Showing posts with label GSC. Show all posts

PAWAGAM GSC MID VALLEY ADA TIKUS SEHINGGA PENONTON CEDERA DI GIGIT

Ni tahap kebersihan agak kurang memuaskan la ni sehingga mengundang para tikus untuk sama mengunyah sambil menonton dalam pawagam GSC. Tapi malangnya terkunyah jari kaki penonton... Bila dah jari kaki penonton jadi popcorn tikus, maka jadi isu hangat la.

Aduhai GSC Mid Valley bukan GSC kawasan luar bandar atau kat pekan2 kecil... kawasan bandar tu. tetiba ada tikus dalam pawagam yang datang menggigit jari kaki salah seorang penonton sehingga menyebabkan kecedaraan & terpaksa menerima rawatan di hospital memang gempak la. Kalau kawasan luar bandar & pekan kecil pun tak seharusnya berlaku kes2 macam ni jugak kan.. apatah lagi di bandar besar.


Zaman semua boleh share hanya dengan satu clik ni, memang malang la bagi mana2 pihak yang mengabaikan kebersihan di premis mereka lebih2 lagi syarikat besar macam GSC ni. Kes2 macam ni boleh mencalarkan reputasi syarikat dorang jugak. Bagi typical wanita yang memang geli dengan tikus ni... Mungkin cerita ni membuatkan dorang rasa was was untuk pilih GSC nak tengok wayang lepas ni. Kalau depa masuk jugak mesti terbayang2 tikus kat bawah kaki even takde pun pasti imaginasi mereka di hantui tikus gigit kaki.

 Sumber Astroawani

Hope GSC lebih peka soal kebersihan la lepas ni. Yelah... tempat2 gelap macam tu, nak2 lagi orang sambil menonton makan popcorn la.. sandwich la.. burger bagai.. sisa2 makanan yang jatuh tu kalau tak di bersihkan memang la seolah2 bagi tiket kat tikus2 datang.

Hope kejadian yang sama tak berlaku lagi di pawagam GSC atau mana2 pawagam yang ada kat Malaysia ni. Risau jugak.. tetiba nasib den pulak kena gigit dengan tikus, trauma tak tengok wayang gamaknya. kekekekeke

P/S : Mh370 dah masuk hari ke 29 hilang. Masih tiada petunjuk. Sungguh misteri. Jangan berhenti berdoa untuk mereka, Semoga Allah tunjukkan jalan & kebenaran apa yang berlaku pada pesawat MH370


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com