Showing posts with label universiti. Show all posts

PELAJAR UNIVERSITI BOLEH MOHON BIASISWA DARI FAIR & LOVELY

PELAJAR UNIVERSITI BOLEH MOHON BIASISWA DARI FAIR & LOVELY. Wah tak sangka Fair & Lovely bukan saja mengeluarkan produk pencerahan kulit malah ada menyediakan biasiswa kepada pelajar Universiti. Biasiswa ok bukan pinjaman. Kalau biasiswa memang sponsor tak perlu bayar balik. Kalau loan wajib la korang bayar.


Aku bekas pelajar U-Turn jer.. Kalau nak sambung belajar ke Universiti pun rasa macam.. krik krik buat masa ni. Walaupun aku dengki dengan mereka2 yang belajar kat Universiti sedangkan aku lepasan kolej cap ayam jer tapi sebagai seorang blogger prihatin & berhemah tinggi katanya.. Aku memang suka share perkara - perkara yang mungkin boleh membantu orang lain. Walaupun kadang2 kita bantu orang.. Orang buat kita jadi buntu.. Takpe itu tidak menghalang aku untuk membuat kebaikkan. hikhikhik

Aku ada terbaca satu perkongsian di sebuah blog tentang Fair & Lovely membuka peluang kepada mana2 pelajar Universiti yang memerlukan dana untuk meneruskan pengajian di Universiti sebanyak RM200,000. Kalau buat loan RM200,000 lama jugak nak habis bayar tu. Ni orang tawarkan biasiswa tak payah nak kerek sangat la.. Try la apply manatau boleh mengurangkan beban tanggungan mak ayah korang. Nak2 lagi yang adik beradik ramai masih bersekolah tu. At least kalau dapat habis belajar tak payah nak fikir pasal hutang belajar lagi kan.

Tapi nak apply mesti ada syarat - syaratnya. Kalau korang nak tahu macam mana nak apply biasiswa Fair & lovely secara online & apa syarat syarat yang melayakkan anda mendapat tajaan tersebut boleh rujuk kat sini >> 3 Langkah Mudah Untuk Pelajar Universiti Memohon Biasiswa Berjumlah RM200,000 Ini << cepat tengok sebab dia ada tarikh tutup ok. Jangan berlengah lagi.

Semoga dengan perkongsian ini mampu menyebarkan sesuatu yang baik untuk semua. Selamat memohon biasiswa yer siswa siswi sekalian. Nanti dapat biasiswa jangan tukar smartphone pulak.. heheheehe

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM. Bila seorang mula share kisah seram pasal kawan sebilik, mula la lepas tu ada lagi yang lain lain akan mula membongkar perkara misteri berkaitan kawan depa jugak. Mungkin sebelum ni depa tak terfikir kot nak share tapi bila ada yang mulakan.. So, depa pun baru ada keinginan nak share pengalaman sendiri pulak. Takpe.. akak suka baca kisah2 seram ni walau kisah tu rekaan semata mata. Sebab akak pun membaca sekadar hiburan semata mata.. hahahaha


Sempat terbaca satu sharing dari Sukar Star TV ke hapa nama page dia.. Lebih kurang macam tu la bunyinya nama page dia. Dia share satu kisah misteri berlaku pada pelajar Universiti jugak. Tentang ke misterian perangai kawan sebilik dia ni. Katanya kawan dia ni ada perangai pelik.. Kalau dia nak jemur baju mesti tepat pukul 12 tengah malam.. Macam tu jugak nak angkat baju kering. Dia akan angkat baju tu tepat 12 tengahmalam esok harinya..

Nak di jadikan cerita seramnya.. Pada satu hari tu dia intai la si kawan perangai pelik ni jemur baju tetiba dia dengan kawan dia macam sedang cakap dengan seseorang. Dengan cabul & busy body nya dia pun tanya dengan siapa kawan dia berbual. Jawapan tu agak meremang la bila dengar.. Katanya berbual dengan kawan dia tingkat atas sedangkan rumah depa tingkat paling atas. Atas tu dah tak ada rumah lagi. terus lepas tu dia tak berani tanya lagi.

kejadian kedua.. Pada satu hari tu sipolan yang misteri tu katanya masak banyak sangat. Padahal yang tinggal depa berdua je kat rumah. Yang lain2 dah balik kampung cuti semester. Tapi si kawan ni walau dia tahu banyak perangai pelik & seram kawan sebilik dia suka buat tapi tetap berbaik sangka. Dia anggap kawan dia nak jemput kawan2 lain datang makan. Tapi mungkin tengok tak ada sapa datang makanan pun lebih banyak dia cadangkan sedekah je la kat jiran2. Tapi sipolan ni kata pukul 12 tengah malam nanti kawan2 dia nak datang. Bila tiba waktu yang katanya kawan2 dia nak datang.. si kawan ni pun intai la tengok sipolan tu tengah buat apa. Sumpah! Aku rasa apa yang budak ni tengok kawan dia buat mungkin menjadi episod paling seram dalam hidup dia. Dia nampak sipolan ni tengah hulur makanan bawah meja kat ruang tamu.. Untuk siapa?? Wallahualam...

Lain2 perangai misteri sipolan ni katanya suka nyanyi dalam tandas sambil sikat rambut dia yang panjang. Dah tu siap ada lagu lagi.. Antara lirik lagu dia.. 'Terima kasih tolong sikat. Terima kasih tolong sikat. Saya suka awak jaga kemas.Jangan mengurai nanti bercerai. Katanya ada jugak lirik2 dalam bahasa jawa yang tak di fahami.

Dalam cerita ni aku perasan time dia nak buat benda2 yang orang rasa seram mesti pukul 12 tengahmalam. Yelah.. tengah malam sinonim dengan benda2 mistik kan. Mungkin jugak time tu kawan misteri sipolan ni muncul.

Banyak jugak rupanya student yang berperangai mistik & pysko macam ni yer. Bagi aku cuma dua sebab.. samada dia ada gangguan mental atau dia ada gangguan mistik. Kedua dua sebab ni je mungkin akan buat seseorang tu berkelakuan pelik & menakutkan.

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN. Sejak dua hari ni kisah seram yang di ceritakan seorang pelajar tentang kawan sebilik dia yang berperangai pelik,misteri & menakutkan sedang jadi viral. Aku.. of course la baca sebab mesti ada orang tag aku punya kalau ada cerita2 seram. Sungguh sinonim aku dengan benda2 seram ni kan. Dah jadi identiti pulak.. Asal seram semua aku la tu. Ok la.. At least orang dah mula kenal & tahu minat aku pada cerita2 seram ni kan. So, depa jugak penyumbang pada koleksi entri2 seram kat blog aku. Terima kasih.. Sesungguhnya.. aku sangat2 terharu sampai rasa malas nak sikat rambut. erkk.. apa kena mengena pulak. Hahahaha

Post ni mula menjadi Viral

Bagi yang tak tau pasal viral kisah seram ni.. Aku cerita la sikit sinopsis dia yer.. Katanya seorang minah ni dapat kawan sebilik yang perangai memang buat sapa2 jer rasa meremang bulu roma. tengah korang dok lepak2 atas katil tetiba dia keluar dari bawah katil tersengih dengan raut wajah memang tak menyenangkan hati langsung la. Suka buat benda2 pelik & menakutkan.. macam bunuh tikus dengan cara cucuk seluruh badan tikus tu dengan jarum kemudian simpan bangkai sampai busuk. Bila tanya kenapa buat macam tu.. alasan  tikus tu bising sangat tu dia seksa tikus tu sampai mati. Atau cucuk cicak2 atas tilam dengan jarum sampai melekat. Susun kasut kawan2 dia secara bersilang & terbalik. Kalau sapa2 buat dia marah.. Siap la dia akan menakutkan mereka dengan macam2 aksi seram. Dah la katanya dia berus gigi tengah2 malam cara terbalik. bahagian orang pegang berus tu dia gosok gigi. Yang makin misteri bila kawan dia share cerita dia kat media sosial.. tahu pulak dia. Pelik ke.. Ntah2 dia stalk aktiviti kawan dia kat media sosial jadi tak pelik la dia tahu & boleh respond cerita kawan dia tu. Korang boleh baca kat bawah ni cerita dia...


