GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI. Semalam viral satu video yang di rakam menggunakan dashcam kereta seorang pilik myvi di mana seorang penunggang motorsikal dan pembonceng yang melanggar kereta myvi sehingga menyebabkan pembonceng motorsikal tersebut terpelanting ke atas kereta yang di langgar.
Saya pun ada share video tu di facebook tapi menurut rakan facebook dan netizen mendakwa penunggang motorsikal yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama seorang pembonceng yang pada mulanya tak tahu siapa tapi dari apa yang saya baca ia merupakan ibu kepada remaja tersebut. Kata netizen dia ternampak kekasihnya di dalam kereta dan mengambil keputusan untuk mengejar sehingga melanggar lampu isyarat seterusnya berlaku kemalangan dengan sebuah kereta perodua Myvi yang dari arah bertentangan.
Hari ni remaja tersebut tampil memberi penjelasan pada media. Katanya dia tak kejar kekasih seperti yang di dakwa tetapi baru pulang membawa ibunya ke klinik kesihatan. Yang pasti tak tahu apa yang di kejar sampai langgar lampu isyarat sehingga berlakunya kemalangan. Memang menyirap juga kita tengok. Yelah.. tak sepatutnya dia langgar lampu merah. Bila berlaku kemalangan macam tu ia melibatkan dua pihak dan dah menyusahkan orang lain. Mujur tak berlaku kecederaan serius atau kematian. Kalau berlaku dah tentu ia akan menjadi masalah besar dan rumit.
Katanya dia tak maafkan orang yang menuduh dia kejar kekasih tu. Habis tu apa yang kau kejar dik? Tak kisah la kau kejar apa atau siapa yang pasti kau dah buat banyak kesalahan kat situ.
Tengok kesan pelanggaran tu terusk juga. Mak dia sampai terpelanting naik atas myvi tu. Memang yang menonton rasa kering darah juga. Apatah lagi pemandu & penumpang dalam myvi tu. Sedikit sebanyak mesti ada rasa trauma dan fobia. Kalau aku memang trauma juga.
Begitulah bila kita di atas jalan raya. Walau kita dah sedaya upaya cuba patuhi undang undang jalan raya sekalipun jika orang lain cuai tak mustahil kita juga turut terlibat dalam perkara yang tak di ingini. Melibatkan keselamatan jalan raya ni perlu kerjasama dari semua pengguna jalan raya. Kalau sorang je ikut yang lagi sepulah semborono je.. pun tak mampu untuk kurangkan kadar kemalangan.
Apapun pada remaja tersebut semoga jadi pengajaran la. Dia kira bernasib baik tak berlaku kecederaan serius atau kematian. Apakah yang dikejar dalam hidupmu, Berkali ku kata padamu, Kita singgah di dunia yang sementara, Penuh tipu daya.Yang kekal disana, Biarlah kita bersama, Usahlah hanyut, Terus terlena,Kerana dunia. Sorry ternyanyi lagu mawi pulak.
Sejak dua menjak ni blog melekit ni meriah pula dengan cerita cikgu shida yer.. Bukan apa semalam sang lekit perasan status kat FB cikgu shida yang tak tau mana satu.. banyak sangat acc FB dia.. Berbunga2. Asyik dok cakap pasal lelaki yang cuba pikat dia. Ada yang sempat sang lekit print screen (yang best di mata den jer).. ada sang lekit biar je. Harus select yang best je kan... kekekekeke
Cikgu shida pernah kata dia taknak kawen sebab dia tak suka buat kerja rumah yang kebiasaannya kaum hawa lain buat.. macam mengemas,memasak,jaga anak bagai tu.. dia memang tak suka masuk dapur. Semua kerja2 memasak mak dia yang buat. Jadi tu salah satu sebab dia pilih untuk tak kawen.. Katanya satu ketika dulu waktu cikgu shida masih dalam keglemeran sebagai retis youtube. Tapi dalam kisah2 cikgu shida ni still ada terselit kisah lelaki dalam hidup dia.. Macam dia pernah bertunang & putus.. ada dia pernah syok kat lelaki masa kat sekolah.. maktab & bagai.. korang baca la sendiri cerita cikgu shida kat bawah ni
Bagi den la kan.. Cikgu mungkin kecewa dengan kisah2 silam dia dengan lelaki kot sebab kat dalam komen dia ada cakap sebab dah tawar hati bermaksud sebelum ni dia pernah maniskan hatinya untuk terima lelaki tapi takde yang menjadi sebab tu jadi tawar & putus asa. Walau di saat kegemilangan dia bersama video miming tu dia ada cakap dia tak nak kawen sebab2 yang den tulis tadi.. namun di sebalik itu ada kisah yang kita semua tak tahu baru sekarang cikgu shida share.
Alahai cikgu shida.. jangan simpan kecewa dalam hati atas kegagalan dulu. Yang tak menjadi tu semua bukan jodoh cikgu shida. Tunggu je manalah tau dalam umur 40an tu kang muncul mamat2 ensem ala2 zain saidin.. boleh la feeling rozita che wan gitu. kekekekeke. Jodoh tu Rahsia Allah cikgu shida.. Serapat mana pun kita tutup pintu hati pada lelaki kalau Allah kata sampai masa jodoh untuk kita, siapa kita untuk kata tidak pada takdirNya kan?? Kunci hati kita semua ada pada Allah.
Tapi dari status ni yang di edit balik dari status yang kat atas nampak macam cikgu shida ni dah mula bertaman bunga dalam hati kan.. kekekekeke... ngaku jelah cikgu shida. Sebenar dah ada nama lelaki itu dalam hati cikgu shida..
P/S : Tipu la bila ada orang kata dia enjoy hidup single tanpa rasa sekumit pun dalam hati ingin berpasangan macam orang lain. Even yang nafsu songsang pun nak ada pasangan inikan kita bernafsu normal, kan?? Kalau takde perasaan langsung tu kategori tak normal.. hokay!!
P/S : Ini adalah entri cuit2 manja bersama cikgu shida yer.. Well.. den memang suko cuit2 manja cikgu shida.kekekekeke
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang
baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom
sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE