DATANG BULAN BUKAN PUNCA SEMUA PEREMPUAN JADI PEMARAH
Biasanya tiap - tiap hari dia cool, happy, suka buat kelakar.. Tapi hari ni dia asyik nak marah jer. Ni mesti period??Google search. Betul ke ada tuala wanita macam ni?? wah sayang pula nak pakai buang kalau macam ni.
Sebab sang lekit pun perempuan.. Kalau time bulan mengambang mood sang lekit macam biasa jer. Nak kata time tu asyik menyinga orang tak tentu pasal tak jugak. Tapi dah jadi macam satu kemestian pula kalau perempuan yang tiba - tiba cool jadi moody secara automatik di kaitkan dengan datang bulan. Dari dulu sang lekit tak setuju dengan pendapat ni. Sebab Sang Lekit kalau moody mesti ada sebab bukan sebab datang bulan.
Kadang - kadang sepanjang melewati hari2 wanita setiap bulan tu ok jer mood. So, pada semua di luar sana.. ubah tanggapan anda selepas ni bahawa tidak semua perempuan yang dari cool tetiba jadi moody adalah kerana datang bulan yer. Jangan guna alasan tu untuk anda tidak mencari punca seorang perempuan marahkan anda & menganggap itu perkara biasa terjadi setiap bulan pada seorang perempuan.
Entri ringkas ini cuma nak membetulkan tanggapan korang terutama lelaki yang selalu anggap perempuan akan jadi cepat marah bila datang bulan. Ketahui.. Sang Lekit tidak tergolong dalam kategori tersebut. Kalau Sang Lekit nak marah mesti ada sebab yang takde kena mengena dengan datang bulan ok!
P/s : Mungkin juga aku seorang perempuan yang bernasib baik sebab jarang sangat nak mengalami sengugut sebab tu mood aku macam biasa jer bila period. kekekeke