Clik Untuk Views yang lebih jelas

Tak tau la samada budak tu ada gangguan mistik atau mental.. Tapi kalau aku duduk serumah apatah lagi sebilik dengan dia pun cuak jugak. Orang macam ni kita tak boleh ramal tindakkan dia.. Mungkin dia tak pernah cederakan kawan2 serumah tapi tak mustahil jugak dia boleh buat macam tu. Sebab ciri2 perangai pelik yang dia tunjuk memang mencurigakan. Dia seronok bila menyakiti sesuatu yang menyakitkan hati dia.. tak mustahil kalau ada kawan2 yang dia rasa macam tak selesa pun dia boleh buat benda yang sama. kalau aku maybe aku tak tunggu habis sem.. Aku ambil langkah selamat la. Samada remove dia.. atau aku yang keluar. Boleh juga cuba laporkan pada mereka yang boleh membantu. jangan biar je dia terus macam tu.. Kadang2 tekanan pun boleh buat manusia berperangai pelik.

Clik Untuk paparan yang lebih jelas

tapi sejauh mana kebenaran kisah tu memang aku tak tau. Siap depa boleh berbalas statement kat media sosial. Boleh jadi depa saja create story sebab nak perhatian orang lain.. Sebab zaman sekarang ni banyak attention seeker sanggup buat apa saja nak meraih perhatian. Cuma nasihat aku.. Kalau betul berlaku apa yang di ceritakan.. roomate tu ambil langkah keselamatan dari awal la sebelum berlaku sesuatu yang tak dapat di selamatkan lagi.

Kita baca mungkin tak seram tapi aku percaya kalau aku ada dalam situasi tu pun maybe aku sendiri pun takut. Apa ingat aku berani tengok filem seram tengah tengah malam aku berani sangat ke hadap kawan macam tu.. Hahahaha. tapi tu la.. kita tak tahu sejauh mana seramnya kisah tu tapi kalau cerita ni bukan saja seram malah suspend, menakutkan & mendebarkan yang korang boleh saksikan dengan biji mata korang sendiri >> Bayangkan Anda tertanam bawah tanah & terperangkap selama 69 hari ni macam ni. Serius Menakutkan << So, ada berani tengok? hehehe

Moral of the story.. Kadang2 boleh berlaku perkara macam tu kalau orang menuntut ilmu sesat atau di ganggu saka dari keturunan dia sendiri tapi nak pastikan gangguan tu dari mana kena la merujuk kepada mereka yang lebih arif.

RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA

RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA. Mesti ada mencebik.. Alah. Bihun goreng pun nak share resepi. Aku sambil pejam mata je pun boleh masak... Bukan sambil pejam mata jer sambil berzumba pun aku boleh masak. yer.. yer.. chef2 sekalian memang bihun goreng bagi hangpa semua macam goreng telur mata jer tapi bagi orang yang baru belajar masak bihun goreng pun depa rasa macam nak masak kari kepala ikan punya payahnya. Jangan ingat remeh bagi kita remeh jugak bagi semua orang. Masak nasi pun ada orang separuh abad hidup pun masih tak tahu jadi tak mustahil ramai kat luar sana tak reti goreng bihun.

Resepi bihun goreng kering segera ni (nama harus gempak ok!) memang sesuai sangat untuk pelajar2 yang menyewa atau geng2 bujang. Sebab apa kalau duduk asrama ni mana boleh masak ye dak. Sebab sesuai sangat untuk budak2 ipt ni adalah kerana bahan bahan dia senang nak dapat. Tak payah nak blend cili bagai. Beli je yang instant. Sebab tu aku namakan bihun goreng kering segera sebab guna bahan2 segera je. hehehe

Ni rupa packaging cili giling puteri. Boleh jugak guna untuk masak sambal tumis atau apa2 masakan berasaskan cili. Bagi aku ni jenama Puteri lebih sedap berbanding jenama lain yang kebanyakkan terlebih masam cili dia. Kalau malas2 nak blend cili boleh guna cili giling segera ni

