RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN
Mungkin ini dugaan untuk aku tahun 2014. Selama membesarkan lala yang dah nak masuk tiga tahun ni.. masa lahir 4 bulan pertama shahila memang menduga kesabaran kami suami suami isteri bila dia asyik nangis dari tengah malam sampai dekat subuh. Dan lepas 4 bulan.. semakin senang nak handle budak tu & makin besar makin susah pulak dia nak menangis apatah lagi meragam cuma lasak je.Shahila budak susah nak kena demam atau sakit.. kalau demam pun tak sampai 24 jam.. tapi tahun ni memang menduga. Aku dah cerita entri sebelum ni pasal gangguan dari makhluk ghaib kat anak aku tu (boleh rujuk entri ni >> Shahila kena gangguan << ). Lepas sehari bawak ke pusat rawatan Al hidayah tetap lala tak tunjuk apa2 perubahan. siang dia tak demam cuma langsung tak nak minum susu sampai kena pujuk. Tu pun sekali minum cuma 1 oz bukan setiap jam.. 1 hari tak sampai 2 botol susu pun normally dia minum susu sejam atau sejam setengah sekali 5oz.. Memang ketara sangat perubahan lala sejak sakit ni. Dalam pukul 4 pagi tadi badan dia panas balik... terpaksa bapak bangun lap2 dengan tuala basah sampai dekat subuh.
So, hari ni kami cuba lagi ke satu pusat rawatan Islam kat Sri Damansara. Pusat Rawatan Islam Al Qayyum.. Masa sesi rawatan tu lala menangis jugak. Aku tak sure apa dia rasa tapi airmata macam hujan jugak bila Ustaz tu baca ayat kursi sambil pegang kepala dia. Menurut ustaz yang rawat lala tu.. Lala memang kena gangguan macam Perawat kat Alhidayah cakap tu cuma Tuan Haji Lokman kat al hidayah tak cerita detail sangat macam ustaz kat Al Qayyum ni. Ustaz kat Al Qayyum cakap.. Ada jin yang ikut balik dari hutan yang kami singgah bagi lala main air tu. Sementara tu dalam rumah aku ni pun sebenarnya dah lama ada jin tumpang tinggal. Sebab dah lama ni jin akan jadi degil sikit nak di halau keluar. Gangguan bunyi2 yang aku dengar sebelum ni pun ada kaitan la dengan jin yang ada.
Ni la ustaz yang merawat lala. Boleh rujuk blog Al Qayyum
Walau aku memang suka tengok cerita seram tapi aku tak pernah pun terfikir selama ni aku duduk serumah dengan jin. Jin ni ustaz tu kata jenis yang berpindah randah.. Tapi dia dah ada dalam rumah aku dah lama. Maybe sebelum aku duduk la kot sebab gangguan bunyi ni yang aku tau dari sebelum aku duduk kat sini. sayang jugak dengan rumah ni sebab aku dah lama duduk even bukan la cantik & besar sangat.
Aku tak harap apa2 selain apa yang menganggu anak aku pergi jauh atau balik ke tempat asal dia & anak aku sembuh & sihat seperti sediakala. Serius aku tak rasa takut tapi lebih kepada risau. Hanya aku takut bila anak aku sakit. Aku harap.. jin yang ganggu anak aku ni ada perike'jin'an la. Tapi jenis jin ni ada ke pandai simpati & kesian kat manusia? Selalu sampai kena bertarung nak keluarkan dia dari badan atau rumah manusia. Moga Allah membantu keluarga kecil aku ni dalam dugaan yang kami hadapi. Sesungguh setiap yang berlaku tu dengan keizinan Allah & kepada Allah juga kita harus memohon pertolongan.
P/S : Pada yang sudi mohon doakan untuk shahila. Takde kata yang aku dapat gambarkan betapa risau & susah hatinya aku saat ini. AKu harap esok & hari2 seterusnya lala kembali seperti sediakala. Terlalu kecil dia untuk di uji..
P/S : Ni entri aku draft semalam. Perkembangan setakat pagi ni lala dah aktif & minum susu macam biasa. Dah menyepah rumah macam biasa. Tadi sempat melaram dengan spek. Ya Allah betapa yang selama ni aku rasa penat tengok dia main tapi tulah yang paling rindu nak tengok dia buat semenjak dia sakit. Cuma nak tunggu malam nanti samada dia dah ok atau still demam malam. Hope dah ok la sebab nampak dia dah minum susu macam biasa.