Showing posts with label kisah. Show all posts

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR?

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR? Masih hangat di media sosial isu kisah housemate pocong di salah sebuah rumah sewa jalan kebun shah alam tu. Ada yang percaya dan ada yang pertikaikan kesahihan cerita tu. Masing masing mula berhujah dengan pendapat sendiri. Begitulah kehidupan di media sosial ni kan tak pernah sunyi dengan isu isu hangat. 

Aku pun ada baca dan kongsi kisah tu di blog ni. Kalau dah lama ikuti blog aku memang aku antara blogger yang suka & minat dengan cerita cerita seram ni. Tak kira filem je, kisah kisah di ceritakan dari mulut ke mulut ke aku suka baca & tonton. Aku pun ada koleksi dvd filem seram yang sampai hari ni aku simpan. Anak anak pun  tak boleh sentuh tau. Ada sebakul aku simpan semua original bukan pasar malam. Kat situ pun boleh nampak minat aku pada cerita cerita seram ni. 


Taksubkah aku dengan dunia mistik ni? Tak juga. Aku bukan pentaksub dengan perkara perkara macam tu. Aku cuma suka membaca, menonton & mendengar lebih kepada hiburan. Yer.. Kita kena percaya memang wujud makhluk makhluk alam ghaib. Aku pun percaya mereka wujud dalam dimensi yang berbeza. Dengan izin Allah mereka boleh menjelma dalam bentuk apapun. Semua tu boleh berlaku dan biasa berlaku. Tapi manusia yang taksub ni kadang kadang ambil kesempatan secara berlebihan dalam mengambarkan kewujudan makhluk makhluk halus ni. Itu yang jadi salah. 

Kisah housemate pocong tu.. Ramai meragui kesahihan cerita tu. Kalau betul mereka harap wakil dari keluarga cikgu nina akan tampil bagi penjelasan. Sampai sekecil perkara pun ada pertikaikan.. Hantu boleh jawab salam ke? Aku baca pun rasa kelakar juga. Ramai merasakan cerita tu cuma fiksyen yang di ceritakan seolah olah benar benar berlaku. Ada juga yang percaya cerita itu benar. Dan aku macam biasa baca sekadar hiburan. Apa yang baik kita ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Kesahihan cerita tu setakat ni tiada siapa boleh buktikan. 

Banyak je cerita cerita seram yang menjadi lagenda sesebuah negara atau kaum yang sampai hari ni tiada siapa tahu sejauh mana peristiwa seram tu pernah berlaku. Bukan perkara baru yang berlaku dalam kehidupan kita malah dari zaman dulu lagi. Dulu pernah hangat cerita hantu kumkum, orang minyak.. Sampai kat kampung aku masing masing pasang buluh kuning padahal tak ada siapapun yang di serang atau di ganggu. Cerita tu di sebarkan dari mulut ke mulut ja tapi seorang mangsa pun aku tak pernah tengok kena. Kita pun jadi takut sebab percaya dengan apa yang kita dengar. Lebih lebih kanak kanak kan. 

Jadi bagi aku benar atau fiksyen kisah housemate pocong tu.. Biarlah. Sebab aku tak ambil berat sangat. Dalam perkongsian aku tentang kisah tu pun aku dah mention jangan taksub. Baca sekadar untuk hiburan. Kita masing masing dah dewasa. Bukan lagi di zaman filem sundelbolong yang lepas tonton filem tu nak pergi tandas pun kita jadi takut. Waktu tu masih budak budak tak pelik la mudah di pengaruhi. Tengok filem hantu cina lompat lompat pun kita boleh ikut tahan nafas. Betul tak Gen Y sekalian? Tapi sekarang masing masing dah dewasa takkan la mentaliti kita masih sama. Tolong la dewasa.. 


HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM

HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM. Kecoh kat threads sekarang kisah seseorang yang tak sedar teman serumah sewanya rupanya pocong. Ada yang cakap cerita lama yang di viralkan semula. Tapi aku tak pernah terdengar atau terbaca jadi boleh la kita share di blog lekatlekit ni kan


Alkisahnya seorang wanita ni yang di namakan sebagai Nina baru menyewa sebuah rumah di jalan kebun shah alam selepas mendapat tawaran kerja kat area situ. Sebelum masuk menyewa kat situ dia dah di maklumkan oleh tuan rumah berapa orang akan tinggal bersama dia kat rumah tu. Tuan rumah bagitahu cuma ada seorang je menyewa kat situ setakat ini tapi waktu tu katanya penyewa tu balik kampung. Tapi katanya lagi 2 hari akan masuk lagi seorang penyewa baru. Jadi mereka akan bertiga la di rumah tu. 

Lepas tuan rumah dah jelaskan, esoknya Nina ambil kunci & berpindah masuk la kerumah tu. Masa dia sampai kerumah tu tiada apa yang pelik & aneh. Semuanya nampak normal & baik baik sahaja. Rumah tu ada 3 bilik. Bilik yang pertama milik teman serumah yang katanya balik kampung tu jadi nina duduk di bilik kedua. Macam biasa la nina masuk bilik kemas kemas semua barang dia lepas tu tertidur. 

Dia tertidur sampai petang dan bila terbangun dia macam terdengar ada orang buat kerja di dapur. Jadi bangun & pergi la meninjau di bahagian dapur. Masa tu dia nampak ada seorang tengah basuh tangan. Dia pun menegur dengan salam. Selepas tu dia pun tanya samada wanita itu housemate dia yang tuan rumah beritahu balik kampung haritu. Nina hulur tangan nak bersalam. Salam bersambut & dia mengaku dia la penyewa yang tuan rumah kata balik kampung tu. Nina perasan yang bau housemate dia ni wangi sangat. Bau bau bunga. Mereka pun borak borak la. Baru kenal kan? Tapi borak borak kosong je la. 

Tapi Nina rasa sedikit pelik dengan housemate dia ni sebab lain di tanya tapi lain di jawab. Contoh bila tanya nama, kerja kat mana, student ke apa semua dia cuma jawab saya dah lama duduk sini. Saya tak ada siapa siapa kat sini. Bila tanya umur dia cuma diam. Kebetulan masa nina datang tadi ibu dia bekalkan makanan jadi dia pelawa la housemate dia ni makan. Jadi mereka pun makan la sama sama. Nina mula pelik bila tengok housemate dia tu makan dengan gelojoh macam terlalu lapar sangat. Macam orang tak makan berhari hari tapi nina berbaik sangka la mungkin cara dia macam tu. Dia makan licin. Lepas habis makan dia pergi cuci tangan. 

Malam tu nina bagitahu housemate yang esoknya dia kerja. Dia dah masak nasi nanti tolong panaskan je. Lauk nanti dia balik kerja dia belikan kat luar. Boleh makan sama sama nanti. Lepas tu nina masuk bilik sambung kemas kemas barang. Tapi malam tu dia rasa panas sangat jadi dia keluar bilik untuk minum air. Dia nampak housemate dia termenung di meja makan seorang diri. 

Nina agak pelik dengan housemate dia ni sebab dia suka menyendiri & termenung. Tak ada nak main phone ke apa macam orang normal zaman sekarang.. Hanya duduk & termenung je. Rumah tu kebetulan memang belum ada tv. Kalau orang mungkin sesekali akan pegang phone juga tapi tidak housemate dia ni. 

Keesokan harinya sebelum pergi kerja nina masak nasi dulu. Tapi pagi tu dia tak nampak housemate yang dia jumpa semalam. Dia masih bersangka baik mungkin housemate dia dah keluar pergi kerja. Selepas habis kerja & sebelum balik rumah nina singgah dulu kedai untuk beli makanan. Nina sampai rumah dalam pukul 7 malam. Masuk je rumah dia nampak housemate dia tengah termenung di meja makan sama macam semalam. Nina tegur la dah lama ke balik. Dia cakap dah lama. Jadi nina tak syak apa apa lah. Nina masuk bilik mandi dulu selepas tu dia keluar balik untuk makan dengan housemate dia. 

Tapi bila nina ke dapur buka periuk nasi dan tengok nasi dah basi. Rasa nak marah juga la sebab dia dah pesan pada housemate dia minta tolong panaskan sebab dia dah masak. Dia ingat housemate dia akan tolong panaskan rupanya tidak. Sebab dah penat dia malas nak masak nasi lain dia makan je lauk lauk yang dia tapau tadi. Pada malam tu nina jadi malas nak bersembang dengan housemate dia. Mungkin sebab masih marah la dengan kejadian nasi basi tu. Selain sebab nasi tu nina jadi tak selesa sikit dengan housemate dia tu. Katanya bila berborak dengan dia.. Dia akan pandang dengan renungan yang tajam & senyuman pendek tapi seram. Tak kira apapun nina cerita dengan dia reaksi dia tetap sama. Macam tak ada emosi. 

Di jadikan malam tu tiba tiba housemate dia ketuk pintu bilik nina & minta nak tidur bersama. Tak sempat nina cakap apa apa housemate dia terus masuk & baring di atas katil nina. Sepanjang malam tu juga bilik nina berbau wangi macam bunga. Nina mula pelik sebab dalam bilik air tak ada pulak barang mandian housemate dia. Yang ada semua nina punya tapi housemate dia ni tetap berbau wangi sangat. 

Esok harinya berlaku lagi perkara yang sama. Balik kerja buka periuk nasi basi. Jadi dia ambil keputusan beli je nasi goreng tapau balik makan. Sambil makan macam biasa nina borak borak dengan housemate dia. Terdetik di hati nina bila tengok housemate dia cantik & ayu tapi perangai agak pelik. Nina fikir mungkin dia ni ada masalah lain yang menyebabkan dia jadi macam tu. Tapi kalaupun ada masalah kenapa malas sangat. Nak panaskan nasi yang siap masak pun tak boleh buat. Dan malam tu housemate dia masih nak tidur dengan dia. 

Keesokan harinya housemate yang baru masuk. Nina balik kerja baru berkesempatan jumpa housemate baru ni. Housemate baru ni tegur la nina. Tanya dah lama ke tinggal sorang sorang & cakap berani nina duduk sorang sorang. Nina nafikan la dia duduk sorang sorang sebab selama dia berpindah masuk kerumah tu memang dah ada housemate dengan dia. Dia tanya housemate baru tu takkan tak nampak ada lagi sorang housemate yang tinggal kat situ. Housemate baru tu ingat sengaja nina nak takut kan dia. Jadi dia bersangka baik saja. 

Biasa lepas makan malam nina & housemate pelik dia tu akan keluar jalan jalan kaki ambil angin luar. Dah penat dorang akan balik tidur keesokan harinya macam biasa pagi nina akan pergi kerja. 

Hari ketiga baru housemate baru tegur lagi sekali tanya tak takut ke tinggal sorang. Dan tanya pulak hari hari nina bercakap dengan siapa. Dan kenapa beli makan tiap hari sampai tiga bungkus. Padahal yang ada di rumah tu hanya mereka berdua pada pandangan housemate baru dia. Nina tanya lagi pada housemate baru dia.. Takkan tak nampak ada lagi sorang housemate tinggal bersama mereka? Nina bersungguh bagitau yang mereka tinggal bertiga dalam rumah tu. Dan malam tu masih housemate pelik nina masih tidur di biliknya. 

Hari keempat lepas maghrib nina turun kebawah untuk buang sampah. Terserempak dengan makcik makcik yang tinggal kat area situ. Makcik makcik tu bagitahu la yang budak budak lelaki kat situ kerap nampak nina bercakap sorang sorang. Nina mula rasa tak sedap hati. Sebab semua orang tak nampak housemate dia. Dia pun call tuan rumah bertanya & bercerita tentang apa berlaku. Tuan pun terkejut dan tanya balik dengan siapa dia bercakap. Sememangnya hanya dia sorang je dalam rumah tu sebelum ni. Nina bagitahu dia bukan sorang sorang tapi housemate yang tuan rumah kata balik kampung haritu ada kat rumah tu dengan dia. Lepas tu tuan rumah terus tak balas chat. Housemate yang baru pindah tu pun dah keluar macam tu je tak jadi tinggal kat situ. 

Tiba tiba nina rasa nak terkencing dia ke bilik air. Ada pulak housemate dia yang misteri tu depan tu. Nina minta housemate dia ketepi sebab dah tak tahan nak terkencing. Terselisih la lengan dengan dia. Nina dapat rasakan lengan dia sejuk sangat. Sejuk macam ais. Nina jadi kaku dalam bilik air sampai pagi buta. Kaki dia rasa tak boleh nak melangkah. 

Keluar je dari bilik air nina ambil phone dan tengok banyak kali tuan rumah call & cuba hantar chat bagitau housemate dia masih di kampung. Belum balik kerumah tu. 

Nina mula takut terus call mak ayah dia untuk datang ambil dia waktu tu juga. Kebetulan mak ayah dia ada di seksyen 30.sementara tunggu mak ayah dia sampai nina tidak berhenti berdoa. Sampai je mak ayah dia nina berlari dengan keadaan mengeletar satu badan. Dalam kereta dia cerita semuanya dan terus di bawa pergi kerumah perawat. 

Sampai di sana dia cerita balik pada perawat tu apa berlaku. Perawat tu ada bertanya bau wangi tu bau yang macam mana. Nina bagitau la bau seakan bunga melur & bunga cempaka. Kemudian perawat tu hulur kapur barus & tanya nina ada terbau macam tu tak. Nina bagitau ada terbau juga. Kemudian perawat tu bagitau itu adalah pocong yang sebenarnya minta supaya ikatan di kepalanya di buka. Dia dah lama tidak bertuan dan terseksa turun temurun akibat dari perbuatan syirik & khurafat yang manusia buat untuk sesuatu tujuan. 

Balik je rumah mak ayah dia, terus nina mandi & bersihkan badannya. Bila dia nak baring dia masuk bilik. Dalam bilik dia ada satu bantal peluk panjang sebab nina suka tidur mengiring & peluk bantal. Biasanya boleh peluk penuh bantal tu tapi tiba tiba malam tu tangan dia tak dapat capai pelukan tu. Bantal peluk tu seolah olah makin besar dan tinggi. Di tambah lagi ada bau busuk macam bau bangkai cicak. Bau tu di rasa terlalu dekat seolah didepan muka. Tiba tiba tubuhnya jadi kaku hanya mata sahaja terbuka. Nina dapat rasakan benda tu ada betul betul depan muka dia. Dengan bau yang sangat busuk. Dia tak boleh lari sampai ke pagi nina terkaku. 

Tiada lagi jelmaan cantik, ayu & wangi dia tunjukan pada nina bila dah terbongkar siapa dia sebenar. Dia datang dengan rupa & bentuk sebenar. 

Sejak hari tu katanya nina terus buat rawatan untuk atasi masalah gangguan mistik tu. Tapi yang sedihnya.. Khabar yang aku baca katanya nina dah meninggal dunia. Tapi tak pasti adalah sebab gangguan tu atau masalah kesihatan yang lain. Innalillahhiwainnalillahhirajium. Salam takziah. 

Sejauh mana kebenaran cerita ini aku tak dapat pastikan cuma aku harap jangan la hangpa terlalu taksub yer. Makhluk makhluk halus ni memang wujud tapi dia pun makhluk Allah yang tiada kuasa. Ingat tu!! 

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR. Lama tak menulis cerita seram di blog lekatlekit ni kan? Kena warm up balik untuk kembali menjadikan blog ni berpuaka. Tu dia.. Mampus nanti geng geng paranormal berkampung di blog aku pulak. Alah.. cerita seram kat blog lekatlekit ni seram santai sahaja. Memang dari dulu konsep aku menulis cerita seram hanya untuk hiburan bukan menakutkan orang sebab tak nak ada orang terlalu taksub dengan cerita cerita macam ni sampai lebih takutkan makhluk halus dari takutkan Allah.Sedangkan makhluk ni tak ada kuasa. Yang mengizinkan segalanya berlaku adalah Allah. Jadi nak minta apa apa jangan pada makhluk, minta pada Allah yer anak anak.

Cerita ni di adaptasi dari laman X kalau dulu di kenali sebagai twitter. Walaupun cerita ni bagi aku macam tipikal cerita seram yang biasa kita baca atau dengar tapi katanya dari cerita sebenar yang berlaku sekitar tahun 2009 - 2010. Wah lebih kurang tahun mula mula blog lekatlekit di lahirkan ni. Lama juga la ceritanya tapi best juga kita flashback dalam blog ni kan? Untuk pembacaan santai santai di kala kau tak de benda nak buat kan. Dari kau membawang isu rumahtangga orang ada lebih baik kau baca  blog aku ni nyah.

Kejadian seram ni katanya berlaku di sekitar lebuhraya seremban menuju ke kuala lumpur. Aku bab bab jalan memang tak arif. Aku tulis mengikut apa yang di ceritakan je la yer. Hangpa yang tau jalan tu kat mana imagine la sendiri yer suasana tu. Tak dapek den nak nolong gambarkannya. Makcik ni tak pandai drive & memang tidak menghafal jalan yer anak anak. Dulu pertama kali nak bawa bakal suami balik kampung pun aku suruh dia guna waze jangan harap aku guide dia. Sampai nak masuk simpang kampung aku je aku tau jalan kerumah aku. Teruk tak teruk bab menghafal jalan ni.. Macam tu la aku. Aku setiap kali masuk kereta aku bukan tidur.. aku hanya suka lihat permandangan, kampung kampung orang, pekan pekan kecil, rumah rumah & bangunan bangunan di sepanjang jalan je. Sebab tu aku tak suka untuk perjalanan jauh guna highway sebab tak ada perkara menarik aku boleh tengok.

Menurut sang pencerita waktu tu jalan tu baru buka. Jadi tak banyak la lampu jalan di sepanjang perjalanan ini menuju destinasi, berbagai lebuhraya di lalui.. (Maaf kalau ada yang ternyanyi.Gen Z je mungkin baca tak menyanyi.GenKRU genRock kapak bagai auto akan nyanyi gitu). Kita sambung balik cerita tadi. Katanya jalan tu memang familiar sangat la dengan kisah kisah seram. Sebab waktu tu memang masih tak banyak kereta yang menggunakan jalan tu. Nanti la aku siasat samada betul ke tidak banyak cerita cerita seram yang pernah berlaku kat situ. Aku bab bab menyiasat ni aku handal juga la.

Nak di jadikan kisah seramnya.. Pada malam yang sunyi.. Bukan pak mat jual topi tapi si budak Zaidi namanya. Pelajar perubatan yang sedang pratikal di salah sebuah hospital kat nogori sembilan sana. Sebab dia pelajar perubatan pratikal kat spital ni paham paham je la depa bukan jenis dapat punch card balik on time pun. Petugas petugas perubatan ni kebanyakan macam tu la terutama Doktor & jururawat. Depa kerja separuh nyawa juga terutama di klinik atau hospital kerajaan. Hangpa tau compalint ja. Hangpa cukup time sharp pukul 5 dah punch card balik. Depa belum tentu. Jadi jangan sikit sikit nak SISPAA ja. Tunggu lama pun nak SISPAA. 

Meneruskan cerita tadi, Si Zaidi ni habis kerja malam tu dah pukul 8 malam. Selesai solat maghrib di surau hospital dia pun bergegas mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur. Selain cuti hujung minggu kebetulan cuti umum juga. Maka dia ambil kesempatan untuk pulang ke pangkuan keluarga sekejab. Yelah.. time tu je ada peluang berehat & berjumpa keluarga kan..

Dia memandu sorang sorang je balik ke kuala lumpur. Dia ikut waze macam biasa la tapi tetiba dia berubah fikiran dari nak ikut jalan biasa dia guna terus bertukar fikiran nak guna jalan baru. Maka dia meneruskan perjalanan melalui jalan baru tu. Malam tu kenderaan pun tak banyak atas jalan jadi agak lengang. Hanya ada sebiji dua kereta yang sempat berselisih dengan dia. Tapi di sebabkan penat bekerja di siang hari, dia jadi agak mengantuk masa memandu. Selain faktor jalan terlalu tenang & lenggang jadi tak ada cabaran dalam memandu pun menjadikan perasaan mengantuk tu semakin menjadi jadi lah. Bila drive dengan jalan yang terlalu tenang, badan letih dah tu malam dia punya heal tu memang akan mengundang rasa mengantuk ok!

Kendengaran suara azan di corong radio. Kebetulan dia nampak ada RNR. jadi dia ambil keputusan untuk singgah rehat & bersolat dulu sebelum meneruskan perjalanan. Si Zaidi ni memang seorang yang alim & menjaga solat sikit. Jadi dia pun masuk ke kawasan rnr tu & parking kemudian terus ambil wuduk & masuk bersolat dalam surau. Masa dia datang tu memang surau kosong. Bukan saja surau kawasan RNR tu pun tiada sesiapa. Tapi mungkin dia anggap biasa RNR kosong bila bukan musim perayaan atau cuti umum yang panjang.

Dah selesai wuduk dia masuk surau & mula solat, Tiba tiba masa dia mengangkat Takbiratul Ihram terdengar suara bacaan yassin bergema dari arah belakang. Suara bacaan yassin tu agak kuat dan kedengaran agak lain dari biasa. Dia meneruskan solat sehingga selesai sehinggalah sampai ke salam terakhir dia terperasan  seakan ada ramai orang duduk berkumpul dan membaca yassin. Selesai salam dia berzikir & berdoa sekejab selepas tu dia bangun. Tiba tiba ada orang cuit bahu dia dari belakang pelawa dia untuk sertai bacaan yassin dengan mereka. lelaki tu memakai kopiah putih yang di lilit serban hijau. Katanya ada majlis tahlil sedikit. Sambil menunjukan kearah kumpulan bacaan yassin. Apa yang buat si zaidi ni berderau ada sekujur jenazah dah siap berkafan di hadapan 20 orang lain sambil di pimpin oleh seseorang.

Dia menolak dengan baik dengan alasan dia nak cepat balik ke kuala lumpur. Dia bukan takut sebab ada jenazah. perkara macam tu bagi zaidi biasa je sebab dia dah biasa menjadi imam di masjid kampung dia cuma yang luar biasa berlaku depan mata dia sekarang adalah sebab berlaku di surau RNR. Iskk.... tak pernah orang buat tahlil atau solat jenazah kat surau RNR malam malam buta macam ni. Selepas menolak baik pelawaan lelaki tu, Zaidi pun beredar lah. Sebelum beredar dia sembat mengalih pandangan kearah mereka & lelaki tu tersenyum. Nampak la sederet gigi emas dia. Luar biasa pelik juga tu. Bertambah seram Zaidi jadinya.

Yang buat dia semakin pelik keluar dari surau dia tak nampak ada satupun selipar atau kasut. Van jenazah pun tak ada. Jadi mereka ni datang dengan apa? Dari mana? Dengan siapa? Pelik,seram,sejuk lepas tu Zaidi rasa lapar pulak. Yang pelik rasa lapar tu macam lapar sangat sampai lutut dia jadi lemah & tak mampu berjalan. Macam tak makan berhari hari pulak lapar tu. Nak kata dia ada gastrik dia tak pernah ada gastrik pun. Sebab lapar sangat dia pun pergi ke salah sebuah restoran yang ada kat RNR tu. Restoran tu pun tak ada orang. Lepas pesan makanan & minuman tak sampai seminit dah sampai order dia. Terkejut juga dia. Cepat sangat kot. Dia pun tegur makcik restoran tu sebab cepat sangat. Kata makcik tu tak ada orang memang cepat. Kalau lambat nanti customer complaint pulak. Sebab terlalu lapar dia makan lupa nak baca bismillah. Terus pelahap gitu je. Nasi goreng tu sedap walau katanya ada bau hanyir pada ayam.  Sirap ais yang di pesan pun pekat & manis. Dia pun puji masakan makcik tu semasa nak bayar tapi makcik tu menolak katanya dia belanja. Semasa Zaidi tunduk mengira duit  tiba tiba suasana bertukar diam & sunyi. Sebaik dia mengangkat kepala terus dia tergamam.

Kedai tadi yang cerah benderang bertukar jadi gelap gelita. Tiada tanda yang kedai tu di buka pun. Papan tanda kedai pun kosong. Tiba tiba tekak dia mula rasa pahit & loya. Mula terfikir tadi dia makan & minum apa sebenarnya? Dia jadi pening.. berjalan terhuyung hayang ke kereta.

Dia tak tunggu la nak baca Yassin ke, ayat kursi ke ruqyah ke apa dah.. Terus pecut kereta. Kalau masa tu michael schumacher ada rasa ketinggalan jauh kebelakang juga si michael tu dengan budak Zaidi ni. Yelah.. kau sorang sorang di tempat pelik,aneh & seram dah tak ingat nak panas enjin dulu ke, nak ketuk ketuk carpet kereta dulu ke, nak check gigi ada sisa makanan lagi ke tak. Memang terus pecut la. Sempat juga dia jeling kearah surau tadi sebelum pecut. Imam tadi sempat melambai sambil tersenyum di pintu surau. Endingnya lepas kejadian tu Zaidi demam seminggu.

Itulah secebis kisah pengalaman si Zaidi yang di kongsikan sahabatnya di laman X. Cerita seram ni kadang kadang tak jadi berapa seram bila di ceritakan kembali dalam bentuk penulisan atau penceritaan secara lisan tapi sebenarnya bila kita sendiri hadap perkara ni ia dah sangat menyeramkan. Jadi jangan cakap besar sangat. Jangan sampai Dia try test hang masa tu baru rasa betapa azab kena tahan kencing & berak sampai langit cerah. 


AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU

AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU. Sejak dua tiga hari ni aku dok selongkar blog. Ada masa baca balik entri entri lama nak tengok apa yang sesuai & tidak lagi untuk di publickan. Almaklum la blog ni terlahir secara luar nikah... kekekeke. Bukan maksudnya blog ni wujud sebelum aku nikah. Sebelum aku kenal suami aku dan ada sedikit cerita peribadi yang tak sesuai aku nak public kan sebab melibatkan orang yang dah jadi kenangan ni. Tak best la sebab ada gambar gambar kan walau tidak la gambar itu dalam keadaan yang mengaibkan. Gambar gambar biasa je. Yelah masa bujang kita kan banyak aktiviti outdoor jadi ada la gambar gambarnya.

Bila baca balik entri entri lama tu kadang kadang tergelak sendiri. Ya Allah.. betapa masa menjadikan kita semakin matang dan kita boleh nampak dari penulisan kita sendiri. Bagus juga kan ada blog ni. Harap memori kita untuk ingat semua yang pernah berlaku memang tak la. Semakin bertambah usia akan semakin banyak kita akan lupa. Jadi aku rasa dalam usia yang ada ni aku nak jadikan blog ni untuk menulis cerita cerita harian aku je lepas ni. Atau bila aku rasa nak menulis sesuatu aku tulis je. Asalkan masih ada ruangan untuk aku menulis selain platform media sosial lain. Tapi menulis blog ni tak sama tau dengan kita menulis posting di platform social media lain. Blog ni kita kadang kadang kita rasa macam satu medium yang lebih memberi inspirasi untuk menulis. Tak kisah la ada atau tak orang membaca kan.. Tapi untuk kepuasan sendiri tak salah pun nak teruskan.

Aku mula minat menulis sejak usia 12 tahun. Nak tahu masa tu aku suka karang apa? Bila aku sedih aku buat pantun yang meluahkan perasaan aku. Pantun semua sedih sedih je. Lepas tu aku mula tulis diari. Aku mula tulis puisi & cerpen. Salah satu cerpen aku dulu pernah tersiar di laman web karangkraf. Banyak koleksi karya aku dah tak ada selepas aku berhijrah. Rumah aku kat kampung mak ayah aku renovate. Bilik aku dah tak ada. Semua barang2 & buku aku mak aku dah buang. Bukan benci tapi rumah nak renovate dia kemas kemas ikut dia la apa dia rasa sampah dia buang. Disket disket yang banyak aku simpan puisi & cerpen aku pun rasa kalau ada dah tak boleh baca. Pc sekarang pun mana ada floppy disk dah. Budak budak gen Z pun tak kenal dah disket. 

Ada satu diari untuk sahabat aku hari hari tulis dulu. Masa tu umur aku 18 tahun. Hari hari aku tulis diari tu seolah olah sedang bercerita dengan dia. Aku ni dulu seseorang yang sangat sayangkan sahabat. Tapi banyak berakhir dengan kekecewaan sampai satu masa aku memilih untuk jauhkan perasaan & diri aku dengan menjadikan sahabat tu sesuatu yang terlalu istimewa. Mungkin sampai satu peringkat umur kita mula memikirkan pasangan hidup jadi focus & keutamaan kita pun kepada sesuatu yang kita nak cari & capai. Dan selepas itu.. Dunia aku cuma dengan pasangan hidup aku sahaja. 

Kanak kanak, remaja & sebelum aku kahwin dunia aku memang dengan kawan kawan. Family dah jadi kurang. Tapi selepas aku dah kahwin dunia aku 360° berubah. Masa yang ada sekarang aku cuma focus untuk family. Sebab tu balik kampung aku jarang nak jumpa siapa siapa. Aku lebih suka duduk di rumah spent time dengan family aku. Aku rasa dulu masa aku dengan kawan kawan dah terlalu banyak berbanding family aku sendiri tapi mereka tak kekal ada dengan aku. Tapi keluarga.. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jauh dari hidup aku. Dalam susah dan senang sentiasa ada. 

Tapi aku tetap menghargai semua yang pernah hadir dalam hidup aku. Mewarnai kisahku & melengkapkan kenangan ku. Aku melalui semua kisah yang perlu ada dalam sebuah kehidupan. Tanpa semua yang pernah hadir dalam hidup aku mustahil aku mampu melengkapkan kisah hidup aku dengan semua cerita kehidupan. Terima kasih atas semua kenangan manis, kenangan pahit & cerita yang pernah kita cipta bersama. 




KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU?

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU? Di kesunyian malam ini.. Ku datang menghampiri.. Diri mu yang telah berjanji.. Sehidup dan semati.. 

Ha.. Tu dia mukadimah lagu OST perjanjian syaitan gitu. Bukan apa hari jumaat ni aku nak share dengan hangpa sebuah kisah seram untuk masa depan katanya. Nak kata seram sampai merinding oh bulu roma ku bila hangpa baca mungkin tidak la sebab hangpa baca ja. Tapi bagi aku yang pernah lalui peristiwa tu waktu tu memang 'berdengup jantung ku.. Bila ku dengar nama mu ah.. ah.. ' gitu. 

Kisah ni memang kisah lama la sebab sekarang perangai lebih hantu dari hantu mungkin sebab tu jarang la ada gangguan syaiton nirrojim ni. Kisahnya masa tu aku masih tinggal kat kampung. Belum lagi berhijrah apa lagi kahwin jauh sekali ada anak macam sekarang. Masih muda, cantik, tertarik kau memang da'bomb macam sekarang juga. Tak ada beza pun. Kecantikan tu kekal sehingga hari ini.. 

Di jadikan kisah adik aku dapat sambung belajar kat politeknik nun jauh di terengganu sana. Jadi family aku nak pergi hantar dia kesana. Depa buat rombongan 2 buah family. Family aku dengan family mak munah (makcik aku). Tak la ramai. Mak munah masa tu ada seorang anak dan seorang je menantu. Campur mak munah 3 orang je la. Family aku sapa je la ada. Mak, arwah ayah, adik aku yang bongsu, dua kakak aku lagi tak ikut. Sorang masih belajar time tu. Lepas tu adik aku yang dapat sambung belajar tu lah. Pergilah mereka bermusafir kesana. 

Aku tak nak ikut bukan tak di ajak. Aku pun lupa kenapa aku tak nak ikut. Bila tak ada 2 family aku ni maka macam sebatang kara la. Tak ada pilihan kalau aku lari tidur rumah mak munah pun tak ada orang, baik aku duduk kat rumah mak ayah aku ja. Sekurang kurangnya makhluk berbulu ramai boleh buat teman bergaduh. 

Aku ni memang sejenis lewat tidur. Pukul 12 tengah malam tu kategori malam masih muda.. Asal kau duduk tak buat apa apa. Jadi aku lepak lepak kat ruang tengah (ruang tengok tv) sambil berniat nak tidur kat situ je tak tidur dalam bilik. Tapi malam tu aku rasa macam malam paling sunyi.. Sampai macam tak dengar apa apa bunyi. Tapi aku tak fikir la bukan bukan. Aku cuma rasa kesunyian tu sebab mungkin tak ada sapa kat rumah. Jadi aku baring baring sambil tengok tv. Tetiba aku dengar suara berdehem. Aku tutup volume tv tu.. Nak pastikan aku tak berhalusinasi. Yer suara sama macam mak aku biasa berdehem malam malam kalau tekak dia rasa tak selesa. Masalahnya takkan mak aku berdehem kat terengganu dengar sampai kedah. Argh... Menda ni saitan. Tak logik la nak suruh aku positif pun. 

Time tu aku mula rasa seram dah. Tapi mana aku nak lari. Makcik aku pun ikut rombongan hantar adik aku ke terengganu. Kalau dia ada confirm tengah malam pun aku lari kerumah dia & menyelit tidur celah ketiak dia. Sebab aku memang tinggal dengan mak munah sebelum anak dia kahwin & bawa bini dia tinggal kat situ. Memang tempat tidur aku celah ketiak dia la. Rumah mak munah tu macam rumah aku ja. 

Memang tak ada pilihan lain selain anggap diri aku macam dalam rancangan fear factor sambil berdoa kau jangan nak berdehem lagi saitan. Aku dah takut dah ni. Mujur la tak ada dah bunyi berdehem. Mungkin dia dah dapat strepsils gamaknya tekak dah tak gatal. Tapi bunyi berdehem tu serius bukan ilusi tau. Jelas aku dengar dan ingat sampai sekarang. Sebiji suara mak aku. Saitan betul.. Dia boleh tiru suara mak aku sebiji gitu. Kau memang betul betul saitan la beb! 

Tu salah satu pengalaman seram yang pernah aku lalui. Memang la hangpa baca tak seram sebab cerita tak ada muncul lembaga penapisan filem malaysia ke apa. Cuma sound effect je. Tapi cuba kau yang hadapi situasi tu.. Tidur pakai pampers beb! 

Moral of the story.. Tak semestinya orang suka tengok cerita seram macam aku ni tak akan rasa takut dengan gangguan mistik. Menonton tak sama feel macam menghadapi sendiri. 

Jadi itu je la pembukaan segmen seram serik lekat lekit untuk tahun 2024. Bagi aku masa sikit nak ingat balik kisah kisah seram lain. Kalau ada nanti aku share lagi yer.. 


HUD JOURNEY.. SELEPAS 2 BULAN DI LAHIRKAN

HUD JOURNEY.. SELEPAS 2 BULAN DI LAHIRKAN. Dulu kakak dia, shahila saya suka update juga perkembangan sampai umur setahun lepas tu dah jarang update sebab focus menulis benda benda lain hehehe. So untuk Hud di kesempatan yang ada nak juga coretan something tentang dia di blog ni. At least kalau blog ni masih ada sampai anak anak besar.. Manatau depa nak baca kan.

Alhamdulillah.. Hud dah 2 bulan. Sekejab je kan? Yelah.. sekarang ni memang masa sangat cepat berlalu. Dalam tak sedar sekarang kita dah di pertengahan tahun pun. Yang mana dok berazam awal tahun tu gamaknya dah settle ke azam memasing. Azam saya sejak 2 tahun lepas cuma nak habiskan kes saman saya lepas tu enjoy besarkan anak anak je. Apapun keputusan mahkamah untuk bicara tafsiran nanti.. Saya redha je.

Hud sekarang dalam usia dua bulan dah pandai respond bila kita berbual. Dah keluarkan bunyi bunyi seolah olah sedang bercakap dengan kita. Bila kita agah agah.. tersengih.. sesekali keluar suara kuat sikit tergelak. Bangun pagi je bila nampak muka mak dia mesti sengih. Hero murah senyuman katanya. Beza dengan perkembangan kakak dia dulu. Kakak dia masa umur hud memang masih kurang respond tapi masa tu saya ingat biasa sebab tak tahu dia ada autisme kan? Alhamdulillah setakat 2 bulan hud nampak berkembang dengan baik seperti sepatutnya.

Hud Journey

Masuk 2 bulan ni dah jimat diapers sikit sebab tak kerap berak macam bulan pertama lahir kan? Kadang kadang sehari sekali atau dua kali. Ada juga hari banyak kali berak. Berat Hud pun dalam graft. sekarang dah 4.6kg. Tak la besar sangat & tak la kecik. Almaklum la Hud lahir premature kan? Alhamdulillah sepanjang 2 bulan ni Hud sihat sihat saja

Hud actually tak banyak ragam kecuali suka nak berdukung. Tidur malam pun tak ada masalah tapi masih kerap bangun menyusu. Hud memang fully breastfeeding setakat ni. Harap boleh susukan Hud sehingga 2 tahun la kan.

Setakat Hud boleh travel jauh sebab balik kampung haritu (Kl- Kedah / Kedah - Kl) dia tak meragam pun. Sebab yelah dalam kereta bergerak & ber aircon kan?

Walaupun Hud lahir dalam keadaan macam macam masalah yang belum selesai terutama kes saman tapi rezeki yang datang bersamanya tak pernah putus. Cukup makan pakainya. Ramai yang bagi hadiah kat hud. Alhamdulillah.. Setiap manusia yang lahir tu ada rezekinya.

Tak ada apa yang saya harapkan selain dapat membesarkan anak anak dengan baik, melihat anak anak membesar dengan sihat & sempurna & dapat meniti hari hari tua bersama anak anak sebelum ajal menjemput pulang.

Semoga anak anak mummy shahila & hud terus membesar menjadi anak yang soleh/solehah, anak yang baik, anak yang cantik, anak yang bijak, anak yang taat & anak yang menjadi kebanggaan mummy & dady. Semoga anak anak mummy tidak menjadi manusia yang sombong & bongkak jika di uji dengan kesenangan dunia, tidak menganiaya orang lain & sentiasa ingat sehebat manapun kita di dunia.. Allah tu maha hebat.

BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG

BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG. Kalau sebut produk kecantikkan dia meliputi produk kosmetik seperti skincare, make up, supplement kecantikkan bla. bla.. yang ada kena mengena untuk cantik la. Sebut cantik ni yang paling obses nak cantik tentu la perempuan tak kira perempuan original mahupun yang tiruan..


Fitrah manusia kan.. Semua nak cantik. Lelaki pun kalau di beri pilihan depa pun tak tolak di kurniakan wajah yang ensem kaya macho bergaya bla.. bla.. bagai. Cuma lelaki ni kebanyakkan jenis.. Enjoy je apapun yang di lukiskan Allah pada wajah mereka. Tahap obses nak mengubah ciptaan Allah pada rupa bentuk depa tu tak ramai sangat jumlahnya berbanding wanita kecuali lelaki di korea la. Kat Malaysia ni rasa spesis lelaki obses nak cantik ni tak berapa banyak lagi membiak.

Di sebabkan perempuan paling suka bab bab nak cantik ni maka sasaran golongan pengeluar produk adalah wanita. Nak2 lagi kita sedia maklum dalam dunia ni perempuan lagi ramai dari lelaki kan.. Maka membiak suburlah founder founder segera produk kecantikkan di muka bumi malaysia ni. Umur 15 tahun pun ada dah jadi founder ok! Hangpa tak payah nak nganga sangat la buat buat terkejut..