Bahan bahan dia..
Cili giling puteri. Boleh beli je kat kedai. Kenapa cili giling puteri? sebab cili dia cukup rasa pedas & tak over sangat masam sesetengah cili giling segera jenama lain.
Sos cili
Kicap manis & kicap masin
Ayam/Udang/Sayur (yang tu ikut suka la)
Fish cake & fish ball (ni pun ikut suka la nak masuk boleh taknak pun takpe)
Bawang merah & bawang putih
minyak masak
Bihun

Cara nak buat dia
Rendam bihun dalam air panas sekejab bagi lembut. Sekejab jer jangan lama2 nanti lembik.
Bancuh cili giling dengan kicap manis & masin & sos cili. Buat macam pes.
Aku suka goreng dulu ayam bagi masak. kemudian dah masak angkat dulu.
Tumiskan bawang merah & putih. Dah naik bau baru masukkan cili. Masak sekejab baru masuk udang,fish cake, fish ball & ayam yang dah goreng tadi. Tak payah masak lama2 cili tu sebab dia memang dah masak. Agak - bahan mentah tu dah masak baru masukkan bihun yang di celur lembut tadi. gaul rata. masukkan sayur. Masak sekejab agak2 sayur dah masak. Boleh la di hidang. Untuk buat bihun kering jangan letak banyak minyak.


Senang tak?? Senang jer sebenarnya. Kadang2 sebab kita tak pernah cuba masak kita rasa macam susah sangat padahal sambil goyang inul pun boleh masak. Jadi pada adik2 yang baru berkenalan dengan bakal mertua tu boleh la pratikkan masak bihun koreng kering segera ni. Bukan apa kalau berminyak sangat tak elok nak jamu kat mertua yang dah tua. Nanti kolestrol tinggi katanya. hahaha

Bagi yang ada housemate yang kaki makan boleh la korang try masak masakan yang korang belum expert atau tak pernah masak. Sebab spesis kaki makan macam ni sedap ke tak sedap kadang2 dia belasah jer asal bukan racun sudah. So tak membazir kalau resepi korang tu kurang menjadi. Hahahaha. Tapi kalau tetiba depa jadi kurang makan atau bersikap pelik terhadap makanan korang kena tahu itu dorang sebenarnya sedang bagitahu korang sesuatu. Nak tahu meh baca kat sini >> Yang Ada Kawan Kaki Makan Kena faham Jika kawan Anda Buat Perangai macam ni <<

Aku share resepi simple2 jer sebab aku tau dah banyak orang share resepi berat2 yang kadang2 budak2 baru belajar masak ni rasa tak confident nak buat. Kena belajar masak yang simple2, belajar matching rasa & bahan baru la belajar masak masakan berat2.

SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE

SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE. Kadang2 ada antara kita yang berbakat dalam pelajaran. Dapat keputusan cemerlang, mohon masuk universiti. Bila dapat tawaran ke IPT tak cukup pula duit nak bayar yuran & tampung kos persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran. Memang ada PTPTN tapi sementara nak mohon tu kena keluar dulu modal, ye dak? Nak pinjam adik beradik, sedara mara bukan semua nak tolong. Tak pasal2 ada yang buat statement menyayat hati.. dah tak mampu tak payah belajar sedangkan pelajaran tu salah satu cara nak mengubah nasib keluarga dia nanti, Insya Allah.


Jadi inilah masa anda ambil tahu tentang SkolaFund. Apa tu SkolaFund? SkolaFund adalah platform online yang menjana dana untuk pelajar-pelajar universiti yang kurang kemampuan untuk membiayai yuran universiti melalui konsep pembiayaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai ‘crowdfunding’.

Jika anda adalah salah seorang pelajar universiti yang ingin memohon untuk bantuan, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut >> SkolaFund memudahkan pelajar mengumpul dana pelajaran <<

KISAH KISAH SERAM ASRAMA BERHANTU DI MALAYSIA

Dah abis sedunia aku jelajah cari cerita2 seram & hantu ni kini kita kembali ke Malaysia dengan menyelongkar kisah2 seram yang berlaku di asrama yang ada kat Malaysia. Nak tau asrama mana yang tercalon sebagai berhantu & ada kisah yang menyeramkan meh la baca dengan tanpa prejudis..

Sumber google

Asrama salah satu tempat yang memang sinonim dengan kisah seram. Dari sekolah sampai IPT.. cerita hantu & seram yang berlaku kat asrama sentiasa ada. Tak semua cerita tu di ada adakan.. Banyak yang memang ada gangguan mistik dari makhluk ghaib. Almaklum la asrama kan banyak gegadis baru berkembang.. Jin pun taste gadis sunti jugak tau. hehehehe.. Antara asrama yang mempunyai kisah seram adalah..

asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.Maybe kengkawan dia la kot kunci sebab tak tau dia ada kat dalam. Dia cuba panggil kengkawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara pelajar tersebut mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Di tambah seram lagi.. almari setiap tengah malam jumaat, akan dengar bunyi almari di ketuk dari dalam.

asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak
Kisah seram ni berlaku pada seorang pelajar ni kejutkan kawan dia pada satu malam sebab nak ke bilik air.  Dia pun cakap kat kawan dia.. dia takut sebab katanya tandas mereka berhantu tapi kawan dia tak respond just senyum je sambil menemani dia ke tandas. Lepas dah siap membuang.. dia keluar membasuh tangan kat sinki tapi terkejut sebab yang keluar dari paip bukan air tapi darah. Apa lagi menjerit la dia panggil kawan dia tapi menambah lagi takut bila suara yang menyahut sangat seram & garau. Dia yang panik terus ketuk pintu tandas yang dia sangka ada kawan dia.. tapi yang keluar lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Apa lagi pengsan tanpa fikir panjang la dia. Tapi cerita ni entah kenapa aku rasa macam cerita drama. maybe drama adaptasi dari cerita ni kot. Wallahualam..

asrama puteri di Kelantan (tak tau asrama dari sekolah atau Institut pengajian mana)
Asrama ni terkenal dengan cerita seorang nenek suka bertenggek atas almari sambil goyang2 kaki. Nak jadikan kisah pada satu malam ada seorang pelajar asyik nyanyi sengsorang. tetiba dia dengar asa suara pelik ikut sama nyanyi dengan dia. katanya suara tu macam suara orang tua & suara tu buat meremang bulu roma. Sebab takut dia tarik selimut & cuba pejam mata tapi tetap tak boleh tidur. tetiba dengar lagi suara nenek tu berkata, Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga... pura-pura tidur! Antara berani & takut dia selak selimut & cuba tengok suara siapa.. yang dia nampak ada ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Kampus UiTM sabah
rasanya ada yang pernah dengar kisah hantu melati kat kampus Uitm. Katanya Melati ni hantu daru jelmaan seorang pelajar yang mati membunuh diri. Yang mati tu tak jadi hantu tapi yang jadi hantu sebenarnya jin & syaitan nak menyesatkan manusia dengan menyerupai roh si mati untuk memesongkan akidah manusia. Katanya selalu ganggu pelajar time dekat nak exam. Hantu jeles la ni.. mesti dia tak sempat ambil exam kan? Pernah jadi histeria katanya dulu sampai terpaksa di pindahkan pelajar je blok lain. Katanya ada tandas di blok tertentu dulu tak di pasang cermin sebab ada pelajar nampak bayangan perempuan dalam cermin di tandas tu. Katanya pernah pelajar junior yang mempermainkan lagenda cerita seram melati ni di ganggu hantu melati pada malamnya. katanya hantu melati ni sampai sekarang masih menghantui kampus tu. Betul tak betul.. kena tanya student kat situ la kan.

