Showing posts with label haram. Show all posts

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN. Di Malaysia ni tak kira apa jenis sambutan perayaan mesti nak kena main mercun. Dah macam jadi satu budaya semua kaum. Asal raya mesti nak kena bakar mercun. Baru meriah katanya. Yelah.. kemeriahan selalu nak kena ada bunyi bunyian yang menggamatkan suasana. Kalau sunyi basi je kurang rasa kemeriahan tu katanya.

Saya antara manusia anti mercun jenis yang bunyi terlalu kuat dan bahaya. Terutama jenis macam bom atau jenis yang terbang. Pengalaman pahit berjiran dengan manusia yang tiada adab & menghormati orang lain buat saya jadi benci dengan mercun. Setakat main sikit sikit untuk berseronok nak sambut raya tu ok la.. Ni dah rasa macam duduk di negara yang sedang berperang. Korang bayangkan la sampai tengah malam bunyi macam bom dok meletup atas bumbung rumah hangpa. Boleh tahan ke kalau hampir setiap tahun macam tu? Susah berjiran dengan orang yang tak ada sivik ni. Report polis pun tak menyelesaikan apa apa pun masalah.

Nak main tu biarlah berpada pada. Jangan sampai menyusahkan orang sekeliling. Lagipun kebanyakan mercun yang bahaya kat Malaysia ni di jual secara haram. Sebab di Malaysia ni yang hanya di luluskan untuk jual cuma jenis mercun bunga api atau pop pop. Tak tau mercun pop pop tu macam mana? Mercun yang kena baling kat atas permukaan lantai kemudia dia akan mengeluarkan bunyi pop. Anak saya pun suka main.

Mercun tu tak payah hangpa nak cucuh guna api bagai. Semua peringkat umur boleh main. Asal ada bunyi sudah la kan. Lain lain jenis mercun yang terbang, yang bunyi mengalahkan bom atom. Yang boleh menyebabkan kebakaran & kecederaan.. semua mercun tu tiada kelulusan untuk di jual atau di mainkan yer. Tak payah la nak guna terma.. Alah setahun sekali. Masalah kat Malaysia ni semua jenis raya nak kena bakar mercun dah tak jadi setahun sekali. Saya boleh bertolak ansur lagi kalau jenis mercun papan orang cina selalu bakar setempat untuk tahun baru cina tu. Sebab dia cuma bising sikit tapi tak berterbangan atau di baling ke sana sini. Setakat bakar awal waktu tu ok la. Selepas pukul 12 tengahmalam tu jangan nak extreme sangat main mercun.

Apapun setiap kali menjelang musim perayaan ni isu mercun ni macam tak ada penyelesaian. Memang la ada undang undang cuma perlaksanaan tu tak setegas mana. Jadi bertimbang rasa lah kalau nak main pun. Kena ingat kita hidup kiri kanan ada manusia lain yang mungkin terganggu walau kita rasa seronok. Dalam hutan pun.. binatang pun tak selesa kalau bunyi meletup sana sini. Jadi janganlah jadi bodoh lebih dari haiwan yang tak berakal.

Moral of the story.. buat apa nak bakar duit banyak banyak hanya nak beli mercun. Beli je pop pop pun mercun juga.murah pun murah.

HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA

HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA. Bagi yang ada akaun media sosial tiktok mungkin perasan tengah trending sekarang #MyHeritage. Boleh kata sekarang hari hari keluar kat #FYP tiktok saya content content video hasil dari aplikasi my heritage ni. Kebanyakan membuat sentuhan pada gambar ahli keluarga yang sudah tiada.



Apa tu aplikasi My Heritage? Kena bagitahu dulu mungkin ada yang tak tahu walaupun aplikasi ni dah lama wujud cuma kembali popular di kalangan tiktokers seluruh negara termasuk Malaysia.

My Heritage ni satu aplikasi yang berfungsi untuk mengedit gambar seperti hidup. Senang faham buat animasi pada gambar. Maksudnya gambar tu bergerak seperti mata berkedip & bibir tersenyum seolah olah hidup. 

Maka ramai yang boleh menggunakan aplikasi ni untuk membuat editing pada gambar orang orang yang dah meninggal dunia. Sebagai salah satu contoh gambar.. boleh tengok pada video di bawah. Supaya anda lebih faham apa yang saya terangkan melalui penulisan.


Bila ramai mula mengaplikasikan pada gambar gambar ahli keluarga yang telah meninggal dunia mula timbul pertikaian dari beberapa individu di tiktok dengan mengaitkan tanda tanda kedatangan Dajjal di akhir zaman. Apa yang di perdebatkan antaranya.. akhir zaman dajjal akan turun untuk menyesatkan manusia. Antara perkara yang di lakukan dajjal adalah menghidupkan orang yang dah mati. Jadi mereka berpendapat mungkin apa yang di maksudkan adalah permainan aplikasi macam ni. Tapi perkara tu perlu di rujuk kepada mereka yang lebih berilmu. Kita tak boleh terima pendapat tu bulat bulat tanpa rujukan yang sahih.

Tapi ada beberapa pendakwah mula memberi komen & pendapat berkaitan aplikasi my heritage yang tengah trending di tiktok sekarang ni. Antara ustaz dasuki dan ustaz azhar idrus. Anda boleh tonton pada video di bawah..



Bagi saya pulak.. membuat sentuhan animasi pada gambar ahli keluarga yang dah meninggal dunia ni hanya akan memberi kesakitan pada hati sendiri. Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada. Tak tau la orang lain.. kalau saya tak kuat untuk nak buat & tengok benda benda macam tu. Dah tentu menganggu emosi saya untuk beberapa tempoh waktu sementara benda tu nak kembali normal. Untuk biasakan diri kehilangan Ayah saya dulu pun hampir bertahun tahun saya bermimpi arwah. Sebab ingatan kita pada sesuatu tu terlalu kuat. Nak terima kehilangan orang tersayang bukan mudah bila kita dah mula terima elakan dari melalukan sesuatu yang boleh membangkitkan rasa sedih tu kembali.

Apapun perkara yang nampak bercanggah dengan ajaran agama kita elok la di elakkan. Semoga perkongsian kecil ini memberi manafaat kepada semua yang membaca blog saya.

HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID

HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID.  ni nak jadi setajah megi sekejab kat blog lekatlekit boleh ka? Alah.. boleh la.. Sesekali feeling setajah walau sekadar umpama megi segera cepat di masak sedap di makan katanya. Bukan apa haritu.. dah lupa bila nampak seorang kawan kat facebook tanya soalan berkaitan ni. Tapi dah lupa siapa. Kebetulan hari nampak ada artikel perkongsian laman twitter Mufti Wilayah persekutuan share berkaitan perkara.. sedang elok la blog lekatlekit ni pun jarang jarang terupdate dah kan sekarang. So kita share something yang bermanafaat untuk pembaca blog lekatlekit.


Actually den sendiri pun sebelum ni tak pasti adakah di bolehkan wanita yang sedang haid berwuduk sebelum tidur. Kita kalau dah kata haid tu cuti segala benda yang berkaitan la kan.. Sakan dia punya cuti tu. Sekadar mandi bersihkan badan bagai lepas tu tidur je la. Tapi ada orang dia selesa berwuduk sebelum tidur.. even masa haid pun dia rasa nak berwuduk juga. Boleh ke tidak? Habaq mai sat..

So, kita ikuti penjelasan yang saya ambil dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ni. Saya tak edit sangat cuma saya ambil point point penting sebab saya tau hangpa ni bukan sejenis suka baca ulasan panjang lebar sangat kan? 

Haid dan nifas merupakan hadas yang berpanjangan dan tidak terangkat dengan mandi wajib, jika sekiranya masih dalam tempoh haid dan nifas tersebut. Manakala orang yang berjunub, maka hadasnya akan terangkat dengan mandi wajib. Oleh itu, disunatkan berwuduk hanya kepada orang yang berjunub dan tidak bagi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas. 
Selain itu juga, syarat untuk berwuduk pula hendaklah suci daripada haid dan nifas. Justeru, seseorang wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak sah jika dia mengambil wuduk, kerana tidak cukup syarat wuduk tersebut. (Rujuk Busyra al-Karim Syarh Masail al-Taalim: 99) 
Dalam hal ini, Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie menyebutkan bahawa:
Ø¥ِØ°َا Ø­َاضَت المَرْØ£َØ©ُ Ø­َرُÙ…َ عَÙ„َيهَا الطَّÙ‡َارَØ© ; Ù„ِØ£َÙ†َّ الحَيضَ ÙŠُوجَبُ الطَّÙ‡َارَØ©ِ ، ÙˆَÙ…َا Ø£َوجَبَ الطَهاَرة Ù…َÙ†َعَ صِØ­َّتَÙ‡َا ÙƒَØ®ُرُوجِ البَول 
Maksudnya: Jika sekiranya seseorang wanita itu berada dalam keadaan haid, maka haram baginya untuk melakukan perbuatan bersuci (toharah). Ini kerana datangnya haid akan mewajibkan wanita tersebut bersuci. Apa yang mewajibkan seseorang itu bersuci maka ia menghalang sahnya perbuatan bersuci tersebut selagimana masih dalam keadaan demikian, seperti ketika membuang air kecil. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
Imam al-Nawawi menukilkan daripada kitab Musykilat al-Muhazzab dalam mensyarahkan petikan teks di atas menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan haramnya seorang wanita untuk bersuci, mempunyai dua tafsiran: 
Pertama: Makna haram yang dimaksudkan di sini ialah tidak sah jika wanita tersebut bersuci. 
Kedua: Haram dan berdosa jika sekiranya dia bersuci dengan berniat ianya sebagai satu ibadah (ta’abbud), dalam keadaan dia sudah tahu bahawa perbuatan tersebut tidak sah. Maka, dalam keadaan tersebut, maka dia berdosa kerana mempermain-mainkan ibadah. Imam al-Nawawi menyebut bahawa tafsiran ini merupakan yang sahih. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
sekiranya sekadar melalukan air di atas anggota-anggota wuduk tanpa niat ibadah sekadar berniat untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan sahaja (tabarrud) contohnya, maka perbuatan tersebut tidaklah berdosa dengan perbuatan tersebut, tanpa khilaf.

Kesimpulannya bahawa hukum seseorang wanita yang didatangi haid dan nifas mengambil wuduk adalah tidak sah dan haram serta berdosa jika sekiranya dia berniat ta’abud dan mengangkat hadas. Ini kerana wuduk tersebut tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya dan dikhuatiri membawa kepada perbuatan mempermain-mainkan ibadah. 
Oleh itu, jika sekiranya ingin melakukan hal kebiasaannya dengan berwuduk sebelum tidur tersebut, maka hendaklah berniat sekadar untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan, maka hal tersebut adalah diharuskan. Begitu juga, jika sekiranya haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub, justeru disunatkan untuk mengambil wuduk dan diwajibkan untuk mandi. Moga-moga dengan perbuatan yang mengikut panduan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam menyucikan diri tersebut mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. InshaAllah.
WaAllahu a’lam.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membaca. Apa yang salah mohon teguran. Kalau rasa ilmu ini berguna butang share ada kat sebelah.. sila la tekan.. kekekeke

Sumber : http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3782-irsyad-al-fatwa-siri-ke-330-hukum-wanita-haid-mengambil-wuduk-sebelum-tidur

MENIPU LEBIH SENANG DAPAT BANTUAN. PERLU KAH AKU MENIPU?

MENIPU LEBIH SENANG DAPAT BANTUAN. PERLU KAH AKU MENIPU? Kecoh dua tiga hari ni tentang penipuan kutipan sumbangan konon untuk rawatan seorang kanak kanak 3 tahun kononnya mengidap kanser & perlu kos untuk perbelanjaan rawatan. Memang kalau kutipan sumbangan untuk membantu bayi atau kanak kanak sakit ni senang sangat nak dapat perhatian netizen. Akan masuk banyak sumbangan.. Tak boleh nafikan rakyat Malaysia ni ramai yang pemurah lebih lebih lagi melibatkan bayi atau kanak kanak.


Sebab tu la scammer suka ambil kesempatan cara mudah nak cari duit. Buat posting cari sumbangan untuk bayi atau kanak kanak sakit & letak nombor account. Orang ni bukan semua nak siasat dah.. Kadang kadang depa rasa sumbangan depa kecil so tak perlu nak nak siasat sangat. Sebab mentaliti macam ni membiakkan scammer. Even sorang seringgit pun derma kalau dah berpuluh ribu orang transfer seringgit kenyang sambil goyang bontot je scammer ni.

Bila dah kantoi.. Tak boleh buat apa la. Duit sumbangan tu totally burn kat scammer la. Tunggu je la pembalasa Allah. Kalau dapat tangkap & di dakwa boleh la tengok apa hukuman mengikut undang undang negara kan tapi tu la.. Tangkap sorang ada beribu lagi scammer masih buat benda benda macam ni.

Scammer ni dia wujud dalam pelbagai rupa bentuk.. Ada yang menipu cara buat kutipan sumbangan macam ni.. Ada yang menipu cara penjualan produk atau pakej. Contoh scammer produk jual produk kosmetik beracun berpuluh kali kena banned dengan KKM pun still masih jual tanpa insaf. Seolah olah depa tak rasa apa apa dosa atau bersalah jual produk produk macam tu sebab dah seronok sangat boleh jadi kaya raya hasil penjualan produk macam tu. Sapa kacau periuk nasi depa siap hangpa. silap haribulan see u in court. Orang berduit ni dia boleh buat apa pun. Tu pun dengan izin Allah. Kadang kadang Allah nak uji kita.. dia bagi kita nikmat tak putus putus sampai kita dah tak takut dosa & neraka. Kita jadi lalai dengan nikmat & kekayaan dunia yang Allah bagi. Sedar sedar dah kat alam barzakh malaikat tengah tanya Ma..Robbuka!

Bila saya tengok apa berlaku sekarang memang kalau nak cari rezeki & kekayaan dengan cara haram, cara salah & rezeki yang istidraj ni nampak macam mudah je. Berbanding kita yang struggle nak cari yang halal & berkat ni terutama kalau melibatkan kutipan sumbangan macam saya sedang buat. Allahu.. Tak mudah. Nak cukupkan dana yang di perlukan tu macam macam dugaan. Kena fitnah, kena kecam, kena hina.. Terpaksa buat buat pekak & buat je. Kadang kadang benda benda macam tu buat iman kita jadi goyah.. Aku buat benda jujur Allah uji tahap macam ni. Yang penipu penipu hidup senang lenang jer. Sampai kadang kadang terfikir.. aku jujur sangat pun orang pertikai & menyusahkan lagi aku yang tengah susah. Ke aku pun kena ikut trend sekarang.. Cari cara menipu. Tapi tu la masa stress & tertekan kita tak waras sangat.. Bila dah tenang, baru boleh fikir secara rasional. Tak perlu la sampai nak menipu.. Rezeki setiap orang tu ada. Usaha, doa & tawakal. Insya Allah.. Allah akan bagi apa yang kita perlu walau tak seperti apa yang kita minta. Yakin apa yang datang dari Allah itulah yang terbaik.

Tapi tu la. Kalau Allah bagi dengan mudah kita pulak mudah lupa diri kan? Dengan cara macam ni Allah nak dekatkan kita dengan dia. Tu tanda Allah sayang kita. So bersangka baik dengan ujian Allah.

Orang jahat ni syurga dia memang di dunia.. Jadi tak pelik la kalau orang jahat.. penipu ..Allah bagi nikmat kesenangan dia di dunia. Salah pun Allah tetap bagi dia menang kat dunia. Aniaya ramai orang pun tetap dia pretend tak bersalah & berdosa. Allah bagi dia tak rasa takut dengan dosa dia buat. So jangan salahkan takdir.. Allah tu maha mengetahui segalanya. Apa yang berlaku Allah tu maha bijaksana mengaturkan perjalanannya.

