Alkisahnya seorang wanita ni yang di namakan sebagai Nina baru menyewa sebuah rumah di jalan kebun shah alam selepas mendapat tawaran kerja kat area situ. Sebelum masuk menyewa kat situ dia dah di maklumkan oleh tuan rumah berapa orang akan tinggal bersama dia kat rumah tu. Tuan rumah bagitahu cuma ada seorang je menyewa kat situ setakat ini tapi waktu tu katanya penyewa tu balik kampung. Tapi katanya lagi 2 hari akan masuk lagi seorang penyewa baru. Jadi mereka akan bertiga la di rumah tu.
Lepas tuan rumah dah jelaskan, esoknya Nina ambil kunci & berpindah masuk la kerumah tu. Masa dia sampai kerumah tu tiada apa yang pelik & aneh. Semuanya nampak normal & baik baik sahaja. Rumah tu ada 3 bilik. Bilik yang pertama milik teman serumah yang katanya balik kampung tu jadi nina duduk di bilik kedua. Macam biasa la nina masuk bilik kemas kemas semua barang dia lepas tu tertidur.
Dia tertidur sampai petang dan bila terbangun dia macam terdengar ada orang buat kerja di dapur. Jadi bangun & pergi la meninjau di bahagian dapur. Masa tu dia nampak ada seorang tengah basuh tangan. Dia pun menegur dengan salam. Selepas tu dia pun tanya samada wanita itu housemate dia yang tuan rumah beritahu balik kampung haritu. Nina hulur tangan nak bersalam. Salam bersambut & dia mengaku dia la penyewa yang tuan rumah kata balik kampung tu. Nina perasan yang bau housemate dia ni wangi sangat. Bau bau bunga. Mereka pun borak borak la. Baru kenal kan? Tapi borak borak kosong je la.
Tapi Nina rasa sedikit pelik dengan housemate dia ni sebab lain di tanya tapi lain di jawab. Contoh bila tanya nama, kerja kat mana, student ke apa semua dia cuma jawab saya dah lama duduk sini. Saya tak ada siapa siapa kat sini. Bila tanya umur dia cuma diam. Kebetulan masa nina datang tadi ibu dia bekalkan makanan jadi dia pelawa la housemate dia ni makan. Jadi mereka pun makan la sama sama. Nina mula pelik bila tengok housemate dia tu makan dengan gelojoh macam terlalu lapar sangat. Macam orang tak makan berhari hari tapi nina berbaik sangka la mungkin cara dia macam tu. Dia makan licin. Lepas habis makan dia pergi cuci tangan.
Malam tu nina bagitahu housemate yang esoknya dia kerja. Dia dah masak nasi nanti tolong panaskan je. Lauk nanti dia balik kerja dia belikan kat luar. Boleh makan sama sama nanti. Lepas tu nina masuk bilik sambung kemas kemas barang. Tapi malam tu dia rasa panas sangat jadi dia keluar bilik untuk minum air. Dia nampak housemate dia termenung di meja makan seorang diri.
Nina agak pelik dengan housemate dia ni sebab dia suka menyendiri & termenung. Tak ada nak main phone ke apa macam orang normal zaman sekarang.. Hanya duduk & termenung je. Rumah tu kebetulan memang belum ada tv. Kalau orang mungkin sesekali akan pegang phone juga tapi tidak housemate dia ni.
Keesokan harinya sebelum pergi kerja nina masak nasi dulu. Tapi pagi tu dia tak nampak housemate yang dia jumpa semalam. Dia masih bersangka baik mungkin housemate dia dah keluar pergi kerja. Selepas habis kerja & sebelum balik rumah nina singgah dulu kedai untuk beli makanan. Nina sampai rumah dalam pukul 7 malam. Masuk je rumah dia nampak housemate dia tengah termenung di meja makan sama macam semalam. Nina tegur la dah lama ke balik. Dia cakap dah lama. Jadi nina tak syak apa apa lah. Nina masuk bilik mandi dulu selepas tu dia keluar balik untuk makan dengan housemate dia.
Tapi bila nina ke dapur buka periuk nasi dan tengok nasi dah basi. Rasa nak marah juga la sebab dia dah pesan pada housemate dia minta tolong panaskan sebab dia dah masak. Dia ingat housemate dia akan tolong panaskan rupanya tidak. Sebab dah penat dia malas nak masak nasi lain dia makan je lauk lauk yang dia tapau tadi. Pada malam tu nina jadi malas nak bersembang dengan housemate dia. Mungkin sebab masih marah la dengan kejadian nasi basi tu. Selain sebab nasi tu nina jadi tak selesa sikit dengan housemate dia tu. Katanya bila berborak dengan dia.. Dia akan pandang dengan renungan yang tajam & senyuman pendek tapi seram. Tak kira apapun nina cerita dengan dia reaksi dia tetap sama. Macam tak ada emosi.
Di jadikan malam tu tiba tiba housemate dia ketuk pintu bilik nina & minta nak tidur bersama. Tak sempat nina cakap apa apa housemate dia terus masuk & baring di atas katil nina. Sepanjang malam tu juga bilik nina berbau wangi macam bunga. Nina mula pelik sebab dalam bilik air tak ada pulak barang mandian housemate dia. Yang ada semua nina punya tapi housemate dia ni tetap berbau wangi sangat.
Esok harinya berlaku lagi perkara yang sama. Balik kerja buka periuk nasi basi. Jadi dia ambil keputusan beli je nasi goreng tapau balik makan. Sambil makan macam biasa nina borak borak dengan housemate dia. Terdetik di hati nina bila tengok housemate dia cantik & ayu tapi perangai agak pelik. Nina fikir mungkin dia ni ada masalah lain yang menyebabkan dia jadi macam tu. Tapi kalaupun ada masalah kenapa malas sangat. Nak panaskan nasi yang siap masak pun tak boleh buat. Dan malam tu housemate dia masih nak tidur dengan dia.
