Showing posts with label Mr DIY. Show all posts

PENSIL WARNA YANG KUALITI ALA ALA FABER CASTLE TAPI MURAH

PENSIL WARNA YANG KUALITI ALA ALA FABER CASTLE TAPI MURAH. Den dulu masa mula2 nak ajar budak shahila menulis & mewarna kerek jugak la. Fabber Castle bagai.. paling2 Luna katanya. Tapi lumrah budak budak ni.. Menyampah tau beli mahal mahal dia campak merata rata kemudian hilang khabar berita. Lepas tu malas dah nak beli yang brand beli yang kat kedai serbaneka.. ada yang warna dia tak terang, ada yang warna terang elok dah tapi kayu dia mereput. sikit2 patah.. bila asah sampai kontot asyik patah jer warnanya.

Tapi ada satu brand ni.. Tak la kategori branded punya alat tulis dia.. Secara tak sengaja terbeli kat Mr DIY.. brand Yalong. Made in china.. Al kisahnya mula2 beli pensil warna dia. Tak expect la harga & brand dia tu sama kualiti macam brand2 mahal & terkenal sejak turun temurun macam LUNA semua tu.. Just rasa cukup la untuk budak shahila improve skill mewarna dia kat rumah ni. Sebab kat tadika pihak sekolah dah sediakan semua. Bila nak buat homework kat rumah ni kena juga ada alat tulis & pensil warna kan.. takkan la nak angkut alat tulis kat sekolah pulak. Melampau sangat la.. Satgi murid tak kena rotan, parents pulak kena rotan kan.


Macam biasa la.. Mak shahila ni spesis over excited... Dia beli untuk anak tapi dia yang test dulu. Tak sangka pulak warna dia memang terang.. Ala2 faber castle gitu. Sebab saya pernah belikan pensil warna faber Castle untuk anak saya sebelum ni. So saya boleh gambarkan kualiti pensil warna Yalong ni pun lebih kurang macam faber castle walau tak la 100% sama kualiti dia. Pensil dia pun tak mereput. Warna dia terang memang susah nak patah. Standard budak2 kalau mewarna selagi dia boleh tekan pensil warna tu tahap maksima.. dia push sampai level akhir.. Tapi brand Yalong punya pensil warna ni.. memang sado giler tak patah. warna dia pun tak cepat habis... Memang sesuai sangat untuk kegunaan anak anak kita. harga dia pun bukan mahal. 12 batang pensil warna RM4. (ada sen sen belakang tu dah lupa).


Selepas dah macam best je dengan kualiti pensil warna dia.. Saya try pulak beli pensil dia. Design pensil dia ni cecantik jugak. Jenis mata halus tapi terang. Pensil dia pun tak mudah patah & kayu dia tak reput. Memang sangat rekemen bagi parents yang nak cari alat tulis berkualiti tapi dengan harga yang murah.. try beli jenama Yalong ni..


Kat tempat lain tu tak sure ada jual ke tak.. Tapi saya cuma nampak di jual kat Mr DIY jer untuk brand ni. Memang berbaloi baloi sangat. Saya pernah tulis review tak berbayar kat IG & link ke FB pasal brand ni.. ada yang tergoda kan dengan review saya maka depa pun berpusu pusu la ke Mr DIY.. Seperti yang saya kata.. memang saya tak tipu. Brand ni memang puas hati korang beli.


Ni pun bukan review berbayar.. cuma sekadar berkongsi jer. Almaklum la sekarang ni zaman semuanya mahal, so ramai parents cuba lakukan penjimatan. Dari guna alat tulis yang branded mungkin mereka mula survey yang brand murah - murah. Jadi maybe ini membantu anda semua mencari alat tulis yang murah tapi kualiti dia agak baik. tak semua yang murah tu tak berkualiti ye dak.