Syukurlah kita yang di uji dengan kesusahan bertimpa timpa ni.. Dari situ kita merangkak mencari sejadah. Kalau kita pun Allah uji dengan kesenangan tak mustahil kita pun sama sama jadi lalai. Bila Allah jentik kita dengan ujian & musibah tu.. Bersangka baik. Itulah cara Allah nak didik & bimbing kita ke jalan yang di redhai. Tu dia.. Setazah lekatlekit bagi takzirah katanya. Satgi ada la yang mai kata.. dah susah baru ingat Allah. Takpa la.. At least dari situ bermulanya hijrah kearah yang lebih baik. Harap terus Istiqomah la.

Walau apapun alasannya.. Untuk mengurangkan populasi scammer ni kita orang awam @ netizen kena main peranan jugak. Ye betul sedekah antara kita dengan Allah tapi untuk mengurangkan aktiviti penipuan macam ni sebelum buat apa apa transaksi sumbangan siasat sikit takpa. Macam kes den even sampai sekarang perlu buat kutipan sumbangan tapi kes den dah berlangsung kat mahkamah dah 2 tahun. Ni tengah struggle nak cari dana untuk bayar kos bicara tafsiran. Nak tau lebih lanjut boleh refer posting kat bawah.. Bagi yang ada facebook la..


Moral of the story... Hidup ni tak ada sesiapa terlepas dari di uji samada di uji dengan musibah ataupun nikmat. Jadi usaha doa & tawakal..

HUKUM MAKAN DAGING TUPAI

HUKUM MAKAN DAGING TUPAI.  Serius wei tak pernah terfikir & tak pernah nak ambil tahu pun sebelum ni pasal daging tupai ni boleh ke tidak di makan. Sebab den rasa kita bukan di zaman darurat.. Tak ada keperluan sampai perlu makan haiwan haiwan macam tupai. Sebab banyak lagi daging haiwan lain yang tak jadi kontroversi untuk di makan & sedap.


Tadi ternampak ada dalam friendlist saya share anak dia makan daging tupai.. Ternampak tu ingat dia silap tulis caption makan tapai jadi tupai ke hapa.. Baca komen2 yang dia reply Yes daging tupai. What?? Daging tupai?? Boleh ke makan.. Tapi den ni tak la terus jatuh huku.. So try google cari info. Yelah nak merujuk terus kepada ahlinya.. Takde pulak contact number kita guna ilmu dari google dulu lah yer..

Kebanyakkan menyatakan daging Tupai halal di makan tapi sebahagian ulama yang kata tidak halal atas alasan haiwan ni ni makan dengan cara menggigit guna taring. Ada juga yang cakap makruh..

Sedutan Video Ustaz Azhar Idrus Hukum Makan Tupai

Kat sini saya tak berani la nak kata halal ke haram ke makruh ke. Di nasihatkan hangpa pi la rujuk kepada ahli ilmuan. merujuk kepada mereka yang berilmu tentangnya.

Tapi kalau saya la.. Selagi rasanya tak darurat & tak memerlukan saya makan haiwan haiwan macam tupai ni.. Memang tidak la nak makan. Yelah.. kita pun tak membesar makan haiwan haiwan macam tu kan.. Rasa macam pelik pulak nak makan. Tapi bagi mereka yang suka makan.. Jangan la kita mencemuh ye dak. Biarlah citarasa masing masing.

Tapi bagus juga kita ambil tahu perkara perkara macam ni... Manatau tersesat dalam hutan. Makanan takde... So, kita tahu juga apa haiwan haiwan yang halal di makan yang ada dalam hutan. At least masa darurat boleh elak makan haiwan yang haram even di boleh kan jika itu je yang ada untuk makan.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada orang lain. Kalau rasa berinfo boleh je share kekekeke

HALAL KE SUNTIKAN KECANTIKKAN PLASENTA (URI) BIRI BIRI?

HALAL KE SUNTIKAN KECANTIKKAN PLASENTA (URI) BIRI BIRI? Sebut placenta ni kadang kadang ada yang tak paham. Sebab jarang pengusaha kosmetik ni nak guna bahasa biasa di gunakan masyarakat sebab boleh mengaburi & manipulasi pemahaman orang yang tak faham dengan penggunaaan perkataan placenta. Apa ingat I tak tau ke placenta tu apa? I tau ok!!


Ni bagi yang tak tau placenta tu apa.. Nak habaq kat hangpa Placenta tu URI. URI ni akan ada bila hamil tak kira la haiwan atau manusia. Haiwan yang beranak la.. URI tu la yang di gunakan untuk di jadikan produk kosmetik. Ni sejak dua menjak ni makin jadi trend balik suntikan pemutihan menggunakan plasenta biri biri. Kemain galak depa dok iklankan servis servis suntikan depa. kat Malaysia Kementerian Kesihatan tidak pernah meluluskan sebarang perkhidmatan untuk suntikan produk pemutihan/vitamin c bagai. Yang dok buat secara berleluasa ni kebanyakkan dia buat secara haram. Erkkk.. kalau dah KKM tak pernah luluskan kiranya servis tu memang tak ada yang halal la kan kat Malaysia. Lebih2 lagi benda tu di lakukan oleh golongan yang tak bertauliah.. Sekadar lulusan google & youtube je. Lagi la bahaya.. kau main cucuk2 kena jangkitan kuman kat salur darah orang.. Sapa nak jawab???

Bila sebut uri orang dengar macam... euwww.... uri kot. Tapi sebut placenta.. yang tak tau apa tu placenta maybe anggap.. salah satu bahan produk kecantikkan. Alah.. tak ada apa kot. Spesis malas mengaji kadang2 dia tak kisah pun apa benda tu.

Guna Uri haiwan even biri biri haiwan yang halal di makan sekalipun.. Kalau cara mengambil bahagian uri tersebut di lakukan dengan cara salah.. Maybe cara mematikan (penyembelihan) haiwan tersebut tidak ikut syariat.. jadi haram untuk kita orang Islam memasukkan dalam badan. Dari pembacaan saya URI yang keluar semasa proses kelahiran.. dia dah jadi najis. Harus di tanam & kita orang Islam memang tak boleh nak buat masak goreng kicap apatah lagi nak buat produk kecantikkan suntik2 dalam badan ni. Memang tak boleh la. Tak boleh OK!!! Sila paham & hadam.

Yang Agak meragukan sekarang.. Kalau produk berasaskan uri haiwan ni even haiwan yang halal di makan umat Islam sekalipun takkan orang sanggup sembelih haiwan tengah bunting semata mata nak dapatkan Uri untuk dijadikan produk kosmetik ni? Berapa banyak haiwan bunting depa sembelih? Tak ke benda tu mendatangkan kerugian & boleh menyebabkan populasi haiwan tu semakin berkurang. Kalau tak sempat beranak pinak dah kena sembelih semata mata nak dapatkan seketol uri.

Kalau di ambil selepas proses kelahiran memang kita orang Islam tak boleh masukkan benda tu dalam badan kita.. sebab ia najis. Tapi tu la betul ke haiwan bunting itu di sembelih dengan cara Islam semata mata untuk di ambil uri buat produk kecantikkan?? Macam kejam & tak masuk akal kan? Walaupun dari segi hukum syarak memang di benarkan menyembelih haiwan bunting & boleh di makan. Cuma betul ke produk yang berasaskan uri haiwan tu guna uri dari haiwan yang memang dah di sembelih ikut syarak? Ada bukti? Kalau ada bukti ok la.. Kalau takde patut di ragui kehalalannya. Nak2 produk luar dari negara bukan Islam.

Lagipun bahaya tau suntik2 vitamin c hapa bala ni.. Pernah baca tak akhbar tahun 2012 pasal seorang wanita jadi mangsa suntikan placenta biri biri ni & dapat kesan sampingan. Kalau ada yang tak pernah baca & dah lupa meh sini nak tunjuk balik.. Baca kat screenshot di bawah yer..

Utusan Online

Sebab tu KKM tak pernah meluluskan atau memberi lesen kepada mana2 premis atau individu yang menjalankan perkhidmatan ni. Takde suka suka kkm nak dengki dengan rezeki peniaga kat malaysia ni. Lebih2 lagi kebanyakkan yang buat servis suntik/drip produk pemutihan kulit kebanyakkan dari individu yang memang tak bertauliah. Memang dia tak pernah belajar medic ke hapa tetiba sesuka hati dok cucuk2 orang masuk tu ni dalam badan orang. Tu pun ramai dok pi tadah bagi dia suntik. yelah.. manusia ni selagi tak nampak kesan mudarat tu dia tak percaya bahaya, kan? Tu jahanam semua organ atau dah sakit tahap kritikal baru dia percaya benda tu bahaya.

