Showing posts with label pratik. Show all posts

TERBONGKAR RAHSIA SEDIAKAN SARAPAN PALING PANTAS

TERBONGKAR RAHSIA SEDIAKAN SARAPAN PALING PANTAS. Masalah bila ibu bekerja terlewat bangun tapi perlu uruskan anak anak nak ke sekolah & perlu sediakan sarapan untuk keluarga. Mau kelam kabut ribut satu rumah jadinya. Benda tu biasa berlaku.. Yelah, kita manusia bukan robot boleh setting pukul berapa tidur & pukul berapa secara automatik bangun. Robot boleh la.. bila bangun terus bangun. Kita ni kadang2 dah terbangun tapi tipikal manusia.. Ahh.. tidur jab 5 minit la. Baring jab bagai.. alih2 yang 5 minit jadi sejam.


Bila dah terlewat bangun dari waktu sepatutnya memang tak boleh nak sopan santun macam perempuan melayu terakhir sangat la.. Semua kena buat macam lipas kudung. Berdesup sini.. berdesup sana..  Masa tu la keluar bakat tarzan bagai menyeru anak anak bangun tidur. Bancuh air pun tak mustahil boleh jadi termasin hahahaha..

Walaupun aku sejak bergelar mak orang terus jadi surirumah yang berjaya.. tapi aku memahami masalah terutama ibu ibu yang bekerja ni. Jadi kat sini aku nak share satu tips mungkin berguna untuk kita semua bila terbangun lewat. Cara nak sediakan sarapan paling pantas. Meh tengok kat sini >> 15 Cara sediakan Sarapan paling mudah, cepat & menarik di dapur << Memang sangat membantu & memberi inspirasi pada aku. Lepas ni aku boleh la try. Jadi tak ada alasan untuk skip sarapan lagi.

Sarapan ni bagus di ambil.. Nak2 lagi blogger. Sebab nak tulis blog perlukan kreativiti & idea. Jadi perlukan tumpuan. Dengan pengambilan sarapan yang consistent setiap hari boleh meningkatkan tumpuan & memberi tenaga.. takde la alasan idea nak update blog kelaut bagai. tengok aku ni.. Terlebih sarapan gamaknya. 1 hari 3 - 4 entri aku update. Konon testimoni sarapan paling berjaya la. Hahahaha

22 PERATURAN YANG DI AMALKAN RAKYAT MALAYSIA TAPI TIDAK TERCATAT DALAM UNDANG UNDANG

22 PERATURAN YANG DI AMALKAN RAKYAT MALAYSIA TAPI TIDAK TERCATAT DALAM UNDANG UNDANG. Tidak semua peraturan yang kita amalkan tu tertakluk dalam undang undang negara tapi tetap kita ikut tanpa prejudis katanya. Yelah.. bila dah jadi tabiat, rutin atau kebiasaan.. benda tu kita akan terus pratikkan tanpa perlu penguatkuasaan undang undang. Boleh pulak ikut rules yang tak rasmi yer... Kalau di kuatkuasa undang2 mengelat manjang pulak.. Tu la manusia.

Mesti korang nak tahu apa 22 peraturan yang tidak tercatat dalam undang undang negara tapi rakyat Malaysia sangat patuh melakukannya.. Yelah.. Orang malaysia ni terkenal yang suka langgar undang undang kan tetiba undang2 tak rasmi boleh pulak dia follow tanpa banyak soal. Contoh macam kalau kita double park mesti kita tinggalkan contact number walau benda tu bukan tercatat dalam undang undang negara kan?


Selebihnya Kalau korang nak tahu apa 22 undang2 misteri yang korang selalu amalkan tu meh baca kat sini >> 22 Jenis Peraturan Yang di amalkan rakyat Malaysia tapi tidak tertulis dalam  Undang Undang Negara <<

Moral of the story.. Hidup & peraturan memang tak dapat di pisahkan cuma tidak semua peraturan relevan untuk di pratikkan. Pandai pandai pilih undang2 mana yang terbaik untuk di ikut. Peace Yo!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com