Asrama  Di UUM, Sintok Kedah
Kisah ni di ceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi katanya kisah teman sebilik seorang pelajar perempuan ni. Mula2 tinggal dia tak rasa pelik. Semua berjalan dengan normal sehinggalah pada satu malam dia minta kawan sebilik dia tutup lampu. Tak sengaja dia nampak tangan kawan dia ni memanjang sehingga ke suis lampu. Dah tengok camtu kau rasa nak tunggu lagi ke confirm la berdesup perginya dia lari keluar bilik. Pergi panggil kawan2 dari bilik lain. Bila kawan2 lain datang tengok dalam bilik tu memang takde sesapa tinggal malah katil yang kawan hantu dia tu kosong, almari kosong. Bila di periksa sebenarnya nama kawan yang tinggal sebilik dengan dia tak pernah wujud. Rupanya selama ni dia berkongsi bilik dengan jin yang menyerupai manusia.

cukup la tu wakil wakil asrama yang ada kisah hantu ni. Kang banyak2 pakat berhenti belajar pulak budak budak. hahaha.. Apapun mana2 asrama ni ada legenda kisah seram dia sendiri. Kalau bukan kisah turun temurun dari senior pasti ada jugak la kisah seram yang kadang2 cuma dari imaginasi takut budak2 yang terlalu di sogok dengan cerita seram bila tinggal kat asrama. Jin & syaitan yang selalu kita gelar hantu tu memang wujud.. Kita tak boleh nafikan cuma kita jangan melampau2 takut sampai ganggu emosi sendiri tu yang kadang2 jadi histeria tu. Diri sendiri yang menghantui diri sendiri.

Moral of the story.. hantu memang dah hantu dik.. Korang tu jangan jadi burung hantu sangat memalam dok berembun, berdating, berchatting bagai. Bebawak tidur awal kalau takde apa nak buat.

RESEPI MASAKAN UNTUK PELAJAR IPT SEMPENA GST

Sebab ada menteri yang cadangkan Pelajar IPT masak untuk berjimat di zaman GST ni even memula cakap GST tak membebankan & tak menyebabkan harga barang naik.. Tup2 kena berjimat pulak kan? Susah jugak nak hadam statement2 bapak2 menteri Malaysia ni.. Almaklum la hanya golongan menteri2 je paham. Golongan rakyat macam aku susah nak faham sebab bahasa depa terlampau tinggi katanya. hahahaha

Masak hek kau!

Sebab kesian kat student IPT yang di suruh masak sendiri untuk berjimat sedangkan aku yang surirumah pun kos masak aku rasa tinggi jugak. Tak tau la nak masak apa paling  jimat maka aku jumpa satu formula masakan jimat untuk student IPT. Bahan2 dia boleh di simpan tanpa perlu ada peti ais kat asrama atau rumah sewa. Bahan2 nya mee segera kering tanpa sebarang perisa, serbuk kari, pes tomyam, garam, serbuk lada, bawang,telur,kicap & minyak masak. Dah cukup. Boleh jugak guna bihun. Step dia sama jer. cuma tukar megi ke bihun je.

Biarpun mee segera bukan makanan sihat tapi itu je makanan murah & mudah. Dari kena gastrik makan je la katanya

Bila nak makan jer.. korang goreng la megi goreng gst resepi lekatlekit ni. Cara2 lembutkan megi kering dalam air panas, potong bawang, panaskan minyak tumis bawang, masukkan megi,kicap, perasa ikut suka nak kari masuk serbuk kari, nak tomyam masuk pes tomyam atau perisa lain korang rasa nak makan. Lepas tu masuk telur goreng sampai sebati dah siap.

Siap megi goreng GST perisa kari

Nak buat macam mana.. Solution pak menteri cuma suruh jimat. Apa pilihan kita ada kan? Asal barang naik harga, Statement pak menteri JIMAT. Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia katanya.. sedia menurut perintah.

Moral of the story.. Jangan sejarah Sultan Mahmud mangkat di julang berulang dengan sejarah Menteri Malaysia Mangkat Di julang pulak. Semakin hari semakin rasa di kejami pemerintah pun ada dah ni. Kasihani la kami Rakyat mu..Kami tak minta Jet peribadi sorang sebiji hanya jangan di bebankan dengan cukai2 mengarut tak masuk akal macam ni.


