Showing posts with label Yasmin Ahmad. Show all posts

MUZIUM YASMIN AHMAD DI IPOH, PERAK

MUZIUM YASMIN AHMAD DI IPOH, PERAK. Ramai yang mengenali nama 'Yasmin Ahmad' tapi mungkin ada di antara kita yang hanya tahu karya beliau tapi tidak tahu siapa di sebalik karya karya hebat yang pernah kita lihat di iklan tv atau di panggung wayang. Masih ingat dengan iklan hari kemerdekaan Tajaan Petronas yang menampilkan 2 kanak kanak sekolah rendah yang berbeza bangsa saling berkawan baik.. Alahai.. skema pulak bahasa aku. Alah.. Budak yang nama Umi Qasrina & Tan Hong Ming tu? Jab nak tunjuk muka budak2 tu confirm la hangpa ingat kan?

Iklan Sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke 50, Umi Qasrina & Tan Min Hong

Salah satu karya hebat, kreatif,menarik & menghiburkan hasil seni & air tangan Arwah Yasmin Ahmad. Pernah tengok filem sepet? Pernah tonton filem pertama syafie naswip, Mukhsin? Di sebalik kejayaan syafie naswip adalah kerana Peluang & tunjuk ajar arwah Yasmin Ahmad. Diberi peluang pegang watak utama dalam filem Mukhsin & bermula dari situ bakatnya semakin menyerlah. Syafie Naswip bukan dari keluarga seni.. Malah dia bukan sesiapa. hanya anak kepada tukang kebun yang bertuah bertemu dengan Yasmin Ahmad dalam satu audition padahal dia temankan sepupu dia audition tapi di minta Yasmin Ahmad untuk cuba juga dalam ujibakat tersebut. Dah rezeki dia.. Walau tak sengaja ter uji bakat rupanya dia memang ada bakat terpendam. seterusnya menjadikan dia seorang pelakon yang hebat sekarang. Dia pernah rasa putus asa selepas kematian Yasmin Ahmad.


Dalam bidang seni.. Yasmin Ahmad bagi aku seorang yang hebat. Bukan level2 drama A.Aida la dia buat. Dia boleh mengilap seketul batu menjadi bintang macam Syafie Naswip. Dia tak perlu pelakon kontroversi atau cantik untuk menghasilkan karya yang terbaik macam david teoh. Dia bukan jenis konsep buat filem asal siap.. atau asal boleh keluar panggung. Dia bukan jenis buat filem tunjuk orang2 melayu berkinja dalam disko. Bakat baru yang di tampilkan mampu menyerlah dalam setiap naskah seninya yang banyak di adaptasi kisah dari realiti kehidupan sebenar.  walaupun aku suka tengok filem seram.. Tapi filem2 realiti cinta & kehidupan hasil karya Yasmin Ahmad ni antara yang paling aku suka. Filem Sepet pun tak boleh tengok berkali2 tanpa jemu.

Sepet Filem Yang menaikan nama Syarifah Amani Dalam Industri hiburan

Kini tiada lagi karya hebat dari pemilik nama Yasmin Ahmad ni. Namun legasinya di teruskan. Semangat cuba di serapkan pada pencinta seni. Semuanya akan di muzium kan di Kong Heng, Ipoh. Semua karya filem,fotography,iklan tv,media cetak,media elektronik akan di kongsikan di Newseum bagi memberi inspirasi kepada bakat bakat baru untuk berkarya. Untuk lebih info tentang Muzium Yasmin Ahmad korang boleh baca kat sini >> Muzium Yasmin Ahmad << Muzium ni akan menjadi salah satu destinasi pelancongan di negeri perak.


Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa beliau & di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Alfatihah... Yasmin Ahmad dalam memori.

MASIH INGAT VIDEO KISAH CINTA BUDAK TAN HONG MING & UMI QAZRINA

Dah masuk bulan Ogos ni kita sedia maklum bulan apa kan? Ye betul jugak bulan kelahiran aku tapi bukan hari ni tau... Yang aku nak cerita ni bukan pasal date of birth aku. Aku nak cerita pasal lain. Bulan Ogos ni semua rakyat Malaysia sedia maklum bulan kemerdekaan.. Apa kena mengena dengan bulan kemerdekaan dengan kisah cinta kanak2 yang bernama Tan Hong Ming & Umi Qazrina ni??

Mesti ada yang dah lupa tapi ramai yang masih ingat satu video iklan petronas sempenda kemerdekaan yang ke berapa aku tak berapa ingat yang di hasilkan hasil wawancara seorang kanak kanak sekolah rendah tak sure pulak aku depa umur berapa. Bermula dengan interview Tan Hong Ming & tanya pasal budak perempuan yang dia suka. Tapi dia ingat budak perempuan tu tak suka dia.. Tapi bila interview Umi Qazrina baru dia tahu Umi Qazrina ni anggap dia boyfriend. Sweet sangat cinta monyet dua budak ni... lebih senang korang tengok video kat bawah ni lah... refresh balik.



Tu wajah masa budak.. tapi sekarang dah pakat2 jadi anak teruna & anak dara dah. Masing2 ensem & lawa budaknya tapi tak tau la cinta monyet depa ni masih wujud lagi ke tak? kekekekekee

Sumber FB

Apapun video iklan ni antara karya terbaik arwah Yasmin Ahmad. Aku antara pengemar kebanyakkan karya karya arwah ni. Jarang mengecewakan iklan atau filem hasil air tangan Yasmin Ahmad. Sarat dengan mesej & jalan cerita yang sangat menarik. Apapun moga roh beliau tenang & aman di sana. Sedekahkan Al Fatihah untuk arwah...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com