Showing posts with label kk SG BULOH. Show all posts

SIA SIA JE KE KLINIK SG BULOH

Pagi2 lagi dah bangun. Harus mak yang siap dulu sebelum siapkan anak & laki.. op's asben dah bangka jadi siap sendiri je la. Lala awal lagi dah bangun.. sementara mummy nak mandi pasangkan tv je bagi dia layan kartun kat tv alhijrah. Kalau tak.. ntah mana2 merayap.. memanjat, sambil2 dady antara tidur & jaga tengok2 kan budak kecik tu.

Hari ni seperti yang tertulis dalam buku pink lala.. lala ada check up pukul 9 pagi. Tapi pukul 10.30 pagi baru kami anak beranak nak gerak pergi KK sg buloh. Selalunya appointment check up lala pukul 11 pagi.. tak perasan last check up nurse bagi pukul 9.00 pulak. Lewat sikit tu takde hal.. sebabnya kalau pergi pukul 9 pun pukul 12 baru nak siap. Sebab tu sang lekit suka ambil appointment pukul 11 sebab time tu dah tak ramai orang jadi tak payah tunggu lama lama.

Dah siap - siap maka pergi la kami bertiga ke klinik. Sesampainya di klinik, aduhai. Sia - sia aku siap2 lala comel2 & mak dia jugak di comelkan demi nak pergi klinik. Alih - alih tutup. Balik dari klinik tadi terbaca kat blog cma, katanya hari ni hari keputeraan Sultan Selangor. Nurse yang bagi appointment haritu tu terlepas pandang kot. Takpe la kesilapan kecil.. kita maafkan je la. Esok je call klinik ambil appointment baru. Kalau malas sangat bawak lala check up kat doktor misai kegemaran kami sekeluarga.

Frust la jugak sebab tak dapat makan nasi campur kat cafe klinik.

Elok sangat la tak jadi check up minggu ni. Lala pun buat perangai tak nak makan sepanjang minggu lepas sampai hari ni. Badan pun nampak susut. Sempat la seminggu lagi cuba menternak lemak dia supaya berat dia naik sikit, kan?? Sang Lekit dah habis idea nak pujuk lala makan.. terpaksa jugak cari suppliement  untuk lala. Yang Mealshake tu kena order kat pengedar jer.. Malas pulak. Kalau boleh cash & carry kan senang. Sang Lekit bukan suka sangat nak beli online ni.

Masih memerlukan cadangan, petua Atau apa2 je la produk yang boleh bantu menambah selera makan si lala. Sapa2 ada idea share2 la. Budak lala ni sejak tak mau makan.. kuat sungguh menyusu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com