RANCANGAN REALITI PEMBUNUHAN MISTERI PELAJAR UNIVERSITI

Kalau misteri2 ni memang ada kaitan dengan seram la kan.. Tak seram la kalau tak misteri ye dak. Tapi pelajar Universiti manakah yang dibunuh seorang demi seorang dalam satu rancangan realiti tv? Ada jugak ke rancangan realiti tv membunuh macam ni?? nak tau sila baca tanpa banyak soal..

Sumber google

Alkisahnya.. sekumpulan pelajar universiti ni buat kerja tak masuk akal sikit. Nak buat orientasi kat dalam hutan. Even masa dalam perjalanan mereka menuju ke hutan tu pun dah di halang oleh seseorang atas alasan jalan ke hutan tu di tutup & tak sesuai untuk di kunjungi. Sebab degil kan.. depa tetap meneruskan perjalanan bila ada seseorang menawarkan bantuan untuk menunjuk arah jalan lain untuk ke hutan tersebut.

Dalam perjalanan menaiki bas yang di sewa khas untuk aktiviti depa tu.. depa terpaksa melalui satu jambatan kayu yang panjang, nak di jadikan cerita di pertengahan jambatan tu.. jambatan putus & bas jatuh dalam sungai.. Pemandu bas mati tertikan kayu kat muka dia.. Ada ada seorang pelajar mati tertikam kayu. Yang selamat terpaksa berenang menyelamatkan diri ke tebing sungai seterusnya terpaksa meredah hutan untuk cari jalan keluar.

Sumber google

Semasa dalam hutan tu la mereka seorang demi seorang di bunuh dengan kejam oleh seorang pemunuh misteri. Pembunuhan tu memang tersangat sangat la kejam.. Rasa macam bukan manusia je orang yang buat tu. Tiada seorang pun yang terselamat.. tapi sebelum semuanya terbunuh ada 3 daripada pelajar tu sempat membunuh pembunuh yang salah seorang pembunuh tu adalah yang menjadi petunjuk arah mereka sebelum kesemuanya di bunuh oleh seorang lagi pembunuh misteri.

Itulah kisah pembunuhan misteri dalam filem scared yang aku beli hari minggu haritu. Filem ni sesuai untuk pesakit jantung sebab effect bunyi dia tak gempak sangat even banyak babak2 suspend.. sebab yelah.. filem pembunuhan macam ni bila kita kusyuk tengok kita jadi berdebar2 jugak. Yelah.. dok fikir apa yang pembunuh tu nak buat & macam mana cara dia muncul lagi & lagi. Tapi aku tak berapa tahan babak2 pembunuhan ngeri dia.. ngeri jugak la. Ending dia macam tak best.. macam last tu filem ni seolah2 apa yang berlaku adalah dari satu rancangan realiti yang setiap nasib pelajar tu di undi oleh penonton samada mereka hidup atau mati.


Yang paling aku perasan filem ni banyak persamaan dengan filem mat saleh Friday The 13th. Macam filem copypaste jer.. cuma edit sikit2 jer...

Apapun aku enjoy jugak tengok filem ni.. Even bukan filem hantu hahahaha. Kalau nak tengok kat youtube ada kot tapi tak jamin ada subtitle atau cari je dvd macam aku ni boleh buat koleksi.


ROH MAYAT YANG TAK RELA JASADNYA DI JADIKAN BAHAN PENGAJIAN

Kita biasa dengar atau sedia tahu ada mayat yang di dermakan @ di jual dengan tujuan untuk di jadikan bahan pengajian di universiti. Aku pun tak tahu sangat la.. Aku belajar sampai U-turn katanya.. Jadi tak sempat sampai Universiti. Mungkin pelajar2 bidang perubatan ni lebih tahu tentang tu. Yang pasti mayat2 yang di dermakan untuk tujuan pengajian ni takde yang dari kalangan orang islam. Tapi dengan syarat harus di persetujui dengan si empunya badan sebelum jadi mayat. Makna kata dia dah wasiat mayat dia untuk di jadikan bahan pengajian. Tapi macam mana pulak mayat yang tak rela atau tak izinkan jasad dia di jadikan bahan pengajian tapi di ambil secara paksa setelah dia mati?? apa yang berlaku??

Sumber google sekadar hiasan

Yang ni yang aku nak share satu story seram.. Kisah roh yang marah bila jasad dia di ambil & di jadikan bahan untuk pengajian di sebuah universiti tanpa kerelaan dia. Alkisahnya pasal seorang pelajar perubatan bernama Mai.. yang di ganggu dengan kejadian2 seram & misteri selepas membuat eksperimen keatas satu mayat semasa sesi kuliah di universiti dia belajar.  Dia di hantui oleh hantu seorang wanita yang selalu muncul di depan dia dalam keadaan yang menakutkan tapi seolah olah meminta tolong. Akibat dari kejadian tu.. Mai susah untuk menumpukan pelajaran semasa di kuliah & sering ketakutan buat pensyarahnya terpaksa membantu dia dalam mengatasi ketakutannya berdepan dengan mayat ketika sesi pembelajaran. Sehinggalah terbongkar hantu yang menganggu dia selama ini adalah salah satu jasad yang bakal di jadikan bahan pengajian tapi tanpa kerelaan tuan empunya jasad tu.

Di pendekkan cerita kematian hantu tu sebenarnya berkaitan dengan pensyarah Mai.. Pensyarah Mai yang membunuh gadis yang jadi hantu tu untuk tujuan mengambil jasad dia dan di jadikan bahan untuk pengajian. Hantu tu sebenarnya salah seorang penuntut universiti kat situ dulu. Bila terbongkar rahsia tu.. Mai pun cuba di bunuh, tapi malangnya yang terbunuh adalah pensyarah yang jahat tu. Akibat kejadian yang berlaku Mai mengalami tekanan perasaan & di tempatkan di rumah sakit jiwa.

Sumber google

Tu la review secara ringkas filem cadaver, Filem seram thailand yang tak silap di tayangkan pada 2006 kot @ 2007 camtu la. Tak berapa sure. Filem ni banyak babak2 suspend tapi tak banyak sangat babak yang hantu muncul. Kira kalau jantung tak berapa sihat, tak di galakkan tengok sebab dia banyak jugak part terkejut2. Filem ni memang perjalanan cerita dia kita tak dapat teka apa sebenarnya berlaku cuma bagi aku cerita dia slow sikit. Kena tunggu sampai ending. Jadi takde la bosan sangat tengok sebab kita nak tahu apa sebenarnya yang buat hantu2 tu kacau dia. Tahap seram cerita ni.. Senang cakap kalau penakut, dah cukup seram. Kalau macam aku.. Aku dah hilang deria seram jadi susah nak rasa seram. Kesimpulannya boleh layan cerita ni. Not Bad.

P/S : Cerita lama tapi aku baru tengok.. kira cerita baru jugak bagi aku.


PELAJAR MALAYSIA KENA CULIK & ROGOL DI BANDUNG,INDONESIA

Seriaunya dengar walau takde kena mengena dengan family atau sedara mara aku. Dah la jauh di rantau orang untuk tuntut ilmu, di uji pulak dengan kemalangan macam ni. Di culik & di rogol 4 lelaki masa keluar nak ambil duit kat mesin ATM.

Gambar carian google

Kat mana2 negara sekarang ni pun dah tak banyak tempat selamat. Penjenayah ada di mana2. Pada kaum perempuan tu elakkan berjalan seorang diri lebih2 lagi tempat2 yang berisiko jenayah berlaku. Memang la orang kata malang tak berbau.. Tapi sekurang kurangnya kita berusaha untuk protect diri kita dari menjadi sasaran jenayah. Nak2 lagi gegadis yang cun melecun tu.. tak kira kau pakai seksi atau tak.. penjenayah sekarang imanginasi dia tak dapat kau tutup dengan kain dah. So, selain penampilan.. langkah keselamatan lain pun kena ambil kira.


Sumber berita astroawani

Ini cuma pesanan khidmat masyarakat yang takde tajaan mana2 badan koprat atau produk mahupun media apatah lagi stesen TV. Sekadar ingat mengingati sesama sendiri.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com