KAWEN WAKTU SEKOLAH NAMPAK SANGAT SUKA BERSOSIAL
Tu dia.. Ada kang bawak sepanduk berkampung kat komen blog aku ni. Yelah.. tajuk entri tahap statement minta selipar cium muka ni.. Seperti biasa, sabar tu sangat penting. Jadi sabar.. Teruskan membaca tanpa menoleh kiri & kanan..Aku terbaca pasal kisah remaja lelaki umur 15 tahun kawen dengan remaja perempuan 17 tahun. Kedua dua ni masih sekolah tapi yang laki katanya tahun depan tak mau sekolah dah. Nak kerja sara bini dia... Hurmm. tang tu jadi tak berapa bagus jugak bila kawen terlampau muda & belum habis sekolah. Maybe dia tak berbakat dalam pelajaran kot. so dia pilih untuk bekerja selain alasan sebab dia dah kawen. So,kita cuba ambil yang positif je la yer
Sumber : Blog Sensasi
Umur2 macam tu kebanyakkan keputusan lebih kepada emosi bukan akal.. Nak2 lagi yang pilih nak kawen. Kalau akal dia akan fikir panjang, rasanya dia tak pilih untuk kawen dulu kot.. Kawen bukan sekadar nak lalui malam pertama.. Bukan sekadar nak halalkan hubungan.. Bukan sekadar boleh dating mak bapak tak marah malah tanggungjawab lebih besar dari apa yang tergambar. Tengok pasangan pengantin budak 12 tahun dulu.. even asben dia lebih berusia (tapi belasan tahun jugak) tapi tak sampai kemana pun perkahwinan depa. Sebab masing2 tak boleh nak control emosi.. Bila kehendak & tuntutan perasaan tu masih muda & mentah.. depa tetap masih ada rasa untuk bersosial macam budak2 seusia depa. Susah untuk depa ubah kehendak perasaan untuk jadi seorang isteri @ suami yang bersedia dengan kehidupan rumahtangga.
Bukan aku tuduh budak2 ni jahat @ nakal.. tapi kalau yang kawen muda macam ni kebanyakkan yang jenis suka bersosial. Bersosial yang aku maksudkan.. depa ni belajaq tu sikit sangat tapi lebih kepada terlibat dalam aktiviti sosial yang tak berapa sihat, macam bercinta, melepak, dating bagai.. tak banyak sikit pun mesti ada camtu. Tapi aku bukan tuduh depa ni camtu yer.. aku cakap kebanyakkan. Sebab yang pengantin budak 12 tahun dulu tu, memang agak suka bersosial cara tak sihat. Kalau yang skema cermin mata bulat, butang baju sampai abis, peluk buku 12 jam sehari ni.. Memang takde perasaan nak kawen time2 umur camtu, ye dak?? Jangankan kawen, boipren gepren pun depa tak terniat nak ada.. Itu realiti yang susah kita nak nafikan. Kenyataan yang agak pedas tapi memang berlaku.
Bila budak2 macam ni pilih untuk berumahtangga di usia mentah, perjalanan perkahwinan mereka agak berisiko. Ye betul, kahwinkan mereka boleh elak dari mereka terjebak dalam maksiat tapi bukan pilihan yang terbaik la dalam usia mereka tu. Tapi bila cakap soal jodoh.. Bukan kuasa kita dah. Semua tu urusan Allah.. cuma jadi renungan pada adik adik ku.. Kawen bukan untuk seronok satu malam saja tapi untuk berkongsi kehidupan kalau boleh sepanjang hayat bersama pasangan. Perlu persediaan dari segi mental,fizikal jugak spiritual. Pikiaq baik baik na.. tak mau nanti title J & D tu dapat dalam usia yang sangat muda. Rugi kat situ nanti.. Apapun kita doakan pasangan adik adik ku ini berjaya harungi suka duka dalam rumahtangga mereka. Kekal hingga akhir hayat, Insya Allah. Apapun semoga tak jadi ikutan sangat la pada budak2 sekolah yang lain.. kang haru pulak mak bapak depa. Baru tingkatan 3 semua pakat dok suruh mak bapak depa minang anak dara orang.
P/S : Aku masa sekolah kategori noty jugak tapi aku jenis bergaul dengan semua dari golongan skema, gud gud, noty & yang agak over nakal.. Jadi aku tahu la jugak kalau jenis skema & gud gud ni.. lebih fokus belajar even yang tak pandai sangat pun depa tetap la sentiasa siap kerja sekolah.. berbanding yang noty even agak pandai tapi tang bersosial tu tetap ada.
P/S : pendapat ni tak merujuk kepada mereka yang berkahwin semasa masih belajar di peringkat universiti yer.. Di universiti tu tahap kebijaksanaan depa dah up level, ramai yang berjaya dalam pelajaran & rumahtangga even berkahwin semasa masih belajar di universiti.