UNTUNG KE JADI SURIRUMAH?
Selalu dengar orang cakap.. untung la hang tak kerja, boleh jaga anak sendiri tak penat sangat. Macam aku ni balik keja nak buat keja rumah lagi.. Nak masak lagi.. nak jaga anak lagi. Pagi kena bangun awai nak pi keja, dah la malam2 kena bangun susu anak. Penat Oo.."Soal untung rugi rasanya lebih untung bagi mereka2 yang berkerja sebab ada duit gaji sendiri berbanding golongan surirumah yang hanya bergantung pada poket suami. Nak apa2 kena tunggu asben bagi duit tu pun kalau permintaan dapat approval kan?? Kalau tak dapat.. maka melopong la sorang - sorang. Kena cari skill macam - macam nak pujuk. betul tak?? Tu soal untung & rugi.. Soal penat tak penat lak.. Meh sini sang lekit nak mengupas ngupis & mengopek isu penat ke tak penat jadi surirumahtangga ni.
Carian Google |
Cerita bab lepas office hour pula.. Korang balik kerja & kena bekerja kat rumah jugak. PENAT.. samalah dengan surirumah walau duduk rumah tapi kerja kat rumah tak pernah jugak habis sampai malam. Sama juga kena bangun tengah2 malam susukan anak.. sama juga kena bangun pagi buat kerja cuma bagi golongan ibu2 yang kerja ni at least ada break time yang ikut time setiap hari.. Macam sang lekit surirumah yang tinggal sendiri tanpa ada mak bapak @ mak bapak mertua ni susah sikit. kena uruskan semua sendiri. Jadi takde istilah UNTUNG JADI SURIRUMAH & TAK PENAT SANGAT.. sebab jadi surirumah tu kadang2 lebih memenatkan dari jadi ibu yang bekerja. Yang Untung cuma dapat jaga anak sendiri dengan sepenuhnya.. berbanding yang kerja separuh hari anak tu di asuh oleh pengasuh, kan??
P/S : seingat sang lekit sejak ada anak ni susah sangat nak dapat tidur siang hari.. Nak - nak lagi lala dah setahun sekarang lagi la tak berani nak tidur walau dia tidur sebab kalau dia bangun dia terus beraktiviti tanpa sempadan. takut tertido mati jer...
** Entri ni bukan entri merungut.. tak bersyukur.. atau.. mempertikaikan sapa lebih banyak kerja tapi entri ni cuma cerita kat sapa2 yang baca pengalaman sang lekit setakat ni selama menjadi surirumahtangga yang baru ada sorang anak & pendapat sang lekit tentang wanita bekerja dari pengalaman lepas sang lekit bekerja. Kena tulis macam ni sebab ada yang tak berapa paham. Entri ni pun tak bermaksud untuk menakut nakutkan gadis di luar sana yang masih bujang untuk kawen & ada anak. Kalau memo ni pun buat ada makhluk yang tak paham lagi still fikir yang negatif pasal entri ni.. tak kuasa dah den nak explain. Lantok kome ler.. (Ala2 cikgu shida cakap gitu.. kekekekeke)**