mereka yang nak lebih kreatif dalam hidup. Takde la sentiasa lost idea seterusnya jadi makhluk suka meniru je. Sebab dengan pengambilan sarapan pagi boleh tingkatkan daya tumpuan.. Kalau nak buat sesuatu tapi tak boleh fokus memang kita akan jadi kering idea. Sarapan pagi ni penting sangat tau.. Ramai yang menyesal sebab selalu skip sarapan sebab dalam sarapan ada 4 perkara penting ni >> 4 Perkara yang buat anda rasa menyesal tidak ambil sarapan << Jadi pada korang yang rasa nak jadi perhatian di alam maya ciptakan satu identiti yang menarik yang tak ada orang buat lagi, Insya Allah.. anda akan jadi attention seeker yang nampak bijak & kreatif.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com