Sebab masing masing berlumba lumba nak buktikan produk depa paling berkesan mencantikkan perempuan perempuan terdesak di Malaysia ni.. Tu yang jadi banyak isu produk di campurpalsu bahan terlarang seperti merkuri, tretinion & hidrokinon dalam dos yang melampaui batas KKM tetapkan. Sebab benda benda tu mampu memberi kesan kecantikkan dalam masa yang singkat. Maka barai la muka manusia manusia ni secara berjemaah. Lepas masing masing mendapat kesan 'jahanam' tahap nirrojim selepas di sogok dengan kecantikkan yang sementara.. Tak puas hati muka lingkup, founder buat buat tak bersalah.. Ramai la buat pengakuan berani dedah kat media sosial pengalaman paling menyayat hati selepas memakai sesuatu produk yang terang terang di sahkan bahaya.

Pun begitu den paling respect segelintir perempuan yang sentiasa bersangka baik dengan produk produk bahaya ni.. Even KKM dah keluarkan laporan mengatakan bahaya, banyak pengakuan bekas bekas pengguna menunjukkan testimoni barai memasing.. Mereka tetap bersangka baik terhadap produk tersebut. Selain menerima sebagai yang barai hancur lebur tu semua guna fake produk.. Mereka mengambil perkara tu sebagai maybe tak sesuai kot dengan kulit mereka yang mendapat kesan jahanam.

Golongan terlalu baik & sentiasa berbaik sangka macam ni memang susah nak di sekolahkan.. Maybe bagi dia racun adalah bila kau guna terus mati baru la betul betul racun. Setakat muka breakouts.. buah pinggang lebur jadi pasir.. Tu bukan racun sangat la. Maybe tak sesuai dengan individu tu. Sebab tu kalau kat group2 kecantikkan spesis macam ni kalau tanya pendapat den suka bagi sokongan moral jer.. tak guna kau nak bagi takzirah kesihatan bagai nak rak.. Alih2 dia percaya cakap founder yang kononnya orang dengki dengan produk depa. katanya.. Kalau produk depa bahaya kenapa KKM bagi kelulusan. Tapi hangpa lupa nak tanya balik.. Kalau tak bahaya kenapa KKM tarik balik NOT yang depa kata kelulusan tu? krik krik krik.. Tapi biasa alasan di sabotaj, KKM test produk fake bla.. bla.. untuk menegakkan bulu yang basah.

Memang produk yang selamat pun tak mungkin sesuai untuk semua orang tapi kalau yang dah terbukti selamat tu kita tahu la dia tak ada di campurpalsu bahan terlarang so tidak la berisiko sangat kita guna. Kalau effect pun maybe cuma luar kulit.. Tidak sampai melibatkan organ dalaman tapi produk yang dah sah sah bahaya & memang KKM pun dah isytihar bahaya tak ada istilah ikut kesesuaian kulit. Tak lingkup muka hangpa tak bermakna produk bahaya tu jadi selamat untuk hangpa terus guna ok! Ada orang bernasib baik mendapat kesan buruk tu di peringkat awal guna.. Memang effect dia cuma luar kulit jer tapi ada orang dia tak effect pada luar kulit tapi mungkin racun yang ada dalam produk tersebut perlahan lahan meresap dalam saluran darah kemudian effect organ organ dalaman mereka. takut benda tu berlaku & bila sedar semuanya dah terlewat dah tak guna nak menangis. Apa boleh buat kumpul amalan banyak banyak bersedia untuk pulang kerahmatullah je.. Bak kata pepatah luka di luar nampak berdarah tapi luka di dalam siapa yang tahu. Yang tak nampak & meracun secara perlahan lahan tu lebih bahaya ok! Jadi elakkan la sebelum semua tu jadi yer

Tak tau la bila Malaysia nak buat satu undang2 yang lebih tegas kepada pengeluar/founder produk produk macam ni. Rasanya KKM kena usulkan syarat yang lebih ketat untuk apply NOTIFIKASI kepada produk produk kosmetik supaya benda tu tidak boleh di manipulasi oleh pengeluar produk konon NOT KKM bukti produk mereka mendapat kelulusan & selamat di gunakan. Sedangkan NOT KKM tu bukan kelulusan apa apa atau jaminan produk tu selamat. NOT KKM tu hanya sebagai bukti berdaftar dengan KKM & mendapat kelulusan untuk di pasarkan sahaja. Produk yang selamat korang kena tengok samada telah di uji di makmal atau tak? Macam produk2 di drugstore yang mention ada clinical approve.. ada lab test.. bla.. bla.. bagai. Bukan sekadar NOT KKM yang di tempek pada packaging sesuatu produk.

Mungkin ada ramai yang masih tak tahu sebelum ni.. Bila dah tahu tu mohon untuk jauhkan diri dari produk produk bahaya ni. Saya juga pernah menggunakan banyak jenama produk yang ada terkandung bahan merbahaya tapi masa tu saya mana tau.. Pendedahan memang tak banyak macam sekarang dimana ramai individu tampil sebagai sukarelawan menjadi aktivis walau tidak bernaung di bawah mana mana NGO berdaftar untuk membantu menyebarkan info kepada pengguna. Masa zaman saya dok guna produk produk macam ni.. Isu isu produk ni tak berapa di ketengahkan. Sekarang je nampak lebih extreme di perkatakan.

Tiada isu menjatuh atau menaikkan sesiapa bila ada pihak mendedahkan tentang produk produk bahaya yang ada di pasaran walau di edarkan secara sah & mendapat kelulusan KKM untuk di jual. Sebab kebanyakkan mereka tidak di bayar sesiapa untuk membuat pendedahan tapi mungkin atas rasa tanggungjawab & keprihatinan mereka terus menyalurkan info tentang produk produk bahaya ni. Untuk menyelamatkan pengguna dari terus terdedah dengan risiko masalah kesihatan & tertipu dengan testimoni bulan madu di awan biru tu, ramai merelakan diri membuat kerja kerja tak bergaji & berisiko di heret ke mahkamah ni.. Ingatlah.. kos nak merawat tu lebih tinggi dari kos korang guna untuk cantik dalam masa sekejab. renung renungkahlah selamat mencerminkan diri sendiri. Malas nak tulis moral of the story dah hahhahaa

KHABAR SEDIH DEPAN PINTU DI PAGI JUMAAT

KHABAR SEDIH DEPAN PINTU DI PAGI JUMAAT. Jarang sangat saya nak cerita kisah jiran jiran ni.. Kalau saya sharekan something yang berkaitan jiran tu bermakna benda tu adalah perkara yang memberi kesan pada saya. Sebelum ni dok cerita pasal jiran sebelah yang suka menyibuk jer.. Tapi jarang saya cerita pasal jiran rumah hujung. Yelah.. saya duduk rumah jenis apartment tapi bukan la apartment level orang ado ado ni.. Apartment untuk golongan berpendapatan rendah jer.. Apartment mampu sewa katanya.. nak kata mampu milik den menyewa je kan..

Rumah den ni kira dari pintu masuk lepas keluar lift tu depan la.. Rumah kakak ni yang saya kenal dia sebagai kak Ija.. paling hujung sekali. Kak Ija ni peramah tapi dia bukan jenis membawang. Jarang sangat borak2 dengan dia.. Nak dengar dia cerita pasal orang lain. Saya pulak bukan jenis orang yang suka sangat menyembang dengan jiran jiran kalau sekadar nak mengumpat orang lain atau nak cerita isu isu semasa tak penting. Kak Ija ni sebab dia peramah so, saya rasa dia lah jiran yang paling banyak saya selalu sembang & bertegur sapa. Selalunya kalau tak terserempak masa keluar nak tunggu anak saya balik sekolah.. terserempak depan pintu masa dia keluar atau balik dari mana mana. Normally banyak sembang depan pintu je la. Tak pernah berejam pun berborak. Saya ni memang banyak berkurung dalam rumah. Kalau keluar tu samada pergi kedai, ambil anak sekolah atau keluar kemana mana la dengan suami.

Hari ni.. Masa nak hantar anak depan pintu nak pergi sekolah.. nampak dari jauh Kak Ija & anak anak dia keluar. Nampak macam nak pergi kemana mana. Jarang nampak kak Ija bawa anak dia keluar pagi2 macam hari ni. So, saya tunggu la sekejab sampai dia lalu depan pintu rumah saya.. Kot2 dia nak kemana mana boleh minta suami saya hantarkan. Sebab saya tahu suami dia tak sihat. Nampak dia pun keluar dengan anak anak je kan. Minggu lepas dia ada bagitau suami dia baru lepas operate buang ketumbuhan dalam usus.

Bila dah sampai depan pintu rumah saya tu saya tegur & tanya nak kemana. Dia cakap nak ke hospital. Saya tanya la suami sakit lagi ke? Dia kata.. suami dia dah meninggal.. Allahu.. meremang satu badan. Ya Allah.. Terus rasa macam di rentap. terbayang anak anak dia yang masih kecil. Kak ija pulak cuma surirumah & cuma buat kerja sambilan ambil ubah jaga anak orang. Dorang pun bukan la orang berada.. Suami dia pun kerja biasa biasa jer. Sedih lahai.. Ingat nak suruh suami saya hantar dia & anak anak ke hospital sekejab tapi kak ija cakap takpe adik ipar dia dah ada tunggu kat bawah. Dorang nak pergi hospital & bawa balik kampung dorang kat johor untuk di kebumikan kat sana.


Innalillahhiwainnalillahhirojiun..  Bertuah arwah di pilih Allah untuk pergi di hari Jumaat yang penuh kemuliaan. Orangnya baik.. Selalu bertegur sapa dengan kami sekeluarga. Semoga Kak Ija & anak anak di beri kekuatan untuk hadapi ujian berat ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup mereka. Ikhlas dari hati sememangnya saya kesian sangat.. Anak anak kak Ija ni semua kecik kecik lagi. Paling sulung baru darjah dua. Dan sekarang mereka dah bergelar anak yatim. Saya tak dapat nak tolong apa apa bagi meringankan kesedihan mereka.. Cuma berdoa semoga Allah kurniakan ganjaran yang lebih baik untuk mereka nanti.

Semoga Allah mengampuni dosa dosa arwah & tempatkan beliau di kalangan orang orang beriman. Semoga Allah kurniakan ketabahan buat isteri & anak anaknya.. Limpahkan rezeki & kebahagian buat mereka. Semoga anak anak Kak Ija membesar menjadi anak soleh. Amin...

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN!

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN! Pejam celik pejam celik dah setahun saya struggle untuk selesaikan kes saman keatas saya ni. Setahun beb.. penuh tekanan fizikal & mental. Dalam masa mencari dana macam macam benda terpaksa hadap. Allahu.. Kalau tak ada kekuatan ada juga yang gantung diri kat pokok taugeh ni..


Jangan tanya la dari mana dapat kekuatan untuk hadap benda ni. Dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut yang ada orang nampak kat social media & ada yang orang tak tahu pun. yelah bukan semua benda kita boleh cerita dengan orang nak nak lagi melibatkan hal peribadi.. Tapi serius! Sungguh sungguh Allah uji kali ni.. Terumbang ambing juga iman nak terus sabar & bersangka baik dengan Allah. Kadang2 tergelincir juga kata kata dalam hati bila terasa terlalu terbeban dengan semua yang berlaku. Yelah.. saya cuma manusia biasa macam hangpa jugak. Kami tak dak apa pun yang special..

Cuma yang selalu saya bagitau bila orang tanya macam mana saya boleh kuat & tidak putus asa.. Saya cuma boleh jawab saya tak ada pilihan dari terus usaha, hadap & letakkan pergantungan dengan Allah. Bila kita dalam keadaan tak ada banyak pilihan dan kita nak terus berusaha, Insya Allah akan datang bersamanya kekuatan yang kita sendiri tak sedar.

Tahun lepas terima writ saman sehari sebelum puasa.. Saya sangat berharap puasa tahun ni semuanya dah selesai tapi setakat ni tak nampak apa apa lagi. Cuma dah ada tarikh perbicaraan yang tak berapa hari je lagi.

Biarpun dana yang di perlukan untuk menampung kos guaman belum cukup.. Tapi Alhamdulillah separuh dari kos dah berjaya di jelaskan. Cuma tengah fikir apa nak buat lagi untuk tambah dana. At least selesai perbicaraan boleh settle semua kos guaman yang perlu saya bayar. Sekarang ni memang tawakal tahap tertinggi dah di samping terus berusaha macam biasa.

Moga ada keajaiban yang berlaku.. Semoga kes ni cepat habis & saya boleh hidup tenang & bahagia. Semoga apa yang berlaku jadi pengajaran pada orang lain. Semoga keputusan mahkamah nanti adalah sesuatu yang memberi pembelaan & kebaikkan pada semua pihak terutama pengguna. Saya sangat berharap selepas saya.. Tiada lagi sesiapa yang akan di saman. Saya tak sanggup bayangkan orang lain berada di tempat saya sekarang.. Kecuali orang tu memang kaya raya. takpe la.. maybe setakat saman macam ni bukan satu masalah besar bagi mereka tapi kalau orang2 macam saya.. Bukan sesuatu yang mudah nak kena hadap.

Disini saya membawa harapan ramai orang.. Mengharap ada pembelaan buat mereka. Saya bukan hero.. saya cuma Allah pilih sebagai wakil mereka mungkin. Saya tak hebat & tak kuat seperti korang nampak sebenarnya.. Saya pun menangis bila dalam keadaan tertekan sangat. Cuma saya menangis tapi saya teruskan apa yang dah bermula. Saya seolah olah pikul satu tanggungjawab yang berat sangat sekarang ni. Semoga Allah permudahkan & ada pelangi di hujung derita.

Saya tak harap lebih dari terus sokong & bantu saya. Tu dah cukup meringankan beban saya.. Apapun berlaku kekuatan saya adalah anda juga. tanpa anda semua yang terus memberi moral support & material support pada saya.. Mungkin saya juga tak mampu. Dan paling saya harap doa dari anda. Manatau.. Allah angkat doa doa anda menjadi doa termakbul. Mohon terus selitkan nama saya dalam doa doa anda yer.

Apapapun.. misi mencari dana masih saya teruskan. Bagi yang nak menyumbang boleh rujuk pada posting di bawah.. Tapi posting dari facebook..


MISI MENCARI DANA MENCUKUPKAN KOS UNTUK MEMBAYAR GUAMAN BAGI KES SAMAN SIVIL KE ATAS SAYA.

Rasanya ramai dah tahu
Saya di saman dengan jumlah tuntutan saman rm3juta kerana menulis tentang 1 produk yang di sahkan pihak berkuasa mengandungi bahan terlarang.
Namun ulasan saya di jadikan sebab saya di saman.

Untuk membela diri saya perlukan kos bagi membayar kos guaman yang sekarang menjadi semakin tinggi kerana di bicarakan di mahkamah kota bahru sedangkan saya di selangor & peguam mewakili saya juga disini.

Sejak setahun lalu saya dah mula mencari sumbangan tapi masih belum mencukupi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan semua untuk sama sama membantu saya mencukupkan kos yang di perlukan selama kes ini berlangsung di mahkamah.

Hope sudi menyumbang. Tak perlu banyak cuma RM10 seorang.

Sumbangan boleh di salurkan ke

MOHON LIKE & SHARE POSTING INI. SEMOGA ADA RAMAI TAMPIL MEMBANTU

Terima kasih kerana membantu. Moga Allah membalas kebaikkan anda dengan rezeki yang berganda ganda. Amin

TERBONGKAR HANTU 'THE RED KEBAYA KULIM' YANG SEDANG VIRAL

TERBONGKAR HANTU 'THE RED KEBAYA KULIM' YANG SEDANG VIRAL. Salah satu perkara yang memang akan jadi viral kat Malaysia ni.. adalah cerita seram/hantu. Pantang ada video atau cerita pengalaman seram yang rare sikit confirm viral. Saya pun salah seorang peminat kisah seram tapi saya tak obses atau taksub sangat dengan benda benda mistik. Minat tak semestinya fanatik kan..


Sejak semalam rasanya kecoh pasal video rakaman dari video yang di pasang pada kereta tak silap kelibat yang kononnya 'Hantu Kebaya Merah' yang pernah menjadi cerita seram lagenda tak lama dulu. Dah lama cerita hantu kebaya merah ni hilang di telan zaman tup tup muncul semula dengan video penampakkan hantu perempuan yang pakai baju kebaya merah ni.

Apa lagi.. Tugas netizen memviralkan la. hantu kot.. bukan senang nak rakam ye dak. Harus jadi orang pertama share ni. Kalau tak rugi orang lain tak tahu korang paling pantas menyampaikan informasi. hahahaha

Tadi terbaca kat harian metro membongkarkan siapa 'Hantu The Red kebaya' yang sebenarnya. Pada yang mati mati percaya rakaman tersebut adalah rakaman kelibat hantu mesti rasa nak hentak kepala secara maraton kat dinding.. Hahahaha

Den sempat tengok jugak video tu siang tadi.. Amboi clear sungguh orang tu boleh rakam makhluk halus ni. Selalu dok tengok orang tunjuk rakaman benda2 mistik ni tak nampak asap nampak macam kelibat atau bayang bayang jer.. Ni real nampak sosok tubuh nan lansing menawan pakai kebaya merah. Kalau cenggitu la boleh record gambar makhluk halus tak susah nak buat filem seram dah lepas. Boleh offer hantu jer berlakon. Baru real ye dak.. Tu pun kalau depa pandai baca skrip & ikut arahan tuan director la kan..

Yang hangpa kata hantu sangat tu sebenarnya..

“Aku pakat dengan 3..4 orang member.. Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna… Lepas tu.. soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja.. yg last dok tgh jalan.. manakala aku drive kete (kereta) siap camera.. rekod sepanjang jalan.”
“Boh tajuk gempak2 sikit.. kompom viral.. sebab… masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni.. so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik.. hahahaha sekian cerita aku malam ni.."
Itu dakwaan individu yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik klip video hantu berkebaya merah" di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak semalam.
Selebihnya cerita hangpa boleh baca kat Metro online : Semua kena tipu dengan 'hantu' kebaya merah

memang terbaik la orang kulim.. Satu alam maya tertipu nasib baik den tak tertipu. Sebagai peminat filem seram, kita boleh nampak persamaan rakaman makhluk halus yang betul dengan yang terang terang membohong tahap norrojim.. Mungkin ada certain orang nak di bukakan hijab dia boleh nampak jelmaan makhluk halus yang seketoi2 macam tu tapi setakat ni rasanya tak ada gadget mampu merakam makhluk halus se jelas tu..

Moral of the story.. takpe la yang terpercaya tu jangan la tersiput siput babi malu sendiri. Biasa la tu gurauan berkasih di alam maya. Redha je lah yer... hahahaha

CANTIK LAHAI PELAMIN NIKAH YUNA

CANTIK LAHAI PELAMIN NIKAH YUNA. Den ni sejenis jarang nak puji pelamin pelamin orang apatah lagi retis sebab den tak berminat sangat dengan semua tu. Eden kawen pun nan-hado pelaminya. Save bajet.. Lagipun Amanat Arwah Ayah.. Dia tak nak ada pelamin bagai. Dia lebih pentingkan apa yang wajib & makanan untuk tetamu. Tetamu kan kita kena rai..


Tapi serius.. Satu satunya retis yang berjaya buat saya terasa sangat 'Wow' pelamin nikah dia adalah Yuna dengan berlatar belakangkan alam semulajadi. Memang superb sangat ok.. Idea sapa la konsep Yuna guna ni kan.. Memang betul betul buat saya kagum. Cantik baqhang..

Nampak sangat segar permandangan berlatar belakangkan pergunungan di Puncak Rimba, Bentong. Sejuk lahai.. Ni nak akad nikah pun rasa tenang. Takde la rasa panas luar dalam.. Cuma tertanya tanya memang buat tempat terbuka tanpa bumbung ke? Bukan apa terbayang kalau tetiba hujan kan.. pelamin angan ku musnah jugak jadi tajuk lagunya hahahahaha


Yuna kekal dengan imej turbanya masa majlis akad nikah tu.. Dia dah tak kembali dengan imej shawl & tudung bawal macam dulu dulu.. Takpe jangan kecam dia yer. Kita tak tahu pengakhiran seseoarang. Ambil contoh Mizz Nina dari seksi nakmati.. tetiba sekarang rasanya Aurat dia lebih sempurna tertutup dari kita yang masih membawang tak sudah sudah ni hahahaha. Mizz Nina dah ambil keputusan tak mahu bermakeup kita masih gigih belajar tutorial lukis kening hehehehe

Apapun Yuna cantik.. Laki dia pun hensem walau berjambang. Sama cantik sama padan dah tu.. Ciptaan Allah semua dah cukup cantik cuma terpulang pada masing masing macam mana nak jaga & membawa kearah mana.


Apapun tahniah pada Yuna & suami.. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah bak kata KRU. Dalam setiap doa... kau tak pernah ku lupa.. Ops.. sorry ternyanyi pulak.

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR. Kadang2 ada orang sebut hantu langsir tapi ejaan dia hantu langsuir. Kalau orang kedah sebut langsiaq.. Orang sabah sarawak tak tau sebut lagu mana. Tapi ia tetap hantu yang sama.


Tapi hantu langsir dalam Drama lain pulak. Confirm ramai yang mula2 baca tajuk drama tu akan silap. Membayangkan drama tu berkisahkan hantu langsuir kan? Sebab kadang2 kita sebut langsir kalau ikut bahasa pasar.

Sekarang tengah siaran ulangan Telefilem Hantu Langsir kat TV3. Drama seram komedi je tu.. Tak payah la over sangat nak seram tengok siang2 hari minggu ni. Melampau tau hahahaha.


Kisahnya sumpahan Hantu Langsir kembali mengganggu kampung langsir. Hantu tu suka muncul kat langsir2 tingkap rumah orang.. Ada disebalik cerita kenapa hantu langsir ini terjadi. Kerana mahukan kuasa, so ada komplot mahu jatuhkan ketua kampung yang sudah 35 tahun membangunkan kampung. Disebabkan dengan kejadian hantu langsir, menjadikan kampung langsir dah jadi kacau bilau. Di kacaunya warong, ketua kampung. Siapa sebenarnya hantu langsir?? Adakah hantu? Alah drama ulangan jer.. Haruslah bukan hantu cuma pakatan menjatuhkan ketua kampung yang dah lama pegang jawatan ketua kampung langsir je pun. Hahahaha

Alang alang cakap pasal hantu langsuir ni.. Kalau ikut wikipedia Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

Tapi hangpa jangan la percaya langsuir tu hisap darah orang pulak. Langsuir ni dalam spesis Jin juga. Jelmaan perempuan tu bukan rupa sebenar dia maybe. Biasa la tugas jin & syaitan menyesatkan manusia. Depa tak boleh membunuh manusia secara terus cuma boleh melalaikan manusia sehingga menyebabkan kemalangan atau apa2 kecederaan sebab ketakutan yang amat sangat. 

Cekik sampai mati.. hisap darah sampai kering tu.. semua dalam filem & drama. Dalam kehidupan seharian kita mana ada orang mati kena hisap darah dengan langsuir hahahaha.

Moral of the story.. Mereka atau kita semua makhluk Allah. Allah yang lebih berkuasa maka mohonlah perlindungan dari Allah.

HANYA TAHU ISTERI MENGIDAP "MENTAL DISORDER" SELEPAS KAHWIN, INI PENGAKUAN SEORANG SUAMI YANG PALING MENYENTUH HATI

HANYA TAHU ISTERI MENGIDAP "MENTAL DISORDER" SELEPAS KAHWIN, INI PENGAKUAN SEORANG SUAMI YANG PALING MENYENTUH HATI. Abang kucing atau Nama di media sosial Sharul Nizam Ab Rahim seorang aktivis haiwan yang maybe ada yang kenal & tidak. Saya memang kenal dia & pernah berjumpa masa nak cari bantuan kes saman sivil yang di kenakan pada saya.. Dialah yang membantu sehingga saya dapat peguam & boleh meneruskan perjuangan di mahkamah sehingga ke hari ni.


Orangnya lantang.. Bahasanya adakala memang kasar tapi masih ada sekeping hati yang masih mulia. Tapi bukan tu yang saya nak cerita.. Bagi yang ikuti abang kucing kat FB mungkin tahu beliau dah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru.. Tapi Allah tu maha berkuasa. Dia takkan menguji seorang hamba di luar kemampuan. Selepas kahwin abang kucing baru tahu yang isterinya mengidap Paraniod Schizophrenia. Bagi yang tak tahu apa tu Paranoid Schizophrenia.. meh la nak explain kat hangpa...

 Apa itu Skizofrenia 

Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophreniahanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.

 TANDA-TANDA POSITIF 

Psikosis
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

➠ Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .

➠ elusi kawalan ( delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak

➠ Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.

➠ Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.

➠ Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.

Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.

⟿ Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.

⟿ Deria yang normal memerlukan stimulus yang dikesan oleh organ deria dan diinterpretasi oleh otak. Halusinasi berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya;

➠ Halusinasi pendengaran (auditory hallucination); pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.

⤥ Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.

⤥ Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”
Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.

➨ Halusinasi penglihatan ( visual hallucination ) berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.

⟿ Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinsi rasa

Selebihnya hangpa boleh baca kat sini >> SKIZOFRENIA <<

Membaca luahan hati seorang Abang kucing @ Sharul Nizam Ab Rahim ni serius.. tersentuh.. tersentap.. tersontot semua ada la.. Yang paling ter... terharu la. Tak semua lelaki mampu menerima keadaan isteri yang macam ni. Nak2 lagi bila tahu selepas mendirikan rumahtangga. Baca pengakuan ikhlas abang kucing...

Usia perkahwinan kami baru masuk 8 Bulan. Asakan demi asakan yang saya terima - Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki

Penggeledahan maklumat menunjukkan - Isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 Tahun lalu (08.06.2000)

Pada 30.11.2014, Doctor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap - Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder

Penyakit ini - No Cure. Yang ada cumalah - Kawal. Ia mesti dikawal melalui - Pengambilan Ubat. Lagi satu, Penuhkan Fikirannya melalui Activity yang dia suka. Isteri saya suka Melukis. Lagi satu, dia suka Mengajar. Mutu Lukisan dan Mutu Pengajarannya - Baik. Malah lebey baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit

Tidak Mengambil Obat dan Tiada Activity, isteri saya akan didatangi - Kepercayaan Palsu (Delusion) dan Halusinasi (Hallucination)

Semasa Delusion - Tanpa sedar, dia akan berkata Suaminya Jahat. Ketika ini - Dia mula mencari sokongan. Misinya - Orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandai kamu enggan percaya - Siaplah kamu. Dia akan kembali semula pada suaminya, dan berkata - " Abang.. Itu Orang Jahat ". Tanpa mata hati - Kita saling membenci. Saling mengesyaki. Saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan

Semasa Hallucination - Tanpa sedar, dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan. Dan bisikan itu - Suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri / merosakkan barangnya. Dan satu keadaan - Dia sedang dicederakan. Ketika ini berlaku - Tiba2 saja, isteri akan lenyapkan diri. Kalo ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 200 Pagi - 300 Pagi - Itulah orang rayau

Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam. Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri / dirosakkan - Hati2. Kalo dia diam memendam - Ok. Tapi kalo dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun - Jaga2. Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling / memecahkan / menakutkan / mempertahankan diri. Tanpa mata hati - Mustahil kamu boley bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroley kecederaan

Masyarakat kita terutama orang2 Melayu - Suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan Pengidap Psikiatri. Tetapi Masyarakat Barat - Mereka dedahkan. Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie - A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya - Ada kesamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi

Saya sorang2 tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doctor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard

Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup. Tak pernah ada mana2 Doctor Psikiatri di Malaysia mengahwini Pengidap Schizo. Mengalami secara mengahwini is more real berbanding mengalami secara merawati

Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk2. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan - Akan kujaganya seumur hayat

Beza antara menerima seseorang dalam hidup dengan seadanya... Dan menerima seseorang dengan apa yang dia ada. Kebanyakkan orang memang memilih pasangan berdasarkan apa yang mereka ada. memang kagum la dengan abang kucing yang tidak menyembunyikan kondisi isterinya walaupun mungkin ada yang pandang serong. Menerima dengan positif & berusaha untuk beri yang terbaik.

Moga Allah permudahkan urusan Abang Kucing @ Sharul Nizam Ab Rahim.. Moga kesihatan isteri beliau beransur baik & pulih satu masa nanti.

MASIH INGAT CIKGU SHIDA YANG POPULAR DENGAN VIDEO MIMING DULU? DIA KEMBALI LAGI DENGAN VIDEO TERBARU

MASIH INGAT CIKGU SHIDA YANG POPULAR DENGAN VIDEO MIMING DULU? DIA KEMBALI LAGI DENGAN VIDEO TERBARU. Sapa ingat cikgu shida yang pernah jadi fenomena dengan video miming dia dulu? Ala.. seorang cikgu sekolah rendah yang banyak buat video miming yang kadang2 macam annoying juga tu. Masa dia tengah popular pernah di tawarkan berlakon dalam satu telefilem tapi satu tu je drama dia berlakon. Nampak cikgu shida walau pandai berlakon dalam video2 miming dia tapi bila di beri peluang berlakon depan camera agak kaku jugak.

Tadi secara tak sengaja ternampak posting cikgu shida share video terbaru dia.. Ingat ada la video miming terbaru ke hapa rupanya cikgu shida dah berubah konsep. Dia mula buat video masakan. Channel youtube dia tak silap CIKGU SHIDA in the kitchen. Yang saya tengok tadi video dia memasak gulai taucu ke hapa..