Moral of the story.. Memang pilihan di tangan masing masing. Even benda tu tidak di benarkan pun kalau hangpa nak buat tak ada sapa boleh halang. Tapi yang menyediakan perkhidmatan tu kalau ketegaq (degil) juga.. kalau nasib tak baik kena tangkap & di dakwa.. Nasib kau la labu. Tak dapat bayar denda kena masuk penjara.. sebab dia di bawah akta jenayah ok! Bukan sivil. Jadi sebelum nak suntik orang atau yang nak serah diri di suntik tu fikir la dulu. kang nak cantik.. terus pulang kerahmatullah..

YANG SUKA UPLOAD GAMBAR SCAN BAYI DALAM PERUT, BACA PENJELASAN MUFTI NI

YANG SUKA UPLOAD GAMBAR SCAN BAYI DALAM PERUT, BACA PENJELASAN MUFTI NI.  Orang perempuan ni memang ada satu perangai yang dia tak boleh control bila dia terlalu beremosi tak kira la emosi dia tu terlalu suka atau terlalu duka. Bila dia tak boleh control mula la dia akan express emosi dia tu dengan macam macam cara. Zaman media sosial sekarang memang banyak yang akan tunjukkan emosi depa melalui media sosial la kan..


Nak nak lagi ibu ibu yang baru di sahkan hamil.. Kira sepanjang kehamilan dia tu dia akan cerita perjalanan termasuklah dia share gambar gambar scan progress baby dalam perut tu. Kami dulu 2 kali je scan.. masa kandungan 4 bulan & masih dah trimister akhir. Tu pun doktor kat klinik masa check up yang scan nak tengok keadaan baby tu. Memang takde pergi mana2 private clinic untuk nak buat scan tak tentu pasal. Apatah lagi nak buat 3D scan nak tengok anak hidung mancung ke muncung. Tak bermakna cheq tak kisah dengan anak dalam kandungan masa tu cuma yelah.. Apa yang tak perlu, kami tak buat. Jimat bajet hehehehe

Tak salah kita nak rasa excited lebih lebih bila kita tahu kita bakal melahirkan zuriat. Tu anugerah yang memang kita patut rasa gembira & syukur cuma tu la kadang - kadang terlebih syukur sangat kita terbabas dalam perbuatan kita. Tanpa sedar mungkin perkara tu tidak di galakkan di lakukan & di tayang secara umum.


Terbaca kat page Ibu hamil berkaitan isu tayang gambar hasil scan janin/bayi dalam perut. Tak nak la buat ulasan sendiri so kami screenshot & share ja kat sini bagi hangpa baca na.. Satgi kami dok mengulas dengan ayat sendiri.. Konar baring jadi salah faham pulak.  So hangpa baca la sendiri na.. kat bawah tu.


Apa yang baik kita ikut yang rasa boleh mengundang kemudaratan tu elakkan la. Tak ada apa pun sebenarnya hangpa nak tunjuk sangat gambar scan dalam perut tu. Dah la akhir zaman ni nafsu manusia ni kadang kadang tak masuk akal. Tengok perut orang mengandung pun dia boleh naik nafsu syahwat.. Tak mustahil bila dia tengok gambar scan perut hangpa tetiba dia terimagine perut hangpa yang boyot & seksi bagi dia. Jadi cegah itu lebih baik dari merawati.

Moral of the story.. Apa yang di tegah tu untuk kebaikkan jadi tak perlu la kita pertikaikan. Apapun scan ni bukan satu keperluan kalau kandungan tu tak ada masalah. Dari habis duit dok buat 3D scan bagai baik la spent tu duit untuk beli keperluan baby yang bakal lahir. Kalau nak beli keperluan bayi elok beli kat sini >> Lebih 100 Produk Keperluan Bayi Tersedia Di Sudut Istimewa Bila Shopping Di Sini. Mudah Kan? <<

TERBONGKAR! COKLAT JENAMA DAIM & TOBLERONE TIADA SIJIL HALAL JAKIM

TERBONGKAR! COKLAT JENAMA DAIM & TOBLERONE TIADA SIJIL HALAL JAKIM. Ni antara jenama coklat yang orang suka beli kalau pergi melancong ke Langkawi. Tapi aku ni tak berapa taste sangat dengan coklat ni.. So tak berapa excited la nak membeli belah coklat kalau pergi langkawi. Lagipun konsep aku pergi holiday adalah jalan2 bukan shopping sangat. Tak larat nak hangkut bila nak balik katanya. Hehehehe..


Tadi terbaca perkongsian dari seorang pengacara TV3 Ahmad Fedtri Pasal dua jenama coklat yang tiada sijil Halal Jakim ni. Maka untuk kepastikan aku google la. Rupanya ada keluar kat sinar harian online berita ni. Boleh baca screenshot kat bawah..

Sumber Sinar Harian

Status kehalalan Jenama Coklat tu memang la kita tak pasti.. Mesti ada pertikai tak ada pengesahan halal JAKIM tak semestinya tak halal. Makcik Jumainah jual nasi lemak pun takde apply sijil halal ok je orang makan. Memang la.. Belum tentu bahan2 yang di gunakan dalam coklat tu haram tapi kalau produk2 macam tu kita sendiri tak tahu samada ramuan yang di gunakan halal atau tidak. Pengesahan JAKIM je kita boleh merujuk samada halal atau tidak. Kalau tak ada boleh timbul was was. Kau jangan nak samakan dengan nasi lemak makcik Jumainah pulak.. Kalau kau was was dengan Nasi lemak Makcik Jumainah pun jadi haram jugak untuk kau makan walau makcik Jumainah guna semua bahan2 & cara pembuatan nasi lemak tu halal...

Kalau rasa yakin.. Nak makan tu terpulang pada pendirian masing - masing la. Info ini cuma secebis khidmat masyarakat blog lekatlekit.com untuk semua. Kalau tak makan coklat tu pun rasa masih banyak pilihan makan. Kat malaysia ni tak sampai tahap darurat. Dok gigih sangat nak makan benda yang tiada status halal tu nak buat apa.

Moral of the story..Tepuk dada tanya selera.

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI. Sejak kempen membenteras rokok seludup ni nampaknya banyak pembongkaran di buat secara besar besaran untuk menyedarkan perokok betapa bahaya, kotor & boleh menyebabkan ezema. Cara dorang berkempen tu memang nak bagitahu betapa bahaya rokok seludup berbanding rokok yang masuk cara bercukai & melalui laluan yang betul bukan laluan tikus. Aku baca pun terkesima seketika katanya. Mentang2 la rokok antara penyumbang terbesar income negara.. Sampai isu2 lain yang lebih serius pun aku nampak macam tak di pedulikan. Contoh isu kes culik yang berleluasa sekarang. Aku rasa kempen rokok seludup ni lebih besar besaran dari berkempen membenteras jenayah culik sekarang.


Sebelum ni macam macam momokkan seram & jijik di buat untuk memberi kesedaran tentang rokok seludup.. tetiba dua tiga hari ni blog OhBulan kecoh pasal rokok cap babi katanya. Hahaha... nak gelak jugak aku baca pasal rokok cap babi. Mesti perokok cuak kan.. Ada ke rokok cap babi ni. Nak tau apa yang di maksudkan rokok cap babi korang baca sendiri kat blog Ohbulan di artikel ni >> Antara Pegangan & Kebersihan, Sampai Bila Anda Mahu Buat ‘Bodoh’ Tentang Isu Rokok Cap Babi Ni? <<

Rokok itu sendiri dah di fatwakan haram tak kira la cap apa sekalipun. Bila aku komen macam tu kat bawah post blog OhBulan ada yang kata aku tak ada agama cakap macam tu. Konon Babi tu Najis besar selagi tak di bersihkan selagi tu amal ibadat tak di terima. Dengan confidentnya dia cakap aku tak ada agama. Insya Allah aku masih ada pegangan agama beb.. Kau yang beragama sangat tu sedar ke apa yang kau cakap. hehehe

Aku rasa dari kerajaan dok keluar budget untuk kempen benteras rokok seludup ni ada lagi bagus budget tu guna untuk mempertingkatkan sistem keselamatan di tempat2 awam atau sekolah2 macam tabika kemas yang nampak di anak tiri kan sangat maybe sebab banyak yang belajar kat situ anak2 dari keluarga yang berpendapatan sederhana & rendah. Asal ada tempat buat kelas dah cukup. Tempat tak ada security.. premis tak ada cctv, renung renungkanlah.. selamat ke anak2 di situ belajar di zaman jenayah macam satu trend ni.. Ni dok bayar OhBulan kempen pasal rokok seludup jer buat apa.

