DIA BUAT AKSI SUPERMAN PULAK
Sejak masuk 10 bulan ni lasak si lala semakin menjadi - jadi. Adakah sebab berkaitan nama dia shahila? Sang Lekit ada terbaca 1 blog siang tadi berkenaan nama yang tidak serasi dengan sesetengah bayi menyebabkan bayi tu akan senang jatuh sakit, suka menangis @ lasak/buas/nakal. Itu cuma anggapan orang2 tua. Tapi dalam kes lala ni sang lekit rasa memang kot bayi yang membesar akan melalui semua tu. Itu tandanya dia sihat.Tapi memang aksi - aksi shahila sekarang sangat2 merisaukan walau sang lekit happy bila tengok dia membesar dengan perkembangan macam tu. Lala memang susah nak sakit.. Senang jaga walau lasak. Cuma sang lekit tak berani nak biar dia main sorang2 sekarang ni. Dia sangat aktif memanjat. Yelah.. budak baru pandai memanjat ni kadang2 dia tak pandai lagi nak imbang badan. Nama pun baru belajar.
Tapi hari ni aksi lala memang buat sang lekit berderau jugak darah. Rasa darah turun sampai hujung kaki. Hari ni lala berjaya membuat aksi superman. Macam mana dia buat. Lala bangun hari ni pukul 8 pagi. Dia akan main2 dulu.. kemudian pukul 10 sang lekit akan mandikan dia.. lepas minum susu dalam pukul 11 @ 11.30 dia akan tidur balik. Time tu sang lekit ambil kesempatan la masak bubur lala. Sebab lala takkan tidur lama.. setengah jam je. Bila dia bangun boleh la bagi dia makan. Tapi hari ni lala taknak tidur.. sampai dah lewat sangat. Dah masuk tengahari buta. Dia asyik nak main. Sebab taknak bagi dia memanjat sorang2.. sang lekit letak dalam walker tolak walker dia kat peti ais. Sebab kat peti ais lala akan main dengan patung ribena yang sang lekit lekat kat pintu peti ais tu. Ingat boleh la masak bubur lala sambil perhatikan dia main. Tapi...
Sang lekit cuma paling muka sekejab untuk siang udang 3 ekor. Cuma nak buang kulit je. Sang Lekit toleh balik kat lala tengok2 dia dah meniarap atas walker. Separuh badan (dari dada hingga kepala) dah atas sofa.. Separuh lagi atas meja kecik walker tu. Kalau lah roda walker tu bergerak ke belakang confirm jatuh terhempap kat lantai. Dia nak ambil kertas resit beli barang. Berjaya jugak la dia dapat. Den macam nak gugur jantung je bila tengok.
Serik memang serik walau sang lekit jarang biar dia main sorang2 tapi biarlah itu kejadian pertama & terakhir. Biarlah dapur tak berkemas, rumah bersepah sikit, baju lambat cuci.. asalkan lala tak terdedah pada bahaya. Bayangkan tak sampai 5 minit sang lekit paling muka dah dia buat aksi superman macam tu.. Lala memang sangat lasak biarpun dia tak merangkak tapi bila dah pandai memanjat, lasak dia makin menjadi jadi. Setakat kena tendang dengan lala masa tidur tu memang hari2 la kena. Bila tengok TV dia nak panjat TV. Letak depan pc habis di hentak2 keyboard mummy. Pendek kata nak buat apapun sekarang kena tunggu dia tidur. Tu pun kena jugak berjaga. Takut dia terbangun.. terus buat aktiviti extrem dia di luar pandangan kita pun bahaya. Dia bangun jarang menangis.. terus main je.
Sebab tu la bahayanya walker. Tapi bahayanya si lala ni bukan letak dalam walker jer.. letak kat bawah pun sama. dia asyik cari benda dia nak memanjat. Walaupun dia selalu panjat sofa tapi risau jugak takut dia jatuh terhempap kuat. Akibat dari kejadian tersebut hari ni lala makan pun lewat.. sang lekit mandi pun lewat.. apatah lagi makan. Trauma sekejab. Dia sampai petang baru tidur. Kebetulan hari ni dapat call pasal Parentting blogger for milk Campaign tu.. minta sang lekit buat Draft pasal susu Anmum Essential. Buat jugak la sambil2 perhatikan lala. Manalah tau ada rezeki.. cuba je la. Ye tak??? Sebab kelam kabut tersalah paham ter post lak kat blog tapi dah draft balik. Sepatutnya kena submit dulu kat Si Karen tu.. lepas tu dia akan submit dulu kepada advertiser kalau dorang suka baru dapat.
Dalam tak berapa ada masa sempat juga siapkan walau tak berapa sempat nak buat sangat
P/S : gambar lala buat aksi superman tu takde.. Gila time tu nak fikir ambil gambar. Yang sang lekit fikir time tu cuma bertindak pantas sebelum jadi sebarang perkara yang tak di ingini.