Showing posts with label RM10. Show all posts

HARGA SATU NYAWA DI TANJUNG MALIM & SLIM RIVER HANYA RM10

Betapa rakus & tamaknya manusia di muka bumi Allah ni kan? Setiap inci semua milik mereka sehingga makhluk lain nak menumpang hidup pun susah. Nasib baik Jin tu makhluk yang orang tak nampak, kalau nampak gamaknya ada program membenteras jin pulak.


Alkisah terbaca di post kakimotong tentang pemberitahuan dari Majlis Daerah Tanjung Malim melalui portal rasmi mereka katanya.. rewards akan di beri pada mereka yang menangkap & menyerahkan anjing terbiar kepada mereka akan di bayar RM10 untuk setiap ekor. Depa nak buat apa kumpul anjing terbiar banyak2. Mustahil nak bela @ tempatkan kat satu taman anjing di mana anjing2 itu akan hidup bahagia cukup makan minum.


Program macam ni boleh di salahguna.. tak mustahil anjing dalam jagaan orang pun boleh jadi mangsa sebab semua berebut nak dapat duit. Aku tak tuduh tapi anjing2 yang di tangkap & di serahkan kepada mereka.. Insya Allah PTS la tu. Ya Allah.. terancam sangat ke tanjung malim & slim river dengan anjing liar. Jarang pulak aku dengar tv3 siar berita orang kena serang anjing kat situ. Takde ke cara lain mengatasi masalah anjing liar ni?


Walau anjing tetap bernyawa. Anjing bukan tikus.. Anjing juga ada ceritanya dalam Al Quran. Anjing juga patut di kasihani. Anjing jugak ada fungsi dalam kehidupan manusia. Anjing bukan sampah untuk dilupuskan macam tu sahaja. Carilah solution yang lebih baik.. Jangan merentap perasaan pencinta haiwan dengan program macam ni. Program sentuh anjing kemain garang kita membantah tapi program bunuh anjing siap di bayar.. kita semua diam.

Kita jangan salahkan Budha mymar yang membunuh etnik Rohingya kalau kita sendiri menyokong perbuatan macam ni kat Malaysia. Jadi tak pelik la kecoh pasal penemuan kubur besar & kem tahanan etnik rohingya kat Malaysia. Apa beza kita dengan budha2 mymar yang kejam tu? Kang ada pulak orang cakap.. jangan samakan manusia dengan anjing. Yelah.. tak sama. Anjing tak kejam sampai nak bunuh setiap manusia yang dia jumpa hanya kerana seorang dua yang pernah aniaya atau bunuh spesis dia berbeza dengan manusia. Faham sendiri sudah.  Anjing pun makhluk bernyawa yang ada rasa sakit. Islam tidak kejam & tidak ajar mengejami sesama makhluk.

Moral of the story.. Owner2 anjing sekitar tanjung malim & slim river awasi anjing anda takut jadi mangsa hanya kerana RM10.

P/S : Apa yang berlaku adalah dari perbuatan manusia tapi yang terima akibat & jadi mangsa adalah haiwan. Kita buat silap lepas tu kita jatuhkan hukuman pada mangsa kesilapan kita.


CARA PALING SENANG BUAT BANNER SECARA ONLINE

Kalau nak buat secara manual nak setting size memang susah sikit tapi sekarang ni dunia hujung jari semua jadi mudah. Tak perlu nak bayar orang untuk buat banner simple2.. Kita sendiri boleh buat. Nak tau macam mana cara paling senang nak buat banner.. meh khatam entri ni dulu.

Aku tahu ramai peniaga online yang nak letak banner kat blog tapi kadang2 tak reti nak buat banner sendiri. Tak reti nak buat template banner.. Nak masukkan gambar, text (caption) kat sini aku nak share satu application online yang memudahkan korang create banner sendiri. Apa2 size banner pun boleh...

Caranya clik kat website ni Banner Maker . Lepas clik link tu korang akan nampak template banner dalam tu. Ada pelbagai size. Contoh macam gambar kat bawah. Pilih banner size yang macam mana korang nak. Nak empat segi ker.. panjang ke.. pilih dulu ikut standard size di beri.


Bila dah pilih.. kalau korang nak setting ikut size banner korang.. korang boleh clik kat background  & di bawah tu bahagian canvas size boleh setting size macam yang korang nak.


Kalau nak masukkan gambar pun korang just clik add photo.. so pilih dari mana gambar korang nak ambil & masukkan. Kalau nak buang gambar asal dari template just clik pada gambar & clik tanda X tu.


Nak tukar text caption tu cuma perlu clik pada text yang sedia ada pada template akan keluar kotak option & masukkan caption text anda.


Dah siap nak save banner anda sila ikut tutorial bergambar di bawah.


Senang tak? senang kan? Kalau setakat nak buat banner simple2 tak payah upah orang.. boleh buat sendiri tapi kalau nak letak banner iklan korang tak tau kat mana boleh letak kat blog den ni.. 200x170 hanya RM10 sebulan. Ni promosi awal tahun. Ada beberapa slot lagi kosong. Sapa nak meh la cepat...



SEWA TAPAK BANNER IKLAN RM10 SEBULAN

Tu dia promosi sempena musim banjir katanya.. Tak boleh mahal2. Kang ada pulak yang tuduh ambil kesempatan atas musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri. Bukan macam tu.. Kebetulan offer ni time musim banjir, bukan ambil kesempatan. Takde pun aku tulis sewa tapak banner iklan untuk mangsa banjir kan?? So jangan la negatif manjang.


Aku tak pernah la buat offer sewa tapak iklan.. Tapi aku pernah juga sewakan tapak iklan untuk beberapa produk atas permintaan mereka bukan dari offer aku la. Tapi rasanya dah boleh kot buka tawaran macam ni.. Murah jer.. Harga pengenalan katanya even sebelum ni harga orang sewa tu bukan harga yang aku tawarkan la. Harga dia mahal sikit la. Tapi takpe.. Sempena musim banjir ni aku offer banner size 200x170 RM10 je untuk sebulan.

Sapa2 berminat boleh PM kat FB. slot yang kosong korang boleh tengok kata atas & side bar tu yer.. Pilih je nak pacak kat side mana. kalau ada yang minat boleh jugak risik2. Semua PM jer kat FB.

P/S : Mesti ada kata.. blogger dah mula gila duit. Bukan gila duit.. manafaatkan blog dengan benda sampingan yang mendatangkan hasil. Bukan salah pun.. kan??harga pun bukan cekik darah sangat.. ye dak?? sekadar manafaat ruang kosong di blog jer


CASHIER SILAP SCAN HARGA,PAKSA PELANGGAN MEMBELI

Minggu ni weekend kami jadi hari isnin maka baru semalam la kami 3 beranak baru sempat beraktiviti mingguan bawak si kecik jenjalan area KL jer.. Bawak dia gi petrosains.. suka dia. Even mula2 macam dah mengantuk masuk je kat dalam, terus bagai di charge energy. Balik dari KLCC tu singgah la selayang. Macam perkara wajib pulak kan.. lepas Pergi selayang Mall... dan berlaku lah peristiwa ini...

Lepas jelajah selayang Mall & sembat rembat satu dvd seram Thailand.. Maka keluar la kami 3 beranak dari tempat berpuaka itu. Hahahaha.. Puaka untuk aku je sebenarnya. Sebelum ke parking sempat singgah kedai serbaneka depan selayang Mall tu. Ada barang nak cari.. Yelah kalau masuk motif satu barang, keluar dua tiga barang. Almaklum la tuntutan nafsu serakah katanya. Hahahahaha.. masa berbaris nak bayar ni datang satu akak tengah membebel kat cashier si gadis cantik manis ni.

Memang jelas la aku dengar bebelan akak ni.. Dia beli barang kat situ tapi budak cashier ni terlebih scan RM10 kot kalau tak silap jadi dia pun jadi terlebih bayar. Bila dah check ada yang terlebih bayar dia datang tuntut balik la. Yang si cashier mula2 memang taknak refund balik la dengan alasan dia dah scan.. kalau refund memang masalah kat dia.. tak tally la account depa nanti. Pi mai Pi mai dia yang kena ganti. Dia suruh akak tu beli apa2 barang yang harga RM10 jugak. dia kata nak tak nak akak tu kena jugak buat camtu sebab dia tak boleh refund.

Akak tu bebel la.. mana boleh. Salah dia bukan salah akak tu dia yang kena bertanggungjawab kenapa akak tu pulak yang nak kena tanggung. Bila customer ramai.. dia jadi segan kot, dia cakap dengan akak tu cara tak puas hati dia nak ganti kejab lagi. Dia sound balik akak tu hal kecik pun katanya bising2.. Akak tu bidas dia.. hak dia, dia kena pertahankan, Budak tu jawab balik.. semua orang pun ada hak. Akak tu terus bebel2.. bla.. bla..

Aku yang dok dengar sampai cashier tu refund satu je aku nampak.. Budak tu dari awal langsung tak minta maaf. Tak tunjuk rasa bersalah. Dok suruh orang pulak betulkan salah dia buat. Macam mana akak tu nak simpati & ambil langkah bertimbang rasa pada dia kalau dia sendiri yang tunjuk kerek. Try minta maaf & cakap baik2 minta tolong akak tu beli apa2 barangan yang harga sama dengan barang tu,maybe dengan rayuan tu buat orang simpati. Ni tak, dok paksa akak tu beli lepas tu marah pulak akak tu membebel. Kau tak nak refund duit dia.. bebel la dia. Lepas ko refund senang je dia blah.

Sekadar hiasan. Sumber google

Moral of the story.. Kalau dah salah tu minta maaf jer la. Dok bising2 pun terang2 salah kau. RM1 pun duit orang kalau kau salah scan tetap kau kena ganti.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com