Moral of the story.. Walaupun kerajaan mengaitkan rokok seludup ada kaitan dengan aktiviti jenayah besar di dunia tapi aku tetap rasa bukan pasal jenayah depa nak membenteras rokok seludup ni tapi lebih kepada income yang di jana melalui penjualan rokok yang masuk secara sah. Tapi bila terpaksa bersaing dengan rokok seludup yang lebih murah sedikit sebanyak menjejaskan penjualan rokok yang masuk secara sah ni. hehehe

GEMPAR! ROKOK DI BAWA GUNA LORI BABI

GEMPAR! ROKOK DI BAWA GUNA LORI BABI. Tu dia sebelum ni dok dengar isu produk makanan kering yang katanya dekat kandang babi bagai.. Ni isu rokok pulak. Mesti perokok tak sabar nak tahu kan.. Rokok jenama apa la gamaknya di angkut guna lori babi ni. Adakah benda ni mengundang rasa geli & loya anda untuk merokok lagi? Agak mustahil perokok akan hilang keinginan merokok hanya sebab perkara ni tapi sebab dia satu berita yang best di sebarkan, maka jom la kita check rokok apa yang di katakan di angkut guna lori babi ni...


Kalau rokok yang masuk dengan laluan yang di kenakan cukai mustahil la ada isu angkut guna lori babi bagai... Melainkan rokok yang di kategorikan rokok tidak sah & masuk melalui laluan tikus. Salah satu sebabnya rokok ni tak menyumbang pada ekonomi negara.. erkkk. atau ekonomi pihak2 tertentu. Ops!!! Jangan lazer yer lekatlekit satgi mengintai dari tirai besi pulak kau!! hahahahahaha

Macam2 cerita pasal rokok ni.. Yang pasti gosip2 pasal rokok ni memang semua yang tak baik la. Dulu katanya makmal buat rokok ni macam reban ayam sekarang dah isu lain pulak pasal rokok ni. Kalau nak di cerita perkara perkara ngeri, jelik & geli geleman pasal rokok ni memang boleh panjang berjela la entri. Silap haribulan jadi entri berepisod pasal kisah rokok ni je. Kalau korang nak tahu banyak lagi cerita seram yang membantutkan selera anda untuk merokok korang baca je kat sini >> Tahu tak baru-baru ni rokok ni diangkut oleh lori babi? Gelinya! <<

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata ,rokok seludup yang menggunakan lori babi adalah haram kerana terdapat kemungkinan ia bersentuhan dengan najis. Masalahnya sekarang bukan ke rokok tak kira naik lori babi atau naik flight sekalipun memang di fatwakan haram? Kalau aku silap fakta sila betulkan.

Moral of the story.. Antara perkara paling susah orang nak buat adalah berhenti merokok. Tapi kalau ada keinginan & tekad, Insya Allah boleh.

7 ORANG NI PERLU JADI INSPIRASI KEPADA MAT REMPIT MALAYSIA

7 ORANG NI PERLU JADI INSPIRASI KEPADA MAT REMPIT MALAYSIA. Sebenarnya kat malaysia ni bukan hanya ada 7 orang pandai racing tapi sebenarnya ramai. Tapi dalam ramai ramai tu bukan semua pakar ataupun kalau pakar pun kepakaran mereka mungkin tak di iktiraf sebab di gunakan kat track yang tak betul. Salah track kau pakar konar cecah lutut sekalipun tetap di pandang hina katanya.


sebab tu pentingnya kita salurkan bakat yang kita ada pada tempat yang betul. Salah tempat sia sia je bakat kurniakan Allah bagi tu. Tapi tu la melempiaskan bakat kat saluran yang betul ni bukan mudah. Semua melibatkan kos yang tinggi. Jadi mungkin antara sebab kenapa pakar pakar racing ni melempiaskan nafsu di jalan raya.. berlumba haram hingga menyusahkan pengguna yang lain. Tapi ada jugak yang sememangnya suka buat kerja haram. Lagi haram lagi enjoy. Katanya nikmat kena kejar dengan bapak bapak polisi tu takkan dapat kat track halal. Tu la manusia kepuasan mereka kadang2 di luar otak sampai orang pandang mereka ni suka buat kerja bodoh.

Yang spesis macam tu kadang2 takde hidayah mampu menyedarkan mereka sehingga malaikat maut datang menjemput. Kira racer sampai mati la.. Kalau nak jadi racer pun biarlah membawa manafaat kepada orang lain, menjadi kebanggaan keluarga, bangsa ,agama & negara. At Least kalau tergolek atas jalan tu takde la sia sia je.

Jadi pada para racer haram tu.. Jadikanlah 7 Orang Rakyat Malaysia ni sebagai Inspirasi. tapi jangan korang jadikan inspirasi untuk guna skill mereka ni untuk racing haram pulak. Jangan terpengaruh sangat la dengan filem2 Syamsul Yusof yang nampak gempak dok race atas jalan tu. Orang tak pandang hangpa gempak macam yang di gambarkan dalam file syamsul yusof tu pun. Orang pandang hangpa macam sampah jalan raya je.

HANYA YANG BERTUDUNG SAHAJA WAJIB CARI MAKANAN HALAL?

HANYA YANG BERTUDUNG SAHAJA WAJIB CARI MAKANAN HALAL?. Sentap Hoi! Statement pendakwah2 online ni. Macam jadi satu dosa besar orang yang free hair ni cari makanan atau produk yang halal untuk dia. Macam yang free hair ni tak layak pulak nak ambil berat soal halal haram sesuatu yang dia nak guna atau makan.


Aku tak nafikan free hair tu kategori tidak menutup aurat & tidak menutup aurat tu haram berdosa tapi bertudung pun belum tentu sempurna aurat dia di tutup atau geng2 pendakwah macam ni nak kata asalkan tutup kepala tak nampak rambut dah kira tutup aurat ke camna?? Sebab point "free hair" je bukan dia sebut tidak menutup aurat.  Bukan nak cakap besar.. diri aku sendiri pun tak sempurna dalam menyempurnakan hukum2 Allah ni tapi yang rasa sempurna tu tak payah la menikam hati2 orang sangat. Sampaikan dakwah yang mudah orang terima bukan buat orang benci sebab apa yang anda nak sampaikan tu sebenarnya patut menjadi perkara yang baik tapi bila salah cara dah terjadi perkara yang buruk. Sayang sangat...

Seperti kita sedia maklum tak semua yang free hair tu tak solat & tak semua yang bertudung itu melakukan solat.

Memang statement 'Free Hair tapi pergi luar negara sibuk nak cari makanan halal" seolah2 nak cakap kat golongan 'Free hair" ni sebab kau buat 1 perkara haram berdosa kenapa mesti kau nak takut nak buat perkara haram yang lain. Itu apa yang aku faham la. Soal makan minum ni soal nak jadi darah daging cheq Ooi.. Bila benda tu sebati dengan darah daging kita ia mempengaruhi keturunan kita jugak nanti. Tak bertudung.. sapa tahu esok lusa dia bertudung. Tapi kalau makan benda haram ni.. boleh ka kau nak siat2 buang benda haram yang sebati dengan darah daging kau tu nanti.