Ni video terbaru cikgu shida masak gulai tauchu opah katanya. Adik adik yang nak belajar masak boleh tengok

Wah cikgu shida lepas ni jadi selebriti chef media sosial la pulak kan? Sapa kata I haters cikgu shida.. I sayang tau cikgu shida sebab tu I suka bagi cikgu shida publisiti kat blog ni. hehehehee

Walaupun dulu cikgu shida kata dia tak suka memasak & buat kerja rumah.. Semua mak dia yang buatkan tapi tu la manusia boleh berubah. See.. cikgu shida sekarang dah suka masak ok! Tapi tak sure cikgu shida masih bujang ke atau dah berpunya. Nanti den try beramah mesra dengan cikgu shida. Kalau solo lagi.. Boleh la abang2 masuk jarum. Manatau berjodoh ke kan. hehehehe

Apapun semoga cikgu shida berjaya dengan konsep baru video yang di hasilkan. Moga jadi viral macam dulu yer sebab saya rasa konsep baru ni lebih sesuai la dengan imej & usia cikgu shida. Kalau dulu serius rasa annoying tapi untuk video memasak ni, Sesuatu yang baik so boleh je kita support. Tapi tengok tadi still ada video miming terkinja kinja lagi. Hahahahahaha..

Jadi kalau korang nak tengok video terbaru cikgu shida kat dapur boleh search kat youtube CIKGU SHIDA in the kitchen yer. Ada juga video education yang maybe sesuai untuk kanak kanak.

Apapun cikgu shida.. Welcome back. Hope selepas ni video2 cikgu shida bukan berunsur hiburan yang sangat tidak sesuai dengan imej & kerjaya cikgu tapi lebih berilmiah. Insya Allah yang baik kita support. Simple!!

KERANA GUNA SATU JENAMA PRODUK DRUGSTORE MUKA BERJERAWAT TERUK

KERANA GUNA SATU JENAMA PRODUK DRUGSTORE MUKA BERJERAWAT TERUK. Tak serik lagi ka lekatlekit Ooi.. Berani hang na dok buat pendedahan lagi. takutlah kamu berbuat kejahatan yang di murkai Allah bukan takut dengan kuasa manusia yer.. Manusia tak ada apa2 kuasa. Semua berlaku dengan keizinan Allah yang maha Esa. Ingat tu umat manusia akhir zaman.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan ini cerita tau

Petang petang dok layan group whatsapp nampak satu screenshot yang di share kengkawan kat group tentang pendedahan seorang gadis yang cantik muka dia berjerawat teruk lepas guna 1 produk yang di jual kat drugstore. Produk ni memang terkenal dengan keberkesanannya merawat jerawat.. Ada yang kata doktor sendiri rekemen pada individu yang ada masalah jerawat serius. Produk ni bukan la produk murahan sangat.. Cleanser dia pun RM60++ tapi serius sebelum ni memang tak pernah ada kontroversi pasal produk ni. Yang dok baca semua testimoni berjaya je guna produk ni. Nak nak lagi muka yang breakout teruk akibat tersalah pakai produk.

Tup tup muncul sorang berkongsi testimoni kurang berjaya. Kalau dari gambar yang dia tunjuk sebelum & selepas guna produk tu memang nampak effect amat teruk jugak la. Sebab gambar sebelum tu memang tak nampak sangat pun jerawat tapi gambar selepas guna tu memang bagaikan taman astakona berkembang mekar jerawatnya. Tak mau tunjuk gambaq dia sebab nak protect jugak. Satgi sampai lagi satu surat haru biru pulak hahahaha.

Tak tau mana silapnya sampai produk yang sepatutnya merawat jerawat membuatkan kulit dia jadi berjerawat teruk macam tu. Simpati jugak la.. Gila wei kalau den pun down into the kubur juga ok. Confirm murung berkurung dalam sangkar emas kalau jadi macam tu. Erkkk... dulu kami pun pernah mengalami muka berjerawat teruk tapi tetap juga keluar berjimbaraya hahahaha. Cuma serius time tu confident level dia umpama melukut tepi longkang. Sentiasa rasa rendah diri. dah la memang rendah orangnya hehehehe.

Dia tak kata produk tu mengandungi bahan terlarang ke hapa cuma dia cakap nasib dia kurang baik mungkin sebab produk tu tak sesuai dengan dia. Yelah kot kan.. Better dia pergi ka check up dengan pakar kulit. Mungkin pakar boleh bagi penjelasan kenapa tindakbalas produk tu terhadap kulit dia jadi macam tu. So far.. produk yang selamat pun kena guna ikut keperluan & kesesuaian kulit juga sebab tu setiap produk tu ada siri & fungsi dia memasing.

Saya sendiri pun banyak cuba macam2 jenama produk kat drugstore tapi bukan semua sesuai dengan kulit. Yang tak sesuai saya stop la.. Cuma produk drugstore ni lebih ada jaminan keselamatan. Bukan senang apa2 produk nak masuk drugstore. Tak semudah kau nak jual macam kau jual kat fb ads bagai. fb ads kau nak iklan produk apapun dia tak kisah.. Dia bukan tanya produk kau ada clorox ka, racun tikus ke hapa.. Tapi untuk masuk pasaran drugstore kena ada bukti produk tu selamat. Kat mana proses pengilangan produk tu, kat mana di ujikaji, result lab test dari pihak yang bertauliah. Takde nya kau bagi result test bakar atas sudu terus boleh masuk drugstore produk kau, hokey!

Apa yang saya boleh suggest.. try la pergi jumpa pakar kulit. Untuk lebih kepastian samada produk tu bermasalah atau salah guna ke camna? Tapi rasanya bukan produk bermasalah cuma mungkin salah guna atau produk tu memang tak sesuai dengan kulit dia. Sebab setakat tak ada kontroversi pasal produk tu. Lagipun dia produk drugstore & produk clinical approve tak silap. maknanya dah di buat ujian klinikal terhadap produk tu.

Moral of the story.. Sebelum nak guna apa2 produk kena tengok sesuai tak dengan keperluan kulit kita. Saya teringin nak cuba produk tu juga sebelum ni tapi sebab kebanyakkan yang guna untuk masalah jerawat yang agak teruk.. saya masalah jerawat tak teruk cuma parut jerawat so takde la guna. Sebab rasa tak perlu. Bila tak ada keperluan mungkin tindakbalas dia jadi berbeza. Macam sebelum saya konon tak mau bagi kepala berkelumumur.. saya guna shampoo anti kelumumur. Dari takde kelumumur terus berkelumumur kau! Hadap la.. kau guna normal hair sudah la. Gatai sangat. hahahaha

PELAKON SYATILLA MELVIN DEDAH PENGALAMAN PERUT DI BEDAH KETIKA SEDAR

PELAKON SYATILLA MELVIN DEDAH PENGALAMAN PERUT DI BEDAH KETIKA SEDAR. Diam tak diam pasangan selebriti terkenal Syatilla Melvin & Shaheizy Sam dah empat bulan bergelar ibu Ayah kan.. Tengah excited lagi tu ada anak.. Nak2 anak sulung. Confirm tak habis lagi dok belek anak. Kalau berjauhan confirm rindu tak hingat punya.. Sapa -sapa pun macam tu juga. Anak kot bukan boleh buat macam kau uli2 tepung, ukir2 patung. Anugerah Allah yang tiada nilainya dengan harta di dunia..


Suka juga follow cerita cerita pengalaman Syatilla kat LR. Tadi terbaca satu perkongsian kat Instagram Syatilla masa dia nak melahirkan baby boy ensem depa tu.. Almaklum la cheq bersalin normal ja. Excited juga nak baca pengalaman orang bersalin secara czer @ pembedahan ni.. Pengalaman kena toreh perut kot. Satu pengalaman yang mungkin jadi pengalaman menakutkan & mengerikan..

Ni la wajah Sam Syeriv yang dah 4 bulan

Malas la kami nak tulis balik so kami screenshot ja senang untuk hangpa baca. Bukan apa satgi kalau tulis balik kami ni banyak suka menyimpang lepas tu mula nak konar baring. Risau cerita sekangkang kera jadi sedepa pulak. hahahahaha


Betul kata Tilla.. jangan dok ikut orang. Ikut kata hati & kemampuan kita. Bukan satu dosa pun beranak secara pembedahan ni. Biar la mulut mulut bawang nak kata apapun.. janji hangpa & anak hangpa selamat. Dok teran nak beranak normal kalau dah tak mampu.. Benda tu ada risikonya.

Baca pengalaman kena toreh perut hidup hidup ni walau di bius pun ntah kenapa cheq yang rasa ngilu & seram... Apapun setiap ibu yang melahirkan anak tak kira la sekali atau banyak kali.. Wanita memang hebat!! Tak kira la kau beranak secara normal atau czer tapi itulah bukti kekuatan seorang wanita di sebalik kelembutan & kelemahannya..

Sakit bersalin ni tak sama macam sakit lain.. Sakit yang rasa tak reti nak nak describe macam mana. Memang sakit la. Cuma beza setiap orang samada dia perlu menahan sakit tu lama atau sekejab. Macam saya, Alhamdulillah Allah permudahkan sakit tu sekejab tak sampai berejam jam.. Sakit masa perjalanan ke hospital sebab air ketuban dah pecah. Sampai hospital pun tak tunggu lama terus masuk LR beranak jer. Mungkin Allah tahu kemampuan saya setakat mana..

Moral of the story.. Menunggu hari bersalin ni tak kira la kau beranak kali ke sepuluh ke hapa tetap satu perkara yang paling mendebarkan kaum wanita tapi itulah perkara yang orang perempuan jarang nak serik walau sentiasa takut bila sampai saat masuk LR. hehehehe. Ingat anak anak saat melahirkan kamu pun dah susah sangat apatah lagi masa nak membesarkan.  Ingatlah.. ibu bapa ni sentiasa cuba lakukan yang terbaik cuma adakala di luar kemampuan untuk mereka adakan bukan sebab tak sayang.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com