Keesokan harinya housemate yang baru masuk. Nina balik kerja baru berkesempatan jumpa housemate baru ni. Housemate baru ni tegur la nina. Tanya dah lama ke tinggal sorang sorang & cakap berani nina duduk sorang sorang. Nina nafikan la dia duduk sorang sorang sebab selama dia berpindah masuk kerumah tu memang dah ada housemate dengan dia. Dia tanya housemate baru tu takkan tak nampak ada lagi sorang housemate yang tinggal kat situ. Housemate baru tu ingat sengaja nina nak takut kan dia. Jadi dia bersangka baik saja.
Biasa lepas makan malam nina & housemate pelik dia tu akan keluar jalan jalan kaki ambil angin luar. Dah penat dorang akan balik tidur keesokan harinya macam biasa pagi nina akan pergi kerja.
Hari ketiga baru housemate baru tegur lagi sekali tanya tak takut ke tinggal sorang. Dan tanya pulak hari hari nina bercakap dengan siapa. Dan kenapa beli makan tiap hari sampai tiga bungkus. Padahal yang ada di rumah tu hanya mereka berdua pada pandangan housemate baru dia. Nina tanya lagi pada housemate baru dia.. Takkan tak nampak ada lagi sorang housemate tinggal bersama mereka? Nina bersungguh bagitau yang mereka tinggal bertiga dalam rumah tu. Dan malam tu masih housemate pelik nina masih tidur di biliknya.
Hari keempat lepas maghrib nina turun kebawah untuk buang sampah. Terserempak dengan makcik makcik yang tinggal kat area situ. Makcik makcik tu bagitahu la yang budak budak lelaki kat situ kerap nampak nina bercakap sorang sorang. Nina mula rasa tak sedap hati. Sebab semua orang tak nampak housemate dia. Dia pun call tuan rumah bertanya & bercerita tentang apa berlaku. Tuan pun terkejut dan tanya balik dengan siapa dia bercakap. Sememangnya hanya dia sorang je dalam rumah tu sebelum ni. Nina bagitahu dia bukan sorang sorang tapi housemate yang tuan rumah kata balik kampung haritu ada kat rumah tu dengan dia. Lepas tu tuan rumah terus tak balas chat. Housemate yang baru pindah tu pun dah keluar macam tu je tak jadi tinggal kat situ.
Tiba tiba nina rasa nak terkencing dia ke bilik air. Ada pulak housemate dia yang misteri tu depan tu. Nina minta housemate dia ketepi sebab dah tak tahan nak terkencing. Terselisih la lengan dengan dia. Nina dapat rasakan lengan dia sejuk sangat. Sejuk macam ais. Nina jadi kaku dalam bilik air sampai pagi buta. Kaki dia rasa tak boleh nak melangkah.
Keluar je dari bilik air nina ambil phone dan tengok banyak kali tuan rumah call & cuba hantar chat bagitau housemate dia masih di kampung. Belum balik kerumah tu.
Nina mula takut terus call mak ayah dia untuk datang ambil dia waktu tu juga. Kebetulan mak ayah dia ada di seksyen 30.sementara tunggu mak ayah dia sampai nina tidak berhenti berdoa. Sampai je mak ayah dia nina berlari dengan keadaan mengeletar satu badan. Dalam kereta dia cerita semuanya dan terus di bawa pergi kerumah perawat.
Sampai di sana dia cerita balik pada perawat tu apa berlaku. Perawat tu ada bertanya bau wangi tu bau yang macam mana. Nina bagitau la bau seakan bunga melur & bunga cempaka. Kemudian perawat tu hulur kapur barus & tanya nina ada terbau macam tu tak. Nina bagitau ada terbau juga. Kemudian perawat tu bagitau itu adalah pocong yang sebenarnya minta supaya ikatan di kepalanya di buka. Dia dah lama tidak bertuan dan terseksa turun temurun akibat dari perbuatan syirik & khurafat yang manusia buat untuk sesuatu tujuan.
Balik je rumah mak ayah dia, terus nina mandi & bersihkan badannya. Bila dia nak baring dia masuk bilik. Dalam bilik dia ada satu bantal peluk panjang sebab nina suka tidur mengiring & peluk bantal. Biasanya boleh peluk penuh bantal tu tapi tiba tiba malam tu tangan dia tak dapat capai pelukan tu. Bantal peluk tu seolah olah makin besar dan tinggi. Di tambah lagi ada bau busuk macam bau bangkai cicak. Bau tu di rasa terlalu dekat seolah didepan muka. Tiba tiba tubuhnya jadi kaku hanya mata sahaja terbuka. Nina dapat rasakan benda tu ada betul betul depan muka dia. Dengan bau yang sangat busuk. Dia tak boleh lari sampai ke pagi nina terkaku.
Tiada lagi jelmaan cantik, ayu & wangi dia tunjukan pada nina bila dah terbongkar siapa dia sebenar. Dia datang dengan rupa & bentuk sebenar.
Sejak hari tu katanya nina terus buat rawatan untuk atasi masalah gangguan mistik tu. Tapi yang sedihnya.. Khabar yang aku baca katanya nina dah meninggal dunia. Tapi tak pasti adalah sebab gangguan tu atau masalah kesihatan yang lain. Innalillahhiwainnalillahhirajium. Salam takziah.
Sejauh mana kebenaran cerita ini aku tak dapat pastikan cuma aku harap jangan la hangpa terlalu taksub yer. Makhluk makhluk halus ni memang wujud tapi dia pun makhluk Allah yang tiada kuasa. Ingat tu!!