Showing posts with label muntah. Show all posts

TRAJEDI SAKITOBER

TRAJEDI SAKITOBER. Mesti semua pening menda pulak sakitober tu kan? Bukan apa dok tengok dayang deno selalu up status inktober aku pun nak buat jugak sakitober katanya. Bersempena cerita pasal sakit di bulan oktober. Aku ni jarang la nak dapat sakit teruk2.. Sebab aku memang takut sangat dengan sakit. Aku tak suka jumpa doktor sebab aku tak suka kalau kena cucuk (injection) atau makan ubat sebenarnya. Tapi bila dah sakit memang kadang2 tak ada pilihan terpaksa hadap semua benda yang aku tak suka.


Kisahnya semalam.. aku syak aku kena keracunan makanan lepas makan nasi lemak yang asben aku beli kat luar. Tapi yang pelik asben aku makan benda yang sama malam sebelum tu ok je sihat. Aku pulak melampau2 sakitnya. Pagi2 dah rasa perut memulas. Rasa sakit perut yang aku tahu ni mesti salah makan. Awal pagi tu ada la sikit cerry berry tapi tak berpanjangan. Dua tiga kali jer masa.. lepas tu perut makin sakit macam contraction bersalin. Sekejab2 sakit macam ada orang tarik usus2 dalam perut disusuli dengan muntah non stop sampai pedih & berdarah jugak tekak aku ni. Sampai petang berlarutan macam tu. Badan pun dah rasa macam layang layang terbang melayang. Dah la dari pagi satu hapa pun tak masuk dalam badan.. minum pun semua keluar balik. Asben suruh siap jugak nak pergi hospital. Tapi mention siap2 tak payah makeup. hahaha.. almaklum la dia tau bini dia jenis selangkah nak keluar rumah pantang tak menconteng arang kemuka katanya. tapi semalam rasanya kalau dia tak pesan pun aku dah tak daya nak tenyeh bedak sekalipun. Keluar dengan muka bogel. Anak aku pun keluar dengan versi mak lampir. rambut tak berikat bagai.

Sebelum ke hospital singgah jalan duta, kebetulan adik aku datang dari kedah. Dia nak pergi kursus kat terengganu hari ni. Singgah kl kejab. Dia malas nak drive so dia naik bas je la. Lepas ambil dia terus ke hkl. Kat hkl sakit menjadi2 sampai melutut aku atas lantai pintu masuk hkl tu. Suruh adik aku je pergi buat pendaftaran. Sebab rasa nak muntah aku pergi la jauh sikit. duduk dekat longkang kering. Dia gaya menahan sakit teramat. Aku duduk je atas lantai tepi longkang. Datang sorang pakcik ni dengan panik tengok aku sakit, tanya kenapa. Dia suruh masuk terus jumpa doktor. Banyak soalan dia aku tak boleh jawab sebab sakit sangat. Aku minta maaf je la.. Aku paham dia sangat prihatin. Muka dia pun nampak risau. Asben aku time tu tengah cari parking tak dapat2 lagi. Sampai adik aku datang cakap dia dengan aku baru pakcik tu beredar. Kesian pakcik tu. Risau betul dia.

Lepas jumpa doktor sakit pun kurang. Lepas bawa adik aku pergi makan sebab aku memang tak masak apa2 kat rumah. Balik rumah malam tu sakitober datang balik. Ni pun masih sakit cuma kurang sikit. Tapi azab masih rasa la. Kalau hari ni gejala yang sama berterusan doktor dah pesan kena refer balik kat hospital sebab sekarang musim demam kepialu. Dengar kepialu terus pilu jadinya. Hope cepat sembuh. Kalau sakit sapa nak jaga anak aku ni wei. Memang terus awan yang terpilu la kenang anak.

Orang kata sakit penghapus dosa2 kecik.. Hope ringan la bahu belah kiri tu yer. Sapa2 yang dok menyumpah aku terima musibah tu mohon la reverse balik doa tu yer. Kesian anak aku takde orang jaga. Sekarang ni aku jadi trauma nak makan apa2.

Moral of the story.. tengah2 penyakit macam2 ni kurangkan makan di luar & kalau nak makan pun pastikan tempat tu bersih. Yang meniaga tu jangan nak untung je lebih.. Sila jaga kebersihan. Jangan sampai tikus berjamban di dapur masak anda.

KOLEKSI BAJU MELAYU YANG MENJATUHKAN MARUAH KAUM LELAKI

Semua nak nampak trendy & lain dari yang lain maka tercipta hasil karya baju melayu yang rasa nak muntah rendang pulak aku tengok. Baju melayu WWE katanya... Tak tau la WWE tu hapa yang aku tau kalau WWE yang wrestling tu jer.. Tapi rasanya kalau wrestler tengok baju melayu ni pun dia smack down designer yang buat sampai koma. Mengaibkan sukan WWE jer hahahaha...

Jubah kipidap sekadar hiasan takde kena mengena dengan baju melayu WWE katanya. hahahaha

Aku harap aku tak jumpa mana2 lelaki tak kira straight atau bengkok mahupun patah yang pakai fesyen baju raya macam ni. Aku takut aku termencarut keluar habis segala jenis kuih raya kat dia nanti. Elok2 nak bermaafan di hari raya dah jadi lain pulak. Pastikan adik, abang ataupun bapak korang tak terjebak dalam fesyen baju raya macam ni kalau tak satu keluarga mendapat aib yang besar. hahahaha

Mesti korang nak tengok fesyen baju raya WWE ni kan?? Kalau korang cepat rasa loya atau tak mampu tahan muntah better jangan tengok takut di hujung2 ramadan ni batal pulak puasa korang sehari. Salah satu baju raya yang aku rasa confirm mendapat makian paling tinggi yang ada reben tu. Dah macam baju kurung kedah pun ada. hahahaha Tapi yang berjiwa kental lagi kenyal macam aku ni boleh la tengok koleksi baju melayu WWE ni kat sini >> Baju Melayu WWE Dan 8 Lagi Koleksi Raya Yang Boleh Buat Sakit Mata <<

Ok dah tengok sila Istifar banyak2. Jangan sampai terkeluar kata2 yang mengurangkan pahala puasa anda. Tarik nafas.. hembus & lupakan saja apa yang korang tengok tadi. hahahaha

Moral of the story.. Lagi macho kot pakai baju melayu telok belanga atau baju melayu johor dari nak trendy sampai nampak macam bapuk mangsa fesyen pulak.


MANDI MUNTAH BUKAN TOLAK BALA TAPI..

Ajaran mana pulak sang lekit ikut ni sampai kena mandi muntah bagai. Mandi muntah?? dengar pun dah loya tekak.. apatah lagi nak bayangkannya. Mau terkeluar semua isi perut. Yang selalu dengar orang mandi bunga je kan.. Kenapa pulak kena mandi muntah bagai ni sang lekit.. Apa dah jadi setori pelessssssssss...

Nak story la ni pasal semalam. Budak lala entah kenapa pula tetiba muntah je.. dekat 4 kali jugak la. Tapi dia tetap la aktif macam biasa cuma lepas minum susu je muntah. Masa dia muntah kali ketiga tu.. (lepas minum susu) sang lekit angkat dia nak pergi cuci badan & muka dia yang kena muntah tu.. sekali masa tengah dukung dia muntah lagi dengan banyak. Habis dari baju sampai ke seluar kena muntah dia. Bau masam la sikit.. bau susu kan??

Lepas ibu & anak mandi tu sang lekit tak berani nak bagi susu lagi.. bagi minum air kosong je. Tak muntah pulak. Sebelum tidur tu bagi sikit susu.. tengah2 nyenyak dia tidur dalam 1.30 tu dia muntah. Muntah pun mata tak buka. Abis muntah terus sambung tidur.. Mak dia yang tak lena tidur takut lala muntah sambil tidur. Alhamdulillah bangun pagi ni lala minum susu & tak muntah lagi. Dia takde nampak tak sihat pun.. aktif macam biasa jugak.

Bila lala muntah teruk semalam baru sang lekit teringat, takde pulak sang lekit rasa geli ke loya ke dengan muntah lala. Kalau dulu yer.. kalau tengok baby orang muntah susu pun dah rasa loya tekak. Nak2 lagi bau masam muntah susu tu.. silap haribulan daku yang lagi teruk muntah dari baby tu. Tapi bila anak sendiri yang muntah walau sampai mak bermandikan muntah anak tu.. perasaan sayang tu mengatasi segalanya. Otak masa tu risau.. jadi takde la terfikir geli ke hapa ke, kan?? Lagipun sebagai mak.. sejak lahir memang kerja kita la cuci kencing berak dia. Dah takde rasa apa2 dah. Lain la mak jenis sejak lahir anak dia sekali pun tak pernah cuci kencing berak anak dia.. memang la dia rasa geli tiba2 kena buat, kan?? jangan kata takde mak macam tu.. benda ni pengakuan seorang mak pada sang lekit sendiri. dua anak dia tak pernah cuci kencing berak sejak lahir.. semua mak dia yang buat. Boleh gitu??

Bak kata pantun.. Anak udang.. udang juga, mana sama anak tenggiri.. anak orang.. orang juga mana sama anak sendiri. Ye tak?? Bila anak sendiri tu, apa je kita boleh buat. Takde sempadan kasih seorang ibu tu pada anaknya. Mungkin hari ni kita geli dengan muntah & berak baby orang lain.. percayalah bila kita jadi mak kita takkan geli semua tu lagi dengan anak sendiri. Kalau kau geli sapa nak tolong kau buat kalau macam daku ni sebatang kara di tempat orang. Nak tak nak kena juga buat sendiri.. kan?? kekekekekeke

Lepas Makan & berak.. tidur dalam kenikmatan


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com