Maaf yer bukan niat nak cari pasal ke apa. Tapi kena letak jugak caption untuk bersifat lebih adil. Mungkin aku je salah faham tidak orang lain. Jadi tak adil la pada penulisan status ni. So, kat sini aku attach sekali status sebagai bukti. Masing2 mempunyai sudut kefahaman yang berbeza. merujuk pada statement di atas.. manusia ni serba tak kena kan.. kang dia dah la tak pakai tudung lepas tu makan pun tak kira halal haram mesti kena kutuk macam ni pulak.. " dah la tak tutup aurat, makan benda haram pulak."

Masya Allah.. bawak mengucap wahai pendakwah2 sekalian. Sampaikan ilmu itu cara yang betul & tidak mengelirukan. Salah faham ni boleh mengundang persepsi negatif orang yang membaca atau mendengar. Sebab anda orang2 yang berilmu tidak seperti saya manusia yang masih jahil & belajar mengenal Tuhan. islam tak ajar pun kita yang tak sempurna menutup aurat ni tak layak buat perkara2 lain yang baik & ikut hukum. Manusia ni kadang2 yang bertutup litup pun tak sempurna lagi ikut hukum Allah ni. Sebab kita manusia.. takkan pernah sempurna. Kita semua sentiasa belajar untuk jadi lebih baik.

Sumber Detik Islam

Aku ni bukan baik sangat. Penulisan aku pun jenis lantang melintang pukang.. Memang kadang2 menyakitkan hati cuma aku rasa penulisan berbentuk dakwah ni tak berapa sesuai nak lantang sangat sampai kadang2 bunyi macam menghina orang lain. Yelah.. kita nak sampaikan benda baik kan lebih elok dengan cara baik ye dak.. Orang yang dengar walau tak ikut pun sejuk sikit hati. Manatau dengan kelembutan tu mencairkan hati2 yang keras macam batu atau hati yang panas macam neraka.

Apapun mencari yang halal itu wajib.. Kat Malaysia ni tak susah nak cari makanan halal tapi kalau kat negara yang bukan Majoriti penduduknya beragama Islam mungkin susah sikit. Jadi kalau korang nak ke Jadi untuk memudahkan korang mencari makanan halal meh tengok kat sini >> Susah Nak Cari Makanan Halal.. Guna Je Aplikasi Ni Mudah & Sangat Berkesan << Tak kira korang free hair ke atau berpurdah bagai.. Carilah yang halal.

Moral of the story.. Tak salah pun walaupun dia tak sempurna lagi menutup aurat tapi masih mengamalkan memakan benda2 yang halal. Tak menyusahkan sesiapapun dia nak makan benda2 halal ni. Jadi kita tak payah rasa pelik, jelik,janggal atau sakit hati sangat tengok golongan free hair yang masih menjaga makan minum mereka dari termakan benda2 yang di haram oleh agama. Sekurang kurang mereka masih ada perasaan takut kepada Allah.. Insya Allah dengan adanya perasaan takut kepada Allah mungkin satu hari nanti akan merubah mereka seorang muslimah sejati.  Doakan yang baik2 jer.. peace!

P/S : free hair terang2 tak tutup aurat tapi bertudung pun zaman sekarang tak semua yang tutup aurat. So, bagi aku bila mention free hair je sebagai golongan tak tutup aurat ni agak tidak adil.

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN. Mesti ramai panik baca tajuk entri ni kan? Aku pun mula2 jadi confuse jugak bila seorang pengedar Jus Caliph keluarkan kenyataan macam tu kat salah satu group yang aku share kebaikkan Jus Caliph ni. Sebab Harga Jus Caliph ni serius ada macam macam harga tapi Harga Jualan Yang pihak HQ Caliph tetapkan adalah RM75. Mula2 aku beli Jus Caliph ni memang la dengan harga RM75. Aku tak rasa rugi pun.. Rezeki pengedar dia. So, pengedar yang jual harga mengikut HQ tetapkan tak payah risau.. Rezeki tu dari Allah. Insya Allah ada rezeki untuk korang.


Tapi yelah.. nama pun pembeli kalau ada orang jual produk yang sama dengan harga yang berganda murah, confirm la dia pilih yang lagi murah. Tapi bila ada yang menjatuhkan hukum berkat tak berkat ni kita pun mula jadi cuak & was was la jugak. Supplement ni nak bagi kat anak.. Untuk memastikan dia berkembang dengan baik & sihat. Yelah.. tu la tujuan kita bagi supplement untuk anak anak kan? Takde orang bagi makanan tambahan untuk pastikan anak dia besar nanti jadi gangster paling ganas & terkenal, ye dak?? Atau nak bagi anak dia sakit & cepat mati. Kalau depa tak peduli.. jangankan supplement, makan pun maybe depa tak bagi.

Sebab statement tu sedikit buat aku rasa macam tak confident maka aku merujuk kepada seorang kawan aku yang sekarang ni bergelar seorang ustaz. Tapi bukan ustaz yang mengajar kat sekolah tu.. Dia banyak bagi ceramah2 agama atau buat program motivasi. Memang aktif sekitar kedah & luar kedah pun kadang2 ada jugak jemputan. Mujur la ada kawan dengan ustaz hensem kan.. Jadi senang la nak tanya apa2 berkaitan Hukum hakam ni.

Menurut beliau.. Urusan jual beli tu sah. Tak salah pun kita beli dengan harga yang murah. Kecuali la kita dah buat perjanjian urusan jual beli dengan satu pengedar ni, tapi tetiba kita nampak ada orang yang jual lebih murah kita terus pergi beli kat orang yang jual lagi murah tu. Yang tu salah la.. Sebab kita dah deal. Nak2 lagi dah siap buat tawar menawar. Tu secara ringkas la yang aku faham dari penjelasan kawan aku tu.

Pada pengedar caliph.. Yang berurusniaga dengan amanah & jujur tak payah rasa tergugat dengan pengedar2 yang main harga ni. Asalkan anda berniaga dengan jujur Insya Allah.. ada rezeki & rezeki yang anda dapat pun berkat. tapi jangan la sampai keluar hukum sendiri.. orang beli harga murah tak berkat. Berbaik sangka.. mungkin ada orang yang tak mampu memerlukan supplement tu.. At least ada harga yang lebih murah di pasaran mereka ada pilihan untuk beli.

Kalau ikutkan persaingan harga ni bukan je produk caliph malah macam2 produk pun ada persaingan harga macam ni. Even pakaian, gadget, perabot,peralatan elektrik pun ada yang barang sama tapi harga berbeza. Jadi tak ada istilah tak berkat bila pembeli memilih beli barang yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.

Moral of the story.. Semoga Allah permudahkan & melimpah ruahkan rezeki buat kita semua. Amin...

AWAS! INILAH SENARAI RESTORAN DIM SUM YANG HALAL & TIDAK

AWAS! INILAH SENARAI RESTORAN DIM SUM YANG HALAL & TIDAK. Sekarang ni bersepah restoran masakan cina yang halal kat Malaysia selepas makanan cina mula mendapat perhatian pelbagai kaum. Aku makan jugak la kat restoran cina muslim ni.. antaranya kat Bukit antarabangsa.. Lupa pulak nama restoran tu. Sebab dah lama tak pergi. Dulu kerap jugak pergi. Spesis yang jarang nak snap gambar makanan bila kat luar harap otak nak ingat ni memang failed katanya.


Banyak jugak la aku try makan restoran cina muslim ni sebab konsep laki aku makan.. makan sampai jemu. Bila jemu kami akan bercuti makan kat restoran yang sama beberapa ketika. Jadi sekarang memang tekak tak minta nak makan kat restoran cina muslim lagi.. Jadi kami pun tak menerjah mana2 restoran cina muslim.

Tapi hati2.. Yang suka makan masakan cina ni. Jangan hanya kerana dia ada mention 'Pork free' & guna bahan2 mentah dari sumber halal belum tentu halal. Sebab ada yang guna alkohol dalam masakan mereka. Selagi tak ada sijil halal JAKIM terpampang kat restoran tu please jangan makan kalau pemilik dia non muslim. Ni bukan soal racist ke hapa.. Ni soal benda yang nak jadi darah daging kita nanti.

Nak2 lagi peminat Dim Sum ni..Korang kena tahu antara 16 restoran yang popular dengan Dim Sum ni ada yang halal & tidak halal walau dia mention pork free & bahan mentah dari sumber halal sebab ada dia guna bahan tak halal sebagai perasa dalam masakan tu. Supaya korang tak termakan Dim Sum Tak halal meh check kat sini >> 16 restoran Dim Sum Halal & Tak Halal Kat Malaysia Mesti Anda Tahu <<

Kalau mengidam sangat nak makan Dim Sum pilihlah restoran yang memang di sahkan halal yer. Bukan takde.. ada cuma jangan main serbu je walau kat hotel. Sebab ada hotel menyediakan menu Dim Sum walau Pork Free tapi dia guna alkohol dalam masakan. Tetap tak halal.. sebab yang haram bukan je babi ok!

Moral of the story.. Kat Malaysia ni kita bertuah. Nak makan masakan bangsa lain ada banyak restoran yang di sahkan halal JAKIM masih banyak. So, tak payah la nak buat macam darurat sangat.. Asal pork free je terus makan.

PANAS! PROMO DUREX (PRODUK SEKS) SEMPENA HARI VALENTINE

PANAS! PROMO DUREX (PRODUK SEKS) SEMPENA HARI VALENTINE. Dah masuk febuari ni semua orang tahu ada satu hari yang menjadi kontroversi kepada umat islam iatu Hari Valentine day. Walaupun haram masih ada yang menggunakan hujah & hukum akal sendiri untuk menyambutnya.


Kita sedia maklum.. Hari Valentine ni lebih banyak kemudaratan dari kebaikkan. Hari orang membuat maksiat secara besar besaran atau melakukan perbuatan 'Romen' secara terbuka walaupun dah sah menjadi pasangan suami isteri. Mana tak 'romen' secara terbuka.. Kat celah2 ramai orang tu la depan nak bercium bagai lepas dapat bunga atau hadiah sempena valentine. Atau celebrate kat restoran eklusif sambil di saksikan banyak mata. Ingat.. Walaupun halal tapi ada perkara yang masih menjadi haram di buat di khalayak ramai walau hubungan tu dah halal.

Tadi ternampak satu promo iklan katanya Durex buat promosi.. dengan pembelian produk Durex dapat free Gift selain diskaun 15%. Bagi yang tak tau Durex ni keluarkan produk apa. Produk dia berkaitan aktiviti seks la.. Macam kondom atau gel untuk 'tettttttttttt'... malu pulak acik nak cerita lebih2 ni. Kalau mana2 anak dara yang tak tahu durex jual produk apa google la sendiri. Almaklum la.. Acik ni mak dara sunti katanya... hahahhaktuihhh!

Nak tau Durex bagi free gift apa sempena Valentine ni meh tengok kat sini >> V'Day Promo Durex << Tu dia.. Durex mengambil kesempatan pulak. Kalau yang rebut promo tu yang dah kahwin ok la.. tapi kalau yang belum kawen, jahanam! Macam menggalakan maksiat pulak. Yelah.. seks secara selamat guna kondom katanya.

Moral of the story... Semoga ada kesedaran di kalangan umat Islam supaya tidak meraikan hari Valentine ni. Nak berkasih sayang.. pratikkan setiap hari. Kita boleh sambut hari ulangtahun perkahwinan untuk meraihkan orang tersayang, hari lahir, hari ibu, hari bapa... Banyak hari lagi untuk meraikan orang tersayang kenapa apa yang di tegah jugak kita nak celebrate.

PERHATIAN! ANDA KENA TAHU TENTANG 10 RESTORAN NASI BERIANI NI

PERHATIAN! ANDA KENA TAHU TENTANG 10 RESTORAN NASI BERIANI NI. Kat sini sapa yang suka makan nasi beriani? Aku suka la jugak.. Kat sungai buloh ni ada satu restoran Nasi beriani Johor Belakang The Store memang sedap la bagi tekak aku. Tapi rasa macam lama pulak tak pergi makan nasi beriani kat situ. Portion dia pun cukup mengenyangkan perut aku yang nak kata kecik tak kecik.. besar pun tak la macam perigi buta. Setakat nak melantak macam saka tu kalau kena pada menunya boleh jugak la. Hahahaha


Tu restoran nasi beriani yang selalu aku makan.. Sebenarnya kat lembah klang banyak restoran nasi beriani ni. Dari beriani melayu, arab,india & segala bangsa la. Aku pun banyak jugak la try makan nasi beriani ni kat macam2 restoran cuma aku ni jenis kalau kat luar aku makan mesti tak pernah ingat nak snap pic jadi susah la sikit aku nak jadi food hunter atau food blogger. Even laki aku dah belikan camera yang senang aku usung dalam beg konon aku nak ambil gambar cecantik kat luar tetap aku masih lupa bila menu sampai. Nak harap otak aku ingat tempat2 aku makan.. hurmm.. susah sikit la.

Nak buat macam mana.. Benda kalau kita tak biasa ni memang nak jadi kebiasaan susah sikit. Tapi elok jugak la.. Kalau aku ketagih dok snap pic gambar menu2 yang aku makan kat luar habis semua niche blog aku sapu.. semua aku tulis. Ni baru betul2 perigi buta punya blog. Semua boleh masuk. hahahaha

Cerita pasal nasi beriani tadi tu.. Lupa pulak. Tadi aku terbaca satu artikel ni pasal restoran nasi beriani. Rasanya yang suka makan nasi beriani elok la jugak la tengok bukan apa takut nanti menyesal pulak kalau tak tahu. Jadi kalau korang nak tahu meh la tengok kat sini >> 10 Restoran Nasi Beriani Ni Mesti Korang Tahu Supaya Tak Menyesal Kalau Terlepas Pandang << Apapun pastikan nak makan kat mana2 terutama restoran yang eklusif ni ada sijil halal JAKIM. Jangan main sumbat jer.. Sebab yang haram bukan hanya daging babi, ok! Sematkan dalam otak benda tu. Jangan tunggu ada babi baru kita rasa haram untuk di makan sedangkan banyak perkara boleh jadi haram dalam penyediaan makanan ni.

Tetiba pulak rasa rindu Nasi beriani Gam Johor sungai buloh tu. Ok.. set time ahad ni Insya Allah kita terjah melempiaskan nafsu serakah kat situ. Hahahaha

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT. Elok jugak la artikel2 macam ni di tulis semasa kontroversi Amran Fans & Geng Breastfeeding tengah panas meletap letop katanya. Supaya yang mempertikaikan perkara tu tahu hukum kita mengupload gambar tengah menenenkan anak di laman sosial untuk tontonan Umum.


Bukan apa ramai yang masih merasakan benda tu cuma benda kecil. Alah.. bukan nampak 'Buah Betik' pun katanya. Benda tu pun nak kecoh. Sebab tu sebelum ada yang sampai berani tunjuk 'Buah Betik' yang ranum macam minah2 saleh buat kita perlu tegah dari sekarang. Permulaan dia memang tunjuk sipi sipi jer.. Kalau di biarkan tak mustahil masing2 berlumba lumba nak tunjuk nenen sapa paling bengkak penuh susu.

Jadi penting untuk kita tahu samada perbuatan tu di bolehkan atau tidak menurut pandangan Islam supaya kita tak buat pertikaian bodoh yang mungkin kita pulak jadi mangsa untuk di viralkan. Aku ni pun jahil segala sudut jadi marilah kita sama sama belajar yer..

Sumber Astro Awani

Bila dah tahu hukum dia maka terpulang pada pada yang masih nak pertahankan hak mengupload gambar anak tengah menenen di media sosial. Kalau rasa dengan cara tu je boleh membuatkan susu anda tak kering maka buat la.. Manalah tau bila dia tak selfie terus kemarau nenen dia tak bersusu pulak. Kan memudaratkan anak dia pun jadi tak elok jugak. Tapi kalau tak selfie & upload susu meriah macam hujan di musim tengkujuh maka tak payah la nak buat.

Banyak cara kita boleh buat untuk memberi kesedaran pada ibu ibu untuk terus breastfeeding anak selain mengupload gambar. Bukan apa bila makcik2 spesis macam ni >> Inilah Perangai Makcik Makcik Bila Berkumpul <<  tertengok gambar tu bukan takut kecoh kat alam maya jer.. Takut kecoh sekampung halaman pulak lagi haru biru unggu kelabu.

Moral of the story.. Kita tak mampu nak membentuk orang lain jadi baik & berfikiran positif sentiasa tapi kita mampu elakkan diri kita di aibkan. Jadi pilih elak dari jadi mangsa di aibkan. Peace Yo!

SESUATU YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA

SESUATU YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU  DI MALAYSIA. Macam2 berlaku kat Malaysia sekarang ni. Kita di hantui macam2 perkara yang menyeramkan tanpa kita sedar. tapi ada jugak perkara yang kita sedar tapi buat buat tak nampak. ada jugak perkara yang menakutkan sesetengah pihak yang sesetengah lagi tak rasa menakutkan. Apa aku cakap ni.. hahahaha pening hangpa baca kan? Jadi malam ni segmen seram serik akan membongkar sesuatu yang paling seram sedang melanda Malaysia.


Boleh kategori makhluk halus jugak la sebab dia tak besar & dia mampu meresap dalam tubuh manusia. Tapi ia sangat menakutkan & menyeramkan. Ia boleh meresap dalam tubuh kita melalui mulut kemudian mampu merosakkan jantung, paru2 & organ lain. Ia mampu membunuh manusia secara perlahan lahan. Sesungguhnya kesan kehadiran dia dalam tubuh manusia memang takkan nampak kesan secara drastik. Mula2.. memang kita takkan rasa sakit tapi lama kelamaan selepas dia menguasi diri kita, waktu tu kita akan rasa azabnya.

Sekarang.. dia ada di mana mana dalam negara kita. Terus mencari & dicari mangsa. Manusia biasa la suka pada nikmat yang sementara sampai lupa benda memudaratkan diri. Walau untuk mewujudkan benda ni perlu guna ramuan2 kotor & bahaya.. tetap ramai yang ingin menjadikan dia sebagai pendamping. Sebab senang di bawa kemana mana. Orang pun tak perasan kalau dia di bawa. Hanya perlu keluarkan dia bila perlu jer..

Misteri sungguh entri seram aku kali ni kan? Walau di gambarkan benda tu sangat seram & ada di mana2 kat negara kita ni mesti ramai yang masih tertanya tanya apakah ia? Tak sepatutnya korang berkenalan dengan benda ni tapi untuk mengelakkan korang mendekatinya perlu jugak korang tahu risiko & bahaya bila korang mula merapati benda ni pada mulut korang. Nak tahu meh baca kat sini >> Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya! << Keseramannnya bukan setakat apa yang aku gambarkan dalam entri ni je malah ia mampu memberi kesan kepada ketenteraman negara kita kalau tidak di bendung.

Moral of the story.. Asap berasal dari Api.. Api pula berasal dari neraka. apa saja berkaitan dengan neraka memang sangat menakutkan & memudaratkan manusia. Sama2 la kita jauhi benda tu..

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan laksa tak kira dari pelusuk mana pun. Nak2 orang utara la kan.. memang terkenal dengan laksanya. tak kurang jugak melaka, sarawak & johor.. Pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun namanya tetap laksa tapi setiap negeri tu kadang2 cara pembuatan laksa tu tak sama langsung apatah lagi rasanya. Aku dulu agak bangang sebab tak tau macam mana rupa laksa johor ni. teringin la jugak nak rasa tapi dok anggap dah lama laksa ni mungkin tak jauh beza dengan laksa utara la. Mungkin rasa tu lain sikit biasa la.. Tapi bila sampai menu yang aku order apsal mee pulak ni. Hahahaha.. Punya cempeqa la masa tu.

Laksa ni homemade. Insya Allah halal.. Aku yang masak sendiri hahaha

Tapi zaman google ni.. Orang malas je akan sentiasa bangang. Search je bersepah dia keluar. Macam2 jenis laksa ada. Tak payah nak bayang bayang dah.. seketoi seketoi dia keluar gambar. Jamu la mata sepuas puasnya sampai kenyang. Kalau dulu aku tak tahu pasal laksa johor.. ni sekali lagi aku terkejut dengan laksa hipster.. Amboi laksa pun tak ketinggalan ikut trend sekarang. Mentang2 wak doyok terkenal dengan fesyen hipster... Laksa pun orang nak hispter kan.



Tak tau apa rasa laksa hispster ni. Rasa macam hispter jugak ke. Tapi tu la kena hati hati jugak nak makan laksa ni. Laksa ni bukan makanan tradisi orang melayu je malah cina pun antara penggemar & peniaga laksa yang popular kat Malaysia ni. Kadang2 aku tengok rancangan kat tv yang berunsurkan travel atau makan makan2 ni.. Main makan je. Kita sendiri tengok orang yang jual tu macam tak confident je macam mana depa boleh selamba makan.

Walaupun pork free (bebas babi) tak semestinya halal selagi tiada pengesahan JAKIM kedai/gerai/restoran tu halal. Kat sini korang boleh tengok menu2 laksa yang halal & tak halal walau dinyatakan 'pork free' tapi tidak ada pengesahan halal >> 9 Laksa Paling Popular Seluruh Negeri Di Malaysia << Jadi senang anda membuat rujukan. Manalah tau tetiba tersinggah at least tahu la kan..

Moral of the story.. yelah, walau tak semua peniaga Islam tu apply certificated halal JAKIM at least sesama islam ni takde la meragukan sangat penggunaan ramuan tu walau halal bukan sahaja dari bahan & ramun malah faktor kebersihan juga di ambil kira
. cuma tu la kalau masakan dari restoran non-muslim ni kalau hanya 'Pork Free' ramuan lain belum tentu halal even hanya menu laksa. ye dak.

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM. Sebelum mengarut panjang lebar nak bagi sedikit amaran buat semua umat islam yer.. Loteri adalah berunsur perjudian, judi adalah haram di sisi agama Islam. Walaupun kadang2 ada perkara yang kita rasa seronok macam menang loteri walhal tak pernah main loteri pun macam mana boleh feel orang main loteri & menang. tapi nak mengambarkan betapa kita rasa Ya Allah.. Syukur yang amat. Seronok sampai tak ada ayat nak tulis & gambarkan.. tup tup muncul perumpaan macam orang menang loteri.


Sekadar perumpamaan bukan kejadian sebenar. Dalam hidup ni kadang2 benda yang kita tak jangka tu berlaku di saat kita memerlukan memang la rasa seronok tu macam kitalah orang paling bertuah dalam dunia. Contoh tengah2 bulan memang takde duit dah nak buat belanja. Bukan wallet berterbangan debu.. Yang ada cuma resit2 bank bukti duit yang kita korek sampai ke sen yang terakhir. Nak minta pinjam.. hutang lama pun tak settle lagi. Segan la pulak.. Dah la selama ni asyik dok mengelak je jumpa dengan orang yang ada hutang. Takkan tetiba nak muncul minta hutang lagi ye dak? Melainkan tahap kemaluan tu di luar spender. Boleh la buat macam tu. Dok tengah susah hati.. pergi la tenangkan hati membasuh baju tetiba jumpa la not2 merah hijau biru dalam poket seluar jeans. Ya Allah.. Hanya orang pernah melalui je tahu macam mana girangnya rasa hati.. Allah hantar rezeki yang terselit celah poket seluar jeans.

Tu salah satu contoh yang buat orang rasa macam menang loteri. Sebenarnya banyak lagi perkara yang mengambarkan rasa happy tu macam orang menang loteri yang berlaku dalam kehidupan kita. 

Tu la namanya keajaiban walau sebenarnya bukan la benda tu turun dari langit. Cuma ia mungkin hilang waktu kita tak berapa peduli & muncul pada saat kita sangat2 memerlukan. Perancangan Allah tu maha hebat.. Kadang2 dia bagi kita rasa kecewa kehilangan sesuatu sebab dia nak bagi balik pada waktu yang sepatutnya. Jadi terus bersangka baik dengan Allah.

Moral of the story.. Tiada suatu pun perkara tu berlaku sia sia.. Pasti ada alasan & hikmahnya yang memerlukan kita sabar untuk nikmati

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com