PRU13: NAK TAHU SIAPA YANG PATUT & TAK PATUT KORANG UNDI
Dah tak lama lagi kot nak PRU13 ni kan?? Tunggu je pengumuman tarikh nya. Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang beragama Islam, jom kita tengok siapa yang patut kita undi & tidak semasa pilihanraya nanti.
Gambar Carian Google
Dalam surah Ali Imran ayat 28 dan dalam surah An-Nisa' ayat 139 dan juga ayat 144 menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin kepada orang-orang Islam walau dalam apa bidang sekalipun. Ini kerana dalam Islam seorang pemimpin bertanggungjawab soal amar makruf dan nahi mungkar, soal ibadat, dan lain-lain, sedangkan orang yang kafir tidak bertanggungjawab terhadap masalah ini, sebaliknya mereka hanya bertanggungjawab terhadap agama mereka sahaja.
Bagaimanapun di kalangan ulama' ada yang berpendapat boleh melantik orang yang bukan Islam untuk menjadi pemimpin kepada umat Islam bukan dalam bentuknya yang umum seperti presiden atau perdana menteri yang melibatkan urusan langsung umat Islam, tetapi dalam bidang-bidang tertentu yang mana umat Islam belum ada kepakaran tentangnya seperti bidang kedoktoran dan lain-lain.
Berhubung melantik perempuan menjadi pemimpin khususnya pemimpin besar umat Islam, jelas tidak boleh kerana bercanggah dengan nas yang menjelaskan kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dan tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik kaum wanita mereka menjadi pemimpin mereka. Namun begitu ada beberapa profesion yang boleh kaum wanita menjadi pemimpin di dalamnya seperti bidang kejururawatan, pendidikan anak-anak dan lain-lain yang sesuai dengan fitrah semula jadi yang ada pada diri mereka.** Rujukan artikel di atas sumber dari SINI **
Jadi paham - paham sendiri la yer.. Jangan taksub sangat dengan parti sampai main pangkah je tak kira apa agama pun. Jadi pada yang berniat nak pergi mengundi & tak tau siapa yang harus di undi, moga dengan perkongsian ringkas ni dapat memberi tips kepada korang semasa memangkah undi nanti yer.
P/S : Entri ni tak melambangkan apa2 @ mana2 parti politik sekadar berkongsi info untuk manafaat semua. Bagi daku kalau tak kira parti apapun kalau dia calon wakil rakyat tu seorang yang beragama Islam, elok la kita undi yang seagama dengan kita, ye dak??
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<