PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIK
Masa duduk2 di tengahari sambil fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam nanti tengok la berita tv9. Sebagai manusia kena jugak tengok berita untuk tahu isu2 semasa & perkembangan terkini dalam & luar negara. Tertarik pula dengan satu berita pasal pertandingan ratu cantik muslimah yang berunsur islamik yang di adakan di indonesia & di sertai ramai muslimah dari seluruh negara. Tak tau berapa buah negara yang menyertai pertandingan ni tapi yang dengar dari Malaysia & brunei pun ada.Memang konsep dia ada islamik sebab perserta semua bertudung & harus kena pandai baca Al Quran. Tak sure surah apa maybe ikut juri la kot dia nak suruh baca surah apa kan. Syarat2 lain seperti cantik, menarik & kelancaran bertutur kata macam pertandingan2 ratu cantik lain juga menjadi penilaian.
Tapi kan.. sesuai ke adakan pertandingan ratu cantik untuk muslimah ni?? Dorang kena peragakan badan & muka jugak. Kena sumbangkan suara jugak. Isk... tak berapa Islamik jugak la kan. Nak cakap lebih2 tak berani sebab den bukan ilmuan agama atau manusia yang dalam kategori warak. Den ni pun serba serbi cacat cela & tak sempurna imannya cuma tu la den sekadar nak menyuarakan pendapat jer. Kita gunakan nama Islam untuk menghalalkan sesuatu acara dengan mencampur adukkan unsur2 Islam dengan yang di tegah Islam.
Sumber di SINI
Jadi terpulang pada penialaian masing2. Korang rasa sesuai ke di adakan pertandingan ratu cantik muslimah ni?? Even ada ciri2 Islamik seperti menghafal Surah dalam Al Quran. Tepuk dada tanya Iman.. sekadar berkongsi pandangan & pendapat bukan berniat nak mengondem mana2 pihak atau tunjuk baik.
Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE