Showing posts with label mengampu. Show all posts

TU LA PADAH JADI KAKI KIPAS ARTIS

TU LA PADAH JADI KAKI KIPAS ARTIS. kaki kipas ni tak selalunya bernasib baik. Walaupun depa ni memang jenis sweet talker silap haribulan yang sweet tu boleh jadi sweat balik bila yang nak puji di salah faham sebagai mengeji. Bila tengok isu pasal KimK tu masih lagi di perkatakan aku terfikir satu benda jer..

Itulah padah orang yang suka membodek. Yelah.. Peminat yang komen gambar fazura dengan kawan dia yang ada krisis identiti tu konon nak ambil hati fazura la puji muka kawan si fazura tu macam KimK.. Padahal hakikatnya orang tu lelaki tapi perwatakkan wanita. Walau dia macam KimK sekalipun tak payah dok support sangat la apa yang menjurus kepada sokongan kearah yang tak baik tu semata mata nak sedapkan hati orang lain. Niat nak bodek, orang yang baca komen salah faham ingat orang carutkan muka kawan dia. kan dah dapat padah kena maki.

Yang Gambar Besar Tu Kim Kardashian Yang gambar kecik muka paling depan tu KimK.. op's! hehehe.

Tak payah nak jadi kaki kipas sangat la kan.. Nak2 kipas orang2 popular ni. Silap teknik mendapat la maki tapi nasib baik ramai orang backup minah tu. So, popular la sekejab dia. Kalau benda yang jadi viral tu buat nampak dia bersalah macam mana? tak ke sia2 je apa dia buat. Kadang2 bukan kata tak boleh layan sangat akaun media sosial retis ni.. Tak perlu la nak membodek tak tentu pasal. Komen membodek, mengampu, kipas susah mati ni.. tak membantu sebenarnya untuk seseorang tu lebih berjaya walaupun itulah yang paling manusia suka, PUJIAN.

Yang mana suka sangat beramah mesra dengan artis di media sosial tu kalau kau puji2 pun depa bukan nak reply sangat.. Tapi bila kau kritik je yang tu depa nak buat isu besar. Komen suruh buat senanam hidung untuk dapatkan hidung mancung pun ada retis sentap. Depa lebih ambil berat yang orang kutuk sebenarnya.. Yang puji2 depa baca sambil lalu jer. kalau hangpa nak dapat attention dari retis.. hangpa kritik je. Hahahahaha

Moral of the story.. Dari dok melayan post2 retis kat media sosial lagi sedap korang pi try semua jenis laksa yang ada kat Malaysia. kenyang pun kenyang dari kenyang kena maki. ye dak?? Kenyang kena maki ni perut masuk angin jer.. Tapi kenyang sebab makan at least tak berisiko sangat kena gastrik. Rasa nak komen, buat je post kat akaun media sosial sendiri macam FB,twitter,blog bagai. Orang2 sekarang memang cakap je suruh tegur depan depan padahal depa bukan boleh terima pun kalau kita cakap depan depan. hahaha

P/S : Sebab kat blog aku hari2 ada keywords nak tahu maksud KimK tu ni nak bagitau.. Yang peminat komen kat post fazura tu maksudkan Kimk tu adalah Kim Kardashian. Model/retis hollywood tu... Yang Fazura faham KimK tu adalah Kimak, perkataan mencarut masakini. Sebenarnya aku nak buat entri pasal maksud KimK je memula. yelah ramai sangat dok mencari. Tapi biasa la aku tak boleh nak tulis pendek2 nanti rasa macam kencing tak lawas. hahahaa

BILA KITA SEDAR YANG BAIK DENGAN KITA CUMA KAKI KIPAS

Bak kata pepatah aku.. Kita lebih banyak di bohongi saat kita punya segalanya.. nama, harta, kemahsyuran. Tapi kita akan jumpa sebuah kejujuran bila kita tak punya apa - apa. Sebab tu dalam hidup kita jangan selesa dengan pujian.. sebab pujian sekarang umpama ada udang di sebalik batu.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan harga minyak yang naik 10sen hahaha

Saat kita sedar di yang ramai di sekeliling kita selama ni cuma kaki kipas bukan kawan saat tu baru kita sedar bahawa sebenarnya tak ramai pun sudi berkawan dengan kita kalau kita bukan kita yang mereka kenal. Yang ada kepentingan untuk orang lain bergesel kat kaki kita macam kucing jalanan minta makan. Even kita tendang pun tetap dia datang bergesel jugak kat kaki. Even terpaksa jilat tapak kaki pun dia sanggup buat asalkan dia kenyang. Tapi kalau kita pun umpama kucing kurap.. jangankan nak gesel kat kaki, nak duduk sebelah pun orang tak sudi apatah lagi nak mengaku kenal.

Waktu tu baru kita sedar banyak kepalsuan dalam pujian & sokongan yang kita dapat. Waktu tu baru kita rasa selama ni kita syok sendiri.. Rasa kita macam bagus sangat sampai apa yang kita buat semua orang sokong & suka.

Tu la kan.. Dalam kemahsyuran seseorang tu miliki ada 1001 ujian yang Allah nak duga. Dan kalau Allah nak tarik seminit pun kita boleh hilang segalanya yang kita miliki. jangan sombong sampai tak boleh je cuit sikit dah nak tunjuk betapa kita punya kuasa yang boleh menentang orang lain dengan semudah satu jari.

Moral of the story.. Jangan jadi macam Azwan Ali. Kena warning dengan Rani Kulup baru mengelabah nak minta maaf. Jangan sombong sangat seolah2 takde sapa boleh jatuhkan kita sebab kena ingat ada yang kat atas tu boleh jatuhkan kita bukan takat terduduk.. Sampai tertiarap menyembah bumi pun boleh. Dan kalau kita jatuh jangan letakkan 100% kesalahan tu pada orang lain.. Renung balik saat kita di atas adakah kita terhindar dari sifat sombong, riak,bongkak,bangga diri yang melampau? renung renungkan selamat beramal. Peringatan untuk diri sendiri juga. Peace!

p/s :Sekadar nukilan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. hehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com