Jadi kalau nak cari alat tulis & pensil warna murah.. Boleh ler try brand Yalong ni kalau hangpa jenis tak kisah pasal brand la kan.. Manatau budak2 sekarang pun demand boleh tahan. Dia nak semuanya branded satgi boleh berlagak dengan kawan kawan kat sekolah. kekekkee.. tapi kalau anak hangpa macam anak den dari awal ajar membeli kedai2 serbaneka, kedai borong & Mr DIY memang dia tak kenal sangat Toy 'R' Us bagai.. dari mainan sampai alat tulis kebanyakkan Mr DIY je la sampai dia boleh jadi macam tersampuk kalau keluar tak singgah Mr DIY. See.. very da MR DIY anak den ni tau. kekekeke

MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI

MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI. Ni kisah semalam berlaku kat kedai Mr DIY selayang mall.. Alkisahnya aku nak beli la tuala cantik & lembut ni. Tapi Mr DIY kat selayang Mall memang serabut sikit. Kadang2 tag lain harga lain. Nak2 lagi semalam.. tak tau la maybe depa tengah dok kemas balik kot. Tengok bersepah jugak barang. Kebetulan ada seorang staff DIY kat tuala tu tengah kemas kemas. takpe la.. dia nak buat kerja aku nak cari barang. Aku capai la satu tuala tu kemudian tengok tag harga kat rak sebab kat barang tak ada tag. Untuk double confirm aku tanya la akak tu betul ke harga tag kat rak tu.


Wah.. best je dia sekolahkan aku. Dia cakap.. "Dik.. Jangan main tengok harga kat tag rak tu, tengok kat barcode jugak." Erkk.. apa fungsi kau letak tanda harga kat Rak barang tu kalau bukan untuk memudahkan pelanggan nak tau harga barangan. Aku pulak nak kena check barcode bagai.. yer boleh je buat tapi sebab cara dia jawab soalan tu buat aku rasa macam aku pulak yang salah aku sound la jugak gaya2 sopan.. Sebab dia panggil aku adik maka aku pun panggil dia akak sebab kalau dari pandangan mata aku memang dia nampak lebih akak dari aku.. Aku cakap macam ni .. "Akak.. Selalunya customer refer harga dari tag. Jadi letak tanda harga yang betul kat barang tu yer. Customer takde masa nak belek barcode bagai." dia senyap.. aku pun senyap la. Aku letak balik tuala tu.. Aku blah je. Jadi keputusannya seri la. Dia boom aku.. aku balas balik. Cukup la pertarungan setakat tu. tak payah nak bising2 katanya. hahahaha

Masalah kat kedai2 barang ni memang selalunya masalah tanda harga. Ada cawangan Mr DIY yang kemas & teratur senang customer nak  beli & tengok harga.. Ada yang macam cawangan selayang mall. Barang memang sentiasa bersepah.. tag harga tak payah cakap. Memang kebanyakkan aku double confirm dulu sebelum bayar kalau yang takde tag harga melekat kat barang tu. Memang tak confident aku kalau harga yang letak kat rak. Kadang2 nama barang tu short form salah baca barang lain nak bayar tetiba hantar barang jadi lain mula la rasa terawang di udara (naik angin) katanya. hahahaha. Samada check mesin scan tu atau double confirm dengan jurujual kat situ. Satu lagi econsave.. Tu pun tak boleh percaya juga harga kat tag. Kang pergi bayar jadi harga lain.

Ni Mr DIY selayang Mall.. Maybe gambar ni masa baru buka. Nak tau macam mana keadaan dia sekarang sila la pergi sendiri. hehehe -Gambar sumber Google-

Tak semestinya hangpa menawarkan harga barang murah kedai mesti nampak murahan macam sarang tikus.. ye dak? Susun la elok2 & letak tanda harga betul betul. Kenapa setiap cawangan tu tak sama view dia walaupun dari syarikat yang sama? Kenapa kat tempat A kemas & bersih je tempatnya tapi cawangan B kalau tetiba jumpa ular sawa tengah tidur pun tak tekejut. Yang aku perasan kalau Mr DIY kat mall2 besar yang eklusif sikit la. Tempat orang 'ada ada' katanya mesti cantik je barang2 dalam tu tersusun. Kalau setakat macam selayang mall.. yang katanya standard dia tak mencapai tahap golongan 'ada ada' ni mesti macam sarang tikus. Pelik betul.

Benda ni menyusahkan pembeli. Sekaligus menyusahkan pekerja kat situ juga sebab pembeli terpaksa rujuk dengan depa. tak salah kalau memudahkan kedua dua belah pihak. Dua2 senang kan? Apa guna jual barang2 yang sah & bercukai kalau kedai macam jual barang2 yang di kategori haram, Kalau barang2 ni main sumbat2 ye kita paham la.. depa meniaga dalam keadaan takut takut. Sebab bila2 masa je boleh kena ambush. Ni Mr DIY terkenal seluruh Malaysia tapi kedai macam jual barang seludup je.

Moral of the story.. Untuk kedai murah macam Mr DIY, econsave.. Kalau nak buka pasaraya @ kedai biarlah nampak macam kedai bukan nampak macam kedai baru di landa taufan.

P/S : Untuk pengetahuan semua.. aku memang selalu ke Mr DIY selayang Mall ni memang sejak dari pertama kali aku jejak kaki ke situ sampai sekarang sama je bersepah. hahaha

MR DIY JUAL PRODUK BERASASKAN BABI?

Erkk.. ni kontroversi baru ke? Mr DIY jual produk berasaskan babi tapi tak letak tag non-halal? betul ke macam tu? Kalau macam tu di kira sebagai menipu pengguna dah ni. Patut la murah katanya, sebab guna bahan2 dari oink oink.


Hang nak kena saman ke lekatlekit? Ada bukti ke dok tuduh macam tu? Tak tuduh cuma menjawab pertanyaan dari orang lain. Aku ada upload satu berus bedak murah yang aku beli dari kedai Mr DIY. Memang shopping kat situ best sebab murah2 kan. Kalau nak banding berus bedak Ronasutra kabuki tu harga berus bedak kat DIY ni jauh lebih murah la. RM9++ je aku beli. Actually aku pun tak pernah dengar gosip kata Mr DIY ni banyak jual produk berasaskan oink oink. Serius baru pertama kali dengar bila ada someone tanya hal ni kat komen pic berus bedak ni. Sapalah Sampai hati gosip camtu.. mentang2 la kami hanya mampu soping kat DIY jer.. Tunggu la income blog aku cecah puluh ribu confirm aku soping2 clik2 jer. hahaha. Bagi memberi info pasal ni maka aku dengan rasa prihatin buat jugak la entri ni

 Berus bedak yang aku beli kat Mr DIY

Janganlah sebab murah kita judge produk tu berasaskan babi. Babi pun bukan murahan sangat. babi hutan pun mahal harganya. almaklum la eksotik katanya. Kita sendiri boleh kesan produk tu berasaskan babi atau tak. tak kira la harga dia mahal atau murah jangan confident sangat yang mahal tu terjamin kehalalannya yang murah tu semua berisiko guna babi. Macam berus bedak ni.. Berus yang guna bulu babi dari info yang aku baca dia bersifat bercabang di hujung. Kalau di potong pun bentuk dia tak tirus/tajam lagi. atau lebih senang tak nampak semulajadi lagi la bentuk dia. Akan nampak bekas potong tu. Tapi berus bedak yang aku beli memang berbentuk tirus/tajam di hujung & tak bercabang even harga dia RM9++ je pun.

Sumber : Cara Mengenal Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

Jadi tak kira la produk tu mahal atau murah untuk langkah keselematan sebelum beli belek2 la dulu untuk lebih kepastian. Jangan rembat terus bayar. Mr DIY antara salah satu kedai harga murah yang banyak cawangan di Malaysia & agak di kenali rasanya mereka juga alert kot dengan isu yang melibatkan sensitiviti agama ni. Kalau depa main semborono je jual produk berasaskan babi tanpa ada tag non-halal, tak lama kena kecam & boikot la. Rasanya depa pun tau kesan di boikot macam mana ye dak??

Moral of the story.. Kita ada akal, kita ada teknologi.. so carilah info. Jangan mudah percaya khabar angin tanpa usul periksa.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com