BILA LALA JADI VACUUM..
Hari genap usia budak lala setahun enam bulan & 4 hari. Dalam umur setahun setengah ni apa yang lala dah expert yer?? Boleh la.. nak kata genius sangat sampai dah boleh hafal a sampai z tu takde la. Lala bukan kanak - kanak terpilih yang mendapat anugerah tu setakat ni. Akan datang tak tau la kot2 rezeki lala tergolong dalam golongan kanak2 genius.. Tu tak tau la pulak kan??Sekarang lala dah semakin laju jalannya walau kadang2 terbabas jugak sebab lost control. Selera makan merundum sikit sejak dua menjak & sang lekit terpaksa beli sebotol lagi Appeton Multivitamin lysine untuk mengembalikan selera makan dia. Pun begitu dia tetap di beri makan jugak walau makannya sikit sangat.
Dan sejak dua menjak ni Bapak lala gegatal pulak tidokan lala dalam buaian balik. Nampaknya lala kembali menyukai dirinya di buai sambil tidur. Sejak kembali ke arena buai membuai ni senang sikit sang lekit setting time tidur siang dia. Lala akan bangun selalunya pukul 10 pagi.. kalau awal pun maybe pukul 9 atau 9.30 pagi. Kadang2 je terlebih awal dalam pukul 8 pagi tapi jarang lala nak bangun time tu. Kalau lala bangun pukul 10 selalunya dia akan mandi pukul 11.. kena jarak 1 jam selepas dia bangun dari tidur sebelum bagi mandi untuk memastikan dia tak badmood masa mandi. Lagipun time dia bangun tu time tayangan kartun2 kat tv alhijrah. Dia bangun minum susu dulu.. dalam setengah jam lepas minum susu dia akan minum scott emulsion & setengah jam lepas minum scott emulsion baru mandi.
Lepas dia mandi.. dia minum sebotol lagi susu. Dalam 11.30 ke 12 gitu la jam dia.. sejak lala suka membuai ni sang lekit akan tidurkan dia sekejab. Masa dia tidur tu boleh la masak untuk santapan dak lala di tengahari nanti. Kalau sebelum ni lala jarang tidur time tu.. selalunya masa bagi lunch kat dia belum sempat habis.. dia dah ngantuk. Selalu sangat terjadi dia tidur dengan nasi yang masih dalam mulut., Jadi sejak dia kembali tidur dalam buai.. sang lekit tidurkan dia dulu. Dalam buai senang nak paksa dia tidur.. buai jer dalam 15 minit ke setengah jam tidur la dia. Jadi bila time dia makan nanti takde la dia terlentok. Lala guna electric rocker sebab tu dia kalau dalam buai kemain nyenyak sebab buaian dia sentiasa membuai. Selalunya kalau pukul 11.30 dia tidur.. 1.30 tu dia baru bangun. Kira lama la tu berbanding sebelum ni taknak tidur langsung time tu.
Masih menanti lala menyebut perkataan keramat iatu Mummy.. tapi belum sampai seru lagi nampak gayanya. Takpe sabar.. Tak payah nak sedih sangat kalau budak2 lain sebaya lala dah pandai sebut macam2, kan?? Biarlah kalau depa nak compare anak depa lagi cepat perkembangannya janji lala membesar dengan sihat, comel & ada perkembangan yang normal. Memang lala lambat bercakap, setahun 4 bulan baru berjalan.. Tapi Alhamdulillah setakat ni lala di beri antibodi yang kuat jugak jarang nak demam. Setiap kejadian tu ada kurang & lebih. Kadang2 budak tu cepat jer perkembangan dia tapi selalu pulak sakit, kan?? Allah nak bagi tu cukup adil dah..
Men'Try baju baru acu beli.. (kena sebut nama Acu untuk bodek lebih)
Jari kelingking pun jadi la.. Janji boleh nyot2..
Selepas 4 Bulan pertama kelahiran lala dengan episod yang betul2 menguji kesabaran (sebab lala suka menangis tengah malam tak henti2 sampai dekat subuh), selepas 4 bulan tu.. Memang tak susah lagi nak handle budak lala ni. Mungkin dia dah puas menangis masa 4 bulan pertama tu, sekarang dia jadi susah nak menangis atau meragam. Masih lagi maintaince dengan perangai baik tu walau suka sepah rumah dengan mainan.. Tapi bagi sang lekit biar dia lasak hati tak gundah dari dia meragam jiwa jadi kacau bilau di buatnya.. kan??
Tu je la perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita. Susah nak cerita detail sangat sebab bagi sang lekit lebih mudah faham kalau tengok dari nak di luahkan dalam bentuk karangan ni. Apapun perkembangan lala normal je macam budak2 lain jugak.