Showing posts with label nukilan dayana. Show all posts

4 HARI, 8374 PAGEVIEWS DAN 384 FB SHARE UNTUK 1 ENTRI

Penangan entri yang membongkarkan siapa penulis sebenar nukilan dayana yang tiba2 menjadi hot kat FB bila ramai mula copy paste kat wall memasing termasuk den. Memula tu tak expect la nak dapat views tinggi apatah lagi dapat share yang banyak macam ni. Yelah.. blog den ni blog tepian longkang jer.. Kalau blog cik epal ka.. Ben Ashaari ka.. Mat Gebu ka.. atau blog2 depa2 yang popular tu tak heran sangat la kan kalau dapat traffic macam ni.

Entri tu sang lekit up tengah malam dengan tujuan macam nak tolong Ana Hawana untuk memberitahu semua yang percaya nukilan tu hasil air tangan dayana isteri pertama kepada pelakon asyraf muslim yang tengah hot sekarang pasal kawen kali kedua tanpa keizinan & pengetahuan isteri pertama kat thailand tu. Sang lekit siap mesej dulu Ana hawana & bagitau dia sang lekit dah up entry pasal ni. Kita tulis pun cara baik untuk tidak mengundang tanggapan negatif orang pada Ana Hawana mahupun Dayana yang takde kena mengena pun dengan nukilan tu even di adaptasi dari kontroversi yang melanda dia & suaminya.

Mungkin sang lekit antara blogger terawal yang up entri pasal tu (bukan orang pertama jer.. ada blog yang lagi awal tulis pasal ni) jadi kelebihan tu dapat la kat blog melekit sehingga berjaya dapat macam gambar kat bawah ni...

Ini statistik untuk setakat jam ni. Sampai sekarang entri ni masih mendapat views yang banyak

Tipu la kalau kata hati tak berbunga bunga... walau apa yang dapat tu di luar jangkaan kan?? Macam suprise la jugak bila tengok.. 'Wow!! Penangan entri tu membuatkan traffic jam kat blog melekit.. mau tak cempeqa sat.. hahahaha.

ni pula hits dari ping busuk

Apapun terima kasih pada yang sudi singgah baca.. tolong share & komen kat blog melekit ni. Tanpa anda siapalah blog melekit. Toce! Toce!

PANAS!!! ANA HAWANA PENULIS SEBENAR NUKILAN DAYANA

Rupanya bukan Dr Dayana isteri pertama kepada Asyraf muslim. Sebab benda ni dah ramai copy paste post & share maka kita tak tahu datangnya dari mana termasuk la den. Den share bukan sebab nak publisiti dari kontroversi yang melanda dorang tapi puisi tu memang menyentap habis. Memang yang menulis itu wanita yang lebih memahami isi hati wanita sebab tu kadang2 kita rasa nukilan dia sama macam isi hati kita jugak kan.

Dari Blog PART OF ME membawa sang lekit terus ke link FB pemilik sebenar nukilan dayana tu iatu Ana Hawana. Ada bukti2 yang boleh di percayai ia milik wanita bernama Ana Hawana dari status2 di FB beliau. Apapun den nak ucap tahniah pada Ana Hawana sebab nukilan simple itu berjaya jadi satu fenomena pulak kat FB. Kalau den.. sebab yang den sebut tadi la. Puisi tu seolah2 mewakili hati seorang wanita.. tak ramai wanita yang rela di madukan. Kebanyakkan ramai yang terpaksa bermadu sebab sudah di madukan di luar pengetahuan dorang. Tapi Ana Hawana kena jelaskan benda ni sebab ia membawa nama Dayana. Perkara ni mungkin boleh jadi isu yang besar.. Mungkin orang akan anggap benda ni kenyataan dari Dayana kepada isu mereka sekarang. Tu je nasihat sang lekit pada Ana Hawana.


 Sumber dari FB Ana Hawana

Apapun atau siapapun yang menulis nukilan itu sang lekit nak cakap sang lekit suka. Cuma mungkin cara penyebaran nukilan tu mungkin memberi kesan pada Dayana nanti tapi kita tak boleh salahkan Ana Hawana.. kerana penyebaran tu  di lakukan oleh orang yang tak bertanggungjawab sebab dia tak menerangkan perkara yang betul. Dia sepatutnya kena mention nukilan tu hasil nukilan Ana Hawana.. bukan dayana walau di adaptasi dari kontroversi dayana & asyraf muslim. Jadi satu pengajaran pada saya sendiri & untuk semua. Berhati hati bila menyebarkan sesuatu. Kita nampak kecik tapi kita tak tahu mungkin besar kesannya pada nama yang di kaitkan.

Ayat last sekali May Allah Bless U.. Dayana tu dorang skip kan buat orang salah sangka

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com