KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS
KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS. Aku sendiri tak tau kat mana letaknya kampung ni maybe orang orang melaka tahu la kot. Kalau kampung naga lilit kedah darulaman tu aku tau la.. Tapi setakat ni rasanya kampung naga lilit tu masih aman damai tanpa gangguan mistik dari makhluk halus. Gangguan dari makhluk besar banyak la.GAMBAR jelmaan makhluk halus di atas pokok pisang. Gambar kanan, Ng Mow Mok menunjukkan lokasi didakwa penduduk pernah melihat makhluk halus di Kampung Lapan, Tengkera. - |
Kesian penduduk kampung lapan ni, katanya sejak 3 minggu lalu hidup mereka di hantui kelibat makhluk halus dalam jelmaan pontianak, pocong & toyol. Ni kira family hantu la kot.. Pontianak selaku isteri & ibu, Pocong selaku Suami & Ayah & Toyol selaku anak. Gamaknya depa ni satu keluarga kot menumpang tinggal di kampung lapan. Almaklum la penempatan mereka mungkin dah di rampas oleh manusia katanya.
Tu teori merepek aku jer.. Tak tau la gangguan tu ada kaitan dengan dengki khianat manusia lain yang menggunakan khidmat jin untuk menakutkan penduduk kampung atau secara kebetulan makhluk tu tersadai kat situ. Apapun setiap perkara berlaku pasti ada sebab. Mustahil ia boleh berlaku tanpa ada punca & penyebabnya.
Sumber Harian Metro |
Akibat dari gangguan jelmaan seram tu penduduk kampung tak berani lagi nak keluar malam & membuatkan kampung tu jadi sunyi selepas pukul 6 petang. Masing2 berkurung dalam rumah selepas jam 6 petang. takut bebenor orang kampung yer.
Jin & syaitan juga makhluk. Dia tak ada kuasa melebihi kuasa Allah. Jadi setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kita perlu kembali kepada Allah. Insya Allah nanti ada la pengamal perubatan Islam datang membantu. Mohon penduduk kampung banyakkan buat amal ibadat.
Tapi cerita kampung lapan di ganggu makhluk halus ni takde la hot isu sangat macam isu ni >> 5 ‘Hot’ Isu tentang anak muda zaman sekarang<< Isu ni patut jadi berita paling hangat sebenarnya tapi tu la sekarang ni Value cerita seram ranking tengah naik katanya. Ramai orang suka tengok & baca cerita seram macam aku jadi yang patut jadi hot isu.. memang jadi isu frozen sikit la. hehehe
Moral of the story.. Jin & syaitan memang wujud & boleh menganggu manusia. Kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga merasakan mereka lebih berkuasa dari Yang Maha Kuasa.