Showing posts with label sharp. Show all posts

DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI

DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI. Aku ada la seketoi DSLR yang mungkin dah out of date kot. Bukan aku beli, husband aku yang beli masa tengah trend orang semua gila nak ada DSLR. Kalau kat KL tu budak sekolah pun time tu usung DSLR. Kiranya laki aku masa tu terpengaruh jugak la dengan trend ber DSLR ni so dia beli la sebiji buat bagi hilang kempunan katanya.


Aku pun merasa la tekan2 butang snap kat DSLR. Mula2 beli tu rajin la jugak mengusung sana sini.. Rajin la nak berphotoshoot bagai. Bila dah lama.. Maka tersadai la DSLR tu kat situ je tak di sentuh2. Sebelum di hadiahkan seketoi Samsung Galaxy S4 Zoom aku dok guna jugak la ambil gambar untuk Instagram & blog. Tapi sejak2 dah ber samsung galaxy S4 zoom cinta dah beralih arah katanya. Dah tak kuasa nak layan DSLR sebab samsung galaxy s4 zoom ni pun camera dia cantik & gambar dia sharp jugak. Kalau pandai ambil gambar qualiti dia boleh jadi ala2 DSLR jugak tau cuma tu la aku ni tahu ambil gambar ikut sedap jari aku jer.. Tak ada bakat sangat la nak jadi photographer.

Ni gambar bunga mak aku kat kampung yang aku ambil dengan samsung galaxy s4 zoom. Ada yang salah faham ingat aku guna DSLR sebab nampak macam bokeh effect kat gambar ni. Mungkin cara tak sengaja kot sebab aku ni bukan pandai ambil gambar sangat pun sebenarnya. Rasanya aku guna mode rich tone (HDR) je untuk ambil gambar ni. Kebanyakkan gambar aku ambil guna galaxy s4 zoom memang guna mode tu je. Nampak sharp & warna asal tu tak berubah.

Tapi sekarang smartphone dengan fungsi camera memang dah gempak2 giler beb! Jangan jangan tak tahu ada yang buat kerja sambilan jadi photographer guna smartphone jer. Kau tengok dia rilex je lenggang kangkung tak usung DSLR bagai tapi sebenarnya dia ada job photoshoot tu. Harga pun harga bajet2 je dia charge. Kat FB aku ada sorang kawan yang buat kerja sambilan ambil gambar guna smartphone. Hasilnya tak kurang hebat pun. Tak tau la dia guna smartphone cap apa.. Tak tanya pulak aku cuma aku dok nampak dia iklankan service dia kat FB jer. Takde keperluan segan jugak nak tanya lebih2.. macam kita nak guna khdimat dia.

Tapi kalau korang pun berangan nak ambil gambar macam profesional photographer hanya guna smartphone pun boleh.. Gambar dia macam DSLR beb! Di tambah lagi dia ada Dual Leica Lens, boleh ambil gambar dengan bokeh effect & banyak lagi yang boleh di buat dengan camera smartphone ni macam camera DSLR.. So, tak perlu dah korang nak usung DSLR yang besar gedabak tu. Nak2 lagi kalau nak pergi travel nak kena bawa banyak barang. So dengan smartphone ni memudahkan kerja ada. Nak tahu smartphone cap apa & nak tengok gambar2 yang mampu di hasilkan menggunakan camera smartphone ni meh tengok kat sini >> 6 Sebab Anda Tak Perlukan DSLR lagi Kalau Dah Ada Smartphone ni <<

Jadi yang suka bergambar tu atau yang tengah survey smartphone baru nak2 lagi blogger yang memang perlukan gadget2 macam ni untuk buat kerja di blog boleh la risik2 smartphone ni. Manalah tau ia menepati keperluan anda. hehehe

RAHSIA AMBIL GAMBAR SECANTIK KUALITI DSLR GUNA SMARTPHONE

RAHSIA AMBIL GAMBAR SECANTIK KUALITI DSLR GUNA SMARTPHONE. Amboi sejak dapat hadiah akhir tahun galaxy s4 zoom tetiba je jadi pandai nak bagi tips kat orang ambil gambar secantik kualiti DSLR guna smartphone pulak.. Aku ni jangankan nak ambil gambar cantik guna galaxy s4 zoom tu.. bertahun guna DSLR pun aku still tak reti ambil gambar pun. Asal lekat gambar tu dah cukup. Malas sungguh aku nak belajar trick & teknik ambil gambar ni. sebab tu la kot aku layak guna galaxy je hahaha...


Dulu aku pun kaki selfie tapi masa tu aku guna enpon sony Ericsson. Gigih hari2 snap gambar & sampai office upload dalam myspace. Yelah.. masa tu zaman myspace katanya. Muka tak payah cakap.. macam2 memek ada. Sampai ada sorang retis ni PM aku sebab aku suka upload muka pelik pelik. Dia macam tertarik la dengan perangai tak semegah aku ambil gambar. Yelah zaman bujang katanya. Tahap kegilaan tu kadang2 di luar kewarasan jugak hahaha... Tapi bila dah kahwin mula2 tu ada la sikit2 perangai suka upload muka pelik pelik tapi lepas kawen dilakukan secara berduet. Bila dah anak.. Benci pulak tengok muka sendiri bila selfie hahaha.. Dah takde lekuk2 katanya.. semua bagai di tambah serbuk penaik.

Pun macam tu aku masih suka ambil gambar walau bukan gambar sendiri.. Tak gambar anak, gambar masakan aku atau gambar produk aku guna. So, sebab tu aku berusaha jugak la untuk ambil gambar paling cantik & sharp.. Agar nampak menarik sehingga menghasut orang try benda2 yang aku upload. hahaha Jadi sebab tu aku mula rajin pulak belajar trick & teknik ambil gambar, maka aku nak share macam mana korang nak ambil gambar secantik DSLR tapi hanya guna camera smartphone korang je. Nak tahu meh tengok kat sini >> Ini rahsia macam mana nak ambil gambar secantik DSLR dengan hanya guna camera smartphone <<

So,lepas ni tak payah usung DSLR lagi.. Dengan smartphone je korang boleh dapat hasil gambar terbaik dengan tiru trick & teknik tu. Selamat mencuba..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com