AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU

5/21/2025 08:24:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU. Sejak dua tiga hari ni aku dok selongkar blog. Ada masa baca balik entri entri lama nak tengok apa yang sesuai & tidak lagi untuk di publickan. Almaklum la blog ni terlahir secara luar nikah... kekekeke. Bukan maksudnya blog ni wujud sebelum aku nikah. Sebelum aku kenal suami aku dan ada sedikit cerita peribadi yang tak sesuai aku nak public kan sebab melibatkan orang yang dah jadi kenangan ni. Tak best la sebab ada gambar gambar kan walau tidak la gambar itu dalam keadaan yang mengaibkan. Gambar gambar biasa je. Yelah masa bujang kita kan banyak aktiviti outdoor jadi ada la gambar gambarnya.

Bila baca balik entri entri lama tu kadang kadang tergelak sendiri. Ya Allah.. betapa masa menjadikan kita semakin matang dan kita boleh nampak dari penulisan kita sendiri. Bagus juga kan ada blog ni. Harap memori kita untuk ingat semua yang pernah berlaku memang tak la. Semakin bertambah usia akan semakin banyak kita akan lupa. Jadi aku rasa dalam usia yang ada ni aku nak jadikan blog ni untuk menulis cerita cerita harian aku je lepas ni. Atau bila aku rasa nak menulis sesuatu aku tulis je. Asalkan masih ada ruangan untuk aku menulis selain platform media sosial lain. Tapi menulis blog ni tak sama tau dengan kita menulis posting di platform social media lain. Blog ni kita kadang kadang kita rasa macam satu medium yang lebih memberi inspirasi untuk menulis. Tak kisah la ada atau tak orang membaca kan.. Tapi untuk kepuasan sendiri tak salah pun nak teruskan.

Aku mula minat menulis sejak usia 12 tahun. Nak tahu masa tu aku suka karang apa? Bila aku sedih aku buat pantun yang meluahkan perasaan aku. Pantun semua sedih sedih je. Lepas tu aku mula tulis diari. Aku mula tulis puisi & cerpen. Salah satu cerpen aku dulu pernah tersiar di laman web karangkraf. Banyak koleksi karya aku dah tak ada selepas aku berhijrah. Rumah aku kat kampung mak ayah aku renovate. Bilik aku dah tak ada. Semua barang2 & buku aku mak aku dah buang. Bukan benci tapi rumah nak renovate dia kemas kemas ikut dia la apa dia rasa sampah dia buang. Disket disket yang banyak aku simpan puisi & cerpen aku pun rasa kalau ada dah tak boleh baca. Pc sekarang pun mana ada floppy disk dah. Budak budak gen Z pun tak kenal dah disket. 

Ada satu diari untuk sahabat aku hari hari tulis dulu. Masa tu umur aku 18 tahun. Hari hari aku tulis diari tu seolah olah sedang bercerita dengan dia. Aku ni dulu seseorang yang sangat sayangkan sahabat. Tapi banyak berakhir dengan kekecewaan sampai satu masa aku memilih untuk jauhkan perasaan & diri aku dengan menjadikan sahabat tu sesuatu yang terlalu istimewa. Mungkin sampai satu peringkat umur kita mula memikirkan pasangan hidup jadi focus & keutamaan kita pun kepada sesuatu yang kita nak cari & capai. Dan selepas itu.. Dunia aku cuma dengan pasangan hidup aku sahaja. 

Kanak kanak, remaja & sebelum aku kahwin dunia aku memang dengan kawan kawan. Family dah jadi kurang. Tapi selepas aku dah kahwin dunia aku 360° berubah. Masa yang ada sekarang aku cuma focus untuk family. Sebab tu balik kampung aku jarang nak jumpa siapa siapa. Aku lebih suka duduk di rumah spent time dengan family aku. Aku rasa dulu masa aku dengan kawan kawan dah terlalu banyak berbanding family aku sendiri tapi mereka tak kekal ada dengan aku. Tapi keluarga.. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jauh dari hidup aku. Dalam susah dan senang sentiasa ada. 

Tapi aku tetap menghargai semua yang pernah hadir dalam hidup aku. Mewarnai kisahku & melengkapkan kenangan ku. Aku melalui semua kisah yang perlu ada dalam sebuah kehidupan. Tanpa semua yang pernah hadir dalam hidup aku mustahil aku mampu melengkapkan kisah hidup aku dengan semua cerita kehidupan. Terima kasih atas semua kenangan manis, kenangan pahit & cerita yang pernah kita cipta bersama. 



0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com