MR DIY JUAL PRODUK BERASASKAN BABI?

5/05/2015 10:40:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Erkk.. ni kontroversi baru ke? Mr DIY jual produk berasaskan babi tapi tak letak tag non-halal? betul ke macam tu? Kalau macam tu di kira sebagai menipu pengguna dah ni. Patut la murah katanya, sebab guna bahan2 dari oink oink.


Hang nak kena saman ke lekatlekit? Ada bukti ke dok tuduh macam tu? Tak tuduh cuma menjawab pertanyaan dari orang lain. Aku ada upload satu berus bedak murah yang aku beli dari kedai Mr DIY. Memang shopping kat situ best sebab murah2 kan. Kalau nak banding berus bedak Ronasutra kabuki tu harga berus bedak kat DIY ni jauh lebih murah la. RM9++ je aku beli. Actually aku pun tak pernah dengar gosip kata Mr DIY ni banyak jual produk berasaskan oink oink. Serius baru pertama kali dengar bila ada someone tanya hal ni kat komen pic berus bedak ni. Sapalah Sampai hati gosip camtu.. mentang2 la kami hanya mampu soping kat DIY jer.. Tunggu la income blog aku cecah puluh ribu confirm aku soping2 clik2 jer. hahaha. Bagi memberi info pasal ni maka aku dengan rasa prihatin buat jugak la entri ni

 Berus bedak yang aku beli kat Mr DIY

Janganlah sebab murah kita judge produk tu berasaskan babi. Babi pun bukan murahan sangat. babi hutan pun mahal harganya. almaklum la eksotik katanya. Kita sendiri boleh kesan produk tu berasaskan babi atau tak. tak kira la harga dia mahal atau murah jangan confident sangat yang mahal tu terjamin kehalalannya yang murah tu semua berisiko guna babi. Macam berus bedak ni.. Berus yang guna bulu babi dari info yang aku baca dia bersifat bercabang di hujung. Kalau di potong pun bentuk dia tak tirus/tajam lagi. atau lebih senang tak nampak semulajadi lagi la bentuk dia. Akan nampak bekas potong tu. Tapi berus bedak yang aku beli memang berbentuk tirus/tajam di hujung & tak bercabang even harga dia RM9++ je pun.

Sumber : Cara Mengenal Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

Jadi tak kira la produk tu mahal atau murah untuk langkah keselematan sebelum beli belek2 la dulu untuk lebih kepastian. Jangan rembat terus bayar. Mr DIY antara salah satu kedai harga murah yang banyak cawangan di Malaysia & agak di kenali rasanya mereka juga alert kot dengan isu yang melibatkan sensitiviti agama ni. Kalau depa main semborono je jual produk berasaskan babi tanpa ada tag non-halal, tak lama kena kecam & boikot la. Rasanya depa pun tau kesan di boikot macam mana ye dak??

Moral of the story.. Kita ada akal, kita ada teknologi.. so carilah info. Jangan mudah percaya khabar angin tanpa usul periksa.

13 comments:

  1. td terbaca kt 1 blog, dia beli seluar tight anak dia, ada pic oink oink kat bontot.hehe..dh 2x pakai baru perasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu gambar bukan produk yang di buat dari babi Mila Hilas.. jauh bezanya. sebab tu masa beli kena alert. belek2 sikit. kalau gambar babi tak kena samak cuma tak elok sgt nak pakai.. sebenarnya gambar makhluk bernyawa tak kira gambar haiwan apapun tak elok pakai.. bukan babi jer

      Delete
  2. aGAK bODOH La KALAU TAK NAK BARAng yANG ADer UNSur BAbi Dan Sebagainye Jgn LA bELi TemPat MUrAh Pergi bEli Yang mHAl kualiti 100% Ni Dah lA nak muRah beli tempAt mUrah lAgi ByK Cerita,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau fikir yang murah je ada unsur babi ke cik Anon Ooi...

      Delete
    2. Len kali check la btol2 lu. Dah memang mr Diy dari cina n barang tu plak memang brbulu. Nak membeli pn kena la ada waswas gak jangan men beli je..

      Delete
    3. Anonymous sila la baca kalau nak komen jangan menampakkan kebodohan pada misteri seorang Anon

      Delete
    4. saya skong tuan blog ni surialekatlekit ..sy pernah terbaca di blog mana dh lupe sedang kan brand mahal "Skin food" pun ade unsur bulu babi ...so mahal ke murah ...semua kene hati2..

      Delete
  3. rasanya cik anon ni salah faham maksud entri sis suria ni. yang kathy faham dari entri ini ialah sis suria cuba nak sampaikan bahawa tak semestinya berus yang murah di perbuat dari bulu b*b* dan yang mahal tak semestinya bebas bulu b*b*. yang penting kita sendiri sebagai pembeli kena alert dan tahu membezakan perbezaan bulu berus yang kita beli samada mahal dan murah tak kiralah beli di mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tak baca entri baca tajuk jer.. hahaha. padahal entri ni rasa tak puitis sangat bahasa dia. Terang2 bagitau sebijik2. Anon saja nak meriahkan komen jer tu

      Delete
  4. Sebelum ni mmg ada kes jual berus bulu injir di mr diy tau suria..budak budak mr. Diy sendiri tegur customer masa tgh belek2 barang...perkataan 'cerdo' dipadam dengan marker hitam...tapi bukan berus bedak...berus cat kalau tak silap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu la kita sendiri kena alert pasal benda ni.. pasaraya besar pun kadang2 terlepas pandang benda2 camni

      Delete
  5. Entri takdalah panjang mana pun tapi ada juga yang tak faham lepas baca tajuk ek! Kesian....

    Tak kiralah mahal ke murah, kalau pengilang nak buat berus dari vavi, tetaplah bulu vavi yang jadi main starnya! Ambil masa baca, tengok kalau dah tulis bristle tu tetap juga tangan gatai nak capai, itu masalah dalamanlah ya. Lainlah kalau kita tak pasti/ tak tahu menahu bulu tu buat daripada apa lepas tu terbeli....

    Senang cerita ada yang berpendapat kalau barang tu bermutu tinggi, berkualiti dan mahal harga maknanya cik vavi memang tak terlibat langsunglah ya. Eh, ada cop murah ke kat hidung cik vavi ek?

    ReplyDelete
  6. salam ukhwah =)

    singgah baca sini jap.
    bagi fiefi, murah ke mahal adalah pilihan kita. jangan semberono je beli, alert la masa buat pilihan.

    blogfiefi.blogspot.com

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com