Showing posts with label lidah. Show all posts

BERUS GIGI SYSTEMA PENYEBAB GUSI BENGKAK

BERUS GIGI SYSTEMA PENYEBAB GUSI BENGKAK.  Tu dia ni satu lagi entri pendedahan berani mati kat blog lekatlekit.com katanya. Kau berani2 yer sebut jenama besar tu. Tak takut kena saman ke? Erkk.. perlu ke nak rasa takut? Kalau kita rasa kita tak salah tak perlu pun rasa takut. Kita cakap benda yang betul.. Jadi terpulang la pada mereka untuk ambil sebagai pengajaran atau nak ambil sebagai kritikan membunuh.

Berus gigi systema lion. Kole tu mahal ok! hahaha

Alkisah 2 minggu jugak aku derita gusi bengkak. Semuanya bermula bila aku tukar berus gigi dari Colgate Charcoal kepada berus gigi systema lion ni. Sebab aku dah mula rasa sakit gigi kat bahagian gigi geraham kanan yang aku dapat rasa dah mula goyang sikit. Berus gigi Colgate Charcoal ni berus dia halus & lembut. Aku rasa macam dia tak mencuci bersih celah2 gigi menyebabkan ada sisa makanan yang masih melekat. Jadi aku try la systema lion. Betul.. Systema lion ni dia mencuci bersih celah2 gigi sebab berus dia halus & agak keras jadi bila kita memberus tu dia memang betul2 sental. Sejak guna berus gigi systema lion ni memang aku tak pernah sakit gigi langsung.. even geraham sebelah kanan ni kalau dulu dah tak boleh mengunyah sebab asal kunyah guna geraham sebelah kanan je lepas tu mesti sakit bila ada sisa makanan melekat celah gigi tapi sejak guna systema lion ni memang tak pernah sakit gigi.

Cuma yang tak best sejak guna berus gigi systema ni.. datang pulak penyakit lain. Tak pernah2 jadi bengkak gusi.. Nah! Gedebuk dia bagi sebiji bengkak yang mula2 bahagian atas gigi geraham sebelah kiri. Seksa yarabbi bengkak gusi ni berbanding sakit gigi. Bila makan ubat bagai.. Dia sembuh la sekejab. Tapi aku ambil jugak paint killer kalau sakit sangat berdenyut. Makan ubat surut bengkak dia surut sekejab lepas tu dia bengkak lagi. Tak kat tempat yang sama dia bengkak yang gusi sebelah pulak. Dari bahagian atas sampai la bahagian bawah gigi geraham. Sampai dekat 2 minggu asyik on off je bengkak gusi aku ni.. Aku kembali la guna berus gigi colgate charcoal.. Alhamdulillah dah tak bengkak lagi gusi aku.

Berus gigi systema lion ni ni memang berus dia halus tapi agak keras. Maybe tu kot punca gusi tercedera ke hapa. Dia memang mampu membersih celah2 gigi cuma kalau gusi yang tak tahan boleh menyebabkan bengkak pulak. Dah jadi masalah. Mungkin masalah tu tak berlaku kat orang lain yang mungkin gusi dia agak sado berbanding gusi aku yang lemah lembut macam tuan dia jugak. Yang sangat soft & manja gitu.. ok ok.. sila muntah tepi skrin. hehehee...

Rasanya berus gigi systema memang tak sesuai untuk orang yang ada masalah gusi sensitif ni. Tapi kalau yang kerap sakit gigi memang elok guna berus gigi systema. Apapun ni cuma cerita dari pengalaman aku sendiri yang mungkin boleh jadi rujukan orang lain untuk memilih berus gigi yang sesuai. Ingat.. kesesuaian setiap berus gigi dengan setiap orang tak sama. Jadi mungkin berus gigi yang aku guna jugak tak sesuai untuk gigi & gusi korang.

Moral of the story.. Berus gigi juga main peranan besar tau untuk menjaga kebersihan & kesihatan dalam mulut kita termasuk gigi,gusi,lidah & sebagainya. Jadi penting untuk kita memilih berus gigi yang menetapi keperluan gigi & gusi kita.

PENGALAMAN SERAM DI APARTMENT BERHANTU NOMBOR 13A

Malam Jumaat dah malam ni kan? Sekejab jer.. Rasa baru semalam malam Jumaat. Bagus la mana2 melakukan amalan2 yang menambah pahala tu. tak payah la dok update status2 gersang malam Jumaat, tak berapa lawak sangat dah. Ok untuk malam Jumaat kali ni segmen seram serik lekat lekit nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuat apartment bernombor 13A... erkk... apsal nombor rumah sama jer dengan nombor rumah aku ni?

 Sumber Google. Sekadar hiasan

Alkisah seorang graduan yang baru memulakan kerjayanya sebagai penulis di sebuah syarikat akhbar tempatan. Semuanya bermula bila dia menyewa sebuah rumah di apartment yang berdekatan dengan tempat kerja dia. Apartment tu bukan takat dekat dengan tempat kerja, malah sewa pun murah dah tu kategori fully furniture. Bawak diri je katanya masuk rumah tu. Musykil sekali lagi sebab owner umah dia sewa tu pun sama dengan owner rumah aku sewa sekarang. Hahahahah kebetulan pulak. jangan rumah di maksudkan tu rumah aku sudah sebab aku pun duduk apartment murah jugak. hahahaha

Memula tinggal kat situ ok la.. takde apa yang pelik atau seram yang berlaku sehinggalah pada satu malam yang sepi.. pak mat jual topi.. topi mak koyak.. pak jual tempoyak... hehehehe.. saja je nak flashback kalau zaman kanak kanak rebina. Ok.. ok.. berbalik pada cerita pasa satu malam tu.. Masa dia sedang buat kerja kat ruang tamu rumah dia tiba2 terdengar dentuman kuat pintu rumah dia. Time tu dah pukul 2.30 pagi. Patut la pun.. time hantu lepak2 dah tu dia pulak dok guna ruang tamu mana tak hangin kan? kekekkee...  Dia buat tak tau jer lepas bunyi hentakkan kuat pintu tiba2 kipas pula berhenti. Time tu dia mula cuak dah. Apa lagi terkumat kamit la mulut dia baca ayat2 Al quran sebagai pendinding. Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali tenang & dia teruskan kerja.

Lepas tu dia pun masuk ke bilik nak tidur tapi malam tu dia rasa macam lain macam sangat. Seolah2 ada benda yang hempap badan dia masa tidur & terasa macam panas sangat. Tiba2 jer kaki dia tersentap buat dia terbangun dari tidur. Selepas terbangun terdengar pulak suara tangisan seorang wanita yang sayup sayup jer... seolah2 meminta tolong. Dalam takut2 tu dia cuba jugak cari suara tangisan tu di ruang tamu rumah.

Kalaulah organ dalaman badan tu macam organ kereta rasa luruh habis atas lantai bila tetiba apa yang dia nampak di ruang tamu rumah adalah sesuatu yang tak pernah di harap untuk dia tengok, Kelu, kaku jadinya bila dia melihat susuk seorang wanita dengan wajah yang menyeramkan. Matanya terjojol keluar bersama titisan darah yang keluar dari lubang biji mata, lidah terjelir panjang & kepalanya bengkon seperti orang patah leher. Dengan kuku tajam, siap ada ulat yang keluardari setiap tubuhnya.. Tiba2 tangisan sayu tadi bertukar jadi ngilaian kuat yang menakutkan. Lembaga tu katanya menerkam & terus mencekik dia. Dia dok fikir mati jer tapi tetap terus membaca ayat2 Kursi. Lembaga tu terkesan dengan bacaan ayat Qursi menjerit kesakitan terus lepaskan leher dia & hilang.

sebab badan dia terlalu lemah dia pengsan kat situ jugak. Sedar2 pagi tu tengok badan dia penuh dengan kesan cakar serta lebam di leher. Sebab tak sihat dia call kawan dia bagitau. Kawan baik yang prihatin mesti la datang melawat. Bila sampai ke kawasan rumahnya, kawan dia jadi lain macam tapi tak cerita kenapa sehingga mereka beredar dari kawasan rumah dia. Lepas dah lepak kat satu restoran ni baru kawan dia cerita yang rumah dia tu rumah berhantu. Katanya pernah jadi kejadian bunuh. Seorang graduan katanya bergaduh dengan boipren dia.. kemudian dia di rogol & di bunuh. Lepas tu di gantung kat tengah2 ruang tamu rumah seolah2 macam mati bunuh diri.

Lepas dengar je cerita kawan dia.. tak tunggu lama la kat rumah tu. Terus dia pindah kerumah kawan dia. Gila kau! Tempat orang mati di bunuh memang tempat yang jin & syaitan suka bukan sebab orang mati tu jadi hantu membalas dendam yer. Jadi betulkan pemahaman. Sebab tu dalam setiap cerita seram yang aku share kat blog ni aku sentiasa ingatkan benda tu. aku tak nak ada sesiapa salah faham yang boleh memesongkan akidah pulak.

Moral of the story... Pentingnya masuk rumah baru tak kiralah baru siap atau kita baru nak duduk buat tahlil atau bacaan yasin. Kita tak tahu siapa yang tinggal sebelum kita masuk. Rumah yang 3 hari kosong tanpa penghuni pun dah datang penumpang tak bayar sewa apatah lagi kalau rumah yang kosong sudah sekian lama.

LEMBAGA HITAM BERLIDAH PANJANG DI HOSPITAL SINGAPURA

Malam jumaat malam memomokkan hangpa dengan cerita seram. Bukan apa Malam Jumaat tak boleh overnight depan tv,laptop,pc,handphone,tab & sebagainya. Tak elok tu... Malam jumaat banyak perkara sunat yang boleh buat untuk menambah pahala katanya. Hahaha.. Amboi Sebut malam Jumaat tak pikiaq benda lain dah.. Aku maksudkan baca yassin. Bila hangpa takut baca cerita seram ni, hangpa pi baca yassin tenang la sikit kan.

 Sumber Google

Kisah seram malam Jumaat minggu ni adalah berkisah 2 kejadian seram dalam 1 malam di sebuah hospital nun di singapore sana. Alkisahnya seorang pemuda yang hantar ibu dia yang sakit ke hospital. Sementara nak tunggu doktor periksa sakit mak dia.. dia dengan ayah dia tunggu la di bilik menunggu. Almaklum lelaki bukan boleh lama sangat dok tak buat apa, mula la rasa  nak menyedut asap tembakau. Masa tu dah dekat pukul 4 pagi. Sebab dalam hospital memang kawasan larangan merokok so dia terpaksa keluar dari perkarangan hospital mencari port nak melempiaskan nafsu serakah dia terhadap sebatang rokok katanya. Dia berjalan sampai ke tempat letak kereta. Masa tu tak banyak kereta, ada beberapa biji motor & kereta juga 4 buah ambulan. Dia perlu melepasi 4 buah ambulan tersebut sebelum keluar dari kawasan hospital.

Nak di jadikan cerita seram masa dia melintasi salah sebuah ambulan kat situ tetiba hidung dia terbau wangi yang sangat kuat & tetiba tukar jadi bau busuk yang teramat. Muncul lah tanda2 seram di tubuhnya.. iatu bulu roma meremang. Ni jenis yang kental sebab dia memberanikan diri cari dari mana datangnya bau tu. Tiba2 dia dengar bunyi sesuatu mencakar papan tulis. Bunyi macam kuku bergesel dengan papan. Memang nyilu sangat. Bila dia pandang ke arah ambulan ke empat yang dia lintas, Macam nak gugur jantung di buatnya bila apa yang dia nampak adalah satu lembaga hitam,rambut panjang,mata merah menyala & lidahnya terjelir panjang dalam ambulan tu sambil merenung kearah dia. Ciri2 yang di ceritakan macam sifat hantu raya je kan? maybe hantu raya la kot yang dia nampak. Dia jadi kaku sekejab. Tapi di kuatkan semangat angkat kaki beredar dari situ.

Kejadian kedua pulak berlaku kat mak dia. Pukul 8 pagi tu jugak mak dia di benarkan balik. Dalam perjalanan balik tu ibu dia mula cerita pasal bilik wad sebelah dia yang sekejab menangis & sekejab ketawa buat mak dia tak boleh tidur. Tapi alangkah terkejut bila adik dia yang jaga mak dia sepanjang malam cakap.. Bilik sebelah tu takde sesiapa. Bila dia pun turut share kejadian seram yang berlaku kat dia mereka semua jadi terkejut.

Pakej hantu hospital ni menyakat kan? Si adik dengan ayah terselamat tapi si abang dengan ibu menjadi pilihan untuk di sakat. Nasib baik si mak tu tak fikir bukan2 masa kejadian.. just fikir orang sakit bilik sebelah.. Kalau tetiba masa tu terfikir bukan2 maunya lari keluar wad.

Biasa la hospital macam port cerita seram je. Ada je la kejadian mistik berlaku. Dah nama pun hospital ye dak? Ada orang sakit, ada orang mati ada orang koma.. So port2 pilihan terbaik makhluk2 ghaib la. Cuma kita kena ingat, kita makhluk depa pun makhluk.. Tiada kuasa sehebat Allah maka mohonlah perlindungan dari Allah.

Moral of the story jangan merayap merata rata sebab nak hisap rokok sebab jin memang suka makan asap. Kalau terserempak tu.. maybe dia nak minta sikit asap yang hangpa sedut. hehehee

Sumber : Dunia Seram


KESAN PENYAKIT MELALUI LIDAH

Setiap anggota badan kita ni memang ada connection antara satu sama lain kalau tak.. masakan tercipta pepatah 'cubit peha kanan, peha kiri pun terasa' kan? Almaklum la hidup menumpang satu nyawa ni kan.. Pi mai Pi Mai.. saling memerlukan. Macam tu jugak dengan lidah.. dia pun jenis anggota deria yang over tacing kalau organ lain yang sakit. Macam kuku jugak..


Penyakit boleh di kesan melalui warna lidah..  Di nasihatkan jangan membaca sambil jelir lidah depan cermin yer nanti menganggu fokus pembacaan. Baca dulu kejab lagi belek la lidah warna apa..

Lidah putih
disyaki mengidap kepialu , penghadaman yang terjejas, simptom influenza atau kekurangan darah. Jika warna lidah pucat dan lembap seperti ada lapisan lemak, ada tanda-tanda gejala sejuk ini ada kaitan dengan selesema. Jika lidah putih yang sedikit tebal, ini adalah salah satu daripada gejala-gejala penyakit kelamin.

Lidah biru
Lidah yang berwarna kebiru-biruan biasannya menunjukkan pesakit mungkin ada masalah dengan organ pernafasan atau masalah berkaitan dengan jantung.

Lidah merah
Lidah berwarna normal sedikit merah, merah cerah lebih buruk, ia menunjukkan pesakit menderita kepanasan. Bila warna merah sedikit kekuningan, menunjukkan demam agak tinggi. Hanya bahagian sisi yang merah atau lidah ditutupi titik titik merah, harus berjumpa doktor mungkin anda ada masalah liver@hati . Warna lidah merah cerah, lidah seperti berlumut atau retak, adalah sindrom panas. Lidah merah yang terasa sangat kering, ini tanda-tanda dehidrasi. Lidah ungu kemerahan menunjukkan adanya luka dalaman atau luka pada perut.

Lidah kuning
Menandakan panas pada tubuh yang agak berlebihan kerana terlalu banyak mengambil alkohol, makanan pedas, mengalami stres emosional dalam jangka panjang, atau akibat merokok.

Kalau lain2 warna tu tak di kenalpasti pulak masalahnya maybe sebab banyak makan makanan yang ada bahan pewarna yang tidak cair di tangan tapi luntur dalam mulut katanya. Apapun info ni untuk langkah awal mengenalpasti penyakit bukan keputusan rasmi. Selebihnya bawak2 la jumpa doktor yer...

Moral of the story... Lidah bukan je boleh tunjuk tanda penyakit malah kadang2 kerana lidah jugak dapat sakit. Jadi sayangi lidah anda... Peace!

Sumber Info :  Mengenalpasti Penyakit Melalui Warna Lidah


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com