BACA NI SEBELUM PERCAYA KES CICAK DALAM BOTOL KICAP ABC
Aku bukanlah nak kata yang menyebarkan gambar cicak dalam botol kicap sause manis ni seorang pemfitnah ok. Tapi dari pengalaman aku yang lepas pernah up entri pasal cicak dalam kicap satu jenama ni & mendapat maklum balas dari pihak pengurusan syarikat tu sendiri, menjelaskan & menunjukkan bukti kajian mereka untuk menafikan cicak yang ada dalam botol kicap produk keluaran mereka tu bukan datang dari kilang pemprosesan mereka mungkin dari kesilapan pengguna tu sendiri lepas guna lupa tutup botol kicap.Bila aku tengok makin ramai pulak dok percaya & share gambar cicak dalam dalam botol kicap sause manis ABC ni aku teringat kes yang dulu. Sebab aku ada bahan untuk berkongsi dengan semua jadi aku pun Up entri ni supaya kita sama2 dapat ilmu & tidak cepat percaya dengan khabar yang belum sahih.
Tengok betul2 sifat bangkai cicak tu masih sempurna tanpa sebarang pereputan berlaku walau terendam dalam kicap berhari2 lamanya.
Jadi kesimpulannya di sini.. Jangan cepat percaya apa yang tersebar. entah2 orang tu jenis loglaq.. lepas guna kicap lupa nak tutup. Cicak yang nak jugak rasa kicap lemak manis tu tak sengaja terjatuh & dah tak boleh keluar lalu mati dengan penuh trajidis dalam botol tu.. kemudian esoknya orang tu nak masak.. tetiba tuang keluar cicak terus dia blame syarikat pengeluar produk kicap tu yang salah & tak jaga kebersihan produk depa. Apa lagi zaman laman sosial ni.. snap pic.. share kemudian orang lain yang tengok pun share.. sehinggalah jadi kontroversi yang maha dahsyat tanpa sempat fikir dengan logik akal.
Kat sini aku akui.. aku sendiri tak tahu sejauh mana betul atau salahnya pasal kicap sause manis tu cuma aku nak share info dengan korang semua. So, ada akal kita pakai.. Selebihnya kita serah pada pihak bertanggungjawab untuk lakukan siasatan.
Ni hasil kajian pihak pengurusan kicap yang pernah di tuduh ada cicak tapi bukan sause manis ABC tu.. tapi kita boleh jadikan teladan & ilmu jer..
Sehubungan dengan itu juga, kami ingin mengemukakan hasil laporan dari kajian berserta gambarajah fizikal cicak sewaktu proses ujikaji dijalankan sebelum ini di makmal Depco United Sdn Bhd. Sila rujuk 5 gambarajah dari eksperimen 1 dibawah:-
-Eksperimen hari 1,cicak dimasukkan kedalam botol ujikaji
Eksperimen hari 1, menunjukkan gambar cicak kelihatan terapung di bahagian atas bottle
Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 9 hari dalam rendaman kicap menampakkan rangka cicak. (Specimen 1)
Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 14 hari dalam rendaman kicap menampakkan kedutan, lembek dan sifatnya tidak sempurna
Selebihnya info pasal kajian cicak dalam botol kicap ni korang boleh baca sendiri kat sini >> KAJIAN CICAK DALAM BOTOL KICAP <<
P/S : Manusia pun kalau mayat terendam dalam air sampai sebulan pun dah rebut, inikan cicak.
P/S : Bagi yang meragui eksperimen ni boleh buat eksperimen sendiri di rumah. Kos dia pun cuma seekor cicak & kicap ABC jer.. tengok lepas 30 hari dia mereput ke tidak. Kalau tak mereput kiranya kicap ABC ni boleh jugak la jadi bahan pengawet mayat @ bangkai haiwan.. simple kan??
Tapi bentuk botol kicap yang di katakan ada cicak tu sama seperti botol kicap ABC tiruan yang menggunakan botol arak jer.. apapun kalau Nak tau beza kicap ABC yang guna botol arak (tiruan) dengan yang original sila baca kat sini >> Kicap ABC orginal VS Tiruan <<