Showing posts with label menangis. Show all posts

VIDEO PERSEMBAHAN FIENA DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KETIGA BUAT RAMAI PENONTON MENANGIS TERMASUK DATO HATTAN

VIDEO PERSEMBAHAN FIENA DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KETIGA BUAT RAMAI PENONTON MENANGIS TERMASUK DATO HATTAN. Minggu ketiga pentas mentor milenia 2017 aku masih declare diri aku sebagai juri surirumah yang confident dok bagi komen setiap persembahan protege kat facebook. Aku tahu ada yang rasa annoying sangat bila aku buat macam tu.. Tapi pilihan di tangan sendiri la kan.. Kita boleh follow & unfollow.. Aku sesaja je nak memeriahkan majlis mentor milenia 2017 kat media sosial katanya. Alang2.. memang aku follow sampai minggu ketiga ni.. Aku komen je la...


Semalam.. Persembahan Usop bagi aku paling terbaik walaupun dia kalah dengan Elica maybe dari segi kemantapan Vokal. Sebab semalam Elica betul2 bawa lagu Mama Aku ingin pulang tu memang terbaik sangat. Cuma semalam Elica memang nampak mempertaruhkan Vokal semata mata sebab tak ada apa2 gimik dalam persembahan dia.. Macam Usop siap naik kapcai tu.. Paling tak boleh blah dia park betul2 depan Juri tetap, Dato Hattan kemudian nyanyi depan2 Dato Hattan kau..

#Elica nyanyi lagu Mama Aku Mahu Pulang.. Antara lagu yang orang suka nyanyi masa ujibakat.. Not bad persembahan Elica. Nampak malam ni Elica mempertaruhkan vokal semata mata.. Gud luck je la untuk Elica#ProtegeAkim #MentorMilenia2017 #MentorMilenia

Semalam Usop bawa lagu Hang Pi Mana.. Menggunakan penari iringan kanak kanak yang berbaju sekolah. Memang menghiburkan persembahan usop semalam. Macam biasa Sorakkan untuk Usop seperti minggu2 sebelum ni memang lebih kuat berbanding protege lain. Aura usop memang sangat kuat untuk mentor milenia 2017 ni. Cayalah orang lunas!!

#Usop nyanyi lagu hang pi mana malam ni wei.. Rare persembahan usop malam ni naik kapcai lepas tu nyanyi depan muka Dato Hattan.. Vokal tak payah nak pertikai. Memang vokal usop masih terbaik. Penari latar budak2 sekolah rendah.. Memang persembahan usop betul2 terbaik malam ni..#teamUsop #MentorMilenia2017 #MentorMilenia

Cuma kecewa sikit dengan persembahan Along semalam.. Nyanyian dia aku rasa memang dah ok sangat dia bawa lagu tiara tapi aku setuju dengan Dato Hattan dia nyanyi tak ada feel sebab mungkin Tomok suruh dia berlakon jadi orang gila atas pentas. Nampak Along memang kurang selesa untuk bawa watak sambil menyanyi. Berbanding persembahan dia minggu lepas.. Tak payah suruh dia berlakon ke hapa dia nyanyi lagu kekasih awal & akhir memang sangat2 terbaik & nampak dia mampu menjiwai lagu tersebut dengan baik. Aku rasa tomok ni kadang2 terlalu mendesak protege dia buat sesuatu perkara yang sebenarnya perlu masa mereka untuk belajar. Macam Along.. dia pemalu sangat. Dia boleh menyanyi dengan baik tapi kalau nak suruh dia berlakon dalam nyanyian memang nampak dia masih tak mampu. So, Bagi aku tomok memang suka ambil risiko.. Sebab tu semalam Along di Bottom 2.

#Along nyanyi lagu rock kapak malam ni, Tiara. sekarang aku dah#TeamAlong sebab aku rasa dia ada potensi jadi juara Mentor Milenia tahun ni.. Wah.. Budak pemalu ni nyanyi sambil berlakon Malam ni. Jadi banduan. Lagu Tiara ni memang rasa lagu2 yang matching dengan vokal Along.. Macam tak ada masalah sangat dia nak bawa lagu2 macam ni. Tapi aku setuju dengan Juri Tetap Dato Hattan.. dia nyanyi malam ni memang tak ada feel. Persembahan dia minggu lepas lebih baik dari minggu ni#ProtegeTomok #MentorMilenia2017 #mentormilenia

Qalisya.. Hope lepas ni please jangan pakai skrit pendek dik Ooi.. Bukan nak kutuk atau hina fizikal awak tapi better awak sembunyikan betis awak tu ok! Bukan kata tak cantik cuma tak berapa menarik mata memandang hehehehe..

#Qalisya nyanyi lagu listen. Antara Favorite lagu aku tu.. Ada part terkuncil. Enjoy jugak persembahan Qalisya even aku rasa penyanyi asal dia nyanyi lagi baik hahaha.. hope Qalisya tak pakai skrit pendek.. nampak betis besar hehehhe #protegeTomok #mentormilenia2017 #mentormilenia #TeamAlong#TeamUsop

Yang lain - lain korang boleh baca komen kat bawah ni...

starting lagu Nirmala Anna nyanyi dengar baik tapi pertengahan lagu macam banyak terkuncil tapi juri tetap puji pulak. Ke telinga aku tak korek hahahaa#Anna #protegeAkim #mentorMilenia2017 #mentormilenia #teamAlong#teamUsop

#Balqis persembahan dia malam ni best. makin lawa balqis ni. Dulu kecik2 tak comel sangat #protegeHazama #MentorMilenia2017 #mentormilenia#teamAlong #teamUsop #lagurindu

#Syeera nyanyi lagu hi hi bye bye... dia nyanyi ok tapi aku macam tak minat persembahan dia. Aku rasa macam dia merewang sangat atas stage. hahaha.. Apapun vokal dia power.. dia nyanyi lagi baik dari penyanyi asal lagu ni #ProtegeBlack #MentorMilenia2017 #MentorMilenia

Mark Adam ni bagi juri tetap pun bagus.. Aduhai.. lawak slamber dia memang menjadi #MentorMilenia2017 #JuriJemputan #MentorMilenia

Minggu ni Juara mungkin Usop kot. Elica pun nampak ada peluang jadi juara minggu ke 3 ni. Yang mungkin tak berapa selamat Balqis, Qaleesya.. Tu cuma ramalan aku jer belum tentu benar belaka hahaaha#MentorMilenia2017 #MentorMilenia #TeamUsop #TeamAlong

Juara mingggu ketiga Mentor Milenia 2017 #Elica.. Tahniah
Tiada penyikiran minggu ke 3 #MentorMilenia2017 #MentorMilenia

Apapun.. Mentor Milenia sepanjang 3 minggu ni rasa macam tak boleh nak ramal siapa bakal menang walau dari segi supporter memang nampak Usop lebih banyak supporter tapi dari segi persembahan selama 3 minggu ni nampak kejutan demi kejutan dari semua protege. Minggu pertama Usop menang.. Minggu kedua Along.. Minggu ketiga Elica. So, Untuk juara mentor milenia 2017 ni boleh jadi sesiapa saja selain Usop.. Nampak suspend jugak sebab dari pandangan aku memang tengok fenomena selama 3 minggu ni.. Tak mustahil Along, elica atau Syeera boleh jadi juara. Mungkin juga Anna..

Apapun memang persaingan nampak hebat jugak. Sebab setiap minggu setiap protege yang mula2 kita nampak macam tak menyerlah sangat atas pentas.. Tunjuk improvement yang baik. So, untuk usop hang jangan selesa sangat na... Jangan dok loglaq. Berusaha lebih kuat lagi lepas ni ok! Pada Along.. Kalau pun tak menang untuk mentor milenia kali ni Along memang dah ada pakej menjadi seorang penyanyi yang baik. Moga ada rezeki Untuk Along dalam Industri seni hiburan tempatan.. Insya Allah.

Tapi apapun persembahan yang paling menyentuh hati semalam adalah dari peserta ujibakat jemputan.. Fiena. Seorang gadis remaja dari sungai buloh yang cacat penglihatan tapi sangat berbakat besar dalam mencipta lagu & boleh menyanyi dengan baik. Semalam dia nyanyikan lagui ciptaan dia sendiri yang buat ramai penonton mengalirkan airmata termasuk juri tetap, Dato Hattan. Yer.. lagu dia memang sesuai di jadikan soundtrack drama. Dari lagu dia pun aku rasa boleh hasilkan satu kisah untuk di dramakan.. Itulah kekuasaan Allah.. Tidak menciptakan makhluknya tanpa kekurangan & kelebihan mereka tersendiri. Semoga Allah permudahkan urusan Fiena..

Persembahan Fiena Di pentas Mentor Milenia 2017 semalam

Tu je komen dari aku selaku juri surirumah yang tak di undang untuk minggu ketiga pentas mentor Milenia 2017. Minggu depan.. Kalau ada jodoh dengan mentor milenia aku akan menjurikan lagi diri ini. Pada yang rasa annoying tu.. minta maaf la noh.. seminggu sekali jer aku buat update berderet2 macam tu kat wall FB. hehehehe

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK. Zaman kita kecik kecik dulu senang mak bapak nak control bila kita buat perangai. Sebab budak2 dulu mudah percaya dengan  momokkan atau ugutan. Kalau tak makan saman dengan ugutan atau momokkan kau makan rotan atau cubit pulak la lepas tu. Jadi kau di beri cuma 2 pilihan yang menakutkan samada percaya dengan ugutan atau momokkan seram mak bapak kau atau kau kena hadap kesakitan pada fizikal kau bila sesi memujuk dah habis.


Tapi Budak2 sekarang memang banyak tak makan saman.. kau momokkan dia dengan kisah seram dia persoalan dengan berpuluh2 soalan untuk minta kepastian yang kau sendiri tak ada idea nak jawab. Bila kau ugut dia.. lagi dia mencabar. Bila kau guna hukuman fizikal macam merotan atau denda dia memberontak bagai nak rak. Berbanding budak budak zaman dulu. Orang kata lebih senang nak control.

Sebab tu dalam kita membesar kita sangat biasa dengan ugutan & momokkan benda benda macam ni. Kesian kan.. kadang2 ada yang betul2 percaya apa yang mak bapak dia cakap tu sampai besar baru dia tahu perkara sebenar. Punya la budak2 zaman dulu menjadikan mak bapak sumber rujukan paling sahih sampai apa mak bapak dia cakap semua dia anggap betul. Antara penipuan yang selalu mak bapak buat bagi meredakan amukkan anak anak depa adalah 20 perkara ni >> 20 Penipuan Yang Ibu Bapa Sering Guna Untuk Tenangkan Anak Anak <<

Masa kecik kita cukup naif jadi kita akan rasa takut di perlakukan macam yang mak bapak kita cakap nak buat kalau kita terus buat perangai maka kita akan percaya benda tu mak bapak kita akan benar2 buat kalau kita terus mengamuk atau menangis padahal mak bapak mana nak dedahkan anak pada risiko macam tu. Nak2 lagi zaman sekarang ni. hehehe. Walalupun zaman dah berubah tradisi menipu anak dengan 20 penipuan ni rasanya masih ada yang pratikkan tapi kalau anak aku rasanya tak berapa berkesan. hahaha

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

MENANGIS BOLEH KELUARKAN RACUN

MENANGIS BOLEH KELUARKAN RACUN. Menangis dengan manusia adalah sinonim. Manusia tak pernah menangis adalah manusia yang tak normal tak kira la lelaki atau perempuan cuma kekerapan menangis tu selalu di nilai dari jantina. Perempuan memang terkenal dengan airmata.. sedih menangis, suka pun menangis. Manakala lelaki ni dia menangis kalau betul2 hati dia tersentuh sangat je. Tak tau kenapa hati lelaki ni susah nak tersentuh. Kurang magnet kot hahahahaha..


Kadang2 orang rimas dengan spesis perempuan yang sikit2 nak menangis. Dah macam baby padahal umur dah balusia (baby lanjut usia). Kalau dalam cerita Kasim Selamat sebab terlampau menangis sampai jadi buta. Sebab tu menangis setiap hari non stop. Pelik kan.. airmata dia tak kering2 pulak tu menangis sampai buta.

Tapi menangis ni tak semua menyebabkan keburukkan kalau kita menangis dengan cara yang betul. Menangis pun ada cara jugak ke? Yelah.. kalau tanpa sebab nak menangis tu dah tak betul. Sebab menangis ni ada jugak kelebihannya. Kuasa Allah.. tiada satu pun perkara yang di jadikan tanpa manafaat. Menangis bukan saja boleh menguraskan stress, mengembalikan mood & melegakan perasaan.. dengan menangis secara tak sengaja kita telah mengeluarkan racun melalui airmata. Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata. -sumber eramuslim -

Jadi kalau rasa sedih, tertekan atau kecewa dengan sesuatu jangan tahan2 tangisan tu. Menangislah tanpa was was katanya. Sebab airmata dari perasaan sedih tu mengandungi racun. Dengan keluarkan racun tu bersama airmata maka automatik dia tak meracuni hati kita lagi. hehehehe. Tapi ada sesuatu yang confirm buat korang menangis jugak ni kalau tak dapat. Sebab harga dia bukan selalu macam ni >> 4G LTE Smartphone serendah RM158. << Takpe menangislah manatau tetiba bangun esok ada atas meja sudut tepi katil. Hahahaha...

Moral of the story.. Kita akan menangis dengan bermacam macam sebab, itu normal tapi kalau kita menangis tanpa sebab itu kena jumpa doktor. hehehe

JENIS HANTU/SYAITAN YANG BUNYI SEPERTI BAYI MENANGIS

Dah lama rasanya blog ni tak di serami dengan cerita2 hantu, syaitan, jin, mistik,misteri bagai kan.. Almaklum la episod memburu hantu tergendala seketika katanya. Pukat nak jerat hantu koyak tengah jahit semula.. Sejak kedai berhantu kat selayang Mall tutup makin sukar pulak aku nak pancing hantu sebab tempat2 lain tu jarang nak singgah. Takpe la.. melambak lagi kan blog cerita hantu korang boleh baca. Kiranya blog aku ni umpama iklan hantu jer.. sekejab2 je ada. hahahahaha

Sumber google

Berbalik pada tajuk asal... Cerita pasal hantu/syaitan dah sinonim dengan suara seram tangisan mereka di malam hari kan selain mengilai.. Tapi mesti ramai tak tahu tak semua spesis hantu/syaitan ni bunyinya sama.. Nak kenali jenis2 hantu maybe dari bentuk jelmaan atau suara/bunyi depa.. Aku tak banyak info sangat pasal jenis hantu & cara mereka bersuara atau berbunyi tapi terjumpa info pasal hantu ni masa aku tengah google bunyi hantu penanggal... hahahahaha

Yang menyebabkan aku google benda alah tu sebab tetiba masuk keywords bunyi hantu penanggal kat blog aku. Aku sendiri pun tak tau penanggal ni ada bunyi tertentu atau tak even aku peminat cerita hantu & seram ni. Akibat dah lama tak mengopek dengan rakusnya cerita pasal hantu maka aku rasa macam best pulak kalau share kat blog even sejauh mana betulnya fakta ni.. terus terang aku tak sure. Kita baca just sekadar hiburan sudah.. tak payah ambil serius sangat la na...


Jenis hantu yang berbunyi seperti bayi menangis adalah spesis...


Tapi tak mustahil la kan bunyi hantu syaitan spesis tu camtu. Depa pun ada bunyi bunyian tertentu jugak cuma kita jangan terlalu taksub atau takut sampai di hantui imaginasi sendiri bila terdengar bunyi2 macam tu padahal anak jiran baru lahir nangis tengah malam.. Macam anak aku dulu. hahahaha...


KISAH HANTU BUDAK YANG SANGAT SEDIH

Tak semua hantu menyeramkan yang akan buat kita rasa takut bila tengok. Ada jugak hantu yang kita akan rasa sedih dengan nasib dia. Kita rasa nak berdamping je dengan dia.. sebab sedih sangat. Hahahaha.. ada ke orang camtu berdamping dengan hantu sebab kesian? Ada la kot kan.. Yelah, dalam diri dia ada sifat perikehantuan so dia cepat bersimpati dengan hantu.

Sekadar hiasan. Sumber google

Apa la kau merepek hari ahad ni sang lekit Ooi.. Sapa la gamaknya yang ada sifat perikehantuan tu? Takde sapa2.. cuma nak cerita pasal hantu yang sangat menyedihkan. Yelah semalam secara tak sengaja tertengok midnite movie kat TV3 tu.. rasanya dah lama takde sebab bagi laluan untuk liputan sukan haritu. Ramai jugak yang tengok rasanya filem Dark Water English version semalam kat tv3. Filem ni ada dalam version jepun jugak. Bukan filem baru tapi filem lama.. Aku takde koleksi DVD dia sebab rasanya dah banyak kali tayang kat tv so aku pun rasanya dah banyak kali tengok.

Apa yang sedihnya kisah hantu ni adalah hantu seorang kanak kanak perempuan bernama Natasha yang di abaikan kedua ibu bapanya yang ada masalah hidup. Dia di tinggalkan seorang diri di rumah sewa macam apartment tingkat 10, kemudian mati akibat jatuh dalam tangki air di bangunan apartment tu. Kisahnya hantu budak yang kurang kasih sayang.. apa yang di cari adalah kasih sayang seseorang jer. Cerita dia memang tak seram langsung tapi jalan cerita dia tak bosan sangat.

Part paling sedih aku rasa part last sekali.. bila hantu budak ni cuba bunuh seorang kanak kanak bernama cecillia yang baru pindah kat salah satu rumah di apartment tersebut bersama mak dia. Sebab kasih sayang si mak ni mengatasi segalanya.. dia rela jadi korban untuk temani hantu budak yang kesunyian tu. Akhirnya mak cecillia pun mati dalam tangki air yang sama dengan hantu budak tu. Punca kematian tak di kenalpasti. Last tu ada part sebelum budak cecillia tu di bawa bapak dia pindah keluar dari aprtment tu.. sebelum keluar dia ter flashback kenangan dengan mak dia.. pelan2 airmata budak tadika tu jatuh. Serius.. aku rasa macam nak menangis je tengok part tu. Teringat anak aku yang kecik.. macam mana kalau umur aku tak panjang. Macam mana dia nak biasakan hidup tanpa aku sebab selama 3 tahun ni aku 100% jaga dia. Tak pernah berpisah walau satu hari. Mana ada aku.. ada dia. Tak pernah siapa2 pun jaga dia. Ya Allah.. Semoga kau beri peluang aku jaga dia sehingga dia benar2 mampu berdikari. Tak sanggup aku nak membayangkan dia menangis cari aku.

comel pelakon kanak kanak yang pegang watak Cecillia ni kan?

Nasib baik tengok sorang2.. nangis pun takde sapa nampak kan? hahahahaha.. Moral of the story filem dark water ni jadilah seorang ibu bapa yang bertanggungjawab. jangan sampai anak jadi hantu yang sedih. Ramai je budak even masih hidup jadi hantu yang sedih sebab di abaikan.. Tak payah bagi contoh, contoh ada di sekeliling kita. Buka mata, lapangkan hati akan nampak segalanya.


JIN MENANGIS ANAK TERTINGGAL DALAM VAN

Aduhai kisah sedih ke kisah seram ni? Jin menangis anak tertinggal dalam van? Anak jin pun kena culik dengan sindiket Van putih yang tengah hot sekarang ni ke? Kalau sindiket penculikkan kanak2 van putih mampu culik anak jin jugak agak hebat la. Tapi betul ke Sindiket Van putih yang culik anak jin? Jangan buat kesimpulan baca dulu kisahnya...

 Sumber gambar google

Alkisahnya pepagi hari joging kat news feed FB. Senam jari kekdahnya.. Nak senam diri tak berapa rajin kan. Tetiba terjumpa satu post yang best rasanya aku nak share dengan hangpa yang setia melangut kat blog melekat lekit ni. Alkisahnya begini...

Sumber FB

Tak tau la nak takut ke.. nak nangis ke.. atau nak gelak. Sebab ayat last dia memang mengelikan hati jugak. Jin pun tertinggal anak dalam kereta bukan je manusia.. Apapun moral of the Jin story ni... Kalau ada manusia yang tak sayang anak, malu la sikit kat Jin. Jin pun menangis anak hilang manusia pulak happy jer lepas beranak buang macam sampah. Dan pada anak2 yang suka derhaka kat mak tu.. Bukan jer Manusia & haiwan.. Jin pun sayangkan anak. Bila dah nama seorang ibu ni.. tak kira dia dari spesis apa tetap dia sayangkan anak dia. Yang lahirkan tetap ibu ok even ibu jin pun. Jadi sayangilah